Hati-hati yang berdetik..

20 Okt 2009

~myTosh Tiada Lagi..~

Salam sejahtera untuk semua,


Rasulullah s.a.w.bersabda;

Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”



myTosh hilang...(sy pernah entry kan disini Mac lalu..)
sekali dengan DVD player..
sekali dengan LO (Local Order)..

Lokasi :
dalam beg>dalam almari>dalam bilik abg>dalam pejabat..

Motif.. :
myTosh : mgkin duit..boleh jual..cuma didalam nya terkandung segala maklumat yang mungkin diperlukan oleh sesetengah orang..
DVD Player : duit..boleh juga dijual..
LO : untuk apa..masih keliru..yang terfikir hanya PHD..sabotaj..kerana kepentingan LO hanya pada sesetengah orang..

Pengambil.. :
1> orang luar..>pencuri..
@@@
2> orang dalam..rakan-rakan..


Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud:

"Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat."

Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."


sy dan abg pasrah. walau jelas perasaan abang agak terusik dengan peristiwa ini.
kita takkan tahu hati orang lain..
kita tak boleh menduga apa yang bakal kita hadapi.

moga abg sentiasa dilindungi dari perasaan hasad dengki dan khianat.
insya allah..doa dan tawakal.. kebenaran kan terserlah ..


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.





azza berdoa..
moga abg, sy dan kita..
dilindungi dari hasad dan khianat..
hari ini, esok dan selamanya..

5 ulasan:

HASNAH berkata...

Salam Azza, macamana leh jadi? Bersabar la ya...

azza_irah berkata...

hasnah..
ntah lah..hati org kita tak terduga kan..
malam ni bacaan yassin ..mg2 lptop tu jmpa lah balik..

Tukang cerita berkata...

sabar kak.....

The Kelantan Times berkata...

please visit my for acknowledgment since I 'm new to this blogger site... http://muhammad-el-fateh.blogspot.com

BEiB berkata...

InsyaALLAH...
serahkan kpd ALLAH...
get a new, better Tosh..