Hati-hati yang berdetik..

18 Ogo 2011

: Lamaran Hati...





As Salam..




Saya terima.
Iya, saya terima Lamaran Hati itu.

Jika Lamaran ini satu peluang dan pembuka jalan, Alhamdulillah, syukur padaMu.
Jika Lamaran ini satu ujian, juga Alhamdulillah. Anugerah untuk diri dalam bentuk peluang dan ujian.

Terima kasih untuk Lamaran. Terima kasih pada teman.
InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya kerana ia juga adalah peluang dan impian saya sedari kecil. Hanya anganan kosong seorang budak kampung. Hanya mimipi seorang murid biasa di sekolah rendah luar bandar di Seberang Takir. Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Sekolah Menengah Agama Tok Jiring dan sekolah Menengah Teknik Terengganu.

Berbalik kepada Lamaran Hati...
Menerima lamaran maksudnya saya kena 'mencanai' balik minda, memanjakan kembali jari jemari ini untuk terus menari dan menari. Semangat ini yang saya rasa dah lama 'mati' untuk suatu tempoh, perlu dihidupkan kembali. Kembali mencari embun untuk menghangatkan lagi akal dan jiwa yang sedikit tepu.

Mungkin ini peluang. Mungkin ini juga kesempatan terbaik yang DIA berikan setelah sekian lama saya tenggelam seolah hilang inspirasi. Siapalah kita untuk menidakkan nikmatNya, sedangkan DIA lah Pengatur Terbaik sekelian alam. Allahuakbar..kerdilnya diri ini.

Sesungguhnya Ramadhan ini satu penghijrahan.
Sesungguhnya Ramadhan ini satu rahmat.
Jika ini yang ditentukan, saya akan sahut. Saya akan bergerak. Saya akan berpindah dari sifat dan sikap lama yang telah membuatkan diri saya 'mati' dalam hidup, hati 'beku' dalam berbunga dan idea 'tepu' dalam ilham yang kian bertepuk.

Ayuh...bangkit Cikgu Azza...
Mungkin DIA hendak saya berhenti beranganan, kembali ke dunia nyata. Lakukan sesuatu untuk diri, terus berhenti dan berhenti untuk berharap seperti lagu Sheila On7 Berhenti Berharap (smileeee...)
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu


Sesekali hati terbuai. Ingin rasanya kabar ini dikongsi bersama seorang teman rapat satu ketika dahulu. Saya sangat pasti, jika beliau mendengar kabar ini, spontan reaksi positif yang saya terima :

Tahniah.
Awk memang anak murid Munsyi Dewan.
Kalau beliau tahu mesti beliau bangga.

Sangat pasti kan. Sebab Munsyi Dewan yang dimaksud kan adalah guru Bahasa Melayu saya sewaktu Tingkatan 5 dahulu di salah sebuah sekolah di Terengganu. Cikgu Nawi...kerana beliau lah saya semakin berani bermain kata. Masih terbayang setiap kali waktu rehat, saya akan menahan dan mengganggu beliau di kelas semata-mata untuk dibetulkan tatabahasa dan bertanya satu perkataan ajaib untuk dimasukkan ke dalam pengenalan karangan (sebagai markah bonus katanya). Dan akhirnya, ajaran beliau menyebelahi saya apabila saya mendapat A1 dalam penulisan Bahasa Melayu, dan mendapat A dalam Bahasa Melayu SPM.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU ..! ..kerana anda saya mahir berkeluk bahasa kini, kerana anda saya berani meluah bertinta indah, kerana anda sastera budaya warisan kita itu saya junjung sentiasa dijiwa...dan kerana anda juga saya bergelar CIKGU AZZA kini..
(..err..kerana juga....wajah anda sangat kiuttt cikgu...~)



..sy harus mencanai minda mulai saat ini..
dan rindu..?
biar saja ia begini..




6 ulasan:

HASNAH berkata...

Assalam Azza,
Selamat menjalani ibadah puasa & menyambut syawal yg kian menjelma...
rindu Azza!!

azza_irah berkata...

Hasnah..

wslm ...
tkasih masih ingat kan azza..
ingat kan dah takde yg sudi jenguk ke sedetikhati..hehe

Selamat berpuasa n selamat beribadah juga...
senyum2 selalu...mmuahhh...

Cikgooden berkata...

selamat beraktif semula di arena blog..pada aku, ia lebih bahagia berbanding FB....

azza_irah berkata...

CikgoOden...

Terima kasih.
Benar, lebih terkongsi dan berkongsi.
Lebih jujur dan dekat dihati.

Moga semangat ni tidak padam lagi...amin..

AzmaMurni Aziz berkata...

Azza.. tinta yang lahir daripada hati biarpun berkurun terkunci dalam bahasa sunyi tapi tidak akan pernah kehilangan suaranya.

Teruskan bertinta dengan penuh kejujuran kerana bahasa 'jujur' itu mampu menyentuh setiap hati yg menatapnya..

..juga didoakan semoga dipermudahkan segalanya dengan izin-Nya.. amiin..

*Selamat berpuasa dan selamat meneruskan ibadah.. :)

azza_irah berkata...

Qasih..

terima kasih atas kunjungan lagi dan lagi yang tidak pernah jemu.

Alhamdulillah..masih digerakkan hati dan minda utk terus meluah dan berkongsi.

Masih mencari semangat dulu...serasa mula terbit patah demi patah.

Terima kasih sahabat utk setiap ungkapan yang azza ambil sebagai doa..

moga kita sama2 diberkati dan dirahmati...amin..