Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih. Papar semua catatan

21 Nov 2009

Istimewa di Hati..

salam sejahtera untuk semua..



sebulan lagi mereka akan jejakkan kaki ke alam menengah..
mengikuti jejak kakak dan abang terdahulu..seperti yang pernah cikgu entry kan dalam
'selamat tinggal cikgu...'

tiada apa yg dapat cikgu berikan..selain dr sekudus doa..
agar dirimu tetap dilindungi, tetap disayangi, tetap dihargai..
tanpa mengira kekurangan dan kelemahan yang miliki.

moga keletah dan kemanjaan dirimu mendapat tempat di hati bakal guru di alam menengah nnti.

pastinya cikgu..akan merindui..
segala gelak tawa..
segala usik ceria..
segala keletah nakal..
segala aksi tak terduga..
segala butir bicara yg beberapa patah sj masuk ke jiwa..

segalanya..
akan kekal di sanubari..
akan tersemat jauh di kalbu..
akan abadi meniti hari..
akan segar dalam memory..






cikgu tetap merindui kalian..
mendoakan yg terbaik..
moga mendapat perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi..
kesamarataan tanpa berat sebelah..
sepertimana yang kami curahkan disini..
tanpa mengira kaum, agama dan bangsa..

kasih sayang cikgu sepanjang hayat..
sesungguh nya kalian amat istimewa..




cuti sekolah dah bermula..
ke mana destinasi kita...?



17 Sep 2009

Zue : Selamat Ulang Tahun..

Salam sejahtera untuk semua,




Selamat Ulang Tahun buat adik sy, Zue..
17 september 1977..


Zaman beredar..
Umur semakin meningkat..
Erat kasih abadi..takkan pudar sayang dihati..


Zue..
Kasih sayang Kaklong abadi buatmu..


walau asyik 'majuk'..kasihku tetap abadi..




1 Mac 2009

naif...setulus hati..

Mari mari mari..
Tangan sy diheret. Sy tinggalkan meja dan buku yang berselerak mengikut Nazeha yang menarik tangan sy.

Cikgu duduk sini ya…
Sini sini. Ok..sini ye..



Sy ikut arahannya smbil diperhatikan rakan2 lain.
Saya duduk di meja di sampingnya.

Dan dia..


Begini ye..
Ini ini..
Iyee…ini cikgu punya..


Dan mulalah jarinya menari pantas di atas kertas putih bersih itu..





sangat-sangat naif..kerdipkan matamu seketika..moga segala yang terlakar dan tersirat di kertas putih menjadikan diri sy, kamu dan mereka semakin matang menilai dan muhasabah diri dalam memahami dan membuat keputusan bila berdepan dengan satu2 situasi yang tidak kita duga..



Nazeha..
12 tahun..
Kategori : autisme..



sedikit info ciri2 autisme..

  • Bermasalah komunikasi (kelewatan dalam pertuturan)
  • Sukakan rutin
  • Sering berada dalam dunia tersendiri
  • Ekolalia (mengulangi kata-kata cikgu)
  • Cederakan diri sendiri
  • Kompulsif (tanpa tahu kesan)
  • Perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek
  • Kerencatan bahasa
  • Masalah kefahaman
  • Kerencatan bahasa
  • Tidak suka disentuh
  • Bermasalah interaksi sosial
  • Pergerakan berulang-ulang
  • Kegagalan integrasi deria
  • Tidak suka bergaul
  • Boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat.
  • Suka elak pertentangan mata
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak
  • Menangis dan marah tanpa sebab
  • Suka meniru perkataan orang lain
  • Memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan
  • Tidak dapat melihat dengan jelas





..1 mac 2009...semoga ketenangan dan kedamaian kocak air dan lengguk ikan yang berenang di Pulau Payar memberi kekuatan dan kekentalan utk abg meneruskan lagi bakti dan usaha murni mencurah ilmu tanpa mengenal erti lelah dan jemu..doa dan semangat sebagai peneman..

TOT-Taman Laut...

jarak yang jauh bukan pemisah utk berkomunikasi, kadangkala ia membantu memarakkan lagi rasa rindu di hati..

11 Dis 2008

demam di aidiladha...

salam..

sedikit terlewat, tapi tetap juga nak abadikan kenangan di aidiladha. keriangan dan kebahagiaan yang terpancar di setiap wajah yang sy kasihi jelas menunjukkan betapa indahnya hari2 yang dilalui jika ianya dipenuhi dengan kasih sayang. walaupun sy agak tak bermaya di aidiladha kerana demam yang belum kebah, namun melihat gelagat tiap insan yang sy sayangi..hati sy terasa cukup damai. cukup membahagiakan hidup ini sebenarnya jika kita hargai orang2 yang wujud di sekeliling kita.

tak banyak gambar yang diambil kerana keadaan diri yang agak tidak stabil. gambar abah dan mak pun tak sempat diambil kerana terlalu ramai yang berkumpul di rumah tuk di pagi raya. tuk yang korban...utk 6 anaknya sebahagian setiap seorang. manakala gambar ngn abg pula tak dapat dimasukkan kerana gambar berdua kami sy tidak bertudung.

tuk dan nenek yang cukup sy rindui..

pakwe sy sejak kecil..kini dan selamanya..

sy dah selesaikan satu perkara di imegresen td..alhamdulillah..semoga segalanya berjalan seperti yang dirancang..

15 Nov 2008

selamat tinggal cikgu..

Khamis-13 November..
entry yang tertangguh.

sambutan hari lahir utk anak2 kami sekaligus meruipakan jamuan terakhir, majlis perpisahan utk 10 orang murid kelas sy yang bakal melangkah ke alam sekolah menengah. alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

terasa penat tetapi melihat kegirangan mereka memakai topi, meniup belon, mengepit hadiah..hati rasa terubat seketika...biarpun jauh di sudut hati tersayat pilu..kerana mereka tiada lagi di depan mata pada tahun hadapan. hanya doa dan harapan utk mereka...agar nasib mereka sentiasa terbela..agar hidup mereka sentiasa ceria..
ermm..bagaimana ya dengan mereka nnti..


kami menggoreng ayam di dapur kelas...menyediakan sedikit juadah di samping limpahan makanan daripada ibubapa murid..


kek dua tingkat...sumbangan dari pemasang antenna..(budinya kepada kelas kami tak terbalas)




antara murid yang akan melangkah ke sekolah menengah tahun depan..


bersama Puan Guru Besar..


wajah-wajah dan keletah mereka kekal selamanya di ingatan...










sy pasti akan rindukan mereka..
pasti..
kerana mereka yang buat hati sy menjadi tenang..
pengalaman yang amat mahal..
mendampingi mereka menjadikan sy lebih penyabar..
menjadikan sy lebih mengenali diri siapa kita yang sebenarnya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dan mariam..
juga akan meninggalkan kami..
bertukar sekolah ke Klang...

bacaan Yasin dan ayat suci al Quran lancar di bibirnya..
satu2 tanpa terlangkau satu pun..
bergantung harap kepada wayar yang dimasukkan ke dalam kepalanya..
keletahnya mencuit hati..
sering datang memeluk...assalamualaikum cikgu...hihihi...gelak mengekek..

dalam kesibukan menjalankan tugas...seringkali terkejut..
mariam menjengukkan muka....ma robbuka...
selalu kami mengurut dada..terkedu seketika..
namun tersenyum mesra..
hilang resah dihati..
malah syukur pada Ilahi..
dipertemu insan sebegini..
kasihnya meresap di hati..
pasti menggamit memori..
bila dia tiada nanti..





teringat gurauan seorang teman lama dulu..
sewaktu mariam datang ke meja smbil menyanyil lagu bintang kecil..

mariam nnti 'esok2' jgn lupa cikgu tau..
kalau nampak cikgu kat 'sana' nnti...cakaplah ..itu cikgu sy...sy sayang cikgu ...

tergelak mariam tanpa mengerti..
tanpa tahu bahawa jauh di sudut hati guru..
menumpang kasih dia yang kurang upaya..
istimewa dia bukan saja di dunia..
malah kan kekal istimewa di sana nanti..



menurut ibunya..
mariam hanya menanti masa..


harapan sy..
moga nasib mereka terbela..
moga mereka disayangi..
moga mereka punya ruang..
moga mereka tidak dihina..
kerana mereka teramat mulia disisi Yang Esa..

9 Jul 2008

Bagaimana menyayangi seseorang..

copy..
duk godek2 laptop yg penuh virus..terjmpa smthing yg entah dr mana aku copy dl.
kepada penulisnya jika anda membaca...sy minta izin untuk paste di blog ini...timekaseh..
hambe baca je...

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

..menemanimu sehingga ke akhir hayat..

indahnya kasih sayang..

indahnya kasih sayang kan...

merah, biru, kuning, hijau dan pelbagai warna yang saling mencipta keharmonian di alam ini. gambar di atas ni..betapa warna warninya hidup ini jika dipenuhi dengan kasih sayang dan tolak ansur. bukan hanya kasih pada Tuhan, keluarga, mak ayah atau kekasih...jua pada orang2 yang begitu dekat di hati dan hidup kita...

kasih pada kedamaian dan ketenangan yang begitu kita harapkan agar sentiasa hadir di hati selalu. kasih pada keharmonian agar selalu singgah di jiwa kita agar hilang segala kekusutan. kasih pada bunga2 kat luar tu..kasih pada sume yang begitu dekat di hati ni...walau siapa mereka...walau bernyawa atau hanya replika...walau hanya singgah sebentar melepaskan lelah..mereka tetap mewarnai sebahagian dari perjalanan hidup kita menuju ke alam yang kekal..

alangkah damai dan bahagianya jika diri kita sentiasa dilimpahi kasih sayang tanpa ada hasad dengki, cemburu, irihati dan sebagainya. marilah kita semai kasih sayang yang melimpah di hati agar sume insan yang menyayangi anda terubat dan terdetik bahagia di hatinya..
moga sejalur ketenangan kan terukir dalam keresahannya..
..mengumpul sayang..