Hati-hati yang berdetik..

28 Ogo 2008

dekat di hati..

salam merdeka...
sejauh mana kita pergi, kita tetap menatap bulan yang sama..
selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51.
sy bangga jd anak malaysia..

salam ramadhan..
muhasabah hatii mencari keredhaan..
menilik diri penuh penginsafan..
salam ramadhan buat teman
moga diberkati amalan seharian..


sy akan bercuti bebrapa hari...
sy akan balik ke kampung di kelantan..melunas janji pada ibu, melerai rindu pada anak buah, memohon restu dari tok dan nenek yang akan berangkat menunaikan umrah. sy ingin berehat..setelah minda dan hati sy begitu penat sebenarnya sejak pulang dari bercuti dari KL..
moga kembalinya sy ke kampung halaman pada esok hari mampu menyuntik semangat dan menyemai benih keriangan di hati sy yang terasa beransur mati sekarang..

doakan sy selamat sampai ke kampung esok hari...

penghargaan sempena ramadhan...

lagi dan lagi...
sy menerima beberapa award n gift lagi dari teman2...hy terima kasih yang mampu sy ucapkan..
moga ramadhan ini sama2 membawa berkat dan memberi seribu pengertian yang sungguh bermakna buat kita.

gambar kiut di bawah sy terima dari nurmala....time kaseh awk...
nnti g naik eh eye on malaysia tu sblm ia dipindahkan ke melaka...hikss




Dibuat oleh: antownholic.blogspot.com, reskitrianto.blogspot.com, bashrie.blogspot.com,juzzyouandme.blogspot.com, sweethoney, sofiaroxy, darleeluv, a gift fRoM hEaRt, a gift from azza,

Ni arahan nya…


1. Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
2. Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)
3. Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
4. Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url a gift from azza tu..

1. sis Tirana
2. kin
3. kak kam
4. kak ras
5. suara

special gift ini...cincin dari kak myza. hikss..seronok rasanya menerima hadiah cincin kan..terasa sanagt kita dihargai...mekaseh ye kak..


27 Ogo 2008

istimewa di hati..

salam..

nampaknya penghargaan dari teman-teman tetap berterusan dan tidak putus2. maafkan sy kerana akhir2 ini sy tidak berkesempatan utk melawat blog teman2. sejak balik bercuti sy sebuk dengan tuntutan tugas seharian ditambah dengan hangatnya kawasan tempat tinggal sy hinggakan tempiasnya terkena pd sy. kini semua sudah berakhir, maka dapatlah sy meluangkan masa seketika utk memasukkan ucapan penghargaan kepada teman2 di atas ingatan yg mampu membuatkan hati sy berbunga riang. sy perlu memasukkan entry award ini dahulu walaupun entry my journey belum abih, kerana mgkin sy akan balik kampung lagi hujung minggu ini bersama kawan utk menyambut awal ramadhan bersama keluarga dan berjumpa dengan tok n nenek sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci utk ibadah umrah.

banyaknya award yg sy terima dari teman2...hanya ucapan terima kasih yg tidak terhingga sy ucapkan dengan harapan moga persahabatan yang terjalin ini seindah pelangi yang mewarnai perjalanan hidup kita. biarpun munculnya hanya seketika namun keindahan jaluran itu pasti membuatkan kita bersemangat kerana kita tahu ada insan walaupun jauh beribu batu meletakkan kita istimewa di hatinya..

pertama nya...buah kurma yang datangnya dari benua lain..terima kasih kin...moga ramadhan ini membawa seribu erti buat kita. walau ukhwah ini baru saja terpatri, budi luhur tetap mekar di hati...




terima kasih utk akak, kin , kak tirana dan kak ras..di atas award yg amat comei ini..moga persahabatan ini semekar bunga yang begitu manis dipandang...




terima kasih utk siti khuzaimah...mengingatkan sy sewaktu zaman bergelar siswi dl..logo tweety ada dimana-mana...beg, alatan tulis..juga menjadi sticker motor sy...hiksss..


best blogger..??...rasa segan pula utk menerimanya...kerana sy bukan lah seperti yang disangka. jauh panggang dari api kerana sy menulis mengikut rasa hati, andai pincang hati sy, pincanglah isi penulisan disini. sy amat berbesar hati menerima award ini ..sekalung ucapan penghargaan utk kak kam di atas pemberian award ini. malu rasanya utk menerima. namun kata bidalan, orang memberi kita menerima tanda berbahasa, sekurang2 nya ingatan teman membuat sy kembali bersemangat utk menulis disini seperti waktu awal mengenali dunia blogging satu ketika dahulu. pssttt....sy tak sabar nak jmpa kak kam...


dan award yang terakhir...
for my lovely....my amazing...my caring...my shoulder to cry on..
my sis...


tiada ungkapan semanis madu utk akak..tiada kata seindah pelangi yang mampu sy rungkaikan. hanya syukur di hati kerana kita dipertemukan walau hanya di kanvas maya. sesungguhnya sy bertuah kerana dibukakan hati utk kembali mengukuhkan lagi jalinan yang telah kita cipta dulu. kematangan, kecekalan, pengalaman, kelembutan dan ketabahan akak mencetus semangat dan melenturkan hati sy. terima kasih kerana begitu setia mendengar segala keluhan dan kemengadaan sy selama ini. segala cerita suka duka kita di alam maya yang kita kongsi bersama tetap terpahat kukuh di sanubari. doa sy mengiringi akak sekeluarga..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tiada yang istimewa dari sy untuk membalas ingatan teman2...
terimalah ini ikhlas dari hati sy utk sebuah persahabatan tanpa rupa, bicara tanpa kata, senyuman terukir tetap dirasa..

Tirana

kak kam

kak ras

kin

akak

kamar hati

ku tak sempurna

cinta melo ais

bulanbiru

cikgu hai

cikgu rashid

cikgu oden

cikgu norish

ct khuzaimah

jendela hati

kak e

kak intan

kak lady

kak lin

kreuger

lynnzinda

ryann

ryehannaz

wilda

mersik

Ai

angriani

sheikh

zamz

suara

knizam

beib

unguviolet

kak lawa

nurmala

tiny

qasih

hannan

farah

wanie

cendawanintim

kuncop

lemangcute

13may

kak myza

tokma

kak ros

amalina

kamezaim

ciknah

azalea

dan sume yg sy tercicir namanya..sile lah amik sesuatu diatas...

dan sesuatu ini..

istimewa utk my sis..Tirana..

luahan kata tidak bertepi

terdetik hati moga dimengerti...

26 Ogo 2008

kemuncak PRK P44...


rasanya semua sudah maklum dengan keputusan pilihanraya kecil P44. kemeriahan sejak penamaan calon sehinggalah petang tadi, kemuncaknya di raikan pada malam ini. sy mendapat sms dari pakcik lagi...

duk berarak di MPTB...syukran...

sy terbayang kemeriahan disana. jika tidak fikirkan esok sekolah, tentu sy dan abg turut berada di sana untuk merakam detik-detik yang sy kira cukup bersejarah.


petikan dari malaysiakini...

Anwar menang besar:

Majoriti 15,671

Aug 26, 08 9:19am

9.47 malam:
Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.
Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.
Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.
Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

gajah diburu semata gading

daging dilapah di pohon sena

menang kalah adat bertanding

YB kena pastikan janji terlaksana

kehangatan petang di P44...

salam..
petang yang hangat, panas dan memenatkan...
sekadar berkongsi..

























bukan selalu kita dapat merasai kehangatan ini kan..
kita tunggu keputusannya malam ini..


sy berhujan di atas motor...hikss...