Hati-hati yang berdetik..

27 Sep 2008

seungu kek keladi..

siap sume tempahan...
pada yg request gamba n cara2 buat kek keladi...entry ni kl sempat sy update pagi esok ya...sebab sy akan berangkat ke kampung pada tengahari. malam ni smpat masukkan gamba je..tak larat nak taip2...badan, minda sume letih..td sy soping dr pagi smpai ptg..hikss..niat asal nak beli kasut je..tapi terbeli hbag...ehehh..
sambung esok..zzzzz...


seungu bayangan keladi di muka kali...

lagi kad raya...

salam..

rasanya ramai antara kita dah berada di kampung untuk menyambut lebaran. komen dan mesej di shoutbox juga tidak lagi aktif. jika ada pun adalah dari teman2 yang bertugas, yang tidak dapat cuti di hari lebaran ini. sy masih lagi di penang, membuat persiapan terakhir utk dibawa pulang ke kampung esok. menyiapkan tempahan kek keladi oleh teman2. alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. badan terasa penat..tapi gembira melihat kek2 sudah boleh diserahkan kepada empunya. jika ada kekurangan beritahu sy nnti ya...tapi jika sedap sebar2kan lah..hehee..


seketika mengadap blog ni..menjelajah ke blog teman2 yang rata2 nya sudah sunyi...banyak lagi kad2 raya yang tidak sy kutip rupanya. kesibukan dan kepenatan di bulan Ramadhan kadangkala membuatkan sy terleka wlpun ada msg yang ditinggalkan teman tentang kehadiran kad lebaran itu. maaf ya..keletihan minda dan fizikal kadangkala membuatkan kita tidak nampak apa yang berlaku di sekeliling.


disini ialah antara kad2 online dari teman2 yang dekat dihati. moga anda semua gembira di kampung bersama keluarga tersayang.




Dari Nuranim..


Dari kak Myza..




Dari Lin..





Dari Niza





Dari Nrinna




Dari as..






Dari Cikgu Rashid





Dari Siti Khuzaimah







dari adik Framestone..


semoga cahaya lebaran ini melingkari hidup kita...

25 Sep 2008

salam aidilfitri buat semua...

salam aidilfitri utk semua..
ampun maaf selama terjalin persahabatan andai ada terkasar tutur bicara atau terguris rasa..
moga aidilfitri ini memberi sinar bahagia buat kita semua..



sy tujukan khas kad aidilfitri ini kepada semua teman2 yang sudi mengunjungi blog sy, juga kepada sesiapa saja yang singgah disini walau tidak meninggalkan jejak..sile amik ya..

..sedetik hati..

kad raya mengusik hati..

semua dah mula membuat persiapan terakhir. rasanya dah ramai yang sibuk berkemas kain baju dan kuih muih utk pulang ke kampung di hujung mggu ni. hari persekolahan bagi negeri kelantan, terengganu dan kedah akan berakhir pada hari ini. manakala negeri2 lain pada esok hari. suasana raya makin terasa. moga2 kesihatan sy semakin pulih. bila badan lemah, otak pun turut lemah sama utk berpikir. masih banyak perkara belum selesai. moga hari ini hari yang baik buat kita semua.

di bawah ini ialah deretan kad raya comei yang sy terima dari teman2 blogger. terima kasih ya..walau hanya di alam maya..ukhwah terjalin indah terpatri...bersemi kasih selaut sayang utk anda semua..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari mar...

teman blogger yang kiut miut..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari kak tirana
teman yang tak pernah melupakan sy..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari babyrinna..

teman blogger baru yang kreatif..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari lady D..
sy suka melayari blog beliau..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari kak kam..
kakak yang umah nya hampir sangat dengan sy..hikss
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari kak lady a.k.a kak anie..
blog yang kerap sy ikuti perjalanan hidup beliau secara diam sedari dulu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari kak lin..
blogger yang penuh dengan pelbagai idea masakan yang kreatif..
terima kasih untuk semua..
moga aidilfitri ini membawa sinar bahagia utk kita semua..

gift n award lagi..

terima kasih atas ingatan teman2 yg sentiasa memasukkan nama sy dalam senarai mereka. maaf sb lambat publishkan...kesihatan tak mengizinkan akhir2 ni. badan rasa seram sejuk je...demam nak raya kut. persiapan pun lum siap, buat biskut terbengkalai, shopping raya pun lum abih. sume keje tergendala disebabkan kesihatan yang tak memuaskan..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
gift dari as..
seorang teman blogger baru..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
gift dari sadi..
adik yang pakar dalam bab mekap2..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
gift dari kak tirana..
seorang insan yang tidak pernah melupakan sy..

terima kasih utk semua..

23 Sep 2008

hati seorang ibu..

meluang masa walau hanya seketika cukup memberi erti yang mendalam pada sy. sebagai cucu sulung dan anak saudara sulung, sy sememangnya amat rapat dengan paksu. terbayang saat2 sy menangis apabila paksu berkahwin dulu. petang2 sy lah yang dibonceng dengan motor merah round kampung, tapi sejak berkahwin, orang lain di atas motor belakang paksu. kecik ati sy. sy anggap paksu dah melupakan sy. sy rasa sy tak lagi disayangi oleh paksu. sy merajuk. paksu balik kerja sy lari ke umah sepupu. sy taknak lagi bercakap ngn paksu kerana dia dah ada org lain. bukan lagi sy yang selalu menjadi tempat dia memanggung kepala malam2 sewaktu menonton tv. sedih sgt2 masa tu...
bila dah memasuki sekolah menengah, sy mula memahami erti perkahwinan. rupanya walaupun ada orang lain disisi paksu, sy tak pernah dilupakan. dia lah pembakar semangat sewaktu sy belajar di utara. masih segar di ingatan, sy menaiki bas waktu maghrib ke alor star semata2 utk bertemu paksu n maksu kerana sy dalam keadaan keliru. sy perlu membuat satu pilihan..
paksu lah tempat sy mengadu. tempat sy meluah dan meminta pandangan. sikap terbuka dan boleh berbicara bagai seorang teman membuatkan sy begitu selesa meluah apa saja yang terbuku di hati.
dan kunjungan sy kali ini juga membawa sesuatu yang terbuku di hati. alhamdulillah, setelah segalanya terluah, hati sy kembali tenang. sy tidak lagi risau walaupun badan sy tidak sehat. namun cerita maksu tentang kerisauan hatinya tentang anak daranya yang seorang itu tersentuh hati sy. menitis airmata maksu menceritakan kepayahan yang dilalui oleh Hidayah anak sulungnya yang kini belajar untuk persediaan ke Australia di Subang. setiap hari Hidayah diasak dengan pertanyaan yang meruntun jiwa seorang ibu.
kenapa hidayah memakai tudung..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa hidayah sembahyang..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa hidayah berpuasa..sedangkan kawan yang lain tidak..
kenapa orang islam tidak boleh makan khinzir..
apakah keupayaan seorang Hidayah yang baru beberapa bulan berusia 18 tahun utk menepis segala hinaan dan sendaan oleh rakan2 sekuliahnya. mampukan minda seorang Hidayah mentafsir segala maksud pertanyaan dan menjawab tanpa menyinggung hati mana2 pihak. pelbagai bangsa dari pelbagai negara, hanya 4 orang melayu..2 lelaki dan 2 perempuan..hanya dia yang bertudung..hanya dia yang mengingati waktu sembahyang. malam2 menaiki bas seorang diri untuk menunaikan solat terawikh..kerisauan maksu memang berasas...ingat lagi kata2 maksu di meja makan...
jika disini Hidayah diasak dengan pelbagai pertanyaan begitu, bagaimana jika dia di Australia nnti seorang diri. sekurang2 nya disini kita ada ..
di malaysia yang majoriti adalah Melayu dan beragama Islam, tetapi Hidayah disoal seolah2 Islam dan Melayu itu begitu asing bg mereka.
sy memahami hati maksu..hati seorang ibu yang risaukan anak perempuannya. Hidayah pelajar yang cerdik. usianya baru 18 tahun. dia lompat kelas sewaktu darjah 5. dia mengambil peperiksaan SPM sewaktu berusia 16 tahun dan memasuki kolej persediaan ke Australia dalam bidang guaman di usia 17 tahun. setahun di kolej, Hidayah hanya boleh mengeluarkan wang dari bank sebanyak RM200 sahaja sehari kerana tidak cukup umur. bayangkan kerisauan maksu. hati seorang ibu. baginya Hidayah masih lagi anak kecil. masih lagi perlu bantuan dan belaiannya kerana umur Hidayah belum lagi buat dia mampu berfikir secara mendalam dan kritis untuk menepis dugaan sebegini hebat apabila ada yang mempersoalkan agamanya. setiap kali diajukan pertanyaan oleh rakan2 berlainan bangsa di kolej, Hidayah akan menelefon maksu bertanyakan cara utk menjawabnya. sepatutnya di usia begini, di kala dia bersemangat utk mengejar cita2..dia diberi ruang dan peluang yang cukup luas tanpa gangguan. namun sebelum melangkah dia telah diuji.
sy terkedu. seolah tiada kata bila melihat mata maksu bergenang air jernih. hatinya tidak tenang sejak hidayah mula menjejakkan kaki ke kolej itu. dia hanya mampu berdoa, moga anak perempuannya dilindungi. moga anak perempuannya sentiasa dalam rahmat Tuhan. hati seorang ibu yang didepan mata pun anak perempuannya diuji...apatah lagi melepaskannya merantau seorang diri di bumi yang asing.
doa sy..
moga hidayah diberi kekuatan dalaman yang cukup kuat.
moga Hidayah diberi hati yang cukup tabah dan kental.
moga hidayah tetap teguh dalam iman dan takwa.
moga paksu dan maksu diberi ketenangan sepanjang Hidayah tiada disisi.
kerana mereka sememangnya bertuah memiliki anak seperti Nasruna Anhar...
Nasruna Anhar...kak long doakan Hidayah berjaya mengejar impian utk menjadi seorang peguam..

merah yang menawan..

buat sufi idany..
terima kasih bg gift ni kat akak..
terima kasih juga utk sms ida bertanyakan kabar akak..
terima kasih utk segalanya..



dan my red...
timekaseh sis..
suka sgttt...paham citerasa ekk..
i likeeee...
timekaseh snap kasut vinci ni utk akak..




istimewa utk ida...

..u maybe dissapointed if u fail, but u'r doomed if u don't try..
..be cool when u need to take a very tough decision of ur life..

kembali dengan mood merah..

22 Sep 2008

deretan kad-kad raya yang comei...

salam..
badan makin tak sehat rasanya. selsema makin teruk pakej sekali ngn batuk. semalam jam 11.30 malam sy baru smpai dari alor star, berbuka di umah paksu. di rumah paksu sy telan beberapa biji ubat selsema, demam, perit tekak dan batuk. akhitrnya, kereta bergerak je sy terlena hinggalah smpai ke penang. mengantuk sangat2 jadinya.
di bawah ni adalah deretan kad raya yang sy terima. gambar2 kad raya ini sebenarnya ada yang telah lama sy terima. saja nak kumpul banyak2 dl baru nak postkan sekali harung. comei2 sumenya. kiut2 dan cukup kreatif. terima kasih utk semua teman2 blogger yang bagi kad2 yang comei lote ini. terima kasih atas persahabatan dan terima kasih atas ketelusan kalian. tunggukan kads dari sy ya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari adelaide..
suzi teman baru yang semakin akrab..

update 23 sept ..1.26pm..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari ireland..
kin teman yang selalu mengingati sy..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari yanmie si cantik manis..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari cek azman a.k.a kreuger..
adik yang inovatif sgt blognya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari liyan si gadis ayu..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari akak ibu yang penyayang..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari kamezaim..teman yang baik hati..teman yang dikenali sebagai arjuna di kalangan beberapa orang teman..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jutaan terima kasih...

sy menyenangi kehadiran anda mewarnai hidup sy..terima kasih kerana coretan, gurauan, komen dan kritikan anda sentiasa membuatkan bibir sy terukir senyuman..