Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label penghargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penghargaan. Papar semua catatan

10 Mei 2009

kadangkala kita...

Bloggersalam sejahtera untuk semua..




kadangkala kita... tidak menyedari ada insan yang begitu prihatin dan mengambil berat mengikuti setiap perkembangan kita..
kadangkala kita... tidak menyedari ada insan yang begitu menyayangi dan begitu rapat erat di hati kita..
kadangkala kita... tidak menyedari ada insan yang sentiasa mendoakan yang terbaik dan kebahagiaan yang berpanjangan buat kita..


..lewat ym aku bersama ida...


BUZZ!!!
idany: ida tgglkan sstu tuk akak kat blog akak
idany: sila la hayati
sayang..: eheh
sayang..: tq2
idany: semoga apa yang di tangan akan terus ampuh di genggaman
sayang..: iya..

idany: semoga tapak yang terlekat akan kukuh di pasak bumi
idany: special dedicated tuk akak berdua
idany: shhhhss...... jgn gtau org lain

idany: eheheh

sayang..: adehh

sayang..: tharu..

sayang..: a million thanx da

sayang..: sungguh2 terharu
sayang..: akak entry kan ek

sayang..: mnta izin copy ni

idany: akak ni suka tau
entry kan
idany: tk perlu laa

idany: malu ida idany: hihihhi
sayang..: sungguh ni..akak copy jap
idany: semoga apa yang di tangan akan terus ampuh di genggaman
idany: semoga tapak yang terlekat akan kukuh di pasak bumi
idany: yang dua ni mmg tercipta tuk akak n abe kayroll
idany: kuar ngan lancar sekali

idany: tibe2 ida kagum ngan diri ida sdiri
sayang..: tq so much yang..

sayang..: tkasih sb da baik sgt ngn akak..

idany: jika ia sebuah cinta ida ....i amik dr mana tk igt...tp lama dulu..... 2 3 thn lps time keja kat kb lg ....tp simpan....

idany: n rasa ianya sesuai tuk akak n abe kayroll

sayang..: tq..
idany: baik ke ida ni.....
idany: ehehehe
idany: nak kena bg upah ni....
idany: akak....kalu balik kelate ct ni gtau ek
sayang..: mai penang..
nak rasmi -dia-...ehehh



komen dari beliau yang cukup menyentuh hati..


Sufi Idany berkata...

Alhamdulillah...riak2 riang jelas terasa kak.... semoga yang di tangan terus ampuh di gengaman.... semoga tapak terlekat terus kukuh di pasak bumi....

Syukur kak, kerana perjanjian untuk akak dan abe kayroll telah ternukil sejak dulu....dan kerana janji itulah.... kesetian kalian tidak pernah goyah sekalipun byk yang perlu di korbankan.... rasa, hati, masa, perasaan, semuanya menjadi satu dalam riak riang bersama kan....

apa ida repekkan ini? apapun semoga yang terbaik utk akak n abe kayroll....semoga semua urusan ttg -dia- akan berjalan seperti yang di inginkan....

salam sayang dari bumi datar sg. sengian....

kak, ini untuk akak....



JIKA IA SEBUAH CINTA

Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak mendengar….namun sentiasa bergetar,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak buta….namun sentiasa melihat dan merasa,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak menyeksa…. Namun sentiasa menguji,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak memaksa….namun sentiasa berusaha,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak cantik…. Namun sentiasa menarik,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak datang dengan kata….
Namun sentiasa menghampiri dengan hati,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak terucap dengan kata…..
Namun sentiasa hadir dengan sinar mata,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak hanya berjanji….
Namun sentiasa cuba memenangi,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia mungkin tidak suci…. Namun sentiasa harmoni,
Jika ia sebuah cinta…..
Ia tidak hadir kerana permintaan….
Namun hadir kerana ketentuan,
Jika ia sebuah cinta….
Ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan….
Namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.



JIKA IA SEBUAH CINTA…PASTI KAN IANYA SETULUS KASIH ADAM DAN HAWA

Mei 10, 2009 5:25 PM


..terima kasih setulus hati dari k'azza dan abg khairul buat ida..

23 Nov 2008

intan...aliff dan sedetikhati...

terima kasih buat intan kerana bagi gift yang comei2 utk azza. memang comei sgt...dan banyak pulak tu..kebetulan semalam masa intan tinggal msg bgtau ada award..azza, ddy, lia, damai dan beberapa org lagi tengah chat utk meletupkan shoutmix di blog azza. memandangkan gift tu banyak dan kebetulan jugak ddy memiliki kepakaran mengedit bagi comei, maka azza minta jasa baik ddy utk tempek sume gift tu menjadi satu...
dan inilah hasilnya...
so...
thank u intan..
thank u juga utk papa aliff...

dan inilah aliff...buah hati ddy...

yang bawak ole-ole ayor laut je utk auntie azza dari teluk batik...

mmuahss...

21 Nov 2008

terlakar indah bersama Cek Lala yang manis..

pertemuan seribu erti..
dari tempahan kek keladi...membawa kepada pertemuan empat mata..
mcD Autocity, Juru...

rasanya tak perlu sy coretkan bagaimana kronologi pertemuan kami kerana cek Lala telah postkan entrynya disini.. dan disini...siap entry khas utk kek keladi..hikss..
yang pasti ianya melakar kenangan indah buat sy, Lala dan dua anak comei nya...
seperti panggilan sy kepadanya..cek lala yang manis...mmg manis...
suka sgt tengok matanya...galak dan bercahaya...heheee..

pelukan erat sebaik keluar dari kereta masih terasa sehingga kini..
seperti kata La dalam entrynya...seolah kami dah kenal lama..
sejam dirasa cepat berlalu keran La perlu balik ke office utk kembali sambung bekerja..
sy bercuti ye..hikss..

pastinya sy akan mengulangi pertemuan ini..
sy nak ajak La ke rumah kak kam...dah lama sy dan kak kam merancang tetapi asyik tertangguh kerana kesibukan jadual abg sy dan abg kak kam..
tadi terpikir sewaktu balik dr mcD..rasanya boleh kut La...?...kak kam bagaimana..?


kereta sy dan kereta La parking bersebelahan...kebetulan..

see...azza di bonet kereta sy..


bergambar tengah panas...


sy follow La keluar dari Autocity..


sempat je cik adik ni snap gambar..


hadiah dari La utk sedetikhati..tkaseh..



inilah gambar kek yg telah dipotong oleh La...ada dibuat entry khas...hiksss..



dan...jeng jeng...
saja tadi tak tunjuk kat La...
hiksss...
akak memang fil bab jalan..
kredit utk abg dan kak nor yg melukis peta ke mcD Autocity utk sy...hehee..


sy pasti mengulangi pertemuan ini...

17 Nov 2008

terserlah bakat cikgooden...

comei kan..menjadi sangat..
serupa muka sy tak..
tahi lalat tu mahal...hikss..(satu je ek TL tu)

terima kasih sgt2 utk sahabat sy...yg semakin dekat di hati...cikgooden..
seorang sahabat..teman dan kawan yg cukup sy hormati..
beliau melukis dari hati...tanpa paksaan..tanpa desakan..
sejak mengenali beliau sy sgt kagum dengan bakat beliau..
rasa bangga beliau nak katunkan muka sy...
tengok katun nih terimbau kenangan berbasikal ronda2 turun cameron dulu2..

gambar sy yg ni adalah gambar ke dua dilukis oleh cikgooden...gambar pertama tidak mendapat keizinannya utk dipostkan disini atas sebab2 teknikal..

walaupun cikgooden kata gamba pertama tu tak berapa menjadi...sy tetap hargainya dan memandang hasil karya itu sebagai nukilan ikhlas seorang sahabat..

sy harap cikgooden terus berkarya...

jangan hiraukan kutukan dan cercaan orang lain..
jangan amik kisah dengan desakan dan gesaan org lain..
melukislah mengikut gerak hati...
walaupun jemari cikgu gigil2..hinggakan terjatuh pen..
semuanya kerana cikgu lebih tahu diri cikgu yg sebenarnya dari mereka yang lebih pandai berkata2 di luar sana..



ikhlas dari sedetikhati utk camtu-camni...





tkaseh ikhlas dari sy atas segala nasihat dan keprihatinan cikgu sebagai seorang sahabat..

4 Nov 2008

Bangkit Asal mengundang sendu di hati..

salam..

maaf kl entry kali ini agak panjang. tetiba jd melankolik kembali..

permintaan dr seorang teman blogger yg selalu mengunjungi blog sy..papa hitam..
papa minta sy baca entry yg ditulis oleh isterinya(isteri papa seorang guru). papa juga minta sy transletkan satu lagu dikir barat yang memang popular satu masa dahulu..tambah2 sewaktu zaman sy belajar dl.

sy ke blog papa..
sy baca entry yg ditulis oleh isterinya..
terasa sebak. hati sy tersentuh..
mgkin tidak bg org lain...tapi bg sy kisah ini begitu dekat di hati.
sy nak ucapkan tahniah utk isteri papa.
sy kagum dengan beliau. tiada yg lebih mberi kepuasan melainkan anda dapat ketenangan dan kedamaian dlm diri sndiri..
sy minta izin dari papa utk copy entry itu dan masukkan dlm entry ini.

sy melewati lagi blog papa...
sy memerhati tiap bait kata lagu dikir barat tersebut..
lagu yg begitu sinonim di halwa telinga sy smpai kini. cd nya mmg ada dalam kereta sy..
sejak pertama kali mendengar lagu ini...bertahun yg dulu..sehingga kini..tiap kali mndengar lagu ini pasti riak wajah akan berubah. pasti ada air jernih yg bergenang di tubir mata. begitu juga dengan mak dan adik...selalunya kami akan berpaling dr satu sama lain utk menutup rasa di dada..hati bgi digamit pilu. hanya yg menghayati akan memahami apa yg cb sy perkatakan ini.

atas permintaan papa..sy transletkan lagu dikir barat ini..agar sama2 kita boleh memahami dan menghayati maksudnya. utk pengetahuan semua..lagu Bangkit Asal ini adalah rentetan dari kisah benar hidup seorang insan bernama Halim Yazid...seorang anak kampung di Kelantan yg kini bergelar pensyarah di Universiti Malaya. beliau menyanyikan sendiri lagu ini..


Artist : Halim Yazid
Title : Diri Ambo (Bangkit Asal 2)
(diri sy..(asal usul 2 )

Ambo nok sambun kisoh dighi sedighi
(sy nak sambung kisah diri sendiri)
Doh adek kakok kapon pakak nok dengaa lagih
(adik kakak pakat nak dengar lagi)
Ambo hormak sanjon segalo kaseh segalo budi
(sy hormat sanjung segala budi)
Susoh hok ambo tanggun adek kakok ambek peghati
(susah yg sy tanggung adik kakak amik peduli)

Ooo…oooo..
Ambo ghaso bebesaa hati
(sy berasa berbesar hati)
Ooo…oooo..
Terimo kaseh setinggi-tinggi
(terima kasih setinggi2)

Maso kecik ambo beso makey nasik sajo-sajo
(masa kecil sy makan nasi sahaja)
Kalu ado sekeghak ikey pon keno bagi duo
(kalau ada sekerat ikan pun kena bahagi dua)
Dapo como ado gaghe jaghe benaa ado gulo
(dapur hanya ada garam, jarang sgt ada gula)
Bajopoh male-male pakaa minun air telago
(bajapoh tu apa..adehh...malam2 minum air telaga)

Bangun pagi-pagi sauk baju pakaa sluaa
(bangun pagi pakai baju pakai seluar)
Mek ambo ghebuh ubi bukuh buwi buak bekaa
(mak sy rebus ubi bungkus suruh bawa bekal)
Dio pesey haghi-haghi Leng ngaji lah pandaa-pandaa
(dia pesan hari2 Lim belajar lah pandai2)
Kalu seksok pah tinggi oghe kato bulih jadi pegawa
(kalau esok blaja tinggi orang kata boleh jd pegawai)

Ooo…oooo..
Ambo gi skoloh beghungga-ghungga
(sy g skolah berlari2)
Ooo…oooo..
Ambo nok ngaji wi pandaa-pandaa
(sy nak belajar bg pandai2)

Ado satu ketiko..
(ada satu ketika)
Cekgu mitok sepuloh ghiyaa
(cikgu mintak sepuluh ringgit)
Dio kato skoloh kito nok gi melawak sambii belajaa
(dia kata sekolah kita nak g melawat smbi belajar)
Hmm..Tak dok apo doh la cekgu sayo tok leh bayaa
(hmm..takde apa dah la cikgu sy takleh bayar)
Oghe lain gi blako ambo soghe jah tinggaa
(orang lain sume g sy sorang je yg tinggal)

Hok ambo peghik seghoti keno gi skoloh alik petey
(yg sy perit sgt kena g skolah waktu petang)
cekgu kato wajik maghi ghumoh kunin ado latihey
(ckgu kata wajib datang umah kuning ada latihan)
Ambo lah banyok sekali keno hungga kelilin padey
(sy lah banyak sekali kena lari keliling padang)
Keghano ambo tok leh nok beli sluaa pendek kasuk sukey
(kerana sy takleh nak beli sluar pendek kasut sukan)

Ooo…oooo..
Malunyo weihh ambo keno pajey
(malunya la sy kena denda)
Ooo…oooo..
Ni la baghu ambo ghoyak kok ghe
(inilah baru sy cerita ke orang)

Teghimo kaseh la cekgu-cekgu
(terima kasih lah cikgu)
Keghano sudi ajaa sayo
(kerana sudi ajar sy)
Daghi daghejoh satu hingga jadi maknusio
(dari darjah satu hingga jd manusia)
Mitok halaa segalo ilmu hok cekgu buwi selamo maso
(mintak halal segala ilmu yg cikgu beri selama ini)
Wi tapok kaki gughu ambo tundok mitok redho
(di tapak kaki guru sy tunduk mintak redha)

Ambo masuk yunibesiti tahon lapey puloh
(sy masuk universiti tahun lapan puluh)
Budok kapon nok gi ngaji
(budak kg nak pegi belajar)
Tok tahu la mano jatuh
(tak tahu la mana jatuh)
Adek-adek kecik lagih ghato segenak kok dale baghuh
(adik2 kecil lagi merayap ke segenap ceruk di baruh)
Iktekak dale hati ambo nok ngaji sunggoh-sunggoh
(tekad dlm hati nak belajar sungguh2)

Ingak malu kok ghe waghih waghah dok pakak kato
(rasa malu ke org waris2 duk pakat kata)
Tok soh laa dudok tebey kalu tidok bako kayo
(takyah la duk belagak kalau tidak asal kaya)
Ataa skoloh anok jate wat ngabih ko hagheto
(hantar belajar anak lelaki buat abiskan harta)
Tidok kato nok pakak ghatey tulon baatu samah duo
(tidak nak pakat tolong bantu seringgit dua)

Ooo…oooo..
Tak dok nyo dighi ambo
(hina nya diri sy)
Ooo…oooo..
Demo tok sir kelih walau sebeloh mato
(awk taknak tengok walau sebelah mata)

Mek dengaa ayoh masuk jadi peneroko baghu
(mak dan ayah masuk jadi peneroka baru)
Daley bukik nok taney getoh di Kesedaa Lebir Satu
(dalam bukit tanam gerah di Kesedar Lebir satu)
Peghe dengaa ghimaa gajoh makey tok makey tak dok sapo tahu
(perang dengan harimau gajah tak makan tak siap tahu)
Beginih laa oghe susoh nok tanggon anok ngaji di Yuu
(beginilah susah nak tanggung anak blajar di u)

Keghano keado’ey begitu ayoh ambek keputusey
(kerana keadaan bgitu ayah amik kputusan)
Wahai anok-anokku kito pecoh lah tigo jale
(wahai anak2ku kita pecah tiga jalan)
Mu Halen anok nombo satu dok Kualo Lupo ngaji la soghe
(awk halim anak no satu duk kuala lumpur blaja la sorang)
Adek-adek tinggaa kapon dulu pakak dudok la limo oghe
(adik2 tinggal kampung dl tinggal 5 orang)

Ooo…oooo..
Selamak tinggaa selamak jale
(selamat tinggal selamat jalan)
Ooo…oooo..
Adek hok boosu jeghik sokmo male-male
(adik yg bongsu selalu nangis malam2)

Alkisoh la ambo pulok tengoh dok mengaji di Yu Malaya
(alkisahnya sy sedang blaja di U Malaya)
Buku rujukey pun ambo tak dok pakaa haghak ko salen nota
(buku rujukan pun sy takde, pakai agak atau salin nota)
Beghaso malu jugok masok majelih hok besaa-besaa
(rasa malu jugak amsuk majlis besar2)
Baju ambo mughoh telajok duo belah ghiyaa jah selaa
(baju sy murah sgt dua belas ringgit je sehelai)

Haghi konbokesyen
(hari konvokesyen)
Haghi utok ayoh bondo
(hari utk ayah bonda)
Penak jeghih seghibu musen
(penat jerih seribu musim)
Haghak mek ayoh beghaso banggo
(harap mak ayah berasa bangga)
Tahniah daghi sain-sain ambo teghimo banyok bungo
(tahniah dari kawan2 sy terima byk bunga)
Ambo lah oghe panggey Halen
(sy lah org panggil Halim)
Anok kapon sesok hok buley bejayo
(anak kg sesak(miskin) yg boleh bjaya)

Ooo…oooo..
Akhirnyo ambo buleh sarjano
(akirnya sy boleh sarjana)
Ooo…oooo..
Syukoo pado Allah Maho Kuaso
(syukur pd Allah Maha Kuasa)..

sy cuba masukkan lagu ni disini tapi tak bjaya
..mgkin line slow sgt..jd kl sapa2 nak dgr boleh lah ke sini..
lagu Bangkit Asal 1 anda boleh dapat disini..
lirik yg ni lagi syahdu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
entry yg ditulis oleh isteri papa sy copy ke sini tanpa edit...

terfikir sejenak..
benda ini sering berlaku di alam persekolahan ....
aku terkesima tatkala terimbau kembali beberapa peristiwa...
"kenapa awak pakai selipar hari ini. Ingat nak pergi shopping ker?" terdengar sergahan dari seorang guru disiplin tatkala embun pagi merintih dimamah cahaya matahari yang mula mununjukkan taringnya...seorang insan kerdil menjawab " kasut saya koyak cikgu ..." "Ahhh! Alasan awak jer...esok saya tak kira awak mesti pakai kasut dan pagi-pagi jumpa saya di bilik guru . Faham ! saya banyak kali dengar masalah awak dari cikgu lain."
Keesokkannya ,terpacaklah insan kerdil itu menunggu akan kehadiran guru yang tercinta di bilik guru...alangkah terkejut dan rasa bersalah pada saat itu....insan kerdil itu memakai kasut yang bergantung harap pada beberapa helai gelung getah...jika ianya putus , maka terbentang luaslah kasut itu umpama mulut sang buaya yang kelaparan...saat itu terimbas kembali kenangan masa silam ....dalam situasi yang sama ...cuma membezakan pada waktu itu aku mahu menjadi guru yang seperti guruku dulu membuat pertimbangan tanpa perasaan belas atau aku menjadi diriku seorang guru yang tahu membezakan tugas seorang guru atau sesama insan...aku merenung panjang sambil mengeluh...akhirnya aku memaut tangan insan kerdil itu...kutanya beberapa soalan ...ku dapat lihat riak mukanya kehairanan melihat tingkahku...namun ianya menyambut baik setiap soalan yang diajukan ....
" ayah saya tak ada kerja tetap cikgu....emak ajer yang kerja ,tupun amik upah kalau orang panggil..adik beradik saya ada 6 orang ...saya anak sulong..." "macammana awak datang sekolah ? Saya tumpang jiran ....
" makan minum awak macam mana yer ...." " selalunya nenek yang bagi kalau ada lebih.." awak bawa duit baper ringgit sehari ya ? " tak bawa .."
aku mengeluh panjang ...takperlah awak balik kelas dulu ya....
beberapa hari aku memikirkan bagaimana aku nak bantu budak tu...dia je ker yang susah...mesti ada lagi...tapi macammana ...
yup ! lawatan ....saper kata buat lawatan tak ader untung ...seratus dua ratus mesti masyuk punya ...tapi aku tak ader pengalaman ....aku ajak beberapa kawan join misi aku...Alhamdulillah group aku tahun 4 , 2007 memang sporting giler...tapi aku cakap betullah kita takkan dapat sesenpun ...yang best tu ada parent tahu misi aku nie nak turut serta ...campur duit sumbangan group aku dan suami depa ..akhirnya aku dapat himpun lebih kurang RM 800.00...hehehe tapi misi aku ni tak diketahui pihak sekolah tau ...kira berani buat berani matilah...berbekalkan duit tak seberapa tu kami berjaya bawa 7 orang termasuk budak tadi tu...keluar dari kawasan sekolah...pi mana lagi...beli barang - barang sekolah depalah ..baju sekolah lengkap , stoking , kasut sekolah , beg sekolah dan sedikit perkakas sekolah...menitis juga airmata aku ni bila tengok depa suka dapat barang baru..mana tak depa selama ni pakai barang yang bekas orang jer ...( macam aku masa dulu )
duit masa tu ada lebih , aku tanya depa nak makan kfc tak ? senyum saja depa ...mesti korang tak percaya ...masa makan kfc adalah sorang budak tu tak tahu macam mana nak makan ayam....dia tengok jer...salah sorang kawan aku tegurlah budak tu , makan jelah guna tangan ...mak oi selekeh giler dia makan ...bila ditanya dia tak pernah makan ayam kfc apatah lagi masuk kfc....Ya Allah! ada lagi ke orang macam nie...betul-betul dia makan ..dua-dua tangan dia berlumurkan sos ...pipi tak payah citerlah...rasa geli bertukar menjadi simpati....kesian dia...tapi memang kesian...dia duduk ngan bapa tiri dia yang dah kawin lain ...ibu dan ayahnya dah meninggal dunia sebab kanser hati ...paham -paham ajelah duduk ngan orang lain ...pakaian dia pun tak terurus...budak nipun sakit kanser juga....dalam kelas suker tidur dan kadangkala terkencing...dia tak menahan rasa nak kencing tu...hari itu kami betul-betul insaf ....mungkin sesetengah budak itu buat sesuatu bersebab...selami mereka bukan memarahi mereka dengan melulu...cuba menyelami hati mereka...kekasaran bukan satu jalan yang terbaik...tapi dalam kelembutan perlu ada ketegasan agar ada rasa hormat diantara guru dan anak didiknya ....bukan mudah tugas seorang guru itu... kita yang menentukan samaada kita hanya kerja hujung bulan masuk gaji atau sebaliknya...namun kita sebagai insan di muka bumi ini perlu lihat saper di sekeliling kita ...akhirnya aku tersenyum puas , rasa bersalah ku sedikit sebanyak terbayar jua bila terlihat senyuman manis terukir di muka anak -anak comel ini....tapi perjuangan aku belum berakhir lagi...misi ini aku akan teruskan setiap tahun . Insya Allah walaupun sekelumit cuma ....
ni lirik yg memikat hati aku dan suami
walaupun dalam dialek kelantan, ianya cukup mendalam dan mengusik hati sesiapa yg mendengar nya...

kredit utk isteri papa, utk papa, utk guru2 dan pendidik diluar sana..
yg berusaha tanpa mengenal erti jemu..
wl sesekali kedengaran jua suara2 sinis yg memedihkan telinga..

2 Nov 2008

dushhh utk orang itu...senda abadi di hati..

jumaat yang lalu...
sekali lagi..
my persona ada yg terpesona..
dan sebenarnya berkali2 dah sepanjang tahun ni..
semakin keliyer lah channel2 yg leh sy dapat..


terima kasih pd pemasang antenna..
bibir sy terukir senyum..
bukan hanya sy..tetap jua sesiapa yg melihat antenna ini..
dushhh utk kamuuu...


sy pernah postkan entry sebegini disini.. dan disini..
mendapat komen yg melucukan dr teman2 blogger..hikss..

dan bukan hanya my persona..

kancil kak hanim pun turut mendapat khidmat percuma dari nya..

drive balik kulim tentu kak hanim tak bosan..sb tv kecik dlm keta makin keliyerr..

sy kuar kan hp nak snap gambar antenna...miss tres hermanas bernada dalam hbag..


hang mai kat keta aku sat..

mai amik mende ni..


mende...?

mende..

ore kelate kate mugo...

mende...

ni...

sy terkedu sejenak...

antenna..hadiah..sahabat..senyuman..dushhhh..dan orang itu...

menceriakan hari2 sy...juga teman2 yang lain..

dua pasang tracksuit..satu utk sy dan satu utk abg..

dan sy bibir sy terus tersenyum..

tersentuh di hati..
terima kasih kepada orang itu...
yg juga berfungsi sebagai..

pemberi hadiah..
yg sering sy dushhh..
dia...
teman..
sahabat..
rakan sejawat...
tempat bertanya




kerana orang itu ialah..
..pemasang antenna..


biar kita sahabat biasa2 saja..namun persahabatan kita kekal luar biasa...
hati sy tersentuh..

29 Okt 2008

guguran maple dari sheffield..

salam..

smpai di sekolah pagi isnin semalam..ada sesuatu terletak elok di meja sy. melihat tulisan saja sy dah dapat mengagak dari mana kartu ini. bibir terukir senyum. kabar dari teman yg berada jauh nun beribu batu di benua lain menyambung pengajian.


alhamdulillah..setelah hampir sepuluh tahun terpisah, tanpa disangka kami bersua di kanvas maya tanpa suara ini. hanya jalinan kata sebagai penghubung. hanya dengan sapaan ..salam kenal..akhirnya...memang kenal...sy pernah post kan psl beliau ini disini. .


masih terbayang saat suka duka selama 3 tahun sewaktu sama2 belajar dulu. . byk sgt rasanya kenangan manis tambah2 sewaktu 1st year dulu. masa tu kan masih muda remaja hijau2 lagi..mak ayah jauh jadi teman2 lah orang yg pertama dirujuk jika wujud halangan atau kesukaran. jika sepuluh tahun yang lalu pernah bergurau, pernah susah, pernah melalui suka duka sepanjang di pulau mutiara..kini sahabat sy ni kembali bergelar pelajar di sheffiled..


tiba2 rs macam melankolik..adehh.
tak boleh.
sy kena post kan begini..baru kembali ceria..



mekaseh sb anta kad raya ni utk aku. tkasih sebab ingat aku. terima kasih jugak utk sebuah persahabatan yg kembali terjalin ni. sebenarnya yg paling aku time kaseh ialah utk 5 helai daun maple nih..hehee..tak sangka mu betul2 pos kan sekali. mu petik daun hijau kat pokok ke kutip daun yg gugur...apa pun..aku hargai sgt2...mekasehh..


aku try dah cari gamba mu zaman suar kaki besar dl...sepuluh tahun bukan jangka masa yg pendek...masa bertambah..gambar pun bertambah...tambah2 aku mmg suka amik gambar..hehe...jd gmbr2 10 tahun yg lalu tersimpan rapi dlm kotak tak usik2...semalam jenuh aku n abg duk teka kotak mana yg ada album...sb nak buka sume kotak tak larat. sudah2 nya..tak jmpa la gamba mu masa mude remaja dl.


jadi utk tak menghampakan mu...aku snap sgala bagai yg mu anta ni atas album U..background album ni adalah view di sekitar U...so leh la mu mengimbas sikit2 zaman mu rempit dlm U...zaman mu g pasar malam glugor, zaman mu kena tahan ngn guard ..





sampul coklat...






sekeping gambar yg cukup ceria..





sekeping poskad berlatar belakangkan Fargate...(tempat shopping yg popular kat sana ek..)





tulisan di poskad yg masih mcm dulu2..





sepucuk surat yg buat aku tersenyum...





5 helai daun maple..(tu gambo kat round table Kembara...mu ada skali makan kek aku n abg tuhh..)









dan ini utk mu n ann...jujur dan ikhlas dari anak murid aku...Naziha(autisme & disleksia)..









inilah hasilnya..tidak cantik..tapi jujur dari hatinya..






sume gamba di atas..aku snap berlatar belakangkan gambar2 n view dlm album nih..ni kenangan kat U...lusuh sesangat dah album ni..sayang nak ganti dengan yg lain..







dan untuk ini...



doa aku n abg khairul utk mu sekeluarga...

28 Okt 2008

Friendship like Gardens, grow with Beauty..

sekali lagi sy menerima e-kad yg comei ini.
.juga dari teman yg comei dan selalu menanya kabar..
terima kasih..rasa terharu dengan keikhlasan yg dihulurkan...
jarak kami hanya dipisahkan oleh jambatan pulau pinang sejauh 13.5km.
insya allah suatu hari nnti kita jmpa ya niza..
tempat keje niza tu sebelah saja dengan rumah sy dl...
kita dating kat tesco penang la ek..hehee ..
utk niza...

moga jalinan pelangi ini bersinar sehingga ke akhirnya..

award dr CM&CT, DIR dan SECRET...

terima kasih utk CM dan CT atau che mat dan kak ct delima...
juga adik dirfara... dan adik secret..

walaupun kita baru kenal..tetapi award ini buat sy rasa kita dah lama mengenali antara satu sama lain. mg jalinan ukhwah ini berpanjangan dan berkekalan. jaluran pelangi yang indah pasti kan lebih berseri jika bersulamkan keikhlasan...

dari CM dan CT..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari adik secret...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dari dirfara...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



terimalah gift ini dari sy khas utk anda bertiga..


22 Sep 2008

deretan kad-kad raya yang comei...

salam..
badan makin tak sehat rasanya. selsema makin teruk pakej sekali ngn batuk. semalam jam 11.30 malam sy baru smpai dari alor star, berbuka di umah paksu. di rumah paksu sy telan beberapa biji ubat selsema, demam, perit tekak dan batuk. akhitrnya, kereta bergerak je sy terlena hinggalah smpai ke penang. mengantuk sangat2 jadinya.
di bawah ni adalah deretan kad raya yang sy terima. gambar2 kad raya ini sebenarnya ada yang telah lama sy terima. saja nak kumpul banyak2 dl baru nak postkan sekali harung. comei2 sumenya. kiut2 dan cukup kreatif. terima kasih utk semua teman2 blogger yang bagi kad2 yang comei lote ini. terima kasih atas persahabatan dan terima kasih atas ketelusan kalian. tunggukan kads dari sy ya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari adelaide..
suzi teman baru yang semakin akrab..

update 23 sept ..1.26pm..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari ireland..
kin teman yang selalu mengingati sy..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari yanmie si cantik manis..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari cek azman a.k.a kreuger..
adik yang inovatif sgt blognya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari liyan si gadis ayu..



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari akak ibu yang penyayang..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kad ini dari kamezaim..teman yang baik hati..teman yang dikenali sebagai arjuna di kalangan beberapa orang teman..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jutaan terima kasih...

sy menyenangi kehadiran anda mewarnai hidup sy..terima kasih kerana coretan, gurauan, komen dan kritikan anda sentiasa membuatkan bibir sy terukir senyuman..