Hati-hati yang berdetik..

11 Nov 2008

kedinginan air satu terapi..

syukur..satu lagi program telah selesai lewat tengahari tadi..
walau terdapat bbrp halangan, alhamdulillah akhirnya berjaya juga anak2 ini dibawa untuk menikmati kehijauan Hutan Lipur Bukit Mertajam.


Aktiviti Luar ini sebenarnya bukan sekadar untuk mandi manda. namun ianya lebih kepada terapi hidro(air) yang merupakan salah satu terapi yang patut diaplikasikan dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.






menikmati sarapan..


takut-takut nak turun ke air..


terduduk ust. hashila apabila rui wen meronta sewaktu didukung utk dibawa ke dalam air..


wei kang gebu...gerammm...


Amira yang pandai berenang..


semua dah terjun..




husaini(autisme) tetap leka membaca akhbar di mana-mana sahaja..












  • amira terus lari ke kolam sebaik turun dari kereta..berkejar ..kerana amira di bawah pengawasan sy..
  • amira terus buka baju tanpa sempat dihalang..
  • semua org yg duk jogging..tai chi pandang2..
  • yg tinggal...hanya baju kecik...adehhh..
  • dengan berkali2 panggilan telefon dari PK..fahamlah sy kebimbangan cek wan ..
  • pasni...cnfirm aktiviti air amira akan dikecualikan..

sedikit info mengenai terapi hidro..

Terapi hidro bermaksud menggunakan air dalam sebarang bentuk pergerakan yang sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid “water confidence”. Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.


Pergerakan yang dilakukan di dalam air dapat meningkatkan daya penumpuan individu dan masalah tingkahlaku murid didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi. Walaubagaimanapun, murid-murid khas ini mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri. Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi hidro ini. Terapi hidro juga dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air. Dalam hubungan ini, terapihidro dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid khas ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat.

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka. Ia juga membolehkan murid-murid ini memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal.

Namun penyesuaian dan modifikasi tetap diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini

terasa penat..fizikal dan emosi..

24 ulasan:

Yanmie berkata...

bestnye bnyk aktiviti..tgk bdk2 tu semuanya seronok..

azza_irah berkata...

yan..
mmg seronok diorg jmpa air...takmo naik duk berendam..

Tanpa Nama berkata...

mesti kak azza penat gler kan..ish, sy bwk adik2 2 org pun penat, inikan pula satu kelas.

rest ek kak azza.

aktiviti2 begini yg jd memori smpai bila2, betul x?:)

Brahim Nyior berkata...

Azza, elok lah bawa diorang ke tempat begitu, tapi keselamatan mesti jadi keutamaan, sebab malang memang tak berbau.

Unknown berkata...

salam dari uncle,

Pandai azza mencari kaedah. Murid-murid seronok, badan sihat.

Guru yang baik.

SaDi berkata...

bestnye mandi..... dah lama tak pergi jeram....

Rashid berkata...

Salam azza,
Saya sekadar ingin mengucapkan terima kasih atas 'hadirnya' entry ini.

Bukan senang nak kawal bebudak sekolah tu ya.. Saya dapat bayangkannya. Tapi saya yakin azza mampu tackle semua tu... tabahkan hati ya azza.

p/s - masih mencari erti kesepian jawapan ...

Cikgooden berkata...

tak takut depa lems ka cikgu..ha ha ha.

tgk wee kang...hepi ja..

Araz berkata...

Syok ek bwk budak... kalu saya jumpa air, bukan budak ...ngan saya2 pun terjun. he..he.. (jgn kecualikan saya bila ada aktiviti air) he..he...

ras-adieza berkata...

tengok anak murid seronok sangat...cikgunyer tak tumpang berenang sekali ker?

BEiB berkata...

Anak murid terapi air....
Cg...tarak pi air...
heheheh...semua atas darat jugak...heheheh
Syiannn...cg azza...

su berkata...

budak22 mmg sronok kalau da jumpe air kan kak!hehehe...sronok tgk diorg...tringin plak nak pegi ke hutan lipur..hihihi

Blog Eazy Izzuddin berkata...

wa..beshnyer kak...
cam penah je pegi tmpt 2...
hehe

akak di tag...
(0_o)(>_<)
sila ke my blog...
xD
hehe

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

kak..
kagum eah ngan akak..
kalau kite tadek mental kuat..
mao menanges menjage budak2 istimewa ni kan..
kagum sungguh la..
sye adik kecik2 pon poning pale..
hehehe..

.::WaNiE::. berkata...

hish bahaya sungguh terus lari terjun ek..

Sufi Idany berkata...

best nye kak...lama dah tk p waterfall.... tingin nak g... nk berendam.... semoga ida akan tenang n akan hilanglah semua resah yang ada di bawa arus air yang mengalir.... tu di kira terapi hidro gak ke kak tuk org2 mcm ida ni.... hihihi.. semoga akak tabah.... ida sentiasa ada tuk akak bila2 masa yang di perlukan.... miss u...

~Cinta Cukulet~ berkata...

seronoknya budak2 tu...semua happy dapat berendam...teringin pulak nak berendam jugak hehe

Unknown berkata...

main kat air ni, jgnkan budak2 tu... semua budak2 + org tua pun suka! Cuma yg tak sedapnya apasal amira macam dipersalahkan je... (hati aku yg juga sorg guru rasa terguris... ewahh!)

Mak Su berkata...

wow! seronotnyer!

yani_worldpeace berkata...

seronok ye, sambil bekerja, sambil jalan-jalan. Ni sye yang duduk opis ni, bila la nak gi mandi air terjun...

Whitetulip Tales berkata...

eh...bestnyer..rasa nak terjun sama ah..timer kaseh info tu ye cikgu...

cendawanintim berkata...

tengok budak2 tuh, sumer hepi2 gitu...sonok kan...

shafa berkata...

Susah gak tu cikgu nak kena monitor. Tapi memang seronok sakan nampak dia org main air tue. Mst sejuk air nya.

μάγά berkata...

comel sungguh murid2 kak azza... dari gambar terasa "nikmat" berada di sisi mereka.. melihat keletah riang membuatkan hati jadi lebih bahagia... maya yang just tengok dari gambar dapat rasa mcm tu mesti kak azza lagi memahami rasa2 tersebut kerana mengalaminya sendiri...