Hati-hati yang berdetik..

7 Mac 2009

just4u.. kunci untuk -dia-..

Abg dah pulang.

Sesuatu yang membuat sy tersenyum.

sy : Aik…abg buat ke..?
abg : salah satu aktiviti....
sy : Macam yang anak2 sy di sekolah buat lah..
abg : Yup..utk di ajar kepada budak..
sy : Mmg macam budak2…
abg : Diminta buat dan bawa balik utk isteri..



Ehekss..







Terima kasih abg…
Hanya itu ucapan yang mampu sy ucapkan. Selebihnya rasa bersyukur kerana abg dah selamat pulang dari kursus TOT di Pulau Payar.



5 hari di Pulau Payar membuatkan sy agak resah di rumah sebenarnya. Bukan disebabkan tidak pernah berjauhan, 9 tahun melayari hidup bersama sy dah terbiasa dengan ini semua. Selalu sgt abg ke sana sini kerana tuntutan tugas. Kadangkala balik ke rumah berganti bagasi saja, dan terus berangkat lagi. Namun kali ini agak berlainan kerana perhubungan terputus. Tiada komunikasi di antara kami menyebabkan sukar utk sy bertanya, memberitahu dan membuat keputusan utk satu2 perkara sewaktu ketiadaan beliau. Tambahan pula dalam masa 5 hari ini, timbul satu dua perkara yang memerlukan pendapat abg, selain dari meluahkan rasa hati terhadap sesuatu yang terasa menyesakkan dada yang telah terjadi di sekolah. Sy perlukan pandangan abg..relevan ke sy begini dan begini…wajar ke sy bertindak begitu dan begitu…professional ke sy jika ini keputusan yang sy ambil. satu kelegaan sebenarnya apabila abg ada di rumah.







menjamu selera di Route 69..mendengar itu dan ini yang keluar dari mulut abg sepanjang 5 hari disana , disambung dengan sesuatu yang diterima hari ini, membuatkan sy seolah terbuai oleh angan2 sendiri. sesuatu itu tentang -dia-. kunci itu utk -dia-. alhamdulillah semakin hampir. satu lagi perkembangan yang cukup2 menggembirakan hati pada hari ini. moga2 segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. mulai sekarang abg dan sy pastinya akan semakin sibuk. memilih, menyusun, merangka, mencari, membandingkan dan membuat perancangan yang harus benar2 teliti agar segalanya memuaskan hati kami berdua. sy kena banyak mengambil tahu itu dan ini kerana dalam masa terdekat sekali lagi abg akan terbang ke negeri nostalgia sy untuk satu tugasan penting selama 3 hari. dalam tempoh itu juga sy terpaksa menggantikan abg utk berurusan dengan beberapa pihak bagi memastikan segalanya utk -dia- berjalan lancar. mudah-mudahan..
tentang -dia- dah banyak sy entrykan, antaranya ada disini dan disini. hati tak sabar sebenarnya..









..kunci kebahagiaan terletak pada hati..usahlah menilai..tanam rasa percaya ..
pasti hatimu kan tenang dan selesa..
perkara pertama..memunggah kembali majalah yang tersimpan di stor ..sebagai rujukan...
sesungguhnya hati sy berbunga..utk -dia-..
walau sedikit rasa terkilan..kerana jarak masa dan ruang membuatkan sy dan -dia- yang terasa dekat tapi tak tergapai tangan..

17 ulasan:

Blog Eazy Izzuddin berkata...

Salam kak...
nice gift from abg to akak...
hhihi
=)

azza_irah berkata...

eazy..
benar yang..wlpun ianya utk budak kecil..tapi akak rs berbesar hati..simple atau mahal bukan ukuran kan...

ONE ZABA berkata...

cuba pakai kunci tu utk kunci cik abang azza tu. pasang rantai beso2.

azza_irah berkata...

cikgu one..
dushhhh...kl knci abg aza la yg naya...ehekkss...rugi2...

cik iman berkata...

kak..so swet sand art tu..xkesah laa cam budak2..tp sgt unik..")

**nnt kami nak serbu -dia_ bile dah ready k???wat tutorial kek kladi kat situ ye..hihihihihi

Cikgu Kool berkata...

Waaa...tahniah la....bila nak melamar si dia?

azza_irah berkata...

nurul iman..
eekekke...sesapa yg masih bujang tu paham2 la kan...-dia- mennati kalian...camerawomen cnfirm...

ddy...
tak suka le baca hot tuh..adeh...cam org lain lak rasa..

bila nak melamar..insya allah cuti bulan 6 anda dijemput...mai tauuuuu...

Tie berkata...

Ooo....rindu pada cik abang rupanya..biasalah...bila jumpa tentu semakin mesra :)

azza_irah berkata...

kak tie..
rindu tu satu hal...namun dia ada beri sedikit kelegaan dan keselesaan sbnrnya sb kadangkala sukar utk kita buat keputusan seorang diri kan..

Unknown berkata...

berjauhan akan menambahkan kasih sayang... tak gitu azza? hehehe, cantik hadiahnya, satu cute dan satu lagi ada nilai sentimental.
kiranya bertuah suami azza tu sebab punya isteri yg memahami kerjaya dan minatnya. moga kebahagian berpanjangan.

p/s: kalau pjg umur dan diizinkan Allah, insya-Allah kita jumpa nanti. insya-Allah kakchik tak terkejut. takut azza je yg terkejut nanti.

Sufi Idany berkata...

erm penuh simbolik....byk teka teki dlm pala ida ni...:D tolong ungkaikan bleh? ida suka nak gtau akak benda ni even dh byk kali gtau sebenarnya.... jarak yang ada itu bukan alasan untuk terus memisahkan hakikatnya hutang kerinduan langsai saat mata bertatap bibir seolah bisu terkunci..... :D

azza_irah berkata...

salam kchik syg..
dah selalu sgt abg keluar btugas kak..alhamdulillah..semakin memarakkn rs di hati..

hehee...tak pun kita sama2 terkejut tak nnti,..terkedu tak bersuara bila bertentang mata...


idany..
kata2 yg cukup bermakna kan..
akak nak masukkan dlm n3 ya..

-dia-..?...biarlah dia dengan rahsianya...kekeke...
bulan jun kan da balik kg..mai penang ya..

Suzi berkata...

azza...sayang isteri, tinggal -tinggalkan hihihi

azza_irah berkata...

suzi..
sb syg la tggl2 selalu ye..hehee..

Rashid berkata...

Azza.. cantik kad.
ermm cam tak sabar je untuk 'dia' tu.. Moga semuanya berjalan dengan baik.

azza_irah berkata...

cikgu rashid..
teruja sbnrnya...cikgu ckp mcm tau2 je..hehee

BEiB berkata...

KUNCI: dari abang untuk azza - pembuka ruang hati, penutup rasa benci.
kunci juga membuka pintu baru, alam baru serta menyaksikan sesuatu yang tak terjangka..yang tak terperasan kewujudan sejak dulu..
Perasaan itu aneh!