As Salam..
Telah lama tidak menulis diari. Seingat saya sewaktu sekolah dahulu, bermula tingkatan satu sy sudah mempunyai diari. Isi Diari itu hanya dirahsia dari BONDA, tapi tidak kepada rakan-rakan. Setiap malam menulis Diari, esoknya dibawa ke sekolah dan saling bertukar Diari dengan teman-teman. Semua tahu kisah dan rahsia hati masing-masing..hehee...
itulah istilah Diari sewaktu sekolah dahulu.
Namun bukan sy ingin berkisah tentang Diari. Cuma entry kali ini, bentuknya mungkin lebih kepada Diari. Hanya catatan peribadi tentang cuti sekolah seminggu ini. Tidak hebat sehingga ke benua atau negara lain, hanya satu kebiasaan dan rutin, dan sy terjemahkan kesini untuk dokumentasi peribadi sahaja.
Cuti tidak seperti cuti.
2 minggu cuti terasa pantas berlari. Sedar-sedar hari ini sudah hujung minggu. Esok Isnin, bermakna esok kembali ke sekolah meneruskan amanah dan tanggungjawab.
Seawal cuti, saya dan abg bergerak ke kampung d TM. memang telah ada dalam rancangan. Kami harus bijak mengatur dan membahagikan masa cuti yang terhad ini. Segalanya telah sedia dijadualkan, bagaimana, bila, dimana kami harus berada pada tarikh-tarikh sepanjang cuti ini.
Alhamdulillah.
Segalanya berjalan lancar.
Kepulangan ke kampung walau hanya 5 hari(3 hari sebenarnya tolak 2 hari perjalanan pergi balik) cukup bermakna. Terima kasih abg kerana memahami situasi ini, dan kami meneruskan rutin kami sperti 11 tahun yang lalu. Apabila cuti yang amat singkat begini, kami berbagi rumah.
Malam pertama di rumah sy, malam kedua di rumah mertua, malam ketiga dan seterusnya..kami di rumah masing2...bersama BONDA dan family masing2. Sesekali pulang ke kampung, tentu sekali BONDA dan BONDA MERTUA ingin berlama-lama dengan anakanda nya. Bercerita, berkisah, meluah rasa, bermanja dan mengadu. Ini lah masa nya.
Alhamdulillah..inilah yang kami praktikkan sejak 11 tahun yang lalu..dan semua pihak berpuas hati. Tiada rungutan, tiada kesalan berbekas di hati.
Kedua BONDA mendapat sepenuh perhatian dari buahati mereka. Jika cuti panjang, kami memang akan berarak 2 malam di rumah BONDA, 2 malam di rumah BONDA MERTUA bergilir-gilir. Rutin kami telah menjadi kebiasaan bagi ipar duai dan adik beradik. Mereka tidak lagi hairan, walaupun awal-awal dulu agak kekok mereka lihat. Abg dan sy memang telah sediakan jawapan sejak 11 tahun yang lalu. Alhamdulillah..kini semua insan yang dekat dihati telah faham dan mengerti jika pasangan ini sendirian di rumah BONDA masing2. Kita hidup tidak lama bukan..inilah masa nya utk menghabiskan sebanyak mana masa yang diberi dengan insan-insan tersayang.
Mereka (BONDA dan KELUARGA) tidak mengharapkan duit ringgit kita. Tidak mengharapkan ditabur kemewahan dengan harta benda. Jauh disudut hati, apa yang diharap adalah kasih sayang dan masa berharga.
Anak-anak yang dibela sedari kecil..riuh rendah rumah, berebut makanan, tidur bergelimpangan di ruang tamu...kini rumah BONDA sunyi sepi. Tiada lagi anak kecil yang dulunya dibelai, dijaga, disuap makan. Dinasihat dan diturunkan segala ajaran untuk menjadi manusia sempurna. Diberi didikan agar menjadi sebenar-benar 'insan'.
Tentu sekali hati kecil BONDA sentiasa berdoa dan berbisik...alangkah bahagia jika anak-anak ini tetap anak yang kecil..pasti kan tetap nyata wujud disisi, dilihat dengan matakasar susuk tubuhnya, dipeluk dan dibelai seperti dulu. Erm..entah kenapa saya percaya hati BONDA pasti merindui saat-saat anaknya sewaktu kecil dahulu. Cuma hati seorang BONDA..takkan meluah, takkan meminta, takkan mengadu..biarpun hati kecil sentiasa mengharap dapat menghabiskan usia tua dengan hadir yang nyata anak-anak disisi..menemani tiap saat sepertimana beliau menatang kita sewaktu kecil dahulu.
5 hari mengayam rindu di kampung, terpaksa kembali ke Pulau Mutiara kerana tugas menanti. Sebaik sampai, abg terus berkemas-kemas kerana akan bertolak ke Kota Kinabalu malam itu. Abg membawa sekumpulan rakan JU untuk menawan Puncak Kinabalu.. puncak yang sy tawan pada Ogos 2010. Entrynya ada dimasukkan disini. Dan secara peribadinya, memang saya kagumi kerja keras abg yang tidak mengenal erti penat. Jika puncak berjaya ditawannya, ini adalah kejayaan nya kali ke 5. Saya iringi dengan doa, agar kejayaan dan tiada kemaslahatan sepanjang usahanya. Dan saya...
Disini..mengadap ini..sepanjang abg tiada sehingga ke saat entry ini ditaip. Kepala mula berat, mata berpinar-pinar. Semuanya gara-gara e-operasi dalam e_GTukar yang perlu dihantar pada Isnin 21 Mac sebaik sekolah dibuka. 5 hari bertapa dirumah, tidak menjejak tanah. Dan 5 hari ini juga sy berazam utk kembali diet (heheh). Alhamdulillah sehingga ke entry ini ditulis, telah 5 hari sy tidak menjamah nasi walaupun sebutir. Hanya oat, buah dan Kopi Kacip Fatimah berselang seli. Hasilnya...alhamdulillah..telah turun 1 kg ! Harap apabila abg pulang malam ini sy tidak tergoda dengan makanan-makanan yang dijanjikan lewat panggilan telefon tadi..hehe..
Terlupa..ini catatan peribadi..Diari.
Tentu sekali ada yang melibatkan perasaan dan emosi. Walau hanya seminggu cuti, namun emosi yang ada dalam diri sy sarat, penuh, melimpah ruah dan meledak. Dari gembira, sedih, bangga, geram, marah, kebetulan, ralat, kosong, penuh terisi...sehingga kepada bahagia dan teruja melimpah ruah.
Banyak yang tidak terduga terjadi tiba-tiba, membuatkan sy yang biasa-biasa...wahhhh..menguntum senyum tidak putus. Teruja dan bahagia. Indah nya hidup ..
Namun ada juga emosi mengusik hati..sehingga tidak dapat diselindung lagi rasa ini, menitis airmata berkongsi kesedihan dan kedukaan seorang teman maya tatkala melewati bait-bait kata pada sesuatu yang langsung tidak diduga.
Sedih berbaur penuh emosi tatkala terlintas ujian yang telah diturunkan buat dua teman blogger, Lemang dan Mawar. Buat Lemang..moga semakin kuat ..dan semakin kuat..insyaAllah..kebahagiaan milikmu akhirnya.
Buat Mawar..
Alfatihah dari kejauhan..di atas pemergian suaminya, juga seorang teman blogger yang sy ikuti tiap bait katanya dalam diam sejak akhir 2007.. arwah Nafastari..yang kembali ke Rahmatullah pada awal Mac 2011 sekembalinya dari Pakistan. Moga Mawar(isteri arwah) , Embun(anak sulung) dan Kekwa(anak ke 2) yang baru berusia beberapa bulan tabah dan terus tabah.
Entry Catatan Buat Anakanda Kedua, mampu menitiskan airmata bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan hidup arwah...pasti menjadi satu dokumen yang sangat berharga dan bermakna sy kira buat Kekwa tatkala dia mula mengerti apa itu erti hidup kelak.
Jodoh pertemuan dan hidup mati ketentuanNya, namun pemergian tanpa pesan ..Subhanallah..jangan lah saya diuji sebegini..
Semua nya perjalanan hidup.
Semua nya telah diatur sebaiknya. Jika dikurnia kebahagiaan dan kegembiraan yang tak tersangka, pasti alam akan berlagu irama indah..rerama berterbangan dengan girang dan syukur tak putus...alhamdulillah. Itulah bahagian dan rezeki yang Allah memang telah janjikan utk kita.
Namun jika berduka, ditimpa musibah dan wujud kekangan sehingga kita rasa benar-benar lemah, panjatkan lah doa, serahkan lah hati kepada yang ESA, nescaya Dia tahu apa yang terbaik untukmu..Dia tahu rezekimu bukan disitu dan untuk itu..mungkin ada cuma belum tiba masanya.
Siapalah kita utk menidakkan takdir yang telah tertulis di jalan Allah..?
Sesungguhnya...
cuti singkat ini satu perjalanan..
cuti singkat ini satu kehidupan..
Cuti singkat ini satu hamparan alam yang maha luas utk dimengertikan.
Terima kasih Ya Tuhan..kerana masih diberi peluang utk mengenal diri ..
dari pengalaman, dari perkongsian, dari pemerhatian...
Sesungguhnya..perjalanan himpunan pengalaman..

..muhasabah diri ..
aku bukan terbaik cuma mencuba utk menjadi yang baik.
walau masih sgt banyak khilafnya...

22 ulasan:
salam
teringat zaman sekolah dulu
Brutalsolo..
Wasalam..
apa agaknya yang mengingatkan tentang zaman skolah..? Diari..?
ada Diari jugak dulu ya...hehe..
As Salam Azza,
Hidup memang tak terduga dan itulah yang menjadikan hidup ini bermakna, kan.
Seronok lihat Azza kembali aktif berblog. Terasa.. kita lebih 'dekat' di sini.. :)
Qasih..
Wasalam..
Tkasih kerana tetap sudi kunjungi Azza walau sekian lama laman hati ini sepi. Tkasih kerana Qasih tak pernah putus menitip kata..itulah sahabat..penuh hemah dan ikhlas.
Dan itulah yang kita rasai disini..di blog tempat kita pernah bermesra dan berkongsi rasa..moga ianya tetap kekal mekar begini walau kita tiada lagi didunia..
azza...sementara mak masih ada..mmg seronok pulang ke kampung..bila dia telah tiada..perasaan nak pulang tu semakin tawar dan hambar
Kamsiah..
itu lah kak...
nak guna dan rebut peluang ini sebaik mgkin. Nak manfat tiap detik yang berlalu..
Moga Mak dipanjangkan usia dan sentiasa dalam lindunganNya..
Seronok balik kg..sakan kak bercuti ya...:))
Salam.. Hi Kak Azza, Nur ke Penang 14-16 Mac lepas. Tak berkesempatan nak berjumpa dengan akak.
Sangat bersimpati dengan nasib Mawar dan anak2. Semoga Mawar tabah mengharungi dugaan dan sabar dengan ujian dariNya.
Rindu zaman sekolah,saya dulu pun suka menulis diari kak..sampai sekarang saya simpan walau ada antaranya dah kekuningan kertasnya..Takziah buat kawan akak tu..moga dia tabah dalam menjalani hidup disamping anak2 tersayang..AL-FATIHAH
seronok baca catatan diari... :)
salam azza..dah baca gak blog nafastari tu.. tetambah plak knizam pun ada buat special entry pasal allahyarham..dah sampai masa kan
selamat kembali ke sekolah

Assalam,
Biar singkat takpe Azza, asalkan penuh bermakna...
lain kali lain perigi,
lain kali ada lagi...
Wassalam...
salam azza...selamat memulakan tugas kembali.
saya tak sempat ke mana pun cuti sekolah..:(
nba-Nur..
Wasalam Nur..
akak terbaca lepas Nur dah balik..kl tahu awal2 boleh la kita jmpa kan./
takpe..nnti lain kali dtg..maklum kan ya..
Mawar..moga dia makin tabah utk anak2 nya..
Emy Omar..
Zaman sekolah zaman terindah kan yang..
akak pun masih simpan hingga kini..lupa balik kg baru2 ni nak snap gambar koleksi zaman skolah dulu...sangat2 nostalgia....
Hazlin..
Tkasih kerana suka baca...dan terima kasih juga kerana sudi ke mari..hehe..mmuahh..
Zamz..
Wasalam Zamz..Knizam ada buat ya..nnti azza nk baca..dh lupa link nizam lah..dh lama azza tak aktif kan..takde link pulak d blog azza...
Al-Bima Sakti..
Wasalam Abg Naz..
benar..biar singkat asal bermakna..
jangan lama tapi terkena.. :))
moga abg sehat2 saja..
Suzi..
Wasalam Suzi..
azza balik kg jenguk mak abah 2 3 ari je..tak sempat puas..tapi itulah kesempatan kan..
tentu cuti suzi dipenuhi dengan pelbagai ragam anak2 kan..mesti riuh rendah rumah ya...hehe..
Assalamualaikum,
Boleh hantar production ni...buat filem kisah benar.
Ahmad Humairi..
Wasalam cikgu..
hantar production..?
hehee...sekadar menulis sb minat..mengisi masa..berkongsi rasa.. :)
Betoi tu Azza. Hidup ni singkat dan perlu dimanfaatkan sebaiknya. Rindunya saya pada masakan mak, pada suaranya yang sering menitipkan nasihat dan tunjuk ajar. Berbaktlah ketika masih ada ruang dan masa. Saya dah tak ada peluang itu. Sekadar tumpang kasih mertua sahaja lah
Catat Ulasan