Hati-hati yang berdetik..

10 Jan 2009

backpackers hatyai...backdated..

backdated..pengalaman bercuti ke Hatyai 23-25 dec 2008..
mengambil masa yang lama utk update entry ini kerana sy kekeringan idea bagaimana nak catat semua cerita yang nak dikongsikan dalam perjalanan ini. akhirnya sy mengambil keputusan utk upload sebahagian gambar disini, dan sedikit catatan yang boleh dibaca disini...yang dicatat dengan panjang lebar sy kira oleh abg. yg pasti...sy mula selsema bermula dari stesen keretapi Butterworth, batuk sebaik tiba di Hatyai, demam pada hari kedua disana sehinggalah seminggu setelah balik ke rumah...




perjalanan backpackers sy dan abg ke Hatyai telah selamat pergi dan kembali pada 23-25hb dec 2008. menaiki KTM seawal 5.20am di stesen Butterworth dengan tambang RM19 memang berbaloi. tanpa menempah hotel dan menghubungi kenalan, abg kata kita backpackers ke sana. sy hanya mengangguk tanda setuju kerana inilah pengalaman baru pada sy, dan sememangnya sy yakin pada abg dalam bab begini. memang selesa di dalam keretapi dengan 15 gerabak yang panjang dan kami mendapat gerabak U1 yang jauh ke belakang dengan seat 2C dan 2D. sy melintasi beberapa stesen dari Butterworth iaitu stesen Bukit Mertajam, Sungai Petani, Gurun, Alor Star, Arau dan Padang Besar.

turun untuk cop pasport di Stesen Padang Besar. perjalanan dari Butterworth menggunakan lebih kurang 15 gerabak, sampai di Padang Besar, gerabak dipisahkan, hanya 2 gerabak sahaja dan satu kepala keretapi Thailand meneruskan perjalanan ke Hat Yai.

di Stesen Padang Besar sy sempat berkenalan dengan satu family dari Singapore, Abg Hasanuddin dan Kak Saidah. mereka juga menuju destinasi dengan tujuan yang sama cuma bezanya mereka telah menempah hotel sedari awal. Perjalanan diteruskan dan tiba di Hatyai lebih kurang jam 11.30 pagi waktu Malaysia dan 10.30 pagi waktu Thailand. Waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia.


sebaik sampai abg menempah dulu tiket utk perjalanan pulang ke Butterworth. harga tiketnya 180 bath seorang, lebih kurang dengan harga tiket Malaysia. Kadar tukaran pada masa itu ialah 100 bath sama dengan RM 9.70 Malaysia. Namun ianya berbeza dimana tempat kita tukar wang. disini baru sy tahu, jika hendak menukar bath Thailand eloklah tukar di kawasan Thailand kerana kadar tukarannya lebih tinggi dari Malaysia.

sy bergerak ke Hotel dengan menggunakan sejenis kenderaan yang begitu terkenal di Thailand yang dipangggil Tuk Tuk. ini merupakan pengalaman pertama sy menaiki tuk tuk namun sebaliknya dengan abg.

kami menginap di Hat Yai Asia Hotel. hotel tersebut agak selesa. Biliknya juga luas. jika berjalan utk ke town lebih kurang 200 meter sahaja.



lebih kurang jam 3 pm kami bertolak ke Pantai Samila yang terletak 3 km dari luar Songkhla. kami ke sana menaiki teksi (tambang 750 bath pergi balik) yang dibawa oleh Mr O, muslim yang memiliki kereta wira yang diubahsuai sehingga enjinnya mengaum garang. menurut abg beliau teringin untuk membawa sy bergambar dengan ikan duyung yang ada kat tepi pantai Samila tu..hehe... cuaca yang panas terik walaupun berangin membuatkan sy agak tidak selesa.

ombak agak kuat di pantai samila. namun pemandangannya memang menarik. Lagenda Ikan Duyung yang digambarkan sebagai putri cantik dengan rambut terurai panjang serta kaki berbentuk ekor ikan, senantiasa muncul di setiap sudut dunia. Sebuah kisah warisan kuno yang sudah terdengar sejak berabad-abad lalu. anda boleh klik disini utk membaca kisahnya. duyung didepan mata, apa lagi kan..sy memang tak melepaskan peluang utk bergambar apatah lagi dengan lagenda begini. terdapat juga Lagenda kucing dan tikus disini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pada malamnya sy dan abg kuar berjalan-jalan di pekan Hatyai. hanya 10 minit dari hotel. tidak susah untuk mencari di mana pusat pekan Hat Yai kerana abg tidak lupa membawa satu set GPS yang banyak membantu mencari dimana lokasi sesuatu tempat. sempat bergambar dengan replika besar pohon Krismas yang didirikan di tengah2 pekan Hatyai sempena sambutan Krismas pada 25 Disember. sempat juga menjengah ke dalam Odeon Shopping Mall dan gerai2 sekitar Hotel Grand Plaza. satu demi satu lorong disusuri sehingga sampai ke Pasar Santisuk yang banyak menjual peralatan elektronik, cenderamata dan baju.

sekali lagi menaikinya sy menaiki Tuk Tuk utk pergi ke pasar Hat Yai yang terdiri dari 3 buah pasar. Pasar 1 dipanggil Hatyai Plaza 1 menjual barangan basah dan buah-buahan. Pasar 2(Hatyai Plaza 2) pula dan yang paling terkenal dikalangan pelancong disini. teradpat pelbagai barangan seperti kasut, barangan kulit, kain dan blouse yang mengingatkan sy kepada Pusat Bebas Cukai Rantau Panjang dan Padang Besar. Pasar 3 (Hatyai Plaza 3) pula ialah pasar daging dan ayam. manakala medan selera boleh didapati di tingkat atas Hatyai Plaza 2. terdapat banyak kedai Muslim yang juga fasih berbahasa Melayu.

sangat cantik bukan..merah yang menawan. sy bel dan pakai terus, 200 bath saja harganya. dan kakak berbaju biru yang boleh sikit2 cakap Melayu itu sangat comei, manis tersenyum melayan sy mencuba dari satu ke satu selipar yang lain. namun merah juga pilihan hati.

sebelah malamnya sy ke Adia Restoran. sebuah restoren makanan Islam disimpang jalan berhampiran pekan Hatyai. dengan dekorasi dan landskap yang menarik, terasa sangat berselera makan disitu.

tak banyak sy shopping sebenarnya. ini antara ole2 yang dibawa balik, purse utk mak, mertua dan adik beradik. sy pun beli satu purse utk diri sendiri, cuma sy tak pasti adakah sy akan kekal menggunakannya(skrg sdg guna) atau beli kerana rambang mata melihat purse yang pelbagai corak yg comei2 sgt warnanya. sekarang ni sedang berkira utk kembali menukar pada purse CR sy yang lama..hikss...

3 hari 2 malam sudah berbaloi utk sy dan abg pusing satu pekan hatyai hingga ke Songkhla. abg bertanya kalau ada peluang nak datang lagi ke...sy hanya menggeleng kepala..cukuplah sekali kerana dalam kepala sy ni teringin sgt nak ke Pulau James Bond. sy nak naik kayak dengan meniarap menyusuri/memasuki gua2 yang terdapat disekitar kepulauan itu seperti yang pernah sy post disini dulu. abg dah pergi beberapa kali atas nama jurulatih. sy nak pergi jugak!!!

jam 10 pagi 25hb dec kami mula check out hotel..dalam hujan renyai...berjalan menuju ke pekan Hatyai. abg ajak sy cb berjalan kaki ke stesen keretapi, leh lagi shoping apa2 di sepanjang perjalanan nanti. check di GPS dan petakan arah ke stesyen keretapi rupanya cuma dalam lingkungan 200 meter sahaja. sy mula menapak ..memikul beg...merah ye...

sepanjang menapak dari hotel ke stesen keretapi..dalam hujan renyai sy redah jugak. satu pengalaman yg cukup bermakna sy rasa. memasuki lorong demi lorong. dan sy pastinya sy tak lepas dari lens kamera abg..rs nya macam tiap saat abg amik gamba sy..hehee

tiket keratapi jam 2pm, perut mula lapar. di hadapan stesen keratapi terdapat 2 buah gerai makanan Islam. sy dan abg makan nasi campur dan kami oder 2 cawan neskepi panas. dan10 minit selepas itu pelayan kedai datang menghantar segelas kopi panas dan separuh cawan atau dah boleh dikatakan suku cawan neskepi panas. aik..sy cb nak bertanya dengan adik tu, tapi dia tak paham bahasa melayu atau bahasa inggeris. hanya isyarat tangan yang ntah apa2 yang menjadi medium interaksi sy dan adik pelayan tu. akhirnya dia tak paham jugak, geleng kepala. sy tak puas hati sebab neskepi sy hanya suku cawan... melihat reaksi sy...abg minta sy diam.

biarlah takpe..amik kopi ni kalau tak cukup....

sy potpet dalam hati sendri...bukan mslh cukup tak cukup sebenarnya. tapi sy oder neskepi panas 2 cawan...napa lak lain yang datang..orang nak neskepiii..bukan kopi.. agaknya abg malas layan sy, dia makan buat tak tahu je...iskkkk

keretapi jam 2.30 petang..jadi sempatlah sy dan abg bergambar lagi. hehe..my hobi..dan sekali lagi mgkin ada jodoh kut, kami menaiki keretapi yg sama dengan keluarga kak saidah dari Singapura. kali ini kami sempat bersembang panjang apabila seatnya hanya di belakang sy. pelbagai topik yang keluar lepas satu satu sepanjang perjalanan. ternyata mereka memang peramah dan mudah mesra. bertukar alamat dan no telefon, insya allah kami ada plan untk ke singapura dlm cuti yang akan datang, pasti keluarga kak saidah akan dihubungi.

sampai di Padang Besar sekali lagi kami turun utk cop pasport, keluarga kak saidah bertukar gerabak(tempat tidur) kerana mereka akan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijangka sampai keesokan pagi. manakala kami masih lagi di gerabak yang sama dan akan turun di stesen Bukit Mertajam dalam masa beberapa jam.

tepat jam 7.30 malam, tiba di stesyen Bukit Mertajam. terima kasih kepada Ust Abdillah, kawan abg yg datang mengambil kami di stesen Bukit Mertajam.

alhamdulillah, tepat jam 9.30 malam sy dan abg selamat tiba ke rumah tanpa perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang percutian backpackers kali ini. catatan yang agak lengkap boleh dibaca disini dan semua gambar akan sy masukkan ke slide show di kolum tepi nanti.


semuanya abadi di hati. terakam kenangan indah ..melihat dan mempelajari sesuatu yang bukan kebiasaan kita. satu pengalaman yang berharga bermula dengan langkah pertama keluar dari pintu rumah sehinggalah kaki kembali melangkah masuk ke dalam rumah. semuanya kan tersemat dihati, satu pembelajaran, satu proses untuk semakin membaiki diri, mematangkan cara berfikir, mewajarkan diri bertindak, menghargai apa yang kita miliki seadanya dan cuba menerima qada dan qadar Ilahi dengan hati terbuka dan berlapang dada..

teringat bait kata seorang teman...

kita hadir disitu sedetik cuma. mengutip pengalaman, melihat gerak gaya dan budaya orang. biarpun sedikit atau sebentar atau sekelibat, namun biarlah perjalanan itu memberi erti yang nyata pada diri kita.

21 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

Wah...bestnyer akak....JJMA..Jalan2 Makan Angin..

azza_irah berkata...

insan biasa..
tkaseh singgah..salam kenal dr akak..
makan angin smbil2 amik gamba..hehe

mommy otai berkata...

ermm best best..berangan la dulu nk pegi..ntah bile la tu..hehe

azza_irah berkata...

farah..
insya allah ada rezki leh la smpai kan..

Krasz bAtu berkata...

bestnyaaa.... lama dah x pi sana..

camne nak buat pic dlm kotak2 tu ??

azza_irah berkata...

krash..
penah smpai ye..bes kan..
sy guna photoscape utk edit gamba2 tu..dl guna photoshope tapi lambat..hehe..yg ni main copy paste je..

@LiYaNNuaR ツ berkata...

wahh... bestnya... bila tgk duyung... teringat juga... sya pernah ke sana... sehari sblm bandar Hatyai banjir besar... huhuhu... tperangkap seminggu di sana... sgt tragis... umpama mati hidup semula...

nueeunlimited berkata...

bestnye kak..adventure yg x thn 2. backpakers jek..huhu.msti akak n abg suka rayau2 kan??hehe...

eriey berkata...

best..best..kalo bab jln best tul..release tension kan..nk gi jgk laa..padahal mak sedara ade duk narathiwat tp x pernah gi sana huhu..

Yanmie berkata...

wah2..bestnye..sonok tgk gambar2 tu..terpancar keseronokan di wajah kak azza..nie kira bercuti ke luar negara lah kan???..ehehhe..

Tukang cerita berkata...

Syiokkkknyaaaa....
bila tgk gambar kak azza ngan duyung tuh,
teringat gambar abah kat kg...
dulu ttanya2 kat mana,
kat sini rupanya....

UnGu VioLet berkata...

slm kak, ade award menanti utk akak.. dtg ambik yer!!!

ONE ZABA berkata...

aduihhh....lotih scroll n3 ni...rasa macam gi siam gak. siam tu baru sampai danok je. anak2 pun tak pernah naik kretapi. Nanti la ...sampa masa sok...nak pegi gak la.

Unknown berkata...

Adui.. celonoknya bercuti. Mesti banyak borong barang-barang kan?

Apa pun selamat kembali.

selesema dan batuk uncle belum hilang lagi cuma berkurangan sedikit.

Cikgu Kool berkata...

Editing gambar tahap gaban...Respek!

Rashid berkata...

Terserlah kelembutan ikan duyung membelai rambut di tepian pantai ..

Bertuahnya azza kerna sempat bergambar dengan ikan duyung lagenda turun temurun Thailand..

Tengok cara azza jalan-jalan tu dah terasa penat. Camana nak pergi sendiri ni..

iina berkata...

Seronok berjalan ke negara orang mengutip pengalaman kan.. bila ke negara orang barulah kita dapat bezakan dengan negara sendiri dan menghargainya dengan lebih mendalam.. ;)

Abu Amirul berkata...

salam azza,
tentu menyeronokkan kalau ke tempat orang, bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman.
maaf bertanya, anak2 tak bawak sekali ke? yang bersama tu abang ke cik abang?
maaf tanya soalan peribadi,:-)
bye n take care.

Unknown berkata...

seronok la melancong cam ni.... aku tak leh buat pasal gerabak keretapi aku panjang sangat!

Ehhh... la ni dah ada kucing rupanya.... emmm lamanye tak gi hatyai.... (rasa lenguh2 la pulak badan ni.... hehehe

kena gi pulau jmes bond tu.... lepas tu singgah makan kat pulau tu.... dia punya menu makanan laut... pehhhh

Tanpa Nama berkata...

wow besnya ...nice journey you had..

skrg dah ada patung kucing ....

dulu during 1995 still xde lagi...ada mermaid jer...

anak2 tinggak dengan opah dia ker...

CikguZue berkata...

waaa...bestnye. saya tak pernah sampai lagi ke sana...entah bila. stakat ni cuma jejak kat airport Bangkok je. Tupun transit 2-3 jam.