Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label hari lahir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari lahir. Papar semua catatan

13 Jan 2012

Hari Lahir | Bersyukur..Alhamdulillah..

As salam..




Selagi ada masa…
kucuba untuk mengota kata-kata…
Bahawa setiap mereka penting dan berjasa…
Agar tidak perlu dikesali apa yang tidak dapat kunikmati…
Agar tidak perlu dikesali apa yang tidak dapat kuhayati…
Agar tidak perlu dikesali apa yang tidak dapat kuhargai…
Kerana kuinsafi, usia ini milik ILAHI.."

~ biarlah angka ini menjadi muhasabah dan peringatan,
bahawa masa yang ada semakin singkat,
perjalanan yang jauh kian dekat.


"Ya Allah, bantu hamba-Mu, berkati usiaku agar bila aku kembali kepada-Mu, walau tanpa pahala melimpah tetapi bersama rahmat dan berkah."

Terima kasih di atas ucapan, doa dan ingatan ikhlas teman-teman di wall dan pm FB, sms, emel dan ym...di hari UlangTahunKelahiran saya ~pada 13 Januari..



** juga...terima kasih utk kehadiran ~ Hadiah Realiti.. :))



30 Jan 2011

130111..Selamat Ulangtahun Cikgu Azza..

Salam..

~..episod 13 Januari 1976..~

terukir senyum berseri
teralun emosi dalam sepi
ku hulur kuntum kasturi
bagai berlari bersama mimpi..

episod diri di jalur pelangi
terbias cahaya mentari indah
harum kasih kuntum mewangi
syukur ya Rabbi..tangan ditadah..




Terima kasih abg..utk kad yang sgt istimewa...hasil kreativiti sendiri.
Terima kasih utk doa dan sajak indah yang tertera di kad.



Episod 1 ~ tepat jam 12am..13 Jan'11...di katil..


Episod 2 ~ dari katil ke ruang tamu...Triffle Strawberry ku..


Episod 3 ~ di sekolah..bersama teman..Triffle Strawberry mangkuk ke 2..


Episod 4 ~ sejambak mawar merah..dari En Khairul Anuar..terima kasih syg..


Episod 5 ~ kenyang...Jusco...dari mybestff..Chicken Prosperity..tQ...mmuahh..


Episod 6 ~ dinner di Puncak Mutiara Cafe..terima kasih syg..


Episod 7 ~ Gurney Plaza, Penang...merah..?..hikss..


Episod 8 ~ Gurney Plaza dan USM photoshoot..smthing special..


terima kasih untuk segalanya..


~130111~
cepatnya masa berlalu..

Selamat Ulangtahun Cikgu Azza..

Haiku:


Warnamu cantik
hadiah hari lahirku
ku rindu kamu..
terima kasih utk doa itu juga 'hadiah'..

24 Jan 2010

130110 : Hari Lahir Hadir Lagi..



Salam..

Selamat Hari Lahir Cikgu Azza..
130110..

Syukur dengan segala kekurangan dan kelemahan diri, sy masih tersenyum pada 13 January 2010 di usia 34 tahun.

Masih lagi diberi kesempatan menghirup udara segar…
menghidu haruman bunga-bungaan…
menikmati kehijauan rumput dan kesegaran pohon-pohon ciptaanNya…
mengkagumi keindahan birunya awan…tingginya tidak tergapai…
memuja gemerlap bintang di langit yang tak terbilang..

sesekali merasai kedamaian dan ketenangan tatkala hujan menitis membasahi bumi, menyebar dingin serata alam..
lantas membias jaluran indah terbitnya garisan pelangi menghiasi pandangan mata..
sesungguhnya rahmat dariNya tidak ternilai…

Kematangan usia menjadikan sy lebih bersedia dan lebih menghargai setiap saat dalam hidup ini.
moga dengan bertambahnya usia ini akan semakin banyak pengalaman yang mampu sy kutip dan pengajaran untuk dijadikan sempadan agar sy lebih tabah, cekal, prihatin dan bersyukur.

Terima kasih untuk doa dan harapan yang sy terima melalui kiriman sms, emel juga melalui ruang maya..walau jauh tanpa sentuhan fizikal namun sy tahu butir indah ucapan itu jujur dan luhur lahir dari sekeping hati..
bait2 indah itu pasti tersemat erat di sanubari buat selama nya sebagai panduan untuk sy agar lebih berhati2 dalam melangkah meniti hidup ini.


..foto terakam menceritakan segalanya..terima kasih..



terima kasih Izan..akak mu dah tak muda remaja..hikss..


Umpama petikan dari blog seorang teman..

Perjalanan hidup ini umpama melalui lebuhraya yang berbagai kondisi.
Penuh dengan kenangan.
Kaya dengan ekspresi.
Padat dengan emosi.
Sendat dengan nostalgia..

Moga sy terus diberi hidayah dan petunjuk, diberi kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan, dilindungi dari segala mara bahaya..hari ini, esok dan selama nya..


Andai benar sesuatu itu milikku..biarlah keajaiban Allah saja berbicara..




16 Feb 2009

masih ada lagi..

salam..

entry ini khusus utk seorang sahabat yang jauh beratus batu dari sy. mengenali beliau secara maya melalui blog seorang teman lain membawa kepada ikatan yang indah dan bermakna. titian kasih yang dibina oleh beliau sememangnya membuatkan sy rasa terharu. tercuit hati sy. semakin lama mengenalinya, semakin terhibur rasa hati ini. melewati blog beliau menjadikan sy semakin memahami beliau sedikit demi sedikit. walaupun tidak pernah bersua wajah dan berbalas senyum secara nyata, namun yang pasti jalinan persahabatan ini telah sy sambut dan semat erat di sanubari.

terima kasih ila utk hadiah hari lahir ini. tak sangka walau dah lebih sebulan berlalu (13 jan), masih ada yang mengingati. terima kasih sekali lagi. alamat dah tahu...kalau terlajak ke utara singgah lah ya...pasti kan azza smbut dengan sepenuh hati.


disebabkan permintaan ila utk sy gayakan dan postingkan disini, dengan bantuan rakan2 di sekolah sy cb juga untuk pakai tudung ini(tak reti pakai tudung sebegini sebenarnya) walaupun berbaju kurung merah, kira ok la kan ila..tiba2 rasa macam makin tembam..bulat je muka..sebab tudung merah kat dalam tak tanggalkan kut..hehee...terima kasih ye ila..sangat2 cantik...dan azza sangat2 suka..mmuahss..







terima kasih utk teman yang sentiasa disisi walau apa jua situasi..walaupun ungkapan maaf telah dilafazkan..mgkin berdiam diri itu perlu ..sekadar menyejukkan hati sendiri..

29 Jan 2009

shawl yang sangat2 comei...

salam..
terima kasih kepada cik hany syg..hadiahkan akak shawl yg sangat2 comei ini. rainbow...shawl warna warni beserta dengan kad hari lahir. terima kasih utk ingatan dan ikatan persahabatan ini. sangat2 kiut...sampai di sekolah tadi. tak sempat nak pakai betul2 lagi hany, main selempang je ni. nanti akak snap lain skali dengan yg pink cute yg aritu ok. lagipun request dari edast lum akak tunaikan ..dia minta snap gambar yang cute pink tu utk promosi. sekali la ya nnti dengan rainbow hany ni.

sekali lagi terima kasih sgt2 utk hany...suka sgt dengan shawl comei ni..

23 Jan 2009

nurul insyirah...

nurul insyirah..


maklong sayangkan insyirah..

selamat hari lahir sayang...



23 januari ..genap setahun..

moga membesar menjadi anak yang menyejukkan hati umi..













miss u sayang...

22 Jan 2009

hadiah lagi...

salam buat semua..
akhirnya keluar juga entry ini. kepada yang bertanya dengan pelbagai variasi ayat..tidur ke tuan umah, g shopping lum abih ke..sebuk ngalahkan menteri ke..penat layan anak2 di skolah ke..terima kasih sgt. anda bertanya bermakna ingatan masih ada dan ikatan persahabatan yg terpatri masih terjalin. terima kasih. sy pun tak tahu mengapa sy agak menyepi akhir2 ini. mungkin tiada cerita yang menarik utk dikongsi, semua berlalu sebagaimana rutin harian, mgkin juga kesibukan di sekolah(tahun ni budak2 agak hyper), menjadikan sy begitu letih bila pulang ke rumah. tengok blog sekadar tengok, otak jd tepu utk post entry2 baru. idea tak datang. memang ramai yang bertanya..tapi bagaimana sy nak jwb ye..kadangkala soalan yang senang menjadi susah bila minda dan fizikal kita dalam keadaan yang letih teramat...
dalam minggu ni...mgkin ini sajalah yang dapat sy kongsi bersama. sy ingin mengucapkan terima kasih kepada 3 teman sy, 2 blogger dan seorang sahabat baik yang masih lagi menghulurkan tanda ingatan sempena hari lahir sy pada 13 januari. biarpun ada yang bertanya kan sy menyambut hari lahir sebulan ke sama dgn raya pose...tak kisahlah. org memberi sebagai tanda kita diingati kan. terselit rs terharu dan kesan yang mendalam dalam jiwa sebenarnya. utk sesiapa yang hadiah/parcelnya telah smpai ke tangan sy..terima kasih byk2. moga ukhwah antara kita kan terus mekar berkekalan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari syidah teman yang memasak, sediakan cheese cake pada hari ahad 18 januari....entrynya disini..
pada isnin 19 januari..bunga dihantar sendiri ke sekolah sy ...terima kasih utk sejambak ros kuning..terima kasih sb masih ingat ros kegemaran sy..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini pula dari lala yang manis..smpai semalam 21 januari (rabu) di sekolah. 3 benda ada dalam tu..2 pasu kecil dari tanah liat, satu potpuri dalam gelas yg sangat comel beserta kad. La cakap 1 utk abg dan 2 utk sy...tkasih La..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini...22 januari(khamis) sy menerima satu lagi parcel. kali ini dari orang gunung, cikgu one z. tkaseh sgt2. tak sangka pulak cikgu z kirimkan parcel yang tertulis happy birthday..4 bungkus teh cameron dengan 3 perisa. hehee...tQ..

juga tkaseh utk pertolongan dapatkan apartment kawan baru2 ini..nnti tggu kek keladi ek..hehee



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
terima kasih ...

dengan ini..sy berundur dulu. tak tahulah bila pulak nak update. mgkin esok, lusa, mggu depan, beberapa minggu atau entah bila. bila ada sesuatu dan datang idea utk menulis ...insyaallah ...

kadangkala idea itu ada..cerita itu ada..sesuatu itu ada..namun tersekat di dalam. kadangkala juga...berdiam itu lebih baik kan..



18 Jan 2009

24 tahun bergelar sahabat..

Kegembiraan dan keriangan yang memang sy jangka. Sy sayangkan dia. sangat2 sayang seperti saudara sendiri. sy mengenali dia 24 tahun lalu(1985) di SK Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu (darjah 3). namun sejak tingkatan 4, 18 tahun lalu dia mula berkongsi segala suka duka, keriangan, ketenangan, tangis dan airmata sy selama ini.

Masih segar dalam ingatan bila sy menangis di suatu pagi di kelas 4T2 SM Teknik Terengganu pada tahun 1992 kerana meja sy diconteng dengan pelbagai kata2 kesat, dia datang memeluk sy dari belakang dan menangis bersama. Sy hairan mengapa dia menangis tetapi masa tu tak sempat nak tanya sebab hati sy tengah geram sangat2 memikirkan siapa yang menulis kata2 kesat di meja sy(perkara itu menjadi kes serius sehingga dibawa ke pengetahuan HEM dan malam tu kami pelajar asrama tiada prep kerana mendengar tazkirah tergempar mengenai hati yg hasad dari PK HEM Cikgu Mohamed). dan dia di sebelah sy menggenggam erat tangan sy sehingga selesai tazkirah..
Dan hari ini....sy menerima jemputan makan malam oleh dia..seorang sahabat sempena 13 januari hari lahir sy. Dia janji nak masak istimewa utk sy. Namun oleh kerana tuntutan kerja, terpaksa bertukar plan, dia beli saja. so..nasi ayam, buah tembikai, air oren, rojak buah, kerepek dan popia.


Selesai makan..ehekss…kenyang..abih la diet sy di hujung minggu ini.


Ada kek rupanya. Cheese cake…tertulis..Happy Birthday za Sayang..
Tkasih sangat2. macam tahu2 je yang sy lum dapat kek utk hari lahir kali ini.

gambar2 di bawah mencerminkan segalanya tentang persahabatan sy dan dia. Sukar untuk diungkap dengan kata2 sebenarnya. Dia cukup istimewa di hati sy..dari dulu, kini dan sampai bila2..biarlah hanya gambar bercerita tentang seribu satu perasaan kami..

terima kasih utk mu teman..Syidah...


dan sebelum sy ke rumah beliau..sy singgah dulu di Megamall Pacific..ehemm..
bukan niat di hati...

kasut hitam yang ada macam dah tak kilat kan.....ehekss...

17 Jan 2009

ddy, jue, lia, jie..

terima kasih utk ddy, jue dan lia dan jie..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hadiah dari ddy dan jue smpai arini. pagi2 sampai ke sekolah tengok ada bungkusan atas meja. tkaseh sangat2 ... hadiah mereka dalam satu bungkusan sebab ddy n jue satu skolah..hehee..

utk ddy..tkaseh kerana jadi kwn yang baik pd org..

utk jue..tkaseh atas ingatan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari alia...

terima kasih lia...sangat comei bungkusan itu..nnti leh la akak isi syiling dalam beg kiut itu dan catatkan note2 penting ye...hehee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari jie...

terima kasih jie..ini hadiah dari Batu Pahat, Johor..oleh kwn cyber sy bertahun lama dulu..dulu jie pun ada blog..kini dah berkubur.. terima kasih kerana minta adik berusaha hantar ke sekolah aku ek jie..hargai sgt2.

utk semua...terima kasih di atas jalinan indah ini..

kejujuran penting dalam persahabatan..

jika hari ini jawapan anda A...jangan lah esok ia menjadi B..

susah utk kita miliki A dan B serentak...maka sebab itulah wujudnya pilihan...A atau B..

14 Jan 2009

33 tahun~~entry khas dan e-card dari teman..

terima kasih utk semua teman di atas ingatan ini. moga bunga mekar yang harum di antara kita kan terus mekar dan segar walau jarak jauh beribu batu.




biar kita bersahabat biasa2 saja..namun persahabatan kita kekal luarbiasa..





ddy ~ aku mulakan disini..

farah ~ mommyotai..

kakchik ~ keluarga ku sayang..

yanmie ~ permata hatiku..

cikgu rashid ~ kerdipan bintang

alia ~ ruangan fikir-fikir

kak hidayah ~ hanya persinggahan

kak kamsiah ~ detik-detik indah dalam hidupku..

intan ~the secret of my life to share with..

aie ~ r.e.n.u.n.g.f.k.i.r.t.i.n.d.a.k

laling ~ dancing with me stap as fast as i can..

rerama ~

kak myza ~

kak linda ~

cikgu norish ~

~~~~~~~~~~~~~~~~

dari cikgu rashid..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari farah..



~~~~~~~~~~~~~~~

dari yanmie..


~~~~~~~~~~~~~~~~

dari ddy..


~~~~~~~~~~~~~~~~

dari kak myza..


~~~~~~~~~~~~~~

dari kakchik...

~~~~~~~~~~~~~~~~

dari kak kam..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari kak hidayah..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari intan..







~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari rerama..






~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari aie..









~~~~~~~~~~~~~~~~