Hati-hati yang berdetik..

Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadiah. Papar semua catatan

3 Ogo 2009

Realiti Persahabatan Maya..

backdated 03 Ogos..
salam sejahtera untuk semua..




Lalahttp://cek-lala.blogspot.com
Tue 18.Aug.2009
04:22 PM (GMT+8) :

Akak cantik.. La rindu akak.. kita dekat jer.. tp tatau napa stiap kali nak jmp akak.. ade jer halangan...

tertera mesej dari si cantik manis, Lala kat MSGBOX di sebelah kanan ni. bila difikir2 memang betul, dah banyak kali kami rancang untuk jumpa, ada saja kekangan dan halangan yang tiba biarpun jarak antara kami tak sampai satu jam perjalanan pun.

entry ini khas untuk si cantik manis, Lala...
tq so much..utk cenderahati istimewa dari Pulau Lagenda..Langkawi. sekotak coklat, bersama 2 keychain...satu utk sy dan satu utk abg.
terima kasih kerana tak lupakan akak...mmuahss...sayang La sokmo..
moga persahabatan maya yang telah direalitikan ini kekal sehingga ke hujung nyawa...


pssttt...
salu ada game kat Terengganu kan..
nak kirim........!!!!!


..kadangkala persahabatan maya lebih bermakna dan membawa erti..
terima kasih utk teman mayaku..yang menemani siang dan malam..kala sihat dan sakit..kala duka dan suka..

16 Feb 2009

masih ada lagi..

salam..

entry ini khusus utk seorang sahabat yang jauh beratus batu dari sy. mengenali beliau secara maya melalui blog seorang teman lain membawa kepada ikatan yang indah dan bermakna. titian kasih yang dibina oleh beliau sememangnya membuatkan sy rasa terharu. tercuit hati sy. semakin lama mengenalinya, semakin terhibur rasa hati ini. melewati blog beliau menjadikan sy semakin memahami beliau sedikit demi sedikit. walaupun tidak pernah bersua wajah dan berbalas senyum secara nyata, namun yang pasti jalinan persahabatan ini telah sy sambut dan semat erat di sanubari.

terima kasih ila utk hadiah hari lahir ini. tak sangka walau dah lebih sebulan berlalu (13 jan), masih ada yang mengingati. terima kasih sekali lagi. alamat dah tahu...kalau terlajak ke utara singgah lah ya...pasti kan azza smbut dengan sepenuh hati.


disebabkan permintaan ila utk sy gayakan dan postingkan disini, dengan bantuan rakan2 di sekolah sy cb juga untuk pakai tudung ini(tak reti pakai tudung sebegini sebenarnya) walaupun berbaju kurung merah, kira ok la kan ila..tiba2 rasa macam makin tembam..bulat je muka..sebab tudung merah kat dalam tak tanggalkan kut..hehee...terima kasih ye ila..sangat2 cantik...dan azza sangat2 suka..mmuahss..







terima kasih utk teman yang sentiasa disisi walau apa jua situasi..walaupun ungkapan maaf telah dilafazkan..mgkin berdiam diri itu perlu ..sekadar menyejukkan hati sendiri..

9 Feb 2009

sesuatu, kasut, mug, hobi dan utk -dia-...

salam utk semua..
sebenarnya hati sy masih bengkak pada sesuatu itu. rasa terkejut dan geram. sukar betul nak diluahkan sebenarnya. 2 malam lepas sewaktu hendak keluar makan, sy terpandang sebelah kasut selang 4 buah rumah jiran berada betul2 di tengah jalan. dengan nada bergurau sy bgtau abg..itu macam kasut sy lah...



  • abg berhentikan kereta...sy tergamam..
  • memang betul....kasut silver sy...iskkk..
  • kenapa duk sini...selang 4 buah rumah di tengah2 jalan..
  • kenapa kasut ni penyek...
  • kenapa kasut ni tumitnya terpeleot..
  • kenapa macam dah koyak...warnanya dah berlainan...
  • dan kenapa mesti kasut sy yg ini..




nak dimarah tak kena, nak didiamkan rs macam melampau2 sekarang ni. makin bermaharajalela dari pagi smpai ke pagi esok. dulu jarang2 nampak, sekarang ni macam jaga pulak duk berkeliaran. memang silap sy sebenarnya letakkan kasut di luar. tapi teringat kata ustazah sy dulu...kasut kan letaknya di kaki, dipakai dibawa berjalan2 ke merata2 tempat. napa simpan di dalam rumah. rumah mesti bersih dan suci kerana disitu kita berehat, makan dan beribadat. letakkan kasut di tempat yang sesuai dan bukan di dalam rumah. erm...fikir logik kata ustazah maka tak salah lah kan sy letak kat luar. bukan di lantai tapi sangkut kat grill. dalam rak kasut dah takde ruang, lagipun kalau gantung gitu kan senang nampak, pagi esok nak g sekolah leh terus matching dgn baju...ada entry nya disini koleksi kasut sy di gril depan umah...

memang salah sy juga kerana tidak beringat. Malam pagar rumah tidak bertutup. tapi dalam byk2 rumah kenapa rumah sy jadi mangsa..dan dalam banyak2 kasut kenapa kasut silver itu. kasut tu adalah hadiah bday sy dari abg beserta dengan hbag. entrynya ada disini. baru 2 kali sy pakai. utk sesuatu itu....baru 2 kali tau tak...!!

sekarang sy hanya leh memandang kasut itu, esok dah kena buang lah, tak sanggup lagi rasanya nak pakai. disebabkan perbuatan sesuatu itu...sapa nak ganti kasut sy. walaupun perasaan hairan masih menghantui kerana kasut tu kan tergantung tinggi, camna boleh amik..namun sy redha. fikir positif...dalam banyak2 rumah dan banyak2 kasut, rumah sy dan kasut silver sy jadi pilihan...tak ke maknanya kita org yang dipilih..ehekkss..(nak sejukkan hati nih..)

so sy sudah tidak brkasut silver lagi. kasut itu akan ditamatkan khidmatnya walaupun baru 2 kali bertugas. mgkin abg bersimpati bila sy bertanya sapa nak ganti kasut tu. Tiba2 bila ke Sunway Carnival(SC) siang tadi tadi abg bertanya..

..taknak cari ganti kasut silver ke...
eheh...nak tolong ganti ke..
takde lah...kalau nak ganti...cari le..
ehekss...




tada....




sesuatu rosakkan kasut sy...sendiri silap...sendiri ganti...sendiri bayar..
bukan silver tapi purple...Giossardi...napa purple..?...entah..tanya sama hati...





jalan2 lagi pusing SC...

sy masuk dalam Cabin Living. sangat2 kiut segala bagai barang yang ada disitu. ditambah dengan pelbagai bentuk jambangan bunga dan bear sempena Valentine's Day(VD)...ehehh...rs dah lama tak sebut VD...rs pelik pulak. tiba2 terpandangkan deretan mug2 di bawah yang sangat comei ini. tengok betul2 ye...



may 13th - adventurer
(abg...macam betul je...abg kan mmg terlibat secara langsung dalam segala outdoor actvty..kerjanya adalah minatnya..)

jan 13th - clever and creative...eh..?..ehekss..sapa itu 13 january...

feb 7th - independence...ermm..napa tiba2 7feb..ada kaitan ke..agaknya..segala sesuatu ada sebab musabab kan..





mulanya nak beli..dah lama tak mula balik aktiviti beli benda2 yang menyemakkan rumah(istilah abg). tapi last nya sy letak balik..insya allah nantilah, sy nak beli jugak...utk -dia- nanti..akan sampai masanya..







pusing2 lagi masuk Popular Book..dah lama sebenanya sy meninggalkan segala hobi dan aktiviti dulu2. tumpuan beralih. mgkin dengan kekangan masa atau sy sendiri yang berubah. sekarang sy harus kembali ke pangkal jalan. sy harus kembali melakukan sesuatu yang pernah/masih jadi minat sy cm mgkin beberapa ketika sy sedikit alpa. Anjung Seri memang menjadi langganan setiap bulan sejak berkahwin. buku sulaman reben...minat dulu yang akan dipupuk kembali, kerana sy nak jadi seperti dulu..melakukan sesuatu yang memang menjadi minat..(kena selongkar balik kotak2 utk cari jarum sulaman...)




keluar dari SC...abang ajak singgah nursery. semestinya utk -dia-..eheks..







penat sgt...tapi cuti sehari yang berbaloi. nak singgah Pantai Bersih kat Bagan Ajam tapi jam 5 petang terlalu panas. tak sanggup muka berkilat pegi sekolah esok. so...pejam mata lena...sedar2 kereta masuk parking rumah...dah smpai Alma...



ding dong....
abang memang susah nak senyum kalau bergambar...adeh...



den tau lps ni utk dua org pengkritik den bila ada entry gini... cikgu shifu n cikgu one sile kaw2 nya kutuk...den tak kisah..nama pon pompuan...dushhh..
habiskan masa bersama tersayang memang satu terapi...esok skolah baju kaler apa ek..pink..?

29 Jan 2009

shawl yang sangat2 comei...

salam..
terima kasih kepada cik hany syg..hadiahkan akak shawl yg sangat2 comei ini. rainbow...shawl warna warni beserta dengan kad hari lahir. terima kasih utk ingatan dan ikatan persahabatan ini. sangat2 kiut...sampai di sekolah tadi. tak sempat nak pakai betul2 lagi hany, main selempang je ni. nanti akak snap lain skali dengan yg pink cute yg aritu ok. lagipun request dari edast lum akak tunaikan ..dia minta snap gambar yang cute pink tu utk promosi. sekali la ya nnti dengan rainbow hany ni.

sekali lagi terima kasih sgt2 utk hany...suka sgt dengan shawl comei ni..

22 Jan 2009

hadiah lagi...

salam buat semua..
akhirnya keluar juga entry ini. kepada yang bertanya dengan pelbagai variasi ayat..tidur ke tuan umah, g shopping lum abih ke..sebuk ngalahkan menteri ke..penat layan anak2 di skolah ke..terima kasih sgt. anda bertanya bermakna ingatan masih ada dan ikatan persahabatan yg terpatri masih terjalin. terima kasih. sy pun tak tahu mengapa sy agak menyepi akhir2 ini. mungkin tiada cerita yang menarik utk dikongsi, semua berlalu sebagaimana rutin harian, mgkin juga kesibukan di sekolah(tahun ni budak2 agak hyper), menjadikan sy begitu letih bila pulang ke rumah. tengok blog sekadar tengok, otak jd tepu utk post entry2 baru. idea tak datang. memang ramai yang bertanya..tapi bagaimana sy nak jwb ye..kadangkala soalan yang senang menjadi susah bila minda dan fizikal kita dalam keadaan yang letih teramat...
dalam minggu ni...mgkin ini sajalah yang dapat sy kongsi bersama. sy ingin mengucapkan terima kasih kepada 3 teman sy, 2 blogger dan seorang sahabat baik yang masih lagi menghulurkan tanda ingatan sempena hari lahir sy pada 13 januari. biarpun ada yang bertanya kan sy menyambut hari lahir sebulan ke sama dgn raya pose...tak kisahlah. org memberi sebagai tanda kita diingati kan. terselit rs terharu dan kesan yang mendalam dalam jiwa sebenarnya. utk sesiapa yang hadiah/parcelnya telah smpai ke tangan sy..terima kasih byk2. moga ukhwah antara kita kan terus mekar berkekalan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari syidah teman yang memasak, sediakan cheese cake pada hari ahad 18 januari....entrynya disini..
pada isnin 19 januari..bunga dihantar sendiri ke sekolah sy ...terima kasih utk sejambak ros kuning..terima kasih sb masih ingat ros kegemaran sy..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini pula dari lala yang manis..smpai semalam 21 januari (rabu) di sekolah. 3 benda ada dalam tu..2 pasu kecil dari tanah liat, satu potpuri dalam gelas yg sangat comel beserta kad. La cakap 1 utk abg dan 2 utk sy...tkasih La..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini...22 januari(khamis) sy menerima satu lagi parcel. kali ini dari orang gunung, cikgu one z. tkaseh sgt2. tak sangka pulak cikgu z kirimkan parcel yang tertulis happy birthday..4 bungkus teh cameron dengan 3 perisa. hehee...tQ..

juga tkaseh utk pertolongan dapatkan apartment kawan baru2 ini..nnti tggu kek keladi ek..hehee



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
terima kasih ...

dengan ini..sy berundur dulu. tak tahulah bila pulak nak update. mgkin esok, lusa, mggu depan, beberapa minggu atau entah bila. bila ada sesuatu dan datang idea utk menulis ...insyaallah ...

kadangkala idea itu ada..cerita itu ada..sesuatu itu ada..namun tersekat di dalam. kadangkala juga...berdiam itu lebih baik kan..



18 Jan 2009

24 tahun bergelar sahabat..

Kegembiraan dan keriangan yang memang sy jangka. Sy sayangkan dia. sangat2 sayang seperti saudara sendiri. sy mengenali dia 24 tahun lalu(1985) di SK Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu (darjah 3). namun sejak tingkatan 4, 18 tahun lalu dia mula berkongsi segala suka duka, keriangan, ketenangan, tangis dan airmata sy selama ini.

Masih segar dalam ingatan bila sy menangis di suatu pagi di kelas 4T2 SM Teknik Terengganu pada tahun 1992 kerana meja sy diconteng dengan pelbagai kata2 kesat, dia datang memeluk sy dari belakang dan menangis bersama. Sy hairan mengapa dia menangis tetapi masa tu tak sempat nak tanya sebab hati sy tengah geram sangat2 memikirkan siapa yang menulis kata2 kesat di meja sy(perkara itu menjadi kes serius sehingga dibawa ke pengetahuan HEM dan malam tu kami pelajar asrama tiada prep kerana mendengar tazkirah tergempar mengenai hati yg hasad dari PK HEM Cikgu Mohamed). dan dia di sebelah sy menggenggam erat tangan sy sehingga selesai tazkirah..
Dan hari ini....sy menerima jemputan makan malam oleh dia..seorang sahabat sempena 13 januari hari lahir sy. Dia janji nak masak istimewa utk sy. Namun oleh kerana tuntutan kerja, terpaksa bertukar plan, dia beli saja. so..nasi ayam, buah tembikai, air oren, rojak buah, kerepek dan popia.


Selesai makan..ehekss…kenyang..abih la diet sy di hujung minggu ini.


Ada kek rupanya. Cheese cake…tertulis..Happy Birthday za Sayang..
Tkasih sangat2. macam tahu2 je yang sy lum dapat kek utk hari lahir kali ini.

gambar2 di bawah mencerminkan segalanya tentang persahabatan sy dan dia. Sukar untuk diungkap dengan kata2 sebenarnya. Dia cukup istimewa di hati sy..dari dulu, kini dan sampai bila2..biarlah hanya gambar bercerita tentang seribu satu perasaan kami..

terima kasih utk mu teman..Syidah...


dan sebelum sy ke rumah beliau..sy singgah dulu di Megamall Pacific..ehemm..
bukan niat di hati...

kasut hitam yang ada macam dah tak kilat kan.....ehekss...

17 Jan 2009

ddy, jue, lia, jie..

terima kasih utk ddy, jue dan lia dan jie..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hadiah dari ddy dan jue smpai arini. pagi2 sampai ke sekolah tengok ada bungkusan atas meja. tkaseh sangat2 ... hadiah mereka dalam satu bungkusan sebab ddy n jue satu skolah..hehee..

utk ddy..tkaseh kerana jadi kwn yang baik pd org..

utk jue..tkaseh atas ingatan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari alia...

terima kasih lia...sangat comei bungkusan itu..nnti leh la akak isi syiling dalam beg kiut itu dan catatkan note2 penting ye...hehee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari jie...

terima kasih jie..ini hadiah dari Batu Pahat, Johor..oleh kwn cyber sy bertahun lama dulu..dulu jie pun ada blog..kini dah berkubur.. terima kasih kerana minta adik berusaha hantar ke sekolah aku ek jie..hargai sgt2.

utk semua...terima kasih di atas jalinan indah ini..

kejujuran penting dalam persahabatan..

jika hari ini jawapan anda A...jangan lah esok ia menjadi B..

susah utk kita miliki A dan B serentak...maka sebab itulah wujudnya pilihan...A atau B..

13 Jan 2009

hadiah orang 33 tahun...

13 januari 2009..12 pagi..
sy menerima ucapan tahniah dan selamat hari lahir dari abang. juga disertakan dengan hadiah di bawah. bagi yang mengikuti entry 'yang mana satu pilihan hati' ..inilah pilihan hati sy..yang menjadi hadiah hari lahir sy yang ke 33. ramai yang meneka dengan tepat...hbag CR dan sepasang kasut silver Alain Delon..so boleh kah sy ke sekolah pada hari ini dengan hbag dan kasut baru..hehee
terima kasih utk abg ..segala yang terbaik sy doakan utk abg..moga dipelihara ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

terima kasih jua kepada yang menghantar sms tepat jam 12 semalam.
adik2, rakan sejawat, juga teman2 blogger dan forum..
antara sms blogger yg terawal masuk ke hp sy smlm ialah..
terima kasih byk2 atas ingatan..
namun yang paling mengharukan sy ialah panggilan telefon dari kak myza dan pakcik sheikh. kak myza yang baru sy jumpa pada dec yang lepas cal dari kajang pada jam 12 lebih semata2 utk mengucapkan selamat hari lahir. juga sempat bercakap dengan pakcik...tkaseh diatas ingatan kalian suami isteri...


13 januari...10.30 pagi..
satu jambangan bunga sampai ke kelas sy..dari abg... terima kasih sangat2. rasa terharu sebenarnya..
berebut2 budak2 tu masing2 nak tolong pegang. cikgu lum sempat bergambar dorang dulu siap amik hp dan pegang bunga sengeh2. si aiman lak sakan buat muka ngade2 dengan jari peace nya...kami gelar muka gatal bakal seorang penggode...adeh...

eh tersama lak gamba atas dan bawah...abaikan boleh..? tak perasan la pulak masa edit tadi..nak tnjuk hbag je sebenarnya...hehee..(kakchik dearie sile jeles ye..juga farah dan laling..hehehe..



sebaik smpai di rumah dari sekolah, terpandang satu kad merah di atas laptop. dari abg lagi. terima kasih sgt2. sebaimana yang abg harapkan seperti yang tertera di kad tersebut, begitu juga harapan di hati ini..mg ikatan ini berkekalan, hati kita sentiasa dekat dan bersatu sehingga ke akhir hayat...


terima kasih sekali lagi abg di atas semua ini. dah 33 umur sy..13 januari 1976...sebenarnya tiada yang lebih berharga melainkan dirimu dan kasih sayang kita agar kekal sehingga ke nafas terakhir....



dah 33 ek...rasa baru je lagi 13 tahun..23 tahun...sekarang dan 33 tahun rupanya..
terima kasih utk semua entry, msg, komen dan ucapan baik disini mahupun sms. insyaallah sy akan balas semuanya nanti.




selamat hari lahir juga utk x buah hati masa sekolah rendah(darjah 5) hingga menengah (tingkatan 5)....
yang masih baik sehingga kini..(harap abg tak marah) hehee...yang menyambut hari lahirnya pada 12 january...sy 13 january...sehari je beza..
takde jodoh kan..ehehh...mg dia sehat sejahtera dan tenang selalu membina keluarga bahagia..
sekali lagi utk hari lahir....makan malam...di mana..?..sy pun lum pasti...nak bersiap ni...jumpa di sana ek....

selamat ulang tahun cikgu azza..

selamat ulang tahun cikgu azza..
13 january..
sy dah berusia 33 tahun..


tkasih utk semua uacapan, kad, kiriman sms, hadiah yang diberikan..oleh teman2 blogger, teman2 di forum, juga teman2 di luar..
nnti sy akan uploadkan ya..

terima kasih jua utk farah(mommyotai), kakchik dearie, aie, lia, ddy, cikgu rashid, kak myza, yanmie dan kak hidayah yang buat entry khas utk sy..

hargai sgt2...nnti sy akan copykan disini..
utk yg menanti apakah pilihan sy di entry yang lepas...sabar ekk..
sabar....

27 Nov 2008

semangat abang di Wang Burmah..

alhamdulillah..abg dah balik dari Gua Wang Burmah, Perlis. seperti biasa..pastinya ada. kali ni sehelai baby t-shirt berwarna biru. Biru..? sy tak bertanya kenapa biru tapi jawapan abg dah memuaskan hati sy..

kerana.. biru itu lembut sgt..

warna memang satu pilihan..pelbagai warna boleh membuatkan kita tampak berbeza. contohnya..merah dan oren adalah pasti...hikss..
sy suka baby T itu..rasa sgt comei...terima kasih..saiz m..hehehe..sy dalam proses utk kembali dapatkan saiz S...boleh ke nak jd seperti 8 tahun dulu...adehh. .




sekadar berkongsi pengalaman dan semangat abang..





kristal yang terbentuk memakan masa beribu tahun..



sengaja pacat dibiarkan menghisap darah kotor di bahagian bisul di betis salah seorang jurulatih..

semoga ahad nanti Yong Belar, Cameron memberi satu lagi cabaran hebat bg abg.....

21 Nov 2008

terlakar indah bersama Cek Lala yang manis..

pertemuan seribu erti..
dari tempahan kek keladi...membawa kepada pertemuan empat mata..
mcD Autocity, Juru...

rasanya tak perlu sy coretkan bagaimana kronologi pertemuan kami kerana cek Lala telah postkan entrynya disini.. dan disini...siap entry khas utk kek keladi..hikss..
yang pasti ianya melakar kenangan indah buat sy, Lala dan dua anak comei nya...
seperti panggilan sy kepadanya..cek lala yang manis...mmg manis...
suka sgt tengok matanya...galak dan bercahaya...heheee..

pelukan erat sebaik keluar dari kereta masih terasa sehingga kini..
seperti kata La dalam entrynya...seolah kami dah kenal lama..
sejam dirasa cepat berlalu keran La perlu balik ke office utk kembali sambung bekerja..
sy bercuti ye..hikss..

pastinya sy akan mengulangi pertemuan ini..
sy nak ajak La ke rumah kak kam...dah lama sy dan kak kam merancang tetapi asyik tertangguh kerana kesibukan jadual abg sy dan abg kak kam..
tadi terpikir sewaktu balik dr mcD..rasanya boleh kut La...?...kak kam bagaimana..?


kereta sy dan kereta La parking bersebelahan...kebetulan..

see...azza di bonet kereta sy..


bergambar tengah panas...


sy follow La keluar dari Autocity..


sempat je cik adik ni snap gambar..


hadiah dari La utk sedetikhati..tkaseh..



inilah gambar kek yg telah dipotong oleh La...ada dibuat entry khas...hiksss..



dan...jeng jeng...
saja tadi tak tunjuk kat La...
hiksss...
akak memang fil bab jalan..
kredit utk abg dan kak nor yg melukis peta ke mcD Autocity utk sy...hehee..


sy pasti mengulangi pertemuan ini...