alfatihah.. untuk arwah ayahmu.. moga beliau tenang dan damai di sana.. ditempatkan di kalangan orang2 solihin..
Sabda Rasulullah SAW :
” Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah segala amalan nya kecuali 3 perkara : yaitu, Shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya, dan anak laki-laki yang sholeh yang akan selalau mendo’akanya.”
untukmu yang pernah bergelar Sahabat/Teman/Kakak....
I pray to ALLAH grant U a MIND free from Worry.. a HEART free from SADNESS.. a SOUL free from SIN.. and a BODY free from SICKNESS..
tabahkan hati..kuatkan semangat..
..dari jauh ku doakan dirimu sentiasa dalam peliharaanNya..
ikhlas.... ~irah&khairul..~
..memory indah yangpernah terlakar abadi.. hanya aku dan dirimu yang tahu.. mengulangi semuanya amat mustahil.. biar saja tersemat utuh disanubari..sehingga ke akhir nyawa..
..dambaan Makbukan hanya kini..tetapi sehingga ke hujung nyawa..
Esok sy akan pulang ke kampung. Sebenarnya sudah beberapa minggu hati tidak tenang mengingatkan Mak dan Abah yang tidak sihat di Tanah Merah. Hati meronta-ronta ingin berada bersama2 mereka. Tambahan pula apabila mendengar cerita daripada adik, yang membuatkan sy terasa ingin terbang kembali ke pangkuankeluarga.
Apabila mendengar suara Mak sayup di corong telefon, hati disayat pilu. Kekangan yang timbul disebabkan tugas dan tanggungjawab yang semakin tinggi seringkali membuatkan hasrat hati dipendamkan sementara. Sy tahu situasi begini bukan sahaja terjadi kepada sy, malah terjadi kepada kebanyakan teman sy. Kadangkala kita akur dalam keterpaksaan. Umpama kata bidalan, diluah mati mak, ditelan mati bapak.
Namun alhamdulillah, apabila lewat minggu lepas, adik maklumkan Mak dan Abah semakin sihat dan ‘sesuatu’ itu juga situasinya semakin tenang. Hati sedikit lega, hilang seketika rasa gelisah dan gementar walaupun tidak sepenuhnya. Insya Allah..esok sy akan pulang…untuk sama-sama bersahur dan berpuasa dengan Mak, Abah, Adik, anak buah dan family di Tanah Merah..
Sy pernah membebel pada seorang teman baik (beliau kata sy membelasahnya dengan kata2). Secara peribadi, sy tidak setuju dengan beliau. Sy menganggap beliau mementingkan kerjaya dan familynya berbanding dengan Ibu nya yang sudah uzur di kampung. Sy tahu beliau mempunyai alasan tersendiri yang cukup kukuh dan logik mengapa kepulangannya sering tertangguh. Memang Ibu akan memahami apa sahaja halangan dan tugas kita, namun bg sy, alasan itu sebenarnya membuktikan sikap kita..
Entahlah, apabila menyebut tentang Ibu, kampung halaman dan kealpaan kita sy menjadi begitu sensitif dan rasanya semua orang akan bersikap begitu. Kerana kita tidakkan tahu…mungkin ini Ramadhan terakhir mereka bersama kita…atau mungkin Ramadhan terakhir kita bersama mereka…ajal maut di tangan Tuhan. Yang pastinya…sy tidak mahu beliau menyesal…
Kasih ibubapa tiada galang ganti. Jika dulu mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak, terasa begitu kerdil dan berdosa diri ini apabila kita menangguhkan untuk kembali menemui mereka semata2 kerana tuntutan tugas dan amanah yang kita pikul kini.
Hidup kita hanya sementara…bahagiakan lah hati mereka selagi mereka masih ada..
Pandanglah ke mata cengkung Mak..pasti kan dapat kita selam kerinduan mendalam yang tak terluah..genggam lah jemari tua Mak..pasti kita dapat rasakan kehangatan kasih sayang yang sentiasa membara…dakaplah tubuh tua Mak…pasti keresahan dan kerisauan hati kita kan lenyap dibuai rasa syahdu...
..semoga Ramadhan kali ini memberi penginsafan kepada kita..
..Azza dan anda..
..moga dengan merenung mata Mak..
menggenggam erat jemari tua itu..
mendengar segala kisah2 hati...
sy dan anda akan lebih menghargai setiap saat yang berlalu...
..abang dan ust Lah yang suka sgt aktiviti 'giler2'...
alhamdulillah.. misi berkayak abg dan ust Lah pusing Pulau Pinang berdua tanpa bantuan telah berjaya. hanya mengambil masa 2 hari. akhirnya abg dah selamat sampai ke rumah. jalan terhinjut2, sakit2 badan, katanya nak angkat lengan pun tak larat. kedua kuku jari kelingkingnya menjadi biru. sy hanya tersenyum bila diberitahu sakit sana sini...dah faham sgt2... kerjaya dan minat seiring...sakit pun sanggup..
walau apapun..jauh disudut hati tetap terselit rasa bangga. tahniah..sememangnya sy kagum dgn abg...cuma takleh ckp depan2...nnti riak...!!...ehehhee... (sy tau malam ni jugak abg baca blog ni..) catatan ekspedisi abg kali ini boleh dibaca disini...
..Ramadhan bakal menjelang...indahnya saat berbuka bersama.. ..bicara pada bintang dan bulan yang masih beku..
sekadar memanjakan diri sendiri. memberi ruang pada minda untuk lebih santai dan bebas dari bebanan tugas seharian. alhamdulillah, walaupun plan ke Cameron Highland juga barbeque di Sedim kensel kerana rakan lain punya komitmen, sy dan abg tetap boleh menghabiskan hujung minggu dengan cara sendiri. jumm...
dah lama tak jejak kaki ke panggung wayang. sy bukanlah kaki wayang atau peminat filem, tv di rumah pun jarang sekali menonton. sy hanya masuk panggung kalau ada filem yang sy rasakan langsung tak best kalau tgk di tv kat umah. maklumlah, tv kat umah kan cinonet je berbanding layar di panggung dengan sound system yang canggih amat.
ternyata G.I Joe mampu menyuntik rasa segar dalam diri sy dan abg..mengalih sebentar dari kerja yang menuntut komitmen yang tinggi. hilang sebentar segala kepenatan dan kekalutan sepanjang minggu. sesungguhnya ia suatu terapi yang berkesan..
namun yang penting disini bukan lah panggung dengan peralatan yang canggih atau filem dengan aktor yang tersohor. yang penting ialah kualiti masa dan bagaimana anda memanfaatkannya...
malam ni abg bertolak ke PSATK...aktiviti sendiri sebelum menyambut Ramadhan.. kayak mengelilingi Pulau Pinang, hanya berdua dengan Ust Lah. bila dinyatakan hasrat itu 2 hari lepas, sy terdiam. bukan kali pertama abg pusing pulau dengan kayak. kebimbangan tidak pernah sy suarakan kerana itu akan mematah semangatnya. namun jauh di sudut hati, getarnya hanya Tuhan yang tahu. moga dijauhkan segala malapetaka dan bencana yang tidak terduga. kadangkala ribut datang tidak memberi tanda walaupun dikala laut tenang tidak bergelora. sesungguhnya ia jua satu terapi untuk abg..
moga abg dan Ust Lah selamat pergi dan balik...
..terpisah seketika kadangkala membuat rindu itu makin mendalam.. membuat anda lebih menghargai dan memahami..
..terima kasih utk teman yang sentiasa bersama.. ..kan ku semat dihati sepanjang hayat..
lewat tengahari tadi sy menerima sms daripada seorang teman. tepat jam 12.18 tengahari. mengamati patah demi patah..
..akur...maaf dan terima kasih..
sy faham dan amat faham. namun bagaimana harus sy balas..?..
seringkali kita tewas dan keliru dengan rasa sendiri. seringkali jua tindakan dan keputusan kita bukan berdasarkan logik akal tetapi lebih kepada emosi yang membelenggu jiwa. kewajaran dan pertimbangan seringkali kita letak ke tepi. ego menguasai diri..
sesetengah orang rela berpatah arang berkerat rotan dari mencari punca dan menjelaskan mengapa begitu dan begini... setengah orang lebih suka mendiamkan diri dari membela diri.. dan setengah orang sangat2 degil..sehingga sanggup melepaskan segalanya.. mungkin itulah kita...itulah sy..
" Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu. Wahai Tuhan yang memalingkan hati-hati palingkanlah hati kami ke arah mentaatiMu.... "
sms teman itu sy balas akhirnya... tetap membawa maksud dan pengertian yang sama..
..bahawa sy jua akur...maaf dan terima kasih..
..azza.. cukup menginsafi dan mengakui kelemahan dan kekurangan diri.. silapnya adalah dari ego sy..