Hati-hati yang berdetik..

9 Sep 2009

090909...comei untuk diri sendiri...


salam sejahtera untuk semua..

Ehekss...

Tajuk entry macam perasan sendiri..tapi sebenarnya takde kaitan sangat.

Entry ini khas untuk Nor, adik ipar sy yang mengajar di Cameron Highlands. gambar2 dibawah juga untuk beliau...


Beliau minta sy belikan tudung seperti yang sy pakai.

Malangnya jenis yang dulu dah tak ada, yang ada patern baru.

Ini contoh2 tudung, yang lama dan yang baru.

Yang baru tu sudah siap terbentuk, tidak perlu kita belitkan, hanya letakkan pin berbanding yang lama yang harus kita lilit sendiri sebelum diserikan dengan kerongsang..

Tudung merah tu k’za baru pakai arini Nor..pertama kali pakai. Comei..?..ehekksss..

Tudung Mak dan Na yang dah k'za belikan pun ada sekali di bawah.


Sila menjamu mata..abaikan segala cacat cela yang mungkin ter’pose’ sekali sebab semua gambar ini dipublish tanpa edit…



Tudung baru..


pertama kali pakai...merah menjaga UPSR hari ke 2...


hitam..baru ambil semalam..


hijau lumut dengan awningnya bergaris-garis..Mak punya..


purple muda..awning juga bergaris-garis..Na punya..


oren ber awningkan coklat garis-garis..Na punya..


hijau lumut dengan awning kosong...Na punya..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tudung lama..

syria style...nampak tembam kan..tak sesuai.. tshirt biru tu k'za pakai anak tudung tu je..


double chiffon utk awning.. Nor nak yang ni kan..kena tempah dulu sebab ini stok lama..


coklat yang sangat2 cool bila dikenakan dengan tshirt dan jeans.. tapi kita kena belit sendiri lah elok2...supaya tak nampak macam Indon..ehehh..


kuning kehijauan..awning garis-garis..pun kena lilit bagi nampak moden..


ini yang paling k'za suka..
pink dengan awning garis-garis coklat..
sgt manis warnanya...

semua tudung tu size M..kecuali oren double chiffon yang bersaiz S.. tudung baru takde size....free size..
Tengok betul2 ek..nanti bagitau k’za nak yang jenis bagaimana dan warna apa.

090909...
hanya angka yang menarik..rutin sy tetap seperti biasa..
jika ada kelainan pun..hanya kerana sy rasa sangat istimewa memakai tudung merah itu yang menurut k'umi...seperti KEK!!!!..




sampai kini sy tertanya2 apa jalinan antara tudung merah yang comei itu dengan kek..


..kita kata kita takut pada kehilangan tapi sebenarnya tanpa kita sedari kita sendiri yang mengundangnya untuk semakin hampir..

8 Sep 2009

Saya, UPSR, Sejarah dan Tangga..


salam sejahtera untuk semua..



hari ini UPSR..
pasti anak-anak ini sangat gementar. terimbas saat2 dulu sewaktu kita menduduki peperiksaan. sejuk kaki tangan, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. namun gementar kita, resah lagi hati ibu dan ayah. pasti saja mereka tidak menang tangan menyiapkan segala keperluan anak dari malam apatah lagi pagi menjelang peperiksaan. sudah pasti itu akan menjadi keutamaan, yang lain2 boleh 'KIV' dahulu.
moga anak-anak ini akan menjadi seorang yang 'kuat' selama 3 hari ini sebelum mereka 'merdeka' untuk seketika sementara menanti kaki melangkah ke alam menengah.




Sy sebagai Pengawas Peperiksaan..

dalam kalut anak n ibu ayah ini, sy dan ratusan lagi cikgu-ckgu lain juga kalut untuk ke tempat peperiksaan seawal pagi tadi. mata sedikit bengkak, akibat langsung tidak tidur malam tadi. begitu juga abang. silapnya sy sendiri, akibat dilayan mata tidak mengantuk, menonton tv sehingga ke sahur. sudahnya sewaktu memandang cermin untuk menyiapkan diri, mata agak sembab dan merah. terpaksa lah ditebalkan celak dan eyeshadow agar mata sedikit galak dan bersinar. Moral..paksa diri/mata utk rehat/pejam seketika ..

Tangga..
sy bertugas di Bilik 4, di salah sebuah pusat peperiksaan di BM. bilik itu berada di tingkat dua, sy terpaksa menaiki tangga lebih setingkat dari teman-teman lain. satu senaman di bulan puasa.



...dan tangga lagi..
beratus murid menanti untuk masuk ke dalam dewan untuk menduduki Kertas 022 - Bahasa Melayu Penulisan. sy berjalan pantas dari bilik Ketua Pengawas menuju ke tangga sebelum sampai ke Bilik 4. terpaksa menyelit di tengah puluhan murid yang berdebar2 melihat sy mengelek kertas peperiksaan di tangan kiri. tangga pertama kaki kanan..kiri...kanan lagi....

...gedebukkk....!!!!


2 lutut dan 2 lengan rapat dan kejap di atas simen tangga.
kedengaran bunyi-bunyi di belakang, mungkin gelak mungkin terkejut. terasa ada murid di belakang datang menolong...

...teacher...u ok aaaa...

cikgu tersembam..di belakangnya puluhan murid..
adeh...tangan kiri tak lepas memegang kertas soalan, tangan kanan macam terkehel..
paksa diri untuk bangun walau lutut sakit sangat..tanpa menoleh ke belakang sy meneruskan usaha menaiki tangga hingga ke bilik 4 dengan puluhan mata yang memandang...
dalam hati.............

makkkkkkkkkkk....malunyeeeeeeeeeeeee!!!!

adeh...


Sejarah..
hari ini...UPSR 2009.. Kertas Bahasa Melayu Penulisan.. 9.30am tersembam di depan puluhan murid.. ...lututku lebam..

Moral..
- nak melangkah tengok bawah sama..
- nak bergaya biar kena tempat dan masa..

- malam waktu tido..bukan on9..adehh..

- jangan ingat ngn budak 12 tahun anda tak akan malu..tebal 20 inci muka..adehhh..

- sungguh, sy tak pakai dah baju tu utk menghadiri apa2 majlis..

Muhasabah..
susah untuk mengaku kebenaran, namun disinilah silap sy dan sy akui. dalm seminggu ini 2 kali terlintas di fikiran..

' bagaimana kalau Si A, Si B dan Si C terjatuh longkang di kantin, atau tergolek tersembam di tangga? bagaimana reaksi mereka mengawal rasa malu? bagaimana riak muka mereka? adakah mereka akan senyum? akan hilangkah segala ayu anggun sopan santun yang turut dihayun sewaktu melangkah?

dan bila lintasan/bayangan itu hadir sy tersenyum sendiri..

astagfirullah...
sekelip mata Tuhan membalas nya..walau hanya dengan sekali sahaja lintasan di hati..

ampunkan aku Ya Allah..


....beritahu abg dan teman baikku...
sungguh takde rasa simpati...dushhhh..

31 Ogo 2009

..Songkok, Demam dan Sms Merdeka..

salam kemerdekaan untuk semua..


bila dibelek2 koleksi gambar dalam laptop ni, sy terjumpa folder foto yang berkaitan dengan merdeka. mgkin anak-anak ini tidak faham apa itu erti merdeka yang sebenarnya, tetapi mereka cukup excited bila saja lagu kemerdekaan dimainkan. mereka juga teruja bila diberi alatan mewarna, gam dan gunting untuk menghasilkan Songkok Merdeka.



bila lihat saja bendera Malaysia..pasti perkataan Merdeka tak lekang dari mulut mereka. terasa enjoy menghasilkan sesuatu seperti ini. terasa diri hidup dan bersemangat. memandang mereka..seolah masalah dan kecelaruan yang kita hadapi turut melayang..
sesungguh nya mereka begitu istimewa..



sudah 3 hari sy demam. hari ke dua sy ke klinik..hari ke 3..sy terpaksa berbuka puasa. benar2 menguji, tak larat apabila suhu badan mencecah 38 darjah celcius. suhu badan normal ialah 36-37 darjah.
harap2 sy akan sembuh sebelum sekolah kembali buka pada hari Selasa ini. banyak tugasan menanti untuk disiapkan. moga kesihatan ini cepat beransur pulih..


sy menaip entry ini jam 3.34 pagi. masih mengadap laptop..begitu juga dengan abg...sakan ym dengan rakan gunungnya dari Indonesia. aikss...ada projek lagi eh..?
abg kata tak mengantuk kerana siangnya kami dah lena sakan...sy lena disebabkan ubat yg sy ambil..abg amik peluang utk lena sekali. natijahnya...dekat jam 4 pagi mata masih segar..sedangkan orang lain dah lama dibuai mimpi agaknya...hehee..nampaknya terus tunggu bersahur lah..

malam 31 Ogos..
sy tidak menerima satu pun sms Merdeka seperti tahun2 yang lalu. mengapa ya..
mgkinkah disebabkan merdeka kali ini jatuh pada bulan Ramadhan..maka kita lupa utk mengucapkan selamat Menyambut Kemerdekaan seperti yang selalu kita buat di tahun2 lalu..?
barangkali. namun jam 11.53 malam, hp sy menerima satu sms.

..slamat ari merdeka sayang, harap cepat sembuh..

hikss...
tq so much..
satu2 nya sms merdeka yang sy terima dari seorang insan yang berada di depan mata. hehehh..mengekek ketawa bila beliau tengok sy baca sms tu. sekurang2 nya dapat juga satu sms kan..

terima kasih..


dah jam 4.12am..
dah 3 hari abg masak ..sepanjang sy demam..
badan terasa kebah sikit...sy amik balik tugas sy..
nak goreng nasi untuk sahur...
jummmm....

selamat bersahur untuk semua...


..dimana kita berada kita tetap menadang bulan yang sama..

28 Ogo 2009

Dari jauh ku doakan...

27 Ogos 2009
Khamis..
9.30 malam..
alfatihah..
untuk arwah ayahmu..
moga beliau tenang dan damai di sana..
ditempatkan di kalangan orang2 solihin..

Sabda Rasulullah SAW :

” Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah segala amalan nya kecuali 3 perkara : yaitu, Shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya, dan anak laki-laki yang sholeh yang akan selalau mendo’akanya.”



untukmu yang pernah bergelar Sahabat/Teman/Kakak....

I pray to ALLAH grant U a MIND free from Worry..
a HEART free from SADNESS..

a SOUL free from SIN..

and a BODY free from SICKNESS..

tabahkan hati..kuatkan semangat..



..dari jauh ku doakan dirimu sentiasa dalam peliharaanNya..

ikhlas....
~irah&khairul..~


..memory indah yangpernah terlakar abadi..
hanya aku dan dirimu yang tahu..
mengulangi semuanya amat mustahil..
biar saja tersemat utuh disanubari..sehingga ke akhir nyawa..


21 Ogo 2009

Azza Berilusi : Terakam Memory..

backdated...



Salam sejahtera untuk semua..




menanti pada yang tahu,
memberi pada yang minta,
merindu pada yang kasih,
merajuk pada yang sayang..

bertamu bukan bertemu,
berbicara bukan berbual
terasa dekat ..
walau jauh tak tersentuh...

ada masa-masanya..
sesuatu yang hadir itu bukanlah takdir, mngkin utk kita berfikir..
rindu terhimpun terlerai jua..



esok 1 ramadhan..
pengharapan untuk sesuatu yang abadi..




20 Ogo 2009

Ramadhan Ini..Sehingga Ke Hujung Nyawa..




..kasih Mak tidak memilih..adil dan saksama...

..sayang Mak tidak bertepi..luas dan dalam..

..kerinduan Mak tidak bermusim..sepanjang zaman..

..dambaan Mak bukan hanya kini..tetapi sehingga ke hujung nyawa..


Esok sy akan pulang ke kampung. Sebenarnya sudah beberapa minggu hati tidak tenang mengingatkan Mak dan Abah yang tidak sihat di Tanah Merah. Hati meronta-ronta ingin berada bersama2 mereka. Tambahan pula apabila mendengar cerita daripada adik, yang membuatkan sy terasa ingin terbang kembali ke pangkuan keluarga.


Apabila mendengar suara Mak sayup di corong telefon, hati disayat pilu. Kekangan yang timbul disebabkan tugas dan tanggungjawab yang semakin tinggi seringkali membuatkan hasrat hati dipendamkan sementara. Sy tahu situasi begini bukan sahaja terjadi kepada sy, malah terjadi kepada kebanyakan teman sy. Kadangkala kita akur dalam keterpaksaan. Umpama kata bidalan, diluah mati mak, ditelan mati bapak.


Namun alhamdulillah, apabila lewat minggu lepas, adik maklumkan Mak dan Abah semakin sihat dan ‘sesuatu’ itu juga situasinya semakin tenang. Hati sedikit lega, hilang seketika rasa gelisah dan gementar walaupun tidak sepenuhnya. Insya Allah..esok sy akan pulang…untuk sama-sama bersahur dan berpuasa dengan Mak, Abah, Adik, anak buah dan family di Tanah Merah..


Sy pernah membebel pada seorang teman baik (beliau kata sy membelasahnya dengan kata2). Secara peribadi, sy tidak setuju dengan beliau. Sy menganggap beliau mementingkan kerjaya dan familynya berbanding dengan Ibu nya yang sudah uzur di kampung. Sy tahu beliau mempunyai alasan tersendiri yang cukup kukuh dan logik mengapa kepulangannya sering tertangguh. Memang Ibu akan memahami apa sahaja halangan dan tugas kita, namun bg sy, alasan itu sebenarnya membuktikan sikap kita..


Entahlah, apabila menyebut tentang Ibu, kampung halaman dan kealpaan kita sy menjadi begitu sensitif dan rasanya semua orang akan bersikap begitu. Kerana kita tidakkan tahu…mungkin ini Ramadhan terakhir mereka bersama kita…atau mungkin Ramadhan terakhir kita bersama mereka…ajal maut di tangan Tuhan. Yang pastinya…sy tidak mahu beliau menyesal…


Kasih ibubapa tiada galang ganti. Jika dulu mereka sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak, terasa begitu kerdil dan berdosa diri ini apabila kita menangguhkan untuk kembali menemui mereka semata2 kerana tuntutan tugas dan amanah yang kita pikul kini.


Hidup kita hanya sementara…bahagiakan lah hati mereka selagi mereka masih ada..

Pandanglah ke mata cengkung Mak..pasti kan dapat kita selam kerinduan mendalam yang tak terluah..genggam lah jemari tua Mak..pasti kita dapat rasakan kehangatan kasih sayang yang sentiasa membara…dakaplah tubuh tua Mak…pasti keresahan dan kerisauan hati kita kan lenyap dibuai rasa syahdu...




..semoga Ramadhan kali ini memberi penginsafan kepada kita..



..Azza dan anda..

..moga dengan merenung mata Mak..

menggenggam erat jemari tua itu..

mendengar segala kisah2 hati...

sy dan anda akan lebih menghargai setiap saat yang berlalu...


Salam Ramadhan..


Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Ramadhan dari kami..
semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan dan dan ketenangan buat kita..