Hati-hati yang berdetik..

16 Feb 2009

malang...kewarasan..matahati..

sy memandu mengikuti kereta seorang teman guru. sama2 ingin pulang ke rumah yang berada di taman yang sama. 500 meter lagi jarak untuk sampai ke rumah, sekelip mata...terjerit sy di belakang keretanya. terpaku. azi pemilik Myvi adalah rakan sejawat ..manakala pemilik Altis adalah jiran satu taman.

sy lihat azi terkedu. mukanya pucat dan cemas. yg kedengaran hanya ayat ..

..'sy bayar, sy bayar'..

nak bayar?...dengan begitu punya teruk impak di keretanya, tak terbayar. sy minta dia jgn cakap apa2 pada jiran berbangsa Cina itu dan telefon suaminya. sy cb hubungi abang yang berada di ofis utk ke tempat kemalangan kerana terasa kecut juga melihatkan hanya kami berdua saja Melayu, perempuan pulak tu. Jiran berbangsa Cina tu ntah dari mana datang kaum kerabatnya, sekejap je dah penuh mengelilingi kereta.


kehadiran abg memberi sedikit kelegaan sebenarnya kepada azi. tergambar wajahnya yang resah amat. suaminya masih belum tiba dari Kulim. sekurang2 sy dan abg ada disitu sebagai kekuatan dan menemani dia sementara semakin ramai rakan2 pemilik Altis bertanya itu ini. abg bercakap bagi pihak azi sementara suami azi dalam perjalanan.

kehadiran suami azi sejam kemudian sememangnya membuatkan wajah azi yang pucat kembali memerah. sy tahu dia cemas. berkali2 dia mengulang ayat yang sama..'silap sy k'irah, silap sy..'.

apa nak dikata, dah terjadi pun. malang tidak berbau. inilah dinamakan dugaan, menguji sejauh kebijaksaan dan ketenangan berhadapan dengan kecemasan. sejauhmana ketahanan dan kematangan kita menangani sesuatu situasi. juga menguji sejauh mana kewajaran dan kewarasan kita berfikir dalam mengambil keputusan.

sewaktu klik sana sini petang td, sy terjumpa sesuatu disini..sedikit panduan jika kita terlibat dalam kemalangan, apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan. semoga sedikit sebanyak ia boleh membantu sy dan teman2 di luar sana.




..setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang tidak nampak di matakasar, tetapi terserlah nyata di matahati...terasa banyaknya kejadian di luar jangka pada hari ini..

masih ada lagi..

salam..

entry ini khusus utk seorang sahabat yang jauh beratus batu dari sy. mengenali beliau secara maya melalui blog seorang teman lain membawa kepada ikatan yang indah dan bermakna. titian kasih yang dibina oleh beliau sememangnya membuatkan sy rasa terharu. tercuit hati sy. semakin lama mengenalinya, semakin terhibur rasa hati ini. melewati blog beliau menjadikan sy semakin memahami beliau sedikit demi sedikit. walaupun tidak pernah bersua wajah dan berbalas senyum secara nyata, namun yang pasti jalinan persahabatan ini telah sy sambut dan semat erat di sanubari.

terima kasih ila utk hadiah hari lahir ini. tak sangka walau dah lebih sebulan berlalu (13 jan), masih ada yang mengingati. terima kasih sekali lagi. alamat dah tahu...kalau terlajak ke utara singgah lah ya...pasti kan azza smbut dengan sepenuh hati.


disebabkan permintaan ila utk sy gayakan dan postingkan disini, dengan bantuan rakan2 di sekolah sy cb juga untuk pakai tudung ini(tak reti pakai tudung sebegini sebenarnya) walaupun berbaju kurung merah, kira ok la kan ila..tiba2 rasa macam makin tembam..bulat je muka..sebab tudung merah kat dalam tak tanggalkan kut..hehee...terima kasih ye ila..sangat2 cantik...dan azza sangat2 suka..mmuahss..







terima kasih utk teman yang sentiasa disisi walau apa jua situasi..walaupun ungkapan maaf telah dilafazkan..mgkin berdiam diri itu perlu ..sekadar menyejukkan hati sendiri..

15 Feb 2009

poco-poco..my green karisma masuk kampung..

Merentas desa...sabtu 14 feb...

Bila ditarik ke stage untuk sama2 lead bagi memanaskan badan sebelum merentas desa, sy tidak melepaskan peluang. cikgu z didepan dan kami bertiga guru perempuan di belakangnya. dah lama rasanya tidak ber'poco-poco' mengikut rentak dan muzik secara 'betul'. sewaktu di Terengganu dulu selalu sgt poco2 dijadikan aktiviti selingan di setiap aktiviti. rasa release dan melapangkan minda sebenarnya. jika dilakukan dengan betul, tak sampai 10 minit kita dah boleh berpeluh. terimbau pulak kenangan di Bukit Bauk, Dungun dulu2...bila mana group Pandu Puteri IPKT mengepalai poco2 di malam akhir kursus..iskk..rindu..


sy ditugaskan menjaga check point dalam kampung. tahun lepas pun di tempat yang sama. rasanya dengan menjaga check point, suasana 'merentas desa' lebih terasa. sebab kami sama2 masuk ke kampung dengan murid. yang pastinya, penjaga check point adalah muka2 yang sama, dan kedai kopi yang sama juga yang kami singgahi seperti tahun lepas..ehekss...

Go Tun Fatimah go....!!..pastinya hijau Tun Fatimah sehijau my karisma. walaupun sy berbaju kuning namun hijau tetap di hati. harap2 tahun ni Tun Fatimah dapat kekalkan kejuaraannya sama seperti tahun lepas.

Aksi-aksi cikgu check point…ehekkss…
Yang berbasikal tu Ketua Penyamun..tak tahu basikal budak mana dikebas…time balik tayar belakang pancit…adeh…



Dan inilah dia…my green karisma…sesekali bermotor. Dah lama sangat sy tidak menghiraukan my green karisma. Kalau dulu2 masa zaman study motor lah teman ke mana saja, dulu pakai C70 je…1996-1999..eheh…











dan ini..
dunno...ada seorang ckgu berpangkat adik bertanyakan stokin sy yang berwarna kuning. dia kehairanan. dan sememangnya bukan dia seorang pernah bertanya..eheks...semestinya sy tetap akan memakai stokin mengikut warna baju..kerana sy punya koleksi stokin berwarna pelangi yang cukup. dan semestinya sy seorang yg sukakan variasi warna...hikss...satu kelainan dalam terapi yang cukup membuatkan sy ceria..


sesungguhnya program seperti merentas desa mampu menyuntik kemesraan dan membuahkan keceriaan di hati setiap individu yang terlibat. semangat yang ditunjukkan baik oleh murid atau guru memberikan satu kepuasan..juga mampu menerbitkan satu perasaan lain ..perasaan lain..?..nurul iman..? (ehekksss....belajar motor ya..tahun depan kita sama2 jaga check point masuk ronda dalam kampung... :) )

merentas desa 8-11.30am..12-2.30pm mesyuarat..3-4pm ke bandar perda...4-6.30pm ke kedai kain Lim Kulim...ehekss..sudahnya kepala sy berdenyut sehingga ke hari ini akibat dr pagi hingga senja berjemur..

13 Feb 2009

my purple...

Bersiap2 utk pulang pada Khamis, kedengaran riuh di luar kelas. Tiba2 nama pemasang antena disebut.. Sy jenguk ke luar…iskkk..my purple. Tergantung comei di gril depan kelas…sebelah, manakala sebelah lagi masih terdapat di rak. Sy tersengeh. Patut nama pemasang antena disebut2 oleh beberapa org guru yang turut sama tersenyum memandang my purple.





Eh..dia kan berkursus. Dia berada di Negeri Sembilan kerana urusan takrawnya…hati berdetik. Kami pakat berteka teki, orang itu dan orang itu. Pemasang antena junior..? Siapa dia… siapa yang telah mewarisi segala sifat pemasang antena yang pantang melihat ketenangan persona sy dan kecomelan kasut sy ... ada sy masukkan entry pemasang antenna disini, disini, disini dan disini.

Selalunya kalau kasut hilang sebelah atau digantung di gril atau pokok di sekolah sy…tak ada kerja orang lain selain dari pemasang antena. Kasut sy selalu menjadi mangsa dan pastinya sy takkan cari orang lain. Jika sebelah saja kasut sy terkontang kanting, pasti kerja dia sebagaimana persona sy yang telah dipasang antenna astro berkali2 sepanjang tahun. Tak ada orang lain yang berani buat begitu kecuali dia dan dia tidak berani buat begitu pada orang lain kecuali sy dan 2 3 orang guru lagi.

Baru je kasut silver menjadi mangsa gonggongan anjing, sekarang my purple yang baru pertama kali dipakai digantung begitu anggun di gril pintu kelas. Dushhh utk orang itu.. Namun walau siapa pun dia..pastinya hati dan bibir sy dan beberapa orang guru telah menguntum senyum pada hari itu, setelah berminggu sebenarnya kelas kami seolah dilanda wabak berdiam diri.

Kadangkala berdiam diri itu perlu utk meredakan situasi, menyejukkan hati dan mengelakkan prasangka, namun berdiam diri juga kadangkala boleh memakan diri kerana memendam segala ketidakpuasan dan membenarkan kebatilan.

Bagus juga sesekali diusik sebegini(sebenarnya bukan sesekali, seringkali/acapkali). Gurauan mampu membuatkan hati yang muram dan mood yang swing kembali ceria dan bersemangat. Gurauan mengundang tawa tanpa sedar. Begitulah indahnya jika persahabatan disulami keikhlasan tanpa ada rasa iri hati.

Esok(sabtu) merentas desa, dan esok juga pemasang antenna kembali ke sekolah setelah 2 mggu berkursus. Pasti dia tersengeh bila dikabarkan ada pemasang antenna JUNIOR di sekolah kami…ehekss..



belek2 album lama, terjumpa gambar ni..

tarikh di gambar 12 feb 1999...final year di usm..berdekatan canselori..menuju ke studio HBP dan seni...kriss biru kini milik adik ipar sy ..


terkenang semasa dulu..hatiku menjadi rindu..

mungkin ke sy bermotor esok masuk kampung utk jaga check point merentas desa....? hiks..dah lama tak naik motor...my green karisma...? ehehh...

9 Feb 2009

sesuatu, kasut, mug, hobi dan utk -dia-...

salam utk semua..
sebenarnya hati sy masih bengkak pada sesuatu itu. rasa terkejut dan geram. sukar betul nak diluahkan sebenarnya. 2 malam lepas sewaktu hendak keluar makan, sy terpandang sebelah kasut selang 4 buah rumah jiran berada betul2 di tengah jalan. dengan nada bergurau sy bgtau abg..itu macam kasut sy lah...



  • abg berhentikan kereta...sy tergamam..
  • memang betul....kasut silver sy...iskkk..
  • kenapa duk sini...selang 4 buah rumah di tengah2 jalan..
  • kenapa kasut ni penyek...
  • kenapa kasut ni tumitnya terpeleot..
  • kenapa macam dah koyak...warnanya dah berlainan...
  • dan kenapa mesti kasut sy yg ini..




nak dimarah tak kena, nak didiamkan rs macam melampau2 sekarang ni. makin bermaharajalela dari pagi smpai ke pagi esok. dulu jarang2 nampak, sekarang ni macam jaga pulak duk berkeliaran. memang silap sy sebenarnya letakkan kasut di luar. tapi teringat kata ustazah sy dulu...kasut kan letaknya di kaki, dipakai dibawa berjalan2 ke merata2 tempat. napa simpan di dalam rumah. rumah mesti bersih dan suci kerana disitu kita berehat, makan dan beribadat. letakkan kasut di tempat yang sesuai dan bukan di dalam rumah. erm...fikir logik kata ustazah maka tak salah lah kan sy letak kat luar. bukan di lantai tapi sangkut kat grill. dalam rak kasut dah takde ruang, lagipun kalau gantung gitu kan senang nampak, pagi esok nak g sekolah leh terus matching dgn baju...ada entry nya disini koleksi kasut sy di gril depan umah...

memang salah sy juga kerana tidak beringat. Malam pagar rumah tidak bertutup. tapi dalam byk2 rumah kenapa rumah sy jadi mangsa..dan dalam banyak2 kasut kenapa kasut silver itu. kasut tu adalah hadiah bday sy dari abg beserta dengan hbag. entrynya ada disini. baru 2 kali sy pakai. utk sesuatu itu....baru 2 kali tau tak...!!

sekarang sy hanya leh memandang kasut itu, esok dah kena buang lah, tak sanggup lagi rasanya nak pakai. disebabkan perbuatan sesuatu itu...sapa nak ganti kasut sy. walaupun perasaan hairan masih menghantui kerana kasut tu kan tergantung tinggi, camna boleh amik..namun sy redha. fikir positif...dalam banyak2 rumah dan banyak2 kasut, rumah sy dan kasut silver sy jadi pilihan...tak ke maknanya kita org yang dipilih..ehekkss..(nak sejukkan hati nih..)

so sy sudah tidak brkasut silver lagi. kasut itu akan ditamatkan khidmatnya walaupun baru 2 kali bertugas. mgkin abg bersimpati bila sy bertanya sapa nak ganti kasut tu. Tiba2 bila ke Sunway Carnival(SC) siang tadi tadi abg bertanya..

..taknak cari ganti kasut silver ke...
eheh...nak tolong ganti ke..
takde lah...kalau nak ganti...cari le..
ehekss...




tada....




sesuatu rosakkan kasut sy...sendiri silap...sendiri ganti...sendiri bayar..
bukan silver tapi purple...Giossardi...napa purple..?...entah..tanya sama hati...





jalan2 lagi pusing SC...

sy masuk dalam Cabin Living. sangat2 kiut segala bagai barang yang ada disitu. ditambah dengan pelbagai bentuk jambangan bunga dan bear sempena Valentine's Day(VD)...ehehh...rs dah lama tak sebut VD...rs pelik pulak. tiba2 terpandangkan deretan mug2 di bawah yang sangat comei ini. tengok betul2 ye...



may 13th - adventurer
(abg...macam betul je...abg kan mmg terlibat secara langsung dalam segala outdoor actvty..kerjanya adalah minatnya..)

jan 13th - clever and creative...eh..?..ehekss..sapa itu 13 january...

feb 7th - independence...ermm..napa tiba2 7feb..ada kaitan ke..agaknya..segala sesuatu ada sebab musabab kan..





mulanya nak beli..dah lama tak mula balik aktiviti beli benda2 yang menyemakkan rumah(istilah abg). tapi last nya sy letak balik..insya allah nantilah, sy nak beli jugak...utk -dia- nanti..akan sampai masanya..







pusing2 lagi masuk Popular Book..dah lama sebenanya sy meninggalkan segala hobi dan aktiviti dulu2. tumpuan beralih. mgkin dengan kekangan masa atau sy sendiri yang berubah. sekarang sy harus kembali ke pangkal jalan. sy harus kembali melakukan sesuatu yang pernah/masih jadi minat sy cm mgkin beberapa ketika sy sedikit alpa. Anjung Seri memang menjadi langganan setiap bulan sejak berkahwin. buku sulaman reben...minat dulu yang akan dipupuk kembali, kerana sy nak jadi seperti dulu..melakukan sesuatu yang memang menjadi minat..(kena selongkar balik kotak2 utk cari jarum sulaman...)




keluar dari SC...abang ajak singgah nursery. semestinya utk -dia-..eheks..







penat sgt...tapi cuti sehari yang berbaloi. nak singgah Pantai Bersih kat Bagan Ajam tapi jam 5 petang terlalu panas. tak sanggup muka berkilat pegi sekolah esok. so...pejam mata lena...sedar2 kereta masuk parking rumah...dah smpai Alma...



ding dong....
abang memang susah nak senyum kalau bergambar...adeh...



den tau lps ni utk dua org pengkritik den bila ada entry gini... cikgu shifu n cikgu one sile kaw2 nya kutuk...den tak kisah..nama pon pompuan...dushhh..
habiskan masa bersama tersayang memang satu terapi...esok skolah baju kaler apa ek..pink..?

8 Feb 2009

saya majuk kang...

Cafe kegemaran abg yang juga sering jadi pilihan sy. Route 69 di bandar Perda. menu abg ialah chicken chop. tak pernah jemu, tiap kali mengunjungi cafe ini pasti saja inilah menu pilihan abg. namun sememangnya Route 69 sentiasa menjadi pilihan kami. makanannya memang enak dan yang paling utama 'western' nya memang menjadi. dengan suasana cafe yang cukup damai, dekorasi coklat krim(dulu kuning yang silau), kemudahan wireless, lampu romantik biru kuning(ehekss...i like..) juga kerusinya yang santai menjadikan cafe ini sentiasa penuh siang dan malam.
dan komen abg...
'...jauh 'menjadi' Route 69 dari Damiral's. dah la nak tengok makanan pun tak nampak...kelabu asap je...'


adeh...suka nooo komen gitu...majuk kang...


abg yang susah nak senyum..sy tanpa mekap...sb ingat nak makan dekat2 ngn umah je..

menu:
abg: chicken chop dan air tembikai..
sy: chicken burger dan radix panas..

(teringat dan teringin beger mcD..namun apa dayakan..)

otw balik tiba2 terpandang expo. ehemm..jum bang...masih awl malam. sy takde niat nak beli apa2, cm nak jalan2. kebetulan malam ni ada konvoi motorsikal baru smpai, ntah dari mana. siap ada majlis, bacaan doa semua. abg asyik leka menapak dari satu motor ke satu motor, sy mula mengatur langkah seorang diri. selepas sejam....nada di ruang rindu mula bergema...

abg: ada kat mana..
kat dalam ni...
abg: beli apa...abg tggu kat motor2 ni...cepat sket..tak larat dh ni..
tak beli apa...ok..jap lagi org g situ..

sy hampiri abg yang masih mengelilingi deretan motor...

abg: beli apa..
sy tak beli apa bang...


cuma tudung pink sy kan tertinggal di kampung...tu beli yg ni..murah je..sb baju pink nak pakai takde tudung..

kerongsang ni taknak beli mulanya...tapi bila tanya harga kan bang... kakak kat Padang Besar tu tipu sy la ...dia jual Rm14 kan satu...ni sebijik macam dia jual baru RM10 tau....sebab tu sy amik 3..murah sgt kan...

abg: kasut hbag takde jual ke sini...
dushhhh....majuk kang...

esok masih cuti...jadi ke Pulau Aman ek bang...

dah 3.20am...napa sy masih lum tido..

4feb dari Warisku Minangrawa...

terima kasih utk hazlin atau kak lin..pemilik blog Warisku Minangrawa di atas hadiah ini. terima kasih utk entry khas ini. ulangtahun perkahwinan sy pada 4feb...tapi masih ada yang sudi beri hadiah. biarpun sekadar ucapan, ianya sudah boleh dianggap sebagai satu doa. terima kasih di atas doa kak lin..moga kak lin juga bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat.
walaupun perkenalan kita terlalu baru, namun keikhlasan hati kak lin cukup terserlah. moga bunga mekar antara kita menguatkan lagi ukwah ini.
terima kasih sekali lagi...