Hati-hati yang berdetik..

2 Feb 2011

Saya yang cuai..


Salam..

Cuti baru-baru ini sy berpeluang ke Bangkok secara backpackers bersama abg dan dua orang teman menaiki Tren 36 Ekspress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok.

Gembira, excited dan tentu sekali mengujakan kerana ini kali pertama ke sana. Segala persiapan dan kelengkapan diteliti agar tiada yang tertinggal. Berkali-kali dibelek, diteliti list yang dibuat, sy benar-benar berpuas hati.

Tentu sekali yang paling tidak sy lupakan adalah mypinkish..IXUS 95 IS. Walaupun abg membawa Nikon D90 nya, yang tentu sekali focus utamanya adalah sy, namun sy tetap tidak pernah meninggalkan mypinky..setia menemani di dalam handbag ke mana pergi..hatta ke sekolah.

8Dec ..bermulalah perjalanan kami ke Stesen Keretapi Butterworth…Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok. Mengujakan apabila dua orang teman sibuk merakam foto kami berempat berlatarbelakangkan stesen keretapi ini. Saya juga tidak manu ketinggalan. Mengeluarkan mypinky dengan rasa teruja untuk merakam detik-detik indah sebelum memulakan perjalanan selama 23 jam.

Bila saja mypinky dipetik…


Adesss…tiada memori kad!

Betapa cuainya saya…rupanya memory kad masih lagi terselit dalam lappy di rumah. Apa lagi nak dikata…terkilan benar rasa di hati kerana itu adalah gajet yang penting, yang tidak pernah sy tinggalkan selama ini..

Akhirnya..menumpang D90 abg (yang sememangnya gambar sy beratus..hiks..)..juga kamera dua teman yang ikut serta.

Untuk diri sendiri..memang satu pengajaran.

yang pasti..biar pun memori itu tidak dipetik jari saya untuk diabadi di kad memori...namun memori itu indah dan utuh terpahat..kemas terakam di minda..

~menaiki Tren 36 Ekpress Antarabangsa Butterworth~Hua Lamphong, Bangkok...23 jam..


~Floating Market yang terbesar di Thailand...Damnoen Saduak, Bangkok..

~Pasar Chatuchak...
pasar terbesar yang mempunyai bilangan gerai melebihi 5 ribu..jenuh..


~Khoa San Road..tempat yang sangat popular di kalangan backpackers dunia..
..menginap di Ben's House, Khoa San..


~Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok..



Bangkok sangat menggamit sy untuk kembali ke sana...
insyaAllah..satu hari nnti..pasti akan sy jejaki lagi..

**Catatan lengkap perjalanan kami boleh dibaca di mytripadventure dan gambar-gambar boleh dilihat di Facebook sy..


Haiku:
Hua Lamphong sepi
bawa ku dalam mimpi
memori hilang



..3.57am..napa mata takleh lelap..


30 Jan 2011

130111..Selamat Ulangtahun Cikgu Azza..

Salam..

~..episod 13 Januari 1976..~

terukir senyum berseri
teralun emosi dalam sepi
ku hulur kuntum kasturi
bagai berlari bersama mimpi..

episod diri di jalur pelangi
terbias cahaya mentari indah
harum kasih kuntum mewangi
syukur ya Rabbi..tangan ditadah..




Terima kasih abg..utk kad yang sgt istimewa...hasil kreativiti sendiri.
Terima kasih utk doa dan sajak indah yang tertera di kad.



Episod 1 ~ tepat jam 12am..13 Jan'11...di katil..


Episod 2 ~ dari katil ke ruang tamu...Triffle Strawberry ku..


Episod 3 ~ di sekolah..bersama teman..Triffle Strawberry mangkuk ke 2..


Episod 4 ~ sejambak mawar merah..dari En Khairul Anuar..terima kasih syg..


Episod 5 ~ kenyang...Jusco...dari mybestff..Chicken Prosperity..tQ...mmuahh..


Episod 6 ~ dinner di Puncak Mutiara Cafe..terima kasih syg..


Episod 7 ~ Gurney Plaza, Penang...merah..?..hikss..


Episod 8 ~ Gurney Plaza dan USM photoshoot..smthing special..


terima kasih untuk segalanya..


~130111~
cepatnya masa berlalu..

Selamat Ulangtahun Cikgu Azza..

Haiku:


Warnamu cantik
hadiah hari lahirku
ku rindu kamu..
terima kasih utk doa itu juga 'hadiah'..

29 Jan 2011

..sedetikhati dihargai..~Pendidik Januari'11~


Salam..


..sedetikhati di Majalah Pendidik Januari 2011..

Alhamdulillah..

bukan untuk berbangga jauh sekali meninggi diri..namun inilah anugerah Ilahi tidak kita duga..

Sapaan seorang teman pemilik blog Kembara Hidup di facebook, membuatkan sy terkedu..
Anugerah itu datang dalam pelbagai bentuk yang langsung tidak terjangka.

Seperti ungkapan yang seakan sengaja dipetik pengarang tertera di kertas putih majalah itu…itulah yang sebenarnya putaran hidup ini. Hidup kita direncah asam garam juga gula agar sebati pelbagai rasa yang mematangkan lagi diri. Setapak kaki melangkah, itulah detiknya cabaran bermula ..

Petikan dari sedetikhati ke majalah ..dan kini kembali ke laman hati ini ini..


“ Biarlah gambar berbicara. Rasanya itu lebih elok daripada kita terlalu banyak berkata. Risau disalahtafsir, niat disalahanggap. Kadangkala apabila melihat sendiri dengan mata kasar dan mata hati lebih baik daripada berbicara tanpa henti. Di situ kita kan serap dengan hatibudi, memandang dengan penuh erti bahawa setiap sesuatu punya nilai yang sangat tinggi. “




Haiku:

Sedetikhati
Laman hati yang rindu
Merah hatiku




..semangat kembali kini..




27 Jan 2011

13 januari mengusik hati..


..mengimbau entry Ah Fat episod ii...entry 15 Januari 2009..



13 januari 2009...

dua kisah di hari sama berlainan situasi. Jua mengundang dua rasa yang cukup menyentuh hati..

  • Gaya seorang aiman…

Keletahnya mencuit hati. Gerak lakunya membuatkan sesiapa saja pasti tersenyum. Sy menganggap kehadiran Amir Aiman sebagai murid baru di kelas kami adalah satu anugerah, menggantikan Fairos (Sindrom Down) yang telah melangkah ke sekolah menengah. Agak seiras dan gerak laku yang hampir sama. Sepanjang jamuan pada hari lahir sy, memang kami asyik bergelak ketawa. Aiman pantang melihat hp, pasti akan ada saja aksi yang tak disangka2. Paling disukai ialah meletakkan jari di dagu dengan muka blur seolah2 sedang berfikir. sangat2 manja…tapi kuat merajuk..larang sikit..mulalah muka masam, tak smpai seminit dia pulak yang cak cak kat kita…

Sewaktu jambangan bunga dari abg smpai, Aiman yang bersungguh nak pegang. Sy baru nak capai hp…dia yang menonong amik bunga tu minta sy snap…adehhh aiman… detik demi detik yang kami lalui..sesungguhnya mengundang rs sayang yang semakin menebal di jiwa..

  • Pedihnya Ah Fat..

Susah nak diungkap sebenarnya. Hati rasa tersayat. Dua cerita yang berbeza, hari yang sama dengan dua situasi yang berlainan. Selesai jamuan, bising2 kedengaran. Rupanya Ah Fat yang meraung. Ingatkan tangisannya seperti biasa, namun apabila didekati, darah dah bertitisan dari jarinya yang dah sedia lebam dan luka.

Paip PVC yang dimasukkan ke lengan Ah Fat (sendi-utk menghalang dia bengkokkan lengan) longgar dan menggelungsur turun menyebabkan Ah Fat berjaya menggigit jarinya sendiri sehingga berdarah! Meraung dia menahan sakit dan pedih. Erm..sepedih hati kami yang menyaksikannya. Beberapa orang guru berundur kerana tak tertahan melihat sakitnya dia, airmata bergenang. Luka akibat gigitan mengalirkan darah, mulut tak berhenti menyebut mummy…


Kematangan dan ketenangan Cek Wan (PK Khas) terserlah. Mungkin kerana beliau pernah memiliki anak istimewa yang telah dijemput pulang ke Rahmatullah. Didukungnya ah fat…dibelai dan digosok2 belakangnya. Beberapa minit ah fat kembali tenang, mgkin dapat merasai kehangatan kasih seorang ayah…

Hati siapa yang tidak pilu, hati siapa yg tidak terluka. Siapa yang memandang pasti kan berkaca mata. Ada duka yg pedih jauh di jiwa Ah Fat. Nak menyuarakan dia tidak mampu, hanya menangis meminta simpati. Sy pernah masukkan kisah Ah Fat disini dalam entry 'sebutir pasir kasih yang terluka.." Dua tahun ditinggalkan ibu, bibirnya masih setia menyebut mummy tanpa sedetik melupakan..

Jika tadi kami bergelak gembira dengan telatah aiman, wei kang, rui wen dan beberapa orang lagi murid, kali ini rs simpati dan sayu benar2 membuatkan hati menjadi hiba. Hati sy yang berbunga kerana hari ini hari lahir sy, benar2 terasa pedih.

Hati yang gembira…menerima hadiah dari abg, menerima hadiah dari teman2, ucapan2 yang tak putus2…menyambut hari lahir bersama anak2 istimewa ini..namun situasi Ah Fat buat sy terpana seketika..situasi Ah Fat yang realiti di mata benar2 menjadikan sy dan rakan2 lain terpaku. Mengenangkan Ah Fat, mengenangkan dukanya hidup seorang Ah Fat, terasa diri begitu kerdil. Terasa diri alpa seketika walaupun hari2 berhadapan dengan mereka. Mudahnya kita lupa ..sedangkan ada insan lain yang begitu menderita. Bagaimana agaknya nasib Ah Fat kelak..tuk dan neneknya sudah tua dan uzur..bagaimana nanti..

dan hari ini...15 januari 2009..

Sekali lagi Aiman menunjukkan reaksi manja dan bersahajanya yang semakin membuatkan hati sy dan guru2 lain bertambah selesa dan tercuit.

Dan sedetik dalam masa yang sama juga…Ah Fat mengulangi apa yang terjadi pada 13 januari 2 hari yang lalu. Bahunya digigit…berdarah…merah membasahi baju sekolah yang putih..
Merenung ke dalam mata Ah Fat..sekali lagi hati tersayat…kami terkedu…

tak terselam hati ah fat...tak terduga kasih aiman..

disini sy menumpang ..mencari kasih dan kekuatan mereka..

24 Jan 2011

..sebutir pasir kasih yang terluka..


~mengimbau entry 11 Oktober 2008...10.53malam..

kasih atuk dan nenek..
sanggup bersengkang mata dengan kudrat yang bersisa semata2 kerana seorang cucu..
ibu meninggalkannya tanpa kabar berita hanya kerana anak ini dilahirkan kurang sempurna..
tinggallah Ah Fat menumpang kasih atuk n nenek yang sudah uzur..

pertama kali Ah Fat mendaftar di kelas kami..ramai yang tak tertahan airmata melihat esakan dia..dengan tangan yang terpaksa diluruskan dengan benda keras..semata2 kerana dia mempunyai tabiat menggeget lengan sendiri sehingga berdarah.

jari dan kaki tidak sempurna..tidak boleh duduk..terpaksa atuk menyediakan kerusi khas agar dia boleh sama2 belajar seperti anak2 lain. sy tidak boleh pandang mata Ah Fat lama2..ada kesayuan yang bertandang disitu...apatah lagi ungkapan 'mama' tak pernah lekang dr bibirnya..

sepatutnya Ah Fat tidak berada di kelas sy..sb PKBP hanya utk anak2 istimewa yang mengalami masalah pembelajaran seperti sindrom down, autisme, disleksia, lewat perkembangan, hyper/hypoactive ..Ah Fat mengalami kecacatan kekal dan beberapa kategori lain yang sepatutnya mendapat rawatan dan terapi di sekolah khas. tapi bila melihatkan kesungguhan atuk n neneknya datang membawa Ah Fat dengan berdukung, PK Khas dan pihak pentadbir bersimpati...menerima juga walaupun syarat nya mmg tidak boleh.

masih lagi terngiang bait ayat yang keluar dr mulut PK sy sewaktu kami persoalkan kenapa Ah Fat dimasukkan ke kelas ini....

tidak salah kita menggunakan budi bicara..kerana kita belum tahu bagaimana pengakhiran hidup kita..

(anak PK sy juga anak istimewa yang telah pulang menemui Pencipta setahun yang lalu..)

airmata seorang Ah Fat...

kita hidup bukan menongkat langit...

walau hanya sebutir pasir..hargailah anugerah yang diberi..kerana tidak semua insan bertuah memiliki apa yg anda miliki hari ini..

1 Jan 2011

1111... ~..kanda lupa cinta dinda seagung maya..~

Salam..


Pada suatu masa dahulu,
Di waktu kesetiaan,
Maruah dan kedaulatan padu,
Penghujung kurun ke-15 di Tanah Melayu,
Menebari kegemilangan ke segenap penjuru...

Melaka terkenal indah perkasa,
Memberi perlindungan pada yang meminta,
Di tika inilah kisah bermula,
Di Timur Jawa gelora melanda...

Merentas samudera, membelah gunung,
Sebuah cerita cinta yang agung...


“Kanda lupa cinta dinda seagung maya” – Hang Tuah

“Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” – Gusti Putri

“Masih kecil berbanding cinta dinda!” – Hang Tuah

“Tapi kanda ke mari juga” – Gusti Putri

“Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga” – Hang Tuah

“Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” – Hang Tuah

“Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama ” – Puteri Gunung Ledang

“Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi” ~ Hang Tuah

“Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang..Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama” – Hang Tuah

“Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran…Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu..Bunga berkembang..bumi luas aku seorang…

“Kalau nak menurut biar berakal,kalau mengikut biar pintar”
(Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang)

“Kesemuanya hamba susun supaya rambut yang ditarik, tepung tidak berselerak. Semua hati di Melaka ini hamba jaga” ~ Dato’ Bendahara

“Bumi di Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya dirasa” ~ Sultan Melaka




..tiap patah penuh bermakna.
tiap patah merantai langkah
tiap patah maksud terkandung
tiap patah mengundang hati yang luruh..


Haiku:
ku cari damai

kuntuman hari baru

ku masih setia




..selamat tinggal 2010..
we had our great times..
we shared our tears and joy..
..selamat datang 2011..
..episod kesetiaan insan di muka bumi..


31 Dis 2010

2010..Haiku ku Zahir : Embun ..

..di penghujung sore 2010..
31122010..


~Embun~

Gulita maya

Dalam naungan subuh

Embun menitis

Satu persatu

Layu yang kini mekar

Nikmatmu Embun
..

(oleh: Kasturi)






Mentari rembang
Beburung terbang pulang
Aku pun jua




info:
Haiku ialah sajak pendek yang muncul dalam Kesusasteraan Jepun dalam tahun 1662.