Misi 3..Selesai soping2 di padang besar..abg mengajak sy ke
Gua Kelam yang terletak di Kaki Bukit kira2 33km dari bandar Kangar. Menarik..memandangkan masa masih awl..tambahan pula abg memmang kerap ke sana utk mengendali program atau menghadiri pelbagai kursus aktiviti luar.
Sekadar berkongsi…sedikit info yg sy dapat mengenai
Gua Kelam..Gua Kelam yang terletak di Banjaran Nikawan merupakan gua tinggalan sejarah yang digunakan untuk melombong bijih timah. Pelombong2 melayu telah mula melombong bijih timah ini beratus tahun dahulu sebelum ketibaan pelombong2 dari China dan Eropah pada abad ke 20.Terdapat dua gua yang dibuka kini utk pelancong iaitu Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2 yang menyediakan kemudahan keretapi utk menerokainya. Usaha kerajaan negeri di bawah
Jabatan Perhutanan Negeri mengambil inisiatif melindungi dan memelihara gua2 ini sebagai Taman Negeri Perlis patut dipuji.
sy memasuki Gua Kelam 2 bersama satu rombongan pelancong lain seramai 20 orang. kami menaiki keretapi sejauh 400 meter dengan bayaran yg cukup murah iaitu RM5 bg org dewasa dan RM3 bagi kanak2. perjalanan keretapi setiap setengah jam sekali. rasa berbaloi kerana perjalanannya cukup memuaskan hati sy. memasuki lorong2 sempit mbuatkan sy terasa seperti di dalam filem2 di televisyen. sebelum bertolak guide memaklumkan yang kami akan basah kerana air menitis dengan banyaknya sepanjang perjalanan kerana hujan yh kerap turun akhir2 ini. ini mbuatkan hati sy semakin teruja utk masuk ke dalam.
Apabila keretapi berhenti di tengah2 gua utk membolehkan kami turun dan berjalan memasuki lorong2 sempit. sekali lagi sy terpegun. masih terdapat kesan2 aktiviti perlombongan yang dijalankan disini beratus tahun dhl spt gantungan kayu didlm gua, rel keretapi buatan manusia, kelengkapan tuil utk meletak kabel serta tulisan2 pd dinding gua oleh para pelombong suatu ketika dl. menurut guide kami yang turut serta, lantai gua yang kami pijak itu dl nya adalah sebatang sungai yang mengalir memasuki gua tersebut. kini airnya telah kering dan skrg Gua Kelam 2 dalam proses penambahbaikan utk memudahkan lagi pelancong menerokanya. Sy juga berpeluang utk melihat kristal yang baru hendak terbentuk. berkilauan apabila dibias flash kamera…sungguh menarik.
mendongak ke atas...indahnya ciptaan Tuhan...sy terpandangkan Tirai Gua yang baru hendak terbentuk(sudah 300 juta tahun tapi masih disebut baru oleh guide) kerana setahun tirai itu hanya terbentuk sebesar ibu jari tangan. Ia berbentuk runcing dan tajam.
menurut guide..terdapat lorong2 yg boleh kita ikuti sehingga kita kan tembus ke Gua Kelam 1. berjalan di dalam gua sempit dan adakalanya terpaksa membongkokkan diri memberi satu pengalaman yang menarik pd sesapa yg belum penah cuba.
satu kelebihan di dalam Gua Kelam 2 ni kerana disinari cahaya lampu. jadi kita boleh melihat kesan2 aktiviti dengan lebih jelas. nNamun lorong turun ke sungai tidak disediakan lampu…terpaksa lah menggunakan lampu suluh. masih terdapat beberapa lorong yg tidak dapat kami masuk kerana masih dlm proses penambahbaikan.
keluar dari Gua Kelam 2…sy n abg menapak ke Gua Kelam 1. rasanya Gua Kelam 1 lebih dikenali dan biasa dilihat gamba2 nya di kaca televisyen n majalah. disebabkan hujan akan kerap akhir2 ini…air deras yang mengalir membuatkan sesekali sy terasa gerun apabila meniti titian kayu di sepanjang lorong di dalam gua tersebut
berbincang dengan guide..memberi sy satu gambaran baru..jua aktiviti baru utk diteroka. Menurutnya sy boleh turun ke sungai…menelusuri gua melalui sungai yang mengalir didalam gua dengan airnya separas pinggang selama satu jam setengah. hanya bayaran RM4 saja dikenakan. abg memandang sy…dan pastinya riak wajah sy abg fahami. insya allah pasti kami kembali kesini lagi bersama pakaian yg mmg sedia utk dibasahkan....
(entry kali ini agak panjang n banyak gambar..maaf kl lambat loading di lappie anda...sekadar berkongsi..)
GUA KELAM 2
dari tempat parking..
kaunter utk membeli tiket masuk ke Gua Kelam 2..
jadual keretapi..
stesen keretapi...gua ni terletak di Banjaran Nikawan..
mula masuk..ni la ketapinya yg klasik...jaring2 dia nya bumbung tuh buat baju kami abih basah..
dinding gua kehijauan disinari cahaya lampu..
ni lah Tirai Gua...runcing n tajam...
lorong ni akan tembus ke Gua Kelam 1 di sebelah sana..
tempat mendulang bijih..
lantai yg sy pijak ni dl adalah sungai yang mengalir..
titisan air akibat musim hujan skrg...
baju yg lembab...
sebahagian jalan diturap utk memudahkan penerokaan..
kilauan kristal yg mula terbentuk di dinding gua batu kapur ini..
dalam galeri..replika gua...
basah yg hampir kering...selut...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GUA KELAM 1
kat bawah titian kayu ni air sungai mengalir deras...
arus yg deras...
sejuk terasa air yang mengalir di celahan dinding gua..
tak tahan seronok main air..sb tu pakaian sy lebih basah berbanding abg..
terkadang kita tidak tahu di luar sana terlalu banyak peluang dan ruang untuk kita mencipta bahagia dengan cara dan gaya kita sendiri...
jangan sempit dan kongkong diri dan jiwa anda...
bebaskan minda..rasai apa yg patut anda rasai...