Hati-hati yang berdetik..

24 Jul 2008

24 julai...

arini...24 Julai 2008...terasa lepas satu bebanan..
seminggu ni agak berat kepala memikir 24hb..kerana apa yang ada didepan mata hanya saya pandang, tidak saya sentuh. tahu ada sesuatu yang perlu didahulukan, tetapi kemalasan dan kepenatan membuatkan saya membiarkan segalanya sehinggalah malam terakhir, barulah saya agak bersengkang mata menelaah. itu pun setelah jam 11 malam apabila pulang dari mengikuti suami membuat persediaan terakhir pelajar sebelum bertolak ke Labuan petang tadi.





persediaan terakhir, latihan persembahan apek n marjina dari kontinjen pulau pinang...


dari jam 8.30 di komtar...benar2 buat otak saya penat. selesai kerja2 saya di komtar jam 12 tengahri, saya dan kak nor menapak ke Prangin Mall...dan...ehehh...seperti biasa...saya kalah dengan janji yang saya buat. nnti sy masukkan gambar sesuatu yang buat saya sentiasa kalah.


pukul 2 petang saya bergegas ke airport untuk menghantar abg n kontinjennya ke Labuan..jelas terpancar kegirangan di wajah anak2 muda ini..mencari pengalaman dan mencuba sesuatu yang baru sebenarnya begitu membuatkan jiwa mereka teruja. bukankah kita juga dulu pernah melalui saat2 remaja...nostalgia bukan..

malam ni saya tido bertemankan kak nor, haikal dan ilhami...

terima kasih tak terhingga atas hati yang sungguh berbudi itu..

pelangi yang indah..

Selasa 22hb Julai jam 6.55 pagi...
sewaktu memandu ke sekolah, anak mata terpaku seketika menatap indahnya alam ciptaan Tuhan. seumur hidup saya, saya tidak pernah melihat pelangi di waktu pagi. selalunya pelangi yang muncul selepas hujan itu saya lihat di waktu tengahari atau petang. atau mungkinkah ini rahmat Ilahi untuk menenangkan seketika perasaan saya waktu itu yang berkecamuk dengan sesuatu yang penting yang perlu saya hadapi pada 24hb Julai, maka diperlihatkan kepada saya satu jaluran yang indah sekali. terasa damai dihati..

Usah merenjis awan dalam renyai yg merintik..
Usah menginai gelap malam dengan ungu warna pelangi…

hujan rahmat..


hujan yang membasahi bumi penang sejak akhir2 ini seakan membawa rahmat kepada saya. langkah saya tidak lagi panjang apabila loceng akhir sekolah berbunyi. kedinginan yang menggamit membuatkan saya cepat2 mahu pulang ke rumah. lagipun dengan suasana yang lembab dan basah, bukankah agak susah untuk melangkah ke shopping konpleks, agak sukar untuk menyusur dari satu ke satu kedai sepanjang chowrasta dan kemudian melangkah pula ke Prangin Mall. tambahan pula pandangan saya agak kabur bila memandu dalam hujan2 begini, seboleh mungkin akan saya elak untuk memakai cermin mata. oleh itu jimatlah minyak kereta saya....jimatlah segala yang patut dijimatkan. rahmat betul hujan yang menyirami pohon dan menghapuskan debu jalanan ini..


hujan juga boleh membuatkan hati menjadi sejuk dan damai...

21 Jul 2008

Risau di hati..

Sabtu
Aku dan suami bangun seawal 5 pagi. Kami cuba untuk acces internet, tak berjaya. Aku pikir mungkin line tidak elok lantaran hujan yang turun tidak berhenti 4 5 hari ni. Rutin harian, aku keluar ke laman, menyidai kain dan menyiram bunga. Tetiba terpandangkan satu daun tingkap bilik yang terbuka luas. Hati berdetik, mengapa abg buka..sedangkan sebelum ni tak pernah sekalipun tingkap tu dibuka. Aku menutup kembali daun tingkap itu dan terus mengemas kasut2 aku yang bersepah di luar. Terpandang sarung parang abg di rak kasut. Hati berdetik lagi, mana parangnya. Mengapa abg begitu cuai meletak parang merata2 sesudah dia menebang pokok pisang di belakang rumah yang tumbuh tanpa diundang. Tapi aku biarkan saja persoalan di hati. Masuk ke rumah menyambung kerja2 lain sehingga lah tiba2 abg bersuara dari luar, kasutnya hilang. Pelik…kami mencari merata tempat diluar, bawah kereta, disisi rumah namun tetap tak ada. Hati aku resah. Macam ada yang tak kena, cuma aku tak suarakan pada abg. Terpaksa abg memakai kasut lain utk ke pejabat.

Menjelang tengahari, aku dapat sms dari cikgu R mengenai plan kami utk ke kenduri kak nor di balik pulau. Segera aku mengangkat telefon rumah untuk call razali..malangnya tidak terdapat sebarang talian yang aku boleh aku dengar. Baru lah aku fahami rupanya internet tak dpt aku acces kerana talian telefon tiada. Pelik juga. Segera aku sms bertanya abg, kut2 bil telefon tak dijelaskan yang menyebabkan talian dipotong. Abg kata semua dah dijelaskan. Ermm..aku minta abg masukkan kredit ke hp aku kerana aku perlu hubungi rakan2 utk ke kenduri itu.

Hampir jam 7 malam baru aku sampai ke rumah dari majlis kenduri. Ku angkat gagang telefon, masih tiada talian. Pelik betul. Setengah jam kemudian bila abg sampai ke rumah, aku on kan lampu luar disisi rumah. Tak menyala. Aku tanyakan abg, dia kata mungkin lambat sikit utk nyala. Betul agaknya, walaupun hati aku rasa tak sedap. Selesai makan malam, abg bersiap2 untuk kembali ke sana dan minta aku tidur dulu sb dia kata mungkin balik lewat sb malam ni ada aktiviti ‘Burung Hantu’. Aku yang dah maklum dengan segala kejenya, minta dia bawa kunci kerana aku takut terlelap kerana keletihan siang tadi. Aku terlelap awal malam tu, sedar2 jam 2 pagi abg mengetuk pintu rumah.

Ahad
Ahad..sepanjang hari hujan. Sepanjang hari juga aku membaca novel sementara abg masih lagi ngn budak2nya di sana. Seharian aku tak keluar dari rumah. Line telefon masih tidak ok, bermakna line internet juga tak ada. Bila abg balik lewat petang..dia terus ke tepi rumah manakala aku di dapur. Tiba2 abg masuk menyatakan sesuatu yang buatkan tanganku sejuk.

Cukup untuk menggetarkan hati aku. Patut aku berasa tidak sedap hati sejak akhir2 ni. Dan acapkali juga aku berpesan pada abg supaya balik awal. Tak tahu kenapa hati aku agak resah. Akhirnya, maghrib petang Ahad, segalanya terjawab. Rupanya ada cubaan memecah masuk ke rumahku. Astagfirullah..mengucap panjang aku bila melihat pagar belakang rumah dipotong dan satu lubang besar tercipta disitu. Gementar hati aku. Baru lah ku fahami kenapa banyak kejadian pelik yang terjadi dalam 2 hari ni.

Talian telefon dipotong, itu punca talian internet tak dapat disambung.
Kasut abg hilang
Daun tingkap bilik utama terbuka luas
Sarung tanpa parang di rak kasut
Lampu sisi di laman rumah tidak menyala
Dan kejadian 2 minggu lalu…apabila ada seseorang memberi salam di luar rumah, dimana aku dan abg nampak bayang dan dengar derap kasutnya..salam dijawab dan segera pintu dibuka…tapi tiada sesiapa diluar. Pelik memikirkan tapi persoalan ini terbiar begitu saja. Kejadian ini membingungkan kami tapi arini aku baru tersedar…mgkinkah ini cubaan utk mengetahui adakah kami ada dirumah atau tidak..

Maknanya cubaan itu dilakukan pada Jumaat malam Sabtu. Dan malam itu abg balik hampir jam 1 pagi…aku seorang diri malam itu sehingga jam 1. Dan kami sedari semua ini hanya pada maghrib petang Ahad! Betapa tak sensitifnya aku ..

Malam ni abg terpaksa lagi ke sana kerana program belum habis. Ingin saja aku larang dia pergi, namun aku tahu tugas lebih utama. Menitis airmata bila dia pergi..dalam hati cemas, macam2 datang dalam fikiran sebab baru petang tadi kami tahu tentang pagar rumah yang dipotong tu. Abg janji utk pulang awal. Rasa gementar belum hilang. Sejuk kaki tangan aku. Rumah yang baru 3 bulan ku duduki ini adalah paling hujung, di tepi adalah ladang kelapa sawit, di depan rumah kosong yang tak didiami, penuh dengan lalang yang tinggi, di sebelah pula dah hampir sebulan kosong kerana jiran tu berpindah. Resahnya hati Tuhan saja yang tahu.

Bila abg pergi, aku kunci pintu utama dan bawa masuk laptop dalam bilik. Ku kunci pintu bilik…tangan memegang hp..aku perlu bercakap dengan seseorang utk menghilangkan rasa takut dihati ni. Aku terus cal mak di kampong walaupun baru siang tadi aku menghubunginya. Kasih emak sedari sebesar tapak tangan cukup utk dia mengenali nada suara anaknya. Baru nak buka mulut utk bercerita, airmata yang keluar dulu…ermm..kasih emak sepanjang hayat…

Abg balik pukul 10 malam. Barulah hatiku tenang. Banyak langkah keselamatan yang perlu kami ambil nampaknya. Dengan kerja abg yang sentiasa menuntut dia meninggalkan rumah berhari2, buatkan hati aku hati aku tak tenteram. Yang paling hampir, abg akan ke Labuan hujung minggu ni. Benar2 meresahkan hati aku. Nampaknya aku kena ajak kawan sebagai teman bila abg tiada di rumah. Nama2 kawan yang masih single dan boleh diharap dah terbayang dalam kepala ni…aku harap segalanya berjalan lancar.

Mudah2an tiada apa2 yang tak diingini lagi berlaku..
Moga kami dilindungi..amin..

18 Jul 2008

pejamkan mata..

Allah menyayangimu.
Sungguh !
DIA menyayangimu lebih dari siapapun di dunia ini.
Hanya DIA yang benar-benar dengan tulus, take care about you.
DIA mencintaimu, menyayangimu, LEBIH dari rasa sayangmu pada-Nya.
karena DIA adalah Sang Maha Rahman Rahim.
DIA tidak pernah mengharapkan balasmu.
DIA hanya ingin mencintaimu. Itu saja.


..pejamkan mata seketika...disitu ada 'kekuatan' yang tersembunyi..

kau istimewa..

salam..

wei kang demam. dah 3 hari tapi ayahnya tetap anta ke sekolah jugak. kadang2 tak paham ngn sikap sesetengah ibubapa. bagaimana mereka boleh tenang bekerja dengan menghantar anak yang sakit ke sekolah. memang tugas cikgu untuk mendidik mereka sepanjang waktu persekolahan.. dan bagi budak2 istimewa ini bukan setakat mendidik tetapi mendampingi, membelai dan melayani karenah mereka sepanjang hari...tapi sampai hati ke kita nak biar anak kita yang sakit di bawah jagaan orang lain. kalau kita sendiri yang sakit pun kita trasa nak berada di samping orang yg kita sayang...nak bermanja dengan orang yang kita rasa selamat dan terlindung. adehh...sian aku tgk wei kang. mata merah...asyik meragam sepanjang 3 4 hari ni...namun bila dicuit dia tetap tersenyum dan ketawa mengekek...itulah kelebihan dia...seorang anak istimewa yang mampu menghiburkan hati anak2 lain dan guru2 di kelas pendidikan khas ini..

aku tak tahu sapa yang bertanggungjawab pakaikan dia songkok cek wan tu...
abih la kalau ayah dia tahu...





kau istimewa..

teringin dan roti jala...

salam..
dah seminggu aku teringin nak makan capati sejak kak nor bawak aku ke kedai di Kulim tu. Kedai tu memang menarik perhatian aku sepanjang aku duk berulang ke Kulim...Abang Capati....dan ermmmm yummmyyy...

pertama kali ke sana ngn kak nor...dan pertama kali jugak aku makan capati. jakun betul...mmg tak penah makan capati selama ni. sedap rupanya. lagipun rasanya dengan pipi yang semakin tembam skrg ni..rasanya capati lebih baik berbanding roti canai. lepas tu asyik duk teringat je capati ngn kari daging tu..adehhh...rabu malam khamis skali lagi aku ke sana ngn huby...ermm..puas hati...pasti aku ke sana lagi...dan lagi dan lagi...

semalam berpuasa...tringin pulak nak makan roti jala. sejak di sekolah dari pagi asyik teringatkan roti jala dan kuzi. mak ajar makan ngn kari ayam...mertua ajar makan ngn kuzi...ermm..dua2 best...
so...ini lah hasilnya...gambar hp tak clear..kuzi cancel sb bahan takde..dah lama tak masuk dapur sebenarnya...hehee...ganti ngn kari ayam...jadi lah...

16 Jul 2008

mari beriadah

salam..
dah lama tak beriadah...asyik liat je terperuk kat umah. rasa dah lama tinggalkan hobi2 sebegini. badan pun dah rasa ada yang terlebih sana sini. nampaknya kena set semula jadual aku. kena susun elok2 supaya masa utk diri sendiri diambil kira...

ni aktiviti yg selalu aku buat dulu2...bila takde keje petang2 leh la berbasikal pusing padang kawat 5 6 kali...skrg..adehhh...

badan cergas...emosi pun tak lah terganggu sgt...ehehhh...

14 Jul 2008

amoi ya amoi...

salam..
cerita di hujung mggu.
baru ada kesempatan nak post kan..
kul 11 hubby ajak g pacific...niat hati sbnrnya nak cari buku sulam reben ni..

terdorong ngn semangat yang sis Tirana tunjukkan, aku nekad nak juga kembali mencari diri aku yang dulu. pusing2 kat popular book...takde lak. yang ada sulam manik je..aku cari sulam reben. nampaknya kena la order dari pn ann kat forum tu. kena cntct kak tirana baliklah, tak tahu dia dah beli belum..semangat berkobar2 ni..
pusing2 dalam pacific...ada sale...adehh..

dinding kukuh yang aku bina dari rumah mula retak. satu persatu terlerai batu batanya...akhirnya...
aku kalah...


sebenarnya aku nak cite psl amoi ni..dia nak pinjam kad pasific aku..
kalau anda ada kad ahli..dapat lah tambahan 10%, kalau ada diskaun 20% dapat lah 30%. so lepas aku bayar aku nya kasut, amoi tu mintak pinjam kad aku. aku ingtkan dia nak terus bayar, rupanya dia baru nak pilih kasut...adehh...huby aku pulak dah tggu kat luar...amoiii yaaa...aku niat ikhlas asalnya nak bg pinjam...tapi bila dah kena tggu sampai 40 minit..adehh..rasa semacam lak dlm hati ni. pulak tu bila aku tanya lama lagi ke..dia tanpa perasaan jwb "kejap kejap"...ikutkan hati nak je amik kad tu dan terus jalan. tapi tak sampai hati lak. tu lah budaya orang malaysia...sepatutnya orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita kita hargai tapi boleh pulak buat muka selamba....amoiiiii.....
kesudahannya 3 4 kali aku kena jwb cal abg yg dah bosan nunggu kat luar...
sempat amik gambar amoi dua org ni..
ya amoi...ingt muka saya ya..

ini amoi tu...2 orang..

hati cam geram..tapi hbag merah kiut dia tetap comei..

pilih pilih amoi...takpe aku tunggu...

leh dia duk sembang2 lagi..ya amoiii..

takpe...aku tunggu..


pastu g tgk cite wanted...not bad...wlpun bukan filem yg aku gemari...ikut je la dh org nk tengok..

abih lewat ptg..
pusing2 beli lilin ni..my teddy fragrance oil dah lama tak semerbak di umah ni..

terima kasih..





salam...comei kan award di atas tuh...

hehee...balik dr sekolah td dapat msg dr seorang teman blogger..

timekaseh...sy dapat award dari akak..n yuni n sis Tirana..
salam bersambut kasih terpaut..
moga persahabatan yang masih hijau ini kan terus mekar disirami embun nan dingin di pagi hari..
dan bunga ini utk akak, yuni n sis Tirana...
ikhlas dari sy..


rose kuning tanda persahabatan yang abadi..

11 Jul 2008

Beautiful Tea Set

dapat dr emel..comei2 sgt tea set ni..rasa macam tak sanggup je nak guna..

sure jadi bahan pameran duk dlm almari berkaca..

adehaiii....comeiii...kiut miuttt...









Suatu Permohonan Suatu Ketika..

bicara seorang teman tentang sohaimi meor hassan mendorong aku untuk kembali memutarkan lagu2 evergreen beliau. telah lama rasanya aku agak mengabaikan cd2 yang ku kumpul sejak dulu. koleksi lagu2 zaman aku membesar dulu masih tersimpan rapi di dalam kotak di rak buku.


tak tahu kenapa sekarang aku agak kurang mendengar lagu2 yang dulunya menjadi teman di kala sunyi. kini radio hanya dipasang sewaktu di dalam kereta..memandu ke sekolah atau ke mana2. mgkin aku bertambah sibuk, mgkin aku agak letih...mungkin juga aku tak ingin moment2 dulu terimbau kembali apabila mendengar lagu2 lama yang penuh nostalgia ini.

dan petang ini...aku membelek cd dari satu ke satu yang lain.
dan pastinya jua...memory lama turut berselirat sama..susahnya nak lupakan kan..
walau pun pedih..tapi itulah hidup namanya. sepatutnya kita bersyukur kerana berpeluang untuk melalui dan merasai pengalaman itu.
tak semua org bertuah kan..hiksss...aku sayang kamu..












Usah dipersoalkan cintaku kepadamu
Tak semudah itu aku kan berlalu
Di manakah kesalahanku
Hingga kini kau masih berdiam diri

Andainya kau tak sudi menerimaku
Usahlah dipendamkan segala perasaanmu
Katakanlah curahkanlah
Segala yang tersimpan di hatimu

Nyatakanlah rahsia hatimu
Atau coretkan dalam warkahmu
Aku ini ternanti-nanti
Tak tahu apa yang terjadi

Kupohonkan padamu usah berdiam diri
Keluarkan segala yang terkandung
Dalam hati
Fahamilah diri ini
Tak sanggup rasanya ternanti-nanti
..agak pedih..

10 Jul 2008

Tangisan Semalam..

tak tahu..
tak tahu..
tak tahu..
masa drive ke sekolah pagi td..tiba2 lagu uji rashid ni mendapat tempat di hatiku. terasa indah alunan suaranya menggamit aku pada satu perasaan yang aku sendiri tak mengerti. kadangkala kita keliru..dan kadangkala juga berdiam diri lebih memberi makna agar semua yang membara kembali surut..

Di malam yang sepi aku menangis
Sedu dan sayu tidak tertahan
Airmata berlinangan tak ku rasakan
Letih lesu seluruh badan


Tidak ku menduga engkau mungkir janji
Cinta mu yang dikatakan suci
Hanya ucapan manis untuk memujuk hati
Kini luka tak terubat lagi


Lama nian kita nikmati
Manisnya dalam lautan madu
Berdendangkan lagu rindu
Kasih sayang aku dan dia
Jadilah peristiwa
Gerhana dalam hidup
Tinggal kini aku kesepian


Setitis air mata akan jadi kenangan
Inilah hati yang kau lukakan
Kasih putus tiada lagi sambungan
Cinta hanya jadi gurauan


Cinta hanya jadi gurauan
Cinta hanya jadi gurauan

9 Jul 2008

Bagaimana menyayangi seseorang..

copy..
duk godek2 laptop yg penuh virus..terjmpa smthing yg entah dr mana aku copy dl.
kepada penulisnya jika anda membaca...sy minta izin untuk paste di blog ini...timekaseh..
hambe baca je...

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

..menemanimu sehingga ke akhir hayat..