Hati-hati yang berdetik..

26 Apr 2009

serak-serak itek serati..

salam sejahtera untuk semua..
24 April 2009...Jumaat...


kesihatan masih belum pulih sepenuhnya. namun komitmen harus diberi utk satu tugasan penting. biarpun mic terpaksa di off kan berselang minit apabila sy batuk , semangat sy tak luntur dan tetap berkobar untuk meneruskan jua tugas pada raptai kali ini. biarpun jua suara yang kedengaran mengumum dan membacakan nama pemenang ialah suara serak-serak itek serati, sy tetap berpuas hati apabila dapat turut sama terlibat dan menjayakan sesuatu majlis. sekurang-kurang ada sedikit jasa kita dalam melancarkan perjalanan majlis tersebut. yang pasti, suara merdu tidak diperlukan disini. yang penting hanya istilah-istilah yang tepat, intonasi, kejelasan, laras bahasa dan diksi yang betul untuk memikat hati pendengar.






memang akan kedengaran suara-suara sumbang yang suka mengerling dan berfikiran sempit dalam apa-apa jua majlis/acara. apabila orang menjalankan tugas, akan kedengaran komplen itu dan ini yang tidak kena. tetapi apabila tugas itu diberi padanya, pucat muka kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat malah pandai pula mengelak untuk melepaskan diri. kadangkala suara-suara beginilah yang melemahkan semangat kita.

sy cuba menerima semua itu bagai angin lalu. yang penting tugas terlaksana, majlis lancar dan kerja lain yang tergalas tidak tertangguh. memang agak kepenatan, namun sy yakin ada hikmah disebalik semua ini. sy percaya, tidak Allah turunkan ujian pada hamba nya jika kita tidak mampu untuk mengharunginya. ujian mematangkan diri, menguatkan semangat dan emosi. sy berdoa agar 30 April nanti segalanya berjalan lancar dan seperti yang dirancang..insya Allah..

sy masih dalam proses belajar dan mengumpul pengalaman. dikelilingi oleh orang-orang berpengalaman buat diri rasa amat bertuah. mengutip pengalaman dari mereka buat diri terasa kerdil. betapa sikit terasa ilmu di dada. namun alhamdulillah, orang-orang ini tidak lokek ilmu. malah mampu menerang dan menjelaskan dengan tepat dan terperinci apabila diujarkan soalan.



menjalankan tugas dan sesekali bergelak ketawa dengan rakan sejawat yang tetap girang mengusik, membuatkan amanah yang diberi terasa mudah dan seronok walaupun panas terasa semakin memijar. alhamdulillah, semuanya selesai, hanya menunggu hari KOT sahaja pada 30 April ini. jauh disudut hati, semoga tarikh itu akan memberi kepuasan dalam menjalankan sebahagian tugas dan mencipta sesuatu yang indah dalam kehidupan sy.






..moga abg diberi kesihatan dan kekuatan meneruskan ekspedisi di Raung..merinduimu..
moga jua serak-serak itek serati ini akan semakin pulih menjelang 30 April..


25 Apr 2009

doaku untuk mu..



salam sejahtera untuk semua...
23 April 2009...Khamis 12 malam..


menjejaki kaldera terbesar di Jawa..


bila dikabarkan akan mengikuti ekspedisi ke gunung ini, sy terkedu. bukan tak biasa ditinggalkan tetapi tempohnya agak lama kali ini. dengan sedikit pengetahuan yang sy dapat dari internet mengenai status gunung tersebut, jua dari blog kawan-kawan abg yang telah sampai ke sana, hati sedikit gusar.


komen pertama abg apabila melihat gambar yang diambil oleh rakan-rakannya...' macam laluan ke Kinabalu...'... berbatu-batu.. info mengenai Gunung Raung boleh dibaca disini, disini juga disini.




jauh disudut hati sy berdoa agar ekspedisi kali ini dibatalkan. namun sy tahu ini adalah minat dan impian abg sekian lama..untuk mencapai puncak Sejati Gunung Raung. memang hati agak berdebar. hanya doa dapat sy panjatkan agar semuanya berjalan seperti yang dirancang. semoga abg dan kumpulannya dapat mendaki, turuni dan kembali ke Malaysia khususnya ke pangkuan sy dengan selamat tanpa musibah dan malapetaka. dengan segala tugas di sekolah, semoga 2 minggu ini cepat berlalu..


Insya Allah..dengan segala kemahiran dan pengalaman yang ada, sy sentiasa yakin dan berharap agar abg sentiasa kuat dan mampu untuk menangani apa saja rintangan dan halangan dengan sokongan dan bantuan dari rakan-rakan ekspedisinya. sy nantikan kepulangan...



Tentative..


Day 0 Friday evening.
Arrival Surabaya, checkin Hotel

Day 1 Saturday (25 April )
Morning - Preparation climbing
Sigth-Seeing at China town
12:00 Depart to Kalibaru, it takes 6 hours to get there.
From station transfer by Ojek to Wonorejo village
Stay over night at Wonorejo village

Day 2 Sunday (26 April)
After breakfast transfer by ojek to Pondok Pak Sunarya, ride along
coffee plantation.
Start trekking, set camp at camp III

Day 3 Monday (27 April)
Camp III – Camp Wates, overnight at Camp Wates

Day 4 Tuesday (28 April)
Camp Wates – Camp Ereng-Ereng Atas, vegetation border.
Stay overnight at Camp Ereng-ereng Atas. Spectacular sunrise and
sunset views from Camp Ereng-Ereng atas, also a view across Java sea.
Day 5 Wednesday (29 April)
Summit attack
Camp Ereng-ereng Atas – The True Raung’s Summit
Hike on edge of cliff, moving through the thin ridges of rock for 4-5
hours, with moving together and single rope technique. Arrive at the
peak around mid day, and then descend back to Camp Ereng-Ereng Atas,
overnight there

Day 6 Thursday (30 April)
Spare day for summit attack if there’s a bad weather
Return to Camp Wates if everything just runs smoothly

Day 7 (Friday 1 May – To Ijen)
Camp Wates – Pondok Pak Sunarya
Transfer by ojek to Desa Wonorejo
10 pm head up to JEMPIT

Day 8 (Saturday 2 May Ijen)
Day hike to Mt Ijen

Day 9 (Sunday 3 May Bali)
Arrival at Bali - Overnite
Day 10 (Monday 4 May Bali – KL)
Depart Bali - KL (if go back early due to not enuf leave)

Day 11 (Tuesday 5 May Bali - KL)


Day 12 (Wednesday 6 May KL - Penang...)





sentiasa berdoa agar abg dilindungi dan terhindar dari segala musibah dan bencana yang tidak disangka..
menantikan kepulanganmu...
harapan menggunung, abadi di puncak impian..terima kasih kepada teman dan sahabat yang setia menemani dan ada bersama sy..

20 Apr 2009

Klik di Hujung Jari..


salam sejahtera untuk semua..


alhamdulillah, segalanya telah selesai. sebahagian dari amanah telah terlaksana. semangat kerjasama, sikap tolak ansur, komitmen dan rasa tanggungjawab menjadi faktor berjayanya program kali ini. walau masih kedengaran suara-suara sumbang dan tidak puashati sipi-sipi di telinga, namun sy sudah boleh menarik nafas lega. yang penting, program dilaksana mengikut perancangan dan sebahagian tugas telah diselesaikan.




memang kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. begitu juga sebaliknya. setiap hari sy dan kita belajar. proses yang kita lalui setiap hari adalah pengalaman yang terlalu berharga sebenarnya. mematangkan diri, mewajarkan cara kita berfikir dan bertindak. juga membantu minda kita supaya lebih terbuka dan berhati kental.

terima kasih kepada semua teman yang membantu...
ternyata pengalaman membantu dalam muhasabah diri. pengalaman menjadikan sesuatu yang pada mulanya musibah bertukar kepada sesuatu yang cukup bermakna dalam mengutip dan mengumpul pengalaman dalam proses belajar untuk menjadi semakin matang dan bermotivasi. moga sy dan kita terhindar dari segala kata nista, fitnah dan hasad.

merindui ketenangan dan kedamaian di tilam empuk..





..jika anda layak, berkemahiran, komited, sanggup balik sekolah jam 6 petang setiap hari, sanggup guna laptop sendiri, datang sabtu dan ahad mengadap laptop dengan segala data...
sila lah ambil alihlah tugas sy..
supaya sy leh balik berehat dan lena dengan tenang dan selesa di atas tilam empuk tanpa pening kepala memikirkan data-data....


sentiasa berdoa agar terus dicekal dan dikuatkan hati..menerima dan melaksana amanah ..
kerana sebenarnya masih ramai yang memahami dan sayang..

*maaf...tanpa sedar segalanya jadi tak terkejar..

16 Apr 2009

semangat Tun Fatimah...

salam sejahtera utk semua..


sangat-sangat penat sebenarnya. otak dan badan. gagahkan diri turun ke padang sewaktu saringan walaupun berbaju kurung. alhamdulillah, Tun Fatimah memang bersemangat waja...tahniah..



bak kata orang..
alah bisa tegal biasa. anggap saja kata-kata orang bagai angin lalu. lenguh bercakap berhentilah mereka. selagi kita menjalankan amanah, tanggungjawab dan tugas kita, selagi kita tidak mengganggugugat dan mengusik hak serta ketenteraman mereka, kita tetap boleh tersenyum walau diasak dengan pelbagai kata-kata usikan yang kadangkala membuatkan kita mengetap bibir menahan rasa.


alhamdulillah, sokongan yang datang dari mereka yang memahami tetap utuh dan jitu. tidak goyah malah disambut dengan senyuman menguntum. pengalaman guru terbaik..




..sy berdoa moga diberi kekuatan dan kekentalan hati,
dihindar bencana dan musibah,
dijauhi dari busuk hati dan iri..

15 Apr 2009

datang bulan...

..di suatu pagi di Bukit Mertajam...


sy..: napa anis tak mai smlm
anis..: anis dtg bulan..
sy..: oo...ye ke..


anis.: dtg bulan tu apa..
anis..: peyed la ckgu

anis..: itu pun ckgu tak tau ke..


adehh anis...




sy..: cmna anis tau datang bulan
anis..: anis mandi la ckgu
anis..: pastu anis tgk merah


sy..: merah cmna anis..
anis..: merah la ckgu..
anis..: cam tudung ckgu..
..(adeh...)

sy..: pastu anis wat apa..
anis..: anis kata...makkkkkkkkkkkkkkkkkk

sy..: dahtu anis wat apa..
anis..: anis tak buat apa pun..
anis..: mak basuh la
sy..: laaa...napa tak basuh sndiri
anis..: lantak la....sapa suh mak layan

sy..: bape ari anis dtg bulan
anis..: 2 ari je

sy..: aik..cepat nya
anis..: mmg la...anis sakit perut tau

sy..: anis pakai apa bila datang bulan
anis..: anis pakai modes...

sy..: anis rs cmna kl datang bulan
anis..: gatal la ckgu
sy..: gatal ke..
anis..: anis garu..
sy..: hahaa


adeh anis..
silap cikgu ke berpakaian merah menyala ke sekolah..?



doaku mengiringimu...
moga nasib mu tetap terbela pabila dewasa nanti..


asal merah je mesti 'kena'...
takde keje ek...

mymerah yg selalu dijadikan mangsa oleh si pemasang antena..




batuk masih berterusan sehingga tekak menjadi pedih dan perit.
bagaimana dengan amanah untuk KOT 30hb nnti...suara 'itek serati' inikah yang akan berkumandang..adeh...
amanah yang diberi tetap digalas...walaupun nanti hanya serak-serak 'itek serati' yang kedengaran..

12 Apr 2009

..yang berharga..

salam sejahtera untuk semua,


Masa itu satu anugerah yang tidak ternilai. Detik-detik yang berlalu walau sesaat memang takkan dapat diulangi kembali. Selagi masih berpeluang dan punyai ruang, hargai dan isilah dengan sebaik-baiknya. Kesempatan yang diberi jangan dipersiakan.

Walau punya masa yang cukup terhad, itu tetap bukan penghalang kepada sy dan abg untuk habiskan masa yang sy kira cukup-cukup berharga lantaran kesibukan tugas harian masing-masing. Sehari terluang, apa salahnya bersantai memanjakan diri. Ia juga berfungsi sebagai terapi untuk sy yang agak tertekan sebenarnya dengan amanah yang baru dan abg yang agak keletihan dengan segala program peringkat kebangsaan akhir-akhir ini.


ikut abg bermesyuarat di SP..




Umur, ilmu dan penampilan tiga perkara yang saling berkait.

Kita tidak usah takut untuk bergaya asalkan ia sopan dan selesa. Teringat kata-kata abg, kecantikan di usia 30an tidak hanya terletak pada fizikal malah kecantikan spiritiual itu lebih dipandang tinggi. Akhirnya kami sama-sama melangkah masuk ke Thai Massage, bergelak ketawa mengekek...senyum menguntum tatkala diusik oleh gadis-gadis Thai yang comel...satu jam terasa begitu cepat berlalu. badan terasa ringan, semangat kembali memerah. Pastinya bila kembali bertugas, apa yang diamanah dan tergalas dibahu insya Allah akan dilaksana semampu mungkin.



senyuman menguntum memikat hati..


teringatkan satu artikel tentang tips yang disebut oleh Dr Fadzillah Kamsah dalam mencari/memelihara persefahaman dan keselesaan antara pasangan.
  • Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  • Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  • Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
  • Tujuh kali puji dan satu teguran.
  • Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  • Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  • Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  • Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  • Doa yang berterusan.



ketam istimewa di Warung Paksu, Kuala Juru..


Kadangkala terasa diri bertuah, bersyukur diatas anugerah Ilahi yang tidak ternilai ini. Walau diri penuh dengan segala kelemahan, kedaifan dan kekurangan, namun ketenteraman dan kedamaian jiwa yang abg wujudkan membuatkan sy menjadi begitu kuat dan terlindung. Alhamdulillah...kasih sayang itu menjadikan diri semakin cekal, tekal dan kental.




Selalu sy ingatkan diri sendiri...

jadilah sahabat sebaik mungkin utk pasangan kita..


...kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan yang kita tidak tahu. Tetapi jika kita saling cuba untuk menjadi sahabat, insyaAllah kita kan mampu menyelami hati nuraninya...kerana..



SAHABAT SEJATI...
Mengerti ketika kamu berkata ' Aku lupa '
Menunggu selamanya ketika kamu berkata ' Tunggu sebentar '
Tetap tinggal ketika kamu berkata ' Tinggalkan aku sendiri '
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata ' Bolehkah saya masuk..?





When you say…”I am tired..”
God tells you ..“Come to me, All you who are weary and burdened, and I will give you rest”
..bintang..leh tolong tak...sampaikan pada org tu...bahawa sy sgt sygkan dia..

2 Apr 2009

terima kasih..

salam sejahtera untuk semua..



tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. fizikal dan mental sedikit terjejas, mgkin kepenatan dengan tugas2 seharian menyebabkan sy menyepi agak lama. terasa sangat nak aktif berblog seperti dulu, namun emosi agak melayang sedikit kerana tumpuan dan perhatian terpaksa dialihkan sepenuhnya pada amanah yang diberi. disebabkan sy sy masih baru dengan tugas ini, komitmen yang tinggi perlu diberikan agar tiada kesilapan atau ralat yang akan dikenalpasti. sy masih perlu belajar, banyak sebenarnya yang sy terpaksa belajar. moga dengan amanah ini sy akan menjadi lebih bertanggungjawab, komited, cekal, tekal dan semakin kuat semangat dan tidak mengenal erti putus asa.


terima kasih sgt kepada abg yang cukup memahami situasi sy kini. dengan segala perhatian dan kesabaran abg, sememangnya sy sgt bertuah.


terima kasih juga kepada semua teman yang sentiasa menolong dan memberi semangat baik di sekolah, yang jauh melalui panggilan telefon mahupun teman maya yang sentiasa bersama sy di saat sy memerlukan 'bahu' untuk bersandar bila keletihan..


utk cikgu kamal...jutaan terima kasih sy ucapkan diatas segala tunjuk ajar, pertolongan, kesetiaan sebagai seorang teman yang tidak pernah pudar. sy cukup2 hargai, kerana tanpa pertolongan anda sy tidak mampu untuk melakukannya seorang diri. cikgu kamal memang sifu sy dalam hal ini.


utk ustz shifa...jua jutaan terima kasih. menolong tanpa meminta balasan. susah payah bersama sy di sekolah sehingga lewat petang, jua waktu cuti semata2 untuk memastikan segalanya tersedia..berusaha itu dan ini, try n error dari segi teknikal sehingga berjaya.


kredit utk anda berdua, hanya Tuhan yang dapat membalasnya.


sy akan kembali menulis..sedikit masa lagi..insya allah..




..byk kenangan manis sewaktu cuti sekolah yang nak dikongsi, insyaallah..bila semuanya selesai nanti.
pasti kan sy abadikan setiap yang indah dan pahit itu di laman hati ini.
yang indah kan menemani perjalanan hidup agar lebih bersemangat, tabah dan kuat,
yang pahit kan dijadi sempadan agar perjalanan ini tidak terkeluar dari garis laluan..

..segala memory sewaktu cuti semakin kuat bertapak di hati..