Hati-hati yang berdetik..

28 Jun 2009

..aku gatal..??

salam sejahtera kepada semua..





Selasa(23 jun) 9.30pm..
Terasa merenyam2...disusuli dengan bintik2 merah seperti gigitan nyamuk yang akhirnya membengkak merah sehingga selebar telapak tangan. Gatal dan miangnya Tuhan sahaja yang tahu.






Rabu(24 Jun) 8.30am..
Gagahi juga ke sekolah sebelum meminta kebenaran keluar ke klinik.
tangan dihulur, dengan sekali pandang, sepatah perkataan keluar dari bibir doktor itu; 'alergy'. satu jawapan yang sudah sy jangka. mengadap komputer, menaip 3 4 patah perkataan dan terus berkata..


ok..siap..boleh tunggu di luar ya...

seperti biasa..menanti nama dipanggil sambil menahan gatal, duit dihulur dan ubat bertukar tangan. masuk ke kereta terus ubat sebesar biji sawi itu sy telan. besar harapan agar gatal ini cepat hilang.



malangnya...sepanjang malam sy menanggung gatal yang amat sangat. tak tertahan. ubat sapu yang diberi doktor pada siang harinya, jam 10 malam dah habis sy gunakan. terasa sgt yang doktor itu hanya bergelar 'doktor'...tetapi tidak 'doktor' pada kepakaran atau mgkin tidak menggunakan sepenuhnya 'kedoktoran' yang beliau ada, sekadar melepas batuk di tangga.
dan malam itu...sy dan abg sama-sama berjaga...langsung tidak boleh lelap mata. badan teramat gatal, penuh dengan merah2 sebesar tapak tangan..dari leher sehingga ke hujung kaki.


Khamis(25 Jun) 10am..
dan hari ini..setelah bersengkang mata 2 malam..
alhamdulillah. akhirnya sy bertemu dengan 'doktor' yang benar2 'doktor'. terima kasih Rina(rakan sejawat) yang cadangkan beliau kepada sy. setelah selesai menguruskan segala urusan di kolam renang MPSP(terapi renang), sy dan Rina membuat temujanji dengan Doktor N. Nagappan, Doktor Pakar Kulit.



..acute urticaria..

itulah perkataan yang terpacul dari bibirnya.
segala yang sy harapkan dari seorang yang bergelar 'doktor' sy dapat dari beliau. meneliti..memeriksa...dengan suara yg lembut memberi penjelasan yang cukup meyakinkan...siap tunjuk gambar di komputer, buku tebal dimeja menjadi rujukan, satu persatu helaian diselak ditunjukkan pada sy contoh2 urticaria..punca..simptom..dan pantang larang yg harus sy ikuti beserta dengan nama dan kandungan didalam ubat yang harus sy ambil. rasanya inilah yang diharapkan oleh semua pesakit yang pergi ke klinik/hospital/pusat rawatan untuk mendapatkan rawatan/khidmat nasihat dari seorang 'doktor'.


8 biji loradatine..alhamdulillah 4 biji makan sy dah kembali pulih..


dan sehingga saat ini, baru 3 biji ubat yg sy telan, alhamdulillah...sy telah kembali selesa meneruskan rutin seharian. tkasih doktor..kredit utk anda kerana menyelesakan kembali emosi dan fizikal sy...melancarkan kembali urusan harian sy..supaya mampu sy melangsaikan kerja dan amanah yang tertangguh.

sedikit pesan beliau..
buat masa sekarang hadkan mengambil;
  • tomato
  • ikan masin
  • telur putih
  • jus orange
  • makanan(ikan) dlm tin
  • minyak angin

baik bos...!

anda juga boleh melayari website dibawah untuk mengetahui maklumat tentang urticaria dari segi rupa bentuk, bagaimana terjadi dan langkah mengatasinya.

1. wsite urticaria 1
2. wsite urticaria 2
3.
wsite urticaria 3
4.
wsite urticaria 4
5. loradatine


sangat-sangat gatal........!!!



terima kasih utk abg..yang sabar dengan karenah sy..
juga utk teman yang dekat dihati..kerana sentiasa ada menenangkan hati..
biar masa menentu segalanya..
lebih baik begini..kerana Tuhan itu Maha Adil..
moga sy dan insan2 ini..sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah swt selalu...
hari ini , esok dan selamanya..

17 Jun 2009

..selumbar di hati..

tak tertulis sebenarnya..

sy terkedu..
terasa menghimpit jiwa..menyesak di dada..

sy perlu semangat dan kekuatan untuk memegang stereng dan memandu kembali ke rumah. hampir 1 jam sy mematikan diri terkedu di dalam kereta di ruangan parkir di sekolah. terasa basah pipi walau diseka berkali. ruang sempit itu seakan memahami betapa dalam luka di hati saat itu..malah sehingga saat entry ini ditaip. benar kata orang, lidah tidak bertulang, sepatah kata lebih menghiris dari belati tajam.
ujian apakah ini..

jika tidak fikirkan maruah dan harga diri, mahu saja sy menjadi seperti itu..
menghambur segala kata yang bersimpang siur dalam diri sejak situasi mula berubah begini. namun benar pendapat seorang teman..

jangan jadikan dia sebagai penyebab kita tak boleh 'hidup'. jangan sampai sakit hati memakan diri. kalau sikap2 begitu yang kita terima, kita jauhilah sikap2 tersebut. sebab kalau kita buat begitu juga, kita tak ubah seperti dia.. fikirkan maruah dan harga diri.

berfikir dan mengambil tindakan yang rasional berdasarkan kewajaran dan kematangan. kita dah maklum tahap pemikiran dia berdasarkan tindakan/kelantangan bicara tanpa bertapis..jadi..ABAIKAN.. we dun live up to her expectation..

..mampu ke sy..

terasa terketar jemari memegang hp mendail no abg..tidak berangkat. i need somebody..mendail no itu dan ini..sy perlu bercakap dengan seseorang saat ini..
cepatlah masa berlalu. sungguh sy tidak selesa dalam situasi begini.

moga sy dan dia diberi ketabahan dan ketenangan untuk berfikir. moga sy dan dia diberi petunjuk oleh Ilahi penyelesaian yang sebaik mungkin. moga sy dan dia dilembutkan hati dan mengingati ukhwah sesama saudara Islam. dan moga sy...dapat muhasabah diri..demi membuang selumbar yang semakin dalam menusuk ke hati..




17&18 jun 2009....demi Allah pendengaran ini masih jelas ..


..ni akak sedetikhati.blogspot ke..

salam sejahtera untuk semua..


Lokasi : Kedai Batik Abg Man, Wakaf Che Yeh
Tarikh : 11 Jun 2009
Masa : 01 pagi...


assalamualaikum...ni akak sedetikhati.blogspot ke..

ehh..iya...wa'alaikumussalam wrt..sapa eh..

ni kak azza kan..tadi tu abg khairul kan..

a'ah...alaaa...sapa ni..blogger ke..
dia tersengeh-sengeh dengan seorang gadis manis disisi..


sy nik ..infinity.blogspot...

laaaa...sory akak tak cam...ni sapa..makwe ek..

ehhe..ni isteri sy..baru 2 hari kawen..

wahhhhh...selamat pengantin baru...


tak sangka kunjungan wajib sy ke WCY (pastinya ke Kedai Batik Abg Man) setiap kali pulang ke kampung, kali ini menemu dan mengikat ukhwah dengan seorang adik blogger yang begitu mesra menyapa sy di dunia maya. bermula detik itu, kemesraan mula terjalin. tak sangka yang Nik mengecam sy dan pastinya Nik terlebih dahulu mengecam abg. terima kasih kerana menegur akak ya..

berseri-seri wajah pengantin baru. tahniah akak dan abg ucapkan. semoga bahtera yang baru dilayari kan kental dan tekal menempuh badai...tambah2 duduk berjauhan dipisahkan oleh Laut China Selatan. kuatkan hati tau Nik..jangan mudah tergoda.

kali ini Abg Man Tokei Batik yang jadi cameraman. berlatarbelakangkan lukisan indah batik tempatan, kami merakam kenangan untuk diabadikan. moga pertemuan kali ini akan membawa kepada pertemuan lain di masa hadapan. kredit utk Abg Man kerana begitu sporting melayan karenah 'memilih' sy yg agak cerewet..ehekss...


..si biru muda dan kuning ceria sang batik yang telah bertukar milik..



..pulang ke kampung halaman memang menggamit memori..
..sy merindui ketenangan lalu...

16 Jun 2009

18 mac..ingin sekali ku sentuh awan..


backdated ...18 mac 2009...

salam sejahtera untuk semua..


kadangkala sesuatu datang tanpa kita duga. kadangkala juga sesuatu yang tidak kita jangka menjadi begitu rapat dan erat dalam kehidupan kita. tentu saja kuasa Allah mengatasi segala yang ada di muka bumi. siapa kita utk menidakkan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. sy percaya apa yang telah diatur adalah yang terbaik utk kita. jika diberi ujian sekalipun, tentu saja kerana hanya kita yang layak menerimanya. ujian diberi utk mengukur dan menambah kekuatan dan semangat diri.


kadangkala impian dan harapan kita setinggi awan. kita memandang awan seakan begitu dekat dengan diri dekat dengan hati. ingin sekali tangan kita menyentuh dan menyapu awan. kita hulurkan jemari dengan segunung harapan, akhirnya kita kembali menunduk ke bumi. awan tetap indah di atas sana, namun tangan kita terpaksa kembali ke sisi...tidak terdaya..

Dream.........makes all things possible

Hope..............makes all things work

Love ..............makes all things beautiful

Smile................ makes all above work possible




Allah itu Maha Adil kan..
setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersembunyi. sy semakin redha, sy semakin belajar menerima. qada dan qadar Ilahi tak siapa berhak sanggah apalagi untuk mempertikaikannya. kembali memuhasabah diri, pasti jalan ini sungguh indah dan mempesona sekiranya kita ikhlas dan redha menerima setiap kejadian/situasi dengan berlapang dada.





memetik ayat indah yang sy baca sewaktu melayari dunia maya...

..bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan uijan, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Allah mahukan kerana Allah tahu hati yang sebeginilah lebih mudah lunak dan mudah dekat dan akrab denganNya...




moga dilapang dan ditenangkan hati ..

9 Jun 2009

PTK...Peluang..Tanggungjawab..Kepuasan..

salam sejahtera untuk semua..

PTK...Peluang..Tanggungjawab..Kepuasan..

..menguruskan anak-anak itu sedari awal latihan sehingga ke saat akhir mereka menaiki bas ke Johor Bahru..


kata orang peluang tidak selalu datang. kata orang juga kadangkala kita tidak lagi punya pilihan walaupun pilihan sebenarnya di tangan kita. peluang yang datang sesekali ibarat emas yang datang bergolek yang pasti akan direbut oleh setiap insan. namun peluang dan pilihan juga tidak sering menyebelahi kita. kadangkala kesempatan yang datang terhalang oleh sesuatu yang tidak kita jangka. kadangkala ruang yang terbuka luas pada awalnya menjadi sempit dan sesak dek kekangan yang datang secara tiba-tiba.


kata orang juga, tidak semua orang diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab dan amanah. orang-orang yang terpilih adalah orang yang bertuah kerana tanggungjawab itu sebenarnya membuka peluang yang lebih luas.


namun kadangkala berlaku konflik dalam diri, jika peluang yang datang sesekali itu sebenarnya lebih memberi kepuasan dalam diri kerana usaha dimulakan dari 0 sehingga ke detik terakhir.. jauh disudut hati terbit sedikit terkilan kerana terpaksa melepaskan apa yang telah diuasahakan dari awal. melihatkan semangat anak-anak itu hati bertambah sayu, bertambah terusik.


walau setinggi mana harapan, sekuat mana usaha, jika ianya ditakdirkan bukan milik kita, ianya tetap takkan kekal dengan kita. kembali memuhasabah diri, cuba merenungi hikmah yang tersembunyi. dapat sy redakan terkilan dihati, melerai rasa yang yang membungkam di kalbu. sy telah berusaha walaupun seorang diri sebaik mungkin untuk melancarkan segalanya sedaya yang termampu. Tuhan menentukan yang terbaik untuk umatNya.


walaupun sepanjang proses kedengaran suara-suara yang agak mencalar hati, namun demi kepercayaan dan semangat dari insan-insan yang mengerti, alhamdulillah sehingga ke detik terakhir hati sedikit lega melepaskan mereka ke selatan tanahair.


..Pangkor antara peluang dan pilihan..demi tanggungjawab..



lambaian dengan senyuman anak-anak itu melapangkan hati sy untuk kembali ke rumah mengemas pakaian untuk melaksanakan/menggalas amanah/pilihan/peluang yang datang serentak. kadangkala kita tidak nampak antara peluang yang terlepas dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. sebenarnya disitulah wujudnya satu peluang dan ruang yang amat besar dan luas yang bukan semua orang akan merasainya. jika awalnya ia seperti satu beban, kini ia sebenarnya satu medium yang membuka minda dan hati sy untuk sesuatu yang baru, membuka lebih banyak peluang dan menjadikan ruang lebih luas untuk sy menapak. alhamdulillah..satu rahmat yang tidak terduga..



..kadangkala anugerah Ilahi itu datang dalam bentuk yang langsung tidak kita jangka..


6 Jun 2009

9 happy years u've given me my dearest..

salam sejahtera untuk semua..


..bunga yang dihantar oleh nyonya tu kurang sekuntum...ada sapa-sapa jumpa ke..


sudah hampir sebulan 13 mei berlalu. namun baru hari ini sy berkesempatan dan berpeluang untuk menulis entry ini setelah sekian lama laman hati ini sunyi. rindu nak berblogging seperti dulu, namun bak kata seorang teman...dahulukan yang penting..komitmen mengikut priority, jika bukan keutamaan...letaklah ditepi dulu. selesai segala yang penting..jika masa terluang, barulah kita jenguk sesuatu yang telah kita simpan ditepi itu....pasti semuanya akan berjalan lancar.

13 mei sememangnya bermakna kepada sy dan tentu sekali abg. kebetulannya tarikh ini sy harus ke pangkor berkursus dan abg jua baru kembali dari tempat yang sama setelah selesai tugasnya memberi kursus disana.

setiap kali tiba tarikh ini, sy pasti teringat pertanyaan seorang teman sewaktu zaman belajar dulu...

..' 13 mei dan 13 january...korang berpakat ke pilih tarikh beranak?..'


...ehehee..itulah namanya kebetulan dan itulah takdir..
alhamdulillah, sudah 9 tahun kebahagiaan ini sy kecapi. syukur di atas segala anugerah yang tidak terhingga. pelengkap perjalanan hidup sy pastinya..



..pilihan abg..celebrate bday nya hanya di warung .. Juru..semata-mata kerana Ketam Istimewa Paksu...

..jauh di sudut hati doa sentiasa sy titipkan agar segala yang terbaik untuk abg. diberi segala kekuatan, semangat, kekentalan, kejituan, kesihatan, ketenangan dan ketenteraman hati yang berpanjangan. terima kasih kerana menerima segala kekurangan dan kelemahan sy.





..sentiasa berdoa agar menjadi yang terbaik juga...
utk semua insan yang...
dekat/jauh..
rapat/renggang
pernah...
telah...
sedang...
akan hadir...
sepanjang perjalanan hidup ini..