utk kesekian kalinya, bumi Mahsuri sy jejaki lagi. dah berkali2 sejak sy mula menetap di Pulau Mutiara ini, samada utk lawatan kerja, mengikuti kursus abg atau secara persendirian. dan setiap kali itulah pasti ada pengalaman baru, jejak-jejak baru yang sy jumpa.
lawatan kali ini adalah bersama staff abg, mesyuarat akhir tahun merangkap family day. rancangan asal ke Labuan tapi terpaksa ditunda ke saat akhir dan Langkawi menjadi pilihan.
Grand Beach Motel, Pantai Cenang menjadi pilihan, dengan susana yang cukup tenang dan damai. banyak sekali kenangan dan potret hati terlakar disini. insya alllah akan sy masukkan dalam entry seterusnya.
antara tempat baru yang sy kunjungi kali ini adalah Geo Park Langkawi. ianya dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). ianya antara tempat yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2007.
seperti island hopping, kami menaiki bot dengan tiket berharga RM25 seorang, dibawa mengelilingi hutan paya bakau dan singgah di beberapa tempat dalam perjalanan selama 1 jam setengah.
Sangkar Ikan..
terpegun menyaksikan pelbagai spesis ternakan ikan dalam sangkar..
adik penjaga ternakan ikan dlm sangkar menunjukkan bagaimana cara ikan menyumpit roti(makanan) yang dilekatkan di tiang. apabila sumpitannya mengena, roti itu terjatuh dan menjadi rebutan di bawah.
jinak-jinak si pari-pari. air dikocak ia akan muncul di permukaan untuk bermanja. tangan adik penjaga akan dihulur ke mulut pari sambil mengusap kepalanya. keletahnya begitu menarik perhatian kami.
Gua Kelawar..
menerokai Gua Kelawar, gua yang berusia ratusan tahun. terdapat pelbagai bentuk batu yang membuktikan bahawa gua ini telah wujud lama dahulu.
batu yang berbentuk seperti kepala ular, terdapat juga batu yang menyerupai katak. kami terpaksa tunduk untuk menerokai gua ini kerana laluannya yang rendah dan sempit. satu pengalaman yang mengujakan seperti Gua Kelam dan Wang Burmah yang pernah sy postkan dalam entry ini dahulu.
Eagle Feeding..
menyaksikan dari dekat bagaimana makanan(kulit ayam) dilempar ke dalam air untuk mengumpan burung helang turun makan. satu situasi yang sangat menarik dan buat kami tak sabar2 menanti dengan kamera masing2 untuk mengambil angle yang paling menarik. tapi apalah yang dapat diambil dengan hp cap ayam sy ni..(kulit ayam digunakan kerana ianya terapung, memudahkan helang ini nampak). anda juga boleh rujuk disini.
menurut pemandu bot, helang putih jarang sekali kelihatan berterbangan, hanya muncul sesekali. agaknya tuah kami pada hari itu apabila sang helang putih gagah menebarkan sayapnya menjunam berebutkan kulit ayam. dan seperti fitrah alam, yang kuat dan gagah pasti mudah menang dan dapat apa yang dihajati.
Kilim Geoforest Park..
bot kami semakin laju menuju ke muka muara, pertembungan antara air masin dan air tawar. menuju ke satu tempat, yang menurut kawan abg sy (abg dan kumpulannya dah terlalu biasa dengan aktiviti sebegini) adalah satu tempat yang 'mahal'. apa yang terukir di batu sebuah pulau mengadap Laut Andaman itu adalah sesuatu yang amat mahal, yang harus diabadikan oleh sesiapa saja yang pernah sampai ke situ. KILIM GEOFOREST PARK...
anda boleh klik disini utk melihat rakaman yg ada di Youtube..
angin dan ombak semakin besar, bot terasa makin beralun. rupanya di hadapan kami ialah laut lepas sempadan antarabangsa iaitu Laut Andaman. jauh berbalam di kejauhan adalah sebuah pulau milik Indonesia. dua gambar kecil di atas ialah pulau batu di permukaan muara yang mana jika dilihat dari jauh berbentuk seperti baby face(kanan) dan berbentuk wajah apache(kiri).
walau sudah kerap menaiki bot, namun pengalaman mengikuti trip kali ini memang sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan bg sy. bukan sekadar satu percutian atau lawatan mencari jejak cinta Mahsuri, namun lebih dari itu yg sy dapat. sesuatu yang berharga yang sudah pasti menjadi sesuatu yang bermakna dalam proses sy mengenali diri, mematangkan sikap dan cara berfikir, juga satu terapi untuk membantu sy membuat keputusan dalam hidup seharian. sy pasti jika masih ada ruang dan peluang, sy akan kembali semula mengutip pengalaman dan menghirup angin yang bertiup bebas di Laut Andaman sebebas helang terbang gagah membelah awan..
hidung soksek..bersin tak henti, batuk menyakitkan dada.
masih berbaju tebal..sb badan mulai panas..kepala makin berat.
semoga sy sentiasa terbuka hati memberi ruang dan peluang kepada orang lain sebagaimana sy pernah mendapat peluang dan ruang seperti yang terdetik di hati..