Hati-hati yang berdetik..

31 Dis 2008

baby, cendol pulut dan merah si pengantin..

hari ini sy ke sekolah lagi. gotong royong. tetapi tidak sampai separuh guru yang hadir. no komen, sebab masing2 tentunya ada sebab musabab tersendiri. tak banyak yg hendak digotongroyongkan dalam kelas Pendidikan Khas kerana kami telah mula mengemas pada minggu pertama cuti lagi. so, jam 10 kami mula mengemaskan tudung, sandang hbag, kunci kelas...start enjin kereta...menyusuri jalan pun bermula..destinasi..Hospital Sg Bakap..




tahniah utk Rina juga rakan sejawat dan suaminya Fendi ....diatas kelahiran..

Nur Alya Afrina..

sangat2 lah comei..riuh wad 5 Hospital Sungai Bakap apabila makcik2 angkat Afrina seramai 8 orang bergilir2 untuk mendukungnya...Rina membisikkan sesuatu pd sy...akak jd mama angkat Afrina ek.. tak sia2 'mut' menjadi milik Rina..

sesuatu di hati berdetik ..baby sy pangku...asyik sy menatap...sungguh mulus dan suci wajah baby itu ...semulus persahabatan Rina pada sy...


Tuhan itu Maha Mengetahuikan..




balik dari menziarahi Rina, K'nor tiba2 ajak makan cendol pulut di tepi Masjid Lama Sungai Bakap. cendol pulut..?..lama tak makan...semua angguk tanda setuju. dengan matahari yang terik di kepala, kami menghirup cendol pulut di warung tepi jalan...ermm..rasa sejuk menuruni tekak. memang sedap cendol pulut abg ni. bg peminat cendol pulut boleh lah singgah di gerai ini jika anda melalui jalan lama Sg Bakap~Parit Buntar.



juga masih belum terlewat...
selamat pengantin baru kepada sahabat sy..Umairah yang melangsungkan perkahwinan pada 29 Dec 2008 yang lalu.

semoga berkekalan bahagia sehingga ke akhir hayat..



sy terpegun melihat betapa ayunya dia dalam merah yang begitu menyerlah. terasa bagai nak pinjam merah baju pengantin nak bersanding kembali..hehee..teringat saat2 dulu..bersanding memakai songket hijau kemudian persalinan songket merah. malangnya merah sy waktu itu tidaklah semerah baju Umairah. macamana ya jika sy memakai baju semerah ini sewaktu bersanding di pelaminan tika itu..


dan yang pastinya...sewaktu berarak masuk menuju ke pelamin..tentu lintang pukang pengantin lari akibat dikejar lembu...hehehe..





sesuatu yang terjadi tentu ada sebab musabab yang tak terjangkau oleh akal fikiran kita..telah tersurat begitu dan begini...

30 Dis 2008

mencari cinta Mahsuri..ada rindu disini..

pantai cenang yang bening dan damai..
melihat ketenangan laut di waktu subuh dan senja membuatkan sy begitu menginsafi diri.
sesungguhnya kunjungan kali ini begitu bermakna..



kenangan terlakar, abadi di hati. insya allah ada rezeki berkunjung lagi..

nak bersiap utk ke sekolah. hari ni kebanyakan sekolah dah mula bermesyuarat, termasuk sekolah sy. rumah sy ke sekolah hanya 5 6 minit. pada sahabat yang memandu sejauh 56 minit untuk menghadiri mesyuarat arini..tabahkan lah hati anda...selesai mesyuarat nanti bgtau ya sebanyak mana yang terpikul dibahu sepanjang 2009 nnti..ehehh..

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~Oriental Village..

sepanjang hari bersama Lia dan Zamri juga 2 gadis genit yang keletah di Oriental Village, Langkawi..

kakak dan bby yang selalu menjadi sasaran lens abg...sungguh fotogenik mereka. kakak yang pandai bergaya dan bby yang berwajah selamba mengundang rindu di hati sy dan abg..

29 Dis 2008

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~pertemuan seribu erti..

susah untuk digambarkan dengan kata-kata..
lia...tkaseh utk segalanya..
segala yang terlakar begitu indah untuk dikabarkan dengan bait kata di sini. 3 hari di langkawi begitu bermakna dengan pertemuan ini. terima kasih juga kerana sejak dari mula sehingga kini lia tak pernah putus dari mengunjungi blog akak saban hari..pagi, petang dan malam..selalu ada bila akak memerlukan..
hanya Dia yang dapat balas budio baik Lia, suami dan 2 gadis kecil yang begitu keletah. insya allah kita pasti bersua lagi di lain pertemuan..

cerita lanjut alia dah karangkan berjela disini..




pertemuan merangkai kemesraan..

alhamdulillah..setelah beberapa kali dipinda, akhirnya satu pertemuan diatur di Queensbay Mall di Penang. dengan batuk dan selsema yang agak teruk sebenarnya, sy mengambil Lala(kali ke dua jumpa) di Krico dan merentas jambatan Penang untuk berjumpa Intan di USM sebelum kami bertiga menuju Queensbay untuk menemui Luth dan Khairil. ternyata...mereka sama seperti di blog..kemesraan yang terlakar bukannya sesuatu yang dibuat2. rancak bersembang dilatari dengan jerit pekik 2 orang anak Lala yang buat KFC seperti rumah sendiri. tercipta memori yang pasti sy kenang dengan persahabatan yang bermula dari aksara-aksara bisu di skrin kepada yang nyata di alam realiti..




jam 4 petang kami mula menghulur salam untuk beredar. sy dan Lala plan utk bawa anak2 Lala ke Tesco, tapi di saat2 akhir teringatkan kak kam. apa salahnya sekali harung, sebab dah terlalu lama plan utk jumpa kak kam asyik tertangguh. sy cal kak kam, jwpn nya 'ok'. so jam 4 petang sy dari Gelugur terus drive ke Taman Kenari, Kulim. main agak2 je jalan, akhirnya jam 5 petang kami bertemu mata utk pertama kalinya dengan wanita ini...kamsiah yusuff. dengan muka berminyak kerana dari pagi keluar, sy dan Lala tersengeh keluar kereta, kak kam dah menunggu di depan rumah manis berbaju kurung dan tudung sedondon, pink. kak kam antara yang terawal menjadi rakan sy di dunia blog. dalam masa sejam (Gelugor ke Kulim) kak kam sempat menyediakan bihun goreng, kek pisang, milo ais dan teh panas. terima kasih sgt2...terasa lak sy dan Lala begitu lapar..tak sarapan, ehehee..sebab masa di KFC hanya makan seketul je ayam goreng.



sakan bersembang seperti dah kenal lama. dan sesuatu yang sy terlupa, kak kam org kelantan. mula2 kuar kereta, slang sy lum bertukar, masuk ke dalam rumah....ngn Lala pun sy spiking kelate. terangguk2 Lala..sy tak tahu dia paham ke tak.


sesungguhnya sesuatu yang ikhlas itu akan terlahir dan terserlah dengan sendirinya. seperti harapan kak kam, semoga ada lagi pertemuan selepas ini..insya allah keran BM dan Kulim tak sampai setengah jam.



untuk kak ras..jangan jeles ye..insya allah akhir Januari ni kak ras masak sedap2 ye..

selamat hari lahir reen..

buat reen...

reen..

moga panjang umur dimurahkan rezeki. moga makin tabah dan kuat. sntiasa mndoakan kesejahteraan dan kedamaian menjadi milikmu..moga kan bertemu bahagia..

ucapan dari cikgu rashid..

Selamat menyambut hari lahir reen. Moga panjang umur, murah rezeki dan senyum ria sentiasa. Reen, ketahuilah diri reen sentiasa disenangi. Segala usikan dan gurauan spontan reen sentiasa dinantikan dan dirindui. Saya doakan reen sentiasa cekal dan tabah menjalani kehidupan seharian… kuatkan kaki untuk terus melangkah gagah.
Dari sahabatmu…Rashid (
http://www.kerdipanbintang.blogspot.com/)

ucapan dari lia..

HAPPY BIRTHDAY TO DEAR REEN, MAY ALLAH BLESS YOU WITH ALL THE LOVE AND HAPPY ALWAYS.

27 Dis 2008

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~kekuatan di Bird Paradise..

salam..

masih lagi rentetan perjalanan ke Langkawi. kali ini ke Bird Paradise...menyaksikan burung, unggas dan hidupan yang sebenarnya begitu dekat dengan kita, cm kadangkala kita tidak sedari kehadiran mereka.

mungkin pada sesetengah orang apa sangat pergi melihat haiwan2, seolah kanak2 kecil pergi ke zoo. namun tidak pada sy. kerana disini lah utk pertama kalinya, keberanian timbul dalam diri. mgkin sesiapa yang rapat dengan sy, tahu akan 'ketakutan' atau fobia sy pada haiwan, walaupun hanya seekor kucing. Lia(pemilik blog Ruang Fikir-fikir) menawarkan seekor arnab kepada sy lewat pertemuan kami baru2 ini. terpaksa sy tolak dengan baik kerana sy tahu di mana kelemahan sy. jika arnab itu bersama sy, pasti hidupnya takkan ceria. sy memang penakut. sebab menurut Lia, arnab perlu dibelai dan dimanja, baru lah ia akan menjadi jinak. bagaimana sy nak belai dan manjakan arnab, kalau perasaan fobia menguasai diri.

sy pernah diberi seekor kucing baka Parsi oleh seorang teman. baru berusia 3 minggu. seharian kucing itu sy kurung dalam sangkarnya, mengiau tak henti. dengan penyapu di tangan, sy bukakan pintu sangkarnya. kucing tu lari keluar sangkar, dengan sy2 sekali turut lari naik atas sofa. akhirnya sy menguncikan diri di dalam bilik dengan penyapu masih di tangan. mgkin sekarang sy boleh tergelak bila ingatkan peristiwa itu, agak lucu sebenarnya bagi peminat kucing, namun tidak bg sy pada saat itu. rasanya muka sy pucat bak mayat. kucing itu hanya bersama sy selama 11 jam, sy cal abg di pejabat minta balik dan bawa kucing tu bersamanya. dan kini kucing itu begitu cantik dan selesa sekali bersama tuan barunya, Linda. tkaseh Linda kerana mengambilalih tugas sy.

dan utk Lia..
di Bird Paradise, akak dah berani pegang arnab. adik baju hitam(tak kenal siapa dia) menyuakan arnab pada akak. "akak pegang camni, dia tak gigit". rasa gigil jugak sebenarnya, tapi alhamdulillah, akhirnya arnab itu akak berjaya juga pegang walaupun tak sampai seminit. gambar di bawah sebagai bukti tau Lia. abaikan muka pucat akak ek..hehee..
pssttt...
utk pertemuan seterusnya..offer arnab tu masih available ke..hehee..

terima kasih kepada "orang2" yang sentiasa dekat, memberi semangat dan kekuatan kepada sy secara langsung atau tidak. moga budi anda diberi ganjaran setimpal..

26 Dis 2008

rentetan perjalanan mencari cinta Mahsuri~Geoforest Park Langkawi..

utk kesekian kalinya, bumi Mahsuri sy jejaki lagi. dah berkali2 sejak sy mula menetap di Pulau Mutiara ini, samada utk lawatan kerja, mengikuti kursus abg atau secara persendirian. dan setiap kali itulah pasti ada pengalaman baru, jejak-jejak baru yang sy jumpa.

lawatan kali ini adalah bersama staff abg, mesyuarat akhir tahun merangkap family day. rancangan asal ke Labuan tapi terpaksa ditunda ke saat akhir dan Langkawi menjadi pilihan.

Grand Beach Motel, Pantai Cenang menjadi pilihan, dengan susana yang cukup tenang dan damai. banyak sekali kenangan dan potret hati terlakar disini. insya alllah akan sy masukkan dalam entry seterusnya.

antara tempat baru yang sy kunjungi kali ini adalah Geo Park Langkawi. ianya dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). ianya antara tempat yang dipromosikan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2007.

seperti island hopping, kami menaiki bot dengan tiket berharga RM25 seorang, dibawa mengelilingi hutan paya bakau dan singgah di beberapa tempat dalam perjalanan selama 1 jam setengah.


Sangkar Ikan..

terpegun menyaksikan pelbagai spesis ternakan ikan dalam sangkar..

adik penjaga ternakan ikan dlm sangkar menunjukkan bagaimana cara ikan menyumpit roti(makanan) yang dilekatkan di tiang. apabila sumpitannya mengena, roti itu terjatuh dan menjadi rebutan di bawah.

jinak-jinak si pari-pari. air dikocak ia akan muncul di permukaan untuk bermanja. tangan adik penjaga akan dihulur ke mulut pari sambil mengusap kepalanya. keletahnya begitu menarik perhatian kami.


Gua Kelawar..

menerokai Gua Kelawar, gua yang berusia ratusan tahun. terdapat pelbagai bentuk batu yang membuktikan bahawa gua ini telah wujud lama dahulu.

batu yang berbentuk seperti kepala ular, terdapat juga batu yang menyerupai katak. kami terpaksa tunduk untuk menerokai gua ini kerana laluannya yang rendah dan sempit. satu pengalaman yang mengujakan seperti Gua Kelam dan Wang Burmah yang pernah sy postkan dalam entry ini dahulu.


Eagle Feeding..

menyaksikan dari dekat bagaimana makanan(kulit ayam) dilempar ke dalam air untuk mengumpan burung helang turun makan. satu situasi yang sangat menarik dan buat kami tak sabar2 menanti dengan kamera masing2 untuk mengambil angle yang paling menarik. tapi apalah yang dapat diambil dengan hp cap ayam sy ni..(kulit ayam digunakan kerana ianya terapung, memudahkan helang ini nampak). anda juga boleh rujuk disini.

menurut pemandu bot, helang putih jarang sekali kelihatan berterbangan, hanya muncul sesekali. agaknya tuah kami pada hari itu apabila sang helang putih gagah menebarkan sayapnya menjunam berebutkan kulit ayam. dan seperti fitrah alam, yang kuat dan gagah pasti mudah menang dan dapat apa yang dihajati.


Kilim Geoforest Park..

bot kami semakin laju menuju ke muka muara, pertembungan antara air masin dan air tawar. menuju ke satu tempat, yang menurut kawan abg sy (abg dan kumpulannya dah terlalu biasa dengan aktiviti sebegini) adalah satu tempat yang 'mahal'. apa yang terukir di batu sebuah pulau mengadap Laut Andaman itu adalah sesuatu yang amat mahal, yang harus diabadikan oleh sesiapa saja yang pernah sampai ke situ. KILIM GEOFOREST PARK...

anda boleh klik disini utk melihat rakaman yg ada di Youtube..


angin dan ombak semakin besar, bot terasa makin beralun. rupanya di hadapan kami ialah laut lepas sempadan antarabangsa iaitu Laut Andaman. jauh berbalam di kejauhan adalah sebuah pulau milik Indonesia. dua gambar kecil di atas ialah pulau batu di permukaan muara yang mana jika dilihat dari jauh berbentuk seperti baby face(kanan) dan berbentuk wajah apache(kiri).

walau sudah kerap menaiki bot, namun pengalaman mengikuti trip kali ini memang sesuatu yang baru dan lain dari kebiasaan bg sy. bukan sekadar satu percutian atau lawatan mencari jejak cinta Mahsuri, namun lebih dari itu yg sy dapat. sesuatu yang berharga yang sudah pasti menjadi sesuatu yang bermakna dalam proses sy mengenali diri, mematangkan sikap dan cara berfikir, juga satu terapi untuk membantu sy membuat keputusan dalam hidup seharian. sy pasti jika masih ada ruang dan peluang, sy akan kembali semula mengutip pengalaman dan menghirup angin yang bertiup bebas di Laut Andaman sebebas helang terbang gagah membelah awan..


hidung soksek..bersin tak henti, batuk menyakitkan dada.
masih berbaju tebal..sb badan mulai panas..kepala makin berat.

semoga sy sentiasa terbuka hati memberi ruang dan peluang kepada orang lain sebagaimana sy pernah mendapat peluang dan ruang seperti yang terdetik di hati..