Hati-hati yang berdetik..

25 Okt 2009

Gua Tempurung : Bersantai Erat Ikatan Bersama..




Salam sejahtera untuk semua...


Bersantai Erat Ikatan Bersama..



Dah lama sebenarnya hati teringin ke Gua Tempurung. Setiap kali melalui jalan lama KL-Penang, mata pasti melirik pada simpang menghala ke gua ini. Dan selalunya, sy tidak berpeluang kerana ada saja halangan dan kekangan kerana perjalanan adalah atas tugas rasmi atau mengejar masa yang telah ditetapkan di satu-satu destinasi. Seperti Gua Kelam yang pernah sy jejaki pada Oktober tahun lepas, hati seakan tak puas selagi Gua Tempurung tak sy kunjungi. Gua Kelam Warisan Sejarah ada sy entry kan disini..


Namun alhamdulillah, hari ini sy dan abg berpeluang. Kami ke Sabak Bernam kerana abg ingin menemui adiknya yang akan memulakan tugas di Sarawak pada 26 Oktober 2009.


Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ataupun Jalan Persekutuan. Jika anda menggunakan PLUS masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng, belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.


kawasan aircond semulajadi misteri yang sangat dingin menghembus di tengah-tengah gua..



Tidak rugi anda berkunjung disini. Cuti sekolah pun semakin hampir. Jika sebelum ini pilihan destinasi percutian pasti tempat-tempat yang selesa seperti hotel-hotel atau bersantai di Kopitiam atau juga ke negara-negara jiran, apa salahnya kali ini anda bersila di lantai gua menikmati hidangan nasi bungkus beriramakan air jeram yang tak jemu-jemu mengalir. Pastinya ketenangan dan kedamaian akan anda rasai.




Bukalah mata dan minda anak-anak anda untuk meneroka dan menghayati keindahan gua-gua yang ada di Malaysia. Menghayati dan membayangkan kesukaran hidup orang dulu2 juga melihat dengan mata sendiri seribu macam formasi unik stalaktit dan stalagmit.

Anak-anak anda pasti terpegun melihat kilauan permata yang mengambil masa berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Perasaan takjub juga akan hadir apabila melihat air yang menitis setitik demi setitik sehingga membentuk lekuk di batu yang keras dan pejal. (sedikit info Gua Tempurung disini..)


Sangat berbaloi sebenarnya. Sekurang-kurangnya didiklah anak-anak anda menjadi seorang yang yang lebih lasak dan tabah dari segi fizikal dan mental. Kekuatan dalaman ini sebagai bekalan, bukannya dengan kemewahan dan kesenangan yang anda limpahkan ..kerana sampai masa anda terpaksa melepaskan mereka terbang dengan haluan sendiri juga..



stalaktit dan stalagmit - gugusan batuan kapur pada langit-langit dan lantai gua



Next trip…Mencari Cinta Mahsuri...(27-30 Okt'09)...hikss..


Azza: walau jauh terbang..tetap tak lupa kembali ke sarang..


23 Okt 2009

.O.R.K.I.D.

salam sejahtera untuk semua..





Orkid ku telah berbunga..

Riang hati diserikan cinta..

Ku belai ku puja mekar harumnya..

Indah impian seungu lavender..

Damai kasihmu orkid abadi..








O
rkid ku berbunga lagi..

Rentetan janji penyejuk rasa

Ku pujuk hati agar percaya

Indah impian menjulang rasa

Di omong kosong..mimpi rupanya aku..





bacaan Yasin dan solat hajat malam ini di PK...utk kehilangan myTosh dan LO yang misteri..
moga dijauhi segala hasad dengki, khianat dan iri hati..
moga Langkawi 27 Okt mampu mengubat rasa terkilan..

abang..orang lapa...cepat balikkkk....


20 Okt 2009

~myTosh Tiada Lagi..~

Salam sejahtera untuk semua,


Rasulullah s.a.w.bersabda;

Yang bermaksud: “Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh. Baginda ditanya: “Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”



myTosh hilang...(sy pernah entry kan disini Mac lalu..)
sekali dengan DVD player..
sekali dengan LO (Local Order)..

Lokasi :
dalam beg>dalam almari>dalam bilik abg>dalam pejabat..

Motif.. :
myTosh : mgkin duit..boleh jual..cuma didalam nya terkandung segala maklumat yang mungkin diperlukan oleh sesetengah orang..
DVD Player : duit..boleh juga dijual..
LO : untuk apa..masih keliru..yang terfikir hanya PHD..sabotaj..kerana kepentingan LO hanya pada sesetengah orang..

Pengambil.. :
1> orang luar..>pencuri..
@@@
2> orang dalam..rakan-rakan..


Hasad dengki sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat pada manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang yang mempunyai sifat hasad ini mengharapkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang berpindah kepada dirinya.

Dalam bahasa Melayu, perkataan 'dengki' digandingkan dengan perkataan hasad bermaksud:

"Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat."

Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan."


sy dan abg pasrah. walau jelas perasaan abang agak terusik dengan peristiwa ini.
kita takkan tahu hati orang lain..
kita tak boleh menduga apa yang bakal kita hadapi.

moga abg sentiasa dilindungi dari perasaan hasad dengki dan khianat.
insya allah..doa dan tawakal.. kebenaran kan terserlah ..


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.” Yakni, boleh menyebabkan kufur.





azza berdoa..
moga abg, sy dan kita..
dilindungi dari hasad dan khianat..
hari ini, esok dan selamanya..

18 Okt 2009

..kenapa P.E.C.A.H...





salam sejahtera untuk semua..

~episod 1~

16 Oktober 2009...
sedang asyik tgk tv..tiba2 mug Lion sy P.E.C.A.H...
kenapa..

tanpa diusik..tanpa disentuh..
terkesima seketika..
petanda atau musibah..
atau mgkin juga satu kebetulan..

mgkin hanya setakat ini jodoh dia dgn sy..
16 oktober 2009...dia berderai tanpa sebab ..
tapi kenapa..





tiap kejadian ada hikmah..
mgkin terlalu asyik dengan Lion..sy terlupa mug2 lain yang selama ini turut berbakti..
keterujaan dan semangat Lion membuatkan sy terabai dan alpa pada mug lain yang semakin berdebu di almari..
leka nya sy...



~episod 2~


seminggu yg lepas jua, sy terperasan kan dia..
itupun apabila sy terpegang dan terasa sakit..
kenapa..

lebam seolah digigit meninggalkan 3 kesan selari di lengan kiri...
sehingga kini sudah seminggu..lebam itu masih disitu..
seolah ada darah beku yang P.E.C.A.H disitu..

nampak cantik sebab selari tersusun indah..
seolah diatur dengan begitu teliti..
tapi kenapa..



ujian kadangkala datang dalam pelbagai bentuk..
tanpa kita duga dan telah...
menguji sejauh mana kita kuat dan tabah..
menguji sekebal mana ketahanan dan kesanggupan kita..
pelbagai kemungkinan boleh kita andaikan, namun jika ianya P>E>C>A>H seperti Lion dan lebam(pecah darah)..sudah tidak dapat dicantum lagi..

hanya Dia Perancang Terbaik..

doa sy..
moga sy, anda dan kita...
dilindungi dan terhindar dari segala musibah baik dr hasad dengki manusia atau kesilapan yang tidak terjangka..
diberi keselesaan hati, ketenangan fikiran dan kedamaian jiwa yang berterusan..



Sometimes, GOD breaks our spirit to save our soul.
Sometimes, HE breaks our heart to make us whole..
Sometimes, GOD sends us pain so we can be stronger..
Sometimes, HE sends us failure so we can be humble..
Sometimes, GOD sends us illness so that we takebetter care of ourselves..
Sometimes, HE takes everything away from us so we can learn the 'value' of everything HE gave us..




17 Okt 2009

Kau Bukan Milik ku..

Salam sejahtera untuk semua...



setiap orang punya impian dan harapan.
kadangkala impian kita terlalu tinggi menggapai awan...
namun kita tak sedar galah di tangan sejengkal cuma ..
kadangkala juga peluang dan ruang wujud dan ada di depan mata..
tapi kita tak tahu menghargai dan merebut apa yang tersedia..
tak nak menghargai apa yang diberi..


sudahnya..kita hanya menggigit jari..
terlepas segala peluang juga mungkin satu hadiah yang hanya hadir sekali..

sebak di hati memendam rasa terkilan..
tak mampu lagi bersuara apatah lagi bertentang mata..
bukan sengaja mencipta ruang dan meluaskan jurang..
tapi dirasa itulah jalan terbaik yang terdaya sehingga saat ini..


.

.

.



sgt sadis bunyi nya..
hingga kini masih tidak dapat menghilangkan ia dari minda dan jiwa ini..
seakan sudah sebati meresap keelokan rupa parasnya...
sungguh-sungguh sy inginkan dia....


sy hanya terlewat sehari untuk memilikinya..
sy tahu dia kini hebat menyaluti insan lain..


tak guna menyesal..
sy tidak cukup yakin dan tidak cukup berusaha sewaktu dia di depan mata..
sy tidak cukup yakin yg sy akan nampak comei dan kiut apabila bergandingan dengannya..
akhirnya kini..
sy terkilan sendiri...

kembali padaNya..
Dia Pengatur Terbaik utk setiap kejadian..

.
.
.
.
.
.
.
.









Azza : redha..
.. taknak terkilan lagi..



Penglipur Lara : .....

salam sejahtera untuk semua..



Sabtu..17 Oktober 09..

Masa: 2.00-7.00 pm...
Misi: menyambung misi Jumaat di Bandar Perda..

Matlamat :
1> bosan di rumah..
2> nak g braya..
3> utk memiliki sesuatu..
4> men chubby kan lagi diri..



awal2 lagi sahabat sy ni dah sms bagitau nak makan kat Route 69.
erm..boleh aje di mana saja..sb sy hanya mahu keluar da bersembang agar tak terasa bosan dan terpencil sangat di rumah.
selalu sy ke sini ngn abg, kali ni dengan anak dara Mak Andak ni.
Comei ceria je dia arini bertona pastel dari tudung sehingga ke kasut di kaki.
Seri anak dara..

Masa asyik duk makan, tiba2 je soalan cepumas kuar dr bibirnya..


>camna kak irah boleh pilih abang dulu?
>apa kelebihan yang dia ada yang takde pd orang B dan C..
>akak buat solat istikharah..?


erk..
dah lama sy tidak diajukan soklan begini..
sesekali diuji begini..kena pikir juga bagaimana cara menjawabnya..

sy tahu beliau tanya bersebab..
dan sebagai seorang yang berpangkat 'kakak' padanya..sy harus memberi satu jawapan yg relevan dan positif. Beliau perlu dirangsang dengan segala dilema dan kemelut jiwa yang melanda nya saat ini.

Maka bermulalah episod penglipur lara kak irah potpet bercerita kisah klasik zaman 1996 sehingga ke zaman kini 2009...
bagaimana kisah ABC ..pilihan dan keputusan ..
mengapa A, mengapa B dan mengapa C..
ruang dan peluang, anugerah yang diberi..
menerima semua kekurangan dan kelebihan yang dikurniai..
dugaan dan ujian yang datang kadangkala tak terduga dek akal...
digoda dan tergoda..terpesona dengan kilauan cahaya..
namun akhirnya alhamdulillah..kami ke jinjang pelamin ...


moga beliau berpuas hati dengan jawapan sy..
moga beliau diberi petunjuk dan dibukakan hati positif dan negatif, cahaya mana yang lebih berkilau..
moga beliau memikirkan/mengambil keputusan yang terbaik utk dirinya..
kak irah doakan yang terbaik utk izan..


so sekarang...masa utk shopping DeepaRaya...




dari Jusco ke Krico dan berakhir di TKP..
berhari raya di rumah salah seorang rakan sejawat..
rupanya disini kisah penglipurlara belum berakhir.
Kak Mas pula mengambil alih.
sebagai orang yang lebih dahulu makan garam, segala pendapat dan pandangan beliau sememangnya patut dijadikan panduan dan iktibar.
bukan saja oleh sahabat sy, tetapi oleh sy juga..ujian datang tanpa kita duga kan..
pengalaman beliau membuka mata dan minda sy agar lebih peka dengan hidup berumahtangga..





hampir jam 7.30pm sampai ke rumah..
terasa badan sgt penat...
jua jiwa dan hati yang sgt letih..

moga sy, anda dan kita diberi hidayah..
diberi kekuatan utk lebih tabah dan bersedia menempuh apa jua yang mendatang.
Insya Allah, semuanya akan baik2 saja jika berserta dengan niat yang ikhlas,
walaupun kadangkala sering disalaherti..





TII lagi...
terima kasih..
sepanjang jalan kenangan kau abadi dlm ingatan..
hati kecil ini tak mampu lagi menanggung rasa..
maaf..


sesungguhnya...
sy merindui abang..

Gediks di tengahari Jumaat...


backdated : 16 oktober 2009..Jumaat..


Salam sejahtera untuk semua..

Hari ni Jumaat..
balik sekolah jam 12...
maknanya jalan sangat lengang kerana kaum Adam nak g solat Jumaat.
tentu saja sebuk membersih dan mengemaskan diri masing2 sebelum ke masjid...
mungkin juga sedang sebuk bersantai atau mengemas rumah(bagi di Pantai Timur kerana tidak bekerja) ..hujung minggu adalah Q time bersama keluarga kan..atau boleh juga bersama teman2 merai lebaran yang belum berpenghujung...

jadi...
dari dibiarkan jalan raya lengang..juga dibiarkan pekerja2 supermarket goyang tangan...jummm...
kita tambah satu kereta di jalan..
kita kurangkan sikit kedinginan econ di pasaraya...hiksss...
bergediks di tengahari Jumaat...
<>>



beli tudung utk adik ipar di CH..



ada kisah di sebalik kebaya comei itu..sy tertipu...(faizah: i tau u pun bengang..adeh..)



erm..bertukar aroma...dulu Rougeberry..skrg Japanese Cherry Blossom..
sesekali bau lain..ehehh..
(ketajaman kasut takde kaitan dengan haruman..)



walaupun dah kenyang.,..jum...OldTown..
terapi..



yummyy...
HOr Hee..
OldTown Enriched White Coffee Gao..
OldTown Coffee Larva..
Oldown Strawberry Mellow..
OldTown French Toast..
terapi yang sangat santai...makin hari makin chubby ..adeh..




sekali lagi memanjakan diri..
terapi yang sangat berkesan jika anda rasa anda penat atau letih.
cubalah rehatkan minda dan cari sesuatu yang boleh membuatkan anda mampu tersenyum walau hanya dengan memandang atau sekadar berada dalam situasi itu.
jum bersantaiii...




**panggilan telefon dari adik di CH semalam membuatkan sy teruja.
tak sabar menanti saat-saat menghabiskan Q time bersama family...


untuk abang..
moga sentiasa dilindungi, selamat dan lancar dalam menjalankan tugas di Karabi..
doaku mengiringi..

kadangkala berdiam dan cipta ruang itu lebih baik...


16 Okt 2009

Azza : Tiada Impian Indah..



Secebis KASIH membuat kita SAYANG..
Seucap JANJI membuat kita PERCAYA..
Seguris LUKA membuat kita KECEWA..
tetapi satu ungkapan MAAF..
membuat kita LEGA dan terasa DIHARGAI..


..biarlah kita bersahabat biasa-biasa sahaja,
asalkan persahabatan kita kekal luar biasa..



..hati kita umpama kaca..jangan biar ia retak..



12 Okt 2009

11 Hari Berpoya-poya..

Salam sejahtera untuk semua..


11 hari tanpa abang ..
11 hari mengurus segalanya sendiri..

terima kasih pada teman, sahabat dan kenalan..
yang tak jemu menemani kala sunyi..
yang tak berkira membantu kala kesukaran..
yang tetap bersama tanpa mengira waktu ..
yang sentiasa ada dan hadir saat perlu atau betah jalan sendirian..

tiada kata yang dapat diungkapkan..
jutaan kasih kekal di minda, jiwa dan hati..

alhamdulillah abang dah kembali..
namun 11 hari sy bergerak sendiri..
mengurus itu dan ini..

jangan dibiar lama-lama ..
sebab 11 hari macam-macam yang terjadi..
11 hari sy bergerak ke merata tempat..
abang jangan terkejut..
sebab 11 hari juga menghasilkan macam-macam perkara baru...
ehekkss..

biar gambar yang melatari bercerita bagaimana sy habiskan masa selama abang tiada..


isteri awk melaram untuk jamuan hari raya Khas...
ingat kisah baju raya dan Ariani Butik di malam raya..?
hikss...




isteri awk melaram lagi untuk mesyuarat dan jamuan raya sekolah..



kegatalan kembali menyerang isteri awk...peha dan tapak tangan yang merenyam..


isteri awk pening kepala menyiapkan data..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


~edisi gediks dan berpoya-poya~

isteri awk pergi buat facial dan beli eyeshadow baru..



isteri awk makan2 lagi selepas jamuan raya..kasut tu macam comei la bang...
(taknak beli asalnya...tapi kasut coklat sy dah pudar warnanya..ehekkss..)
terapi yang sungguh-sungguh berkesan..



berpoya-poya di Black Canyon Coffee..
bonus untuk diri sendiri sebenarnya setelah minda sgt letih menatap angka-angka..




081009..berbuai-buai di Marry Brown..
setelah sy menghabiskan duit untuk benda2 yang .....rahsia...ehekkss..
satu lagi terapi yang sangat afdhal..



gedik2..macam comei kan kebaya maroon dan hitam itu..
(abaikan sy yang makin tembam..)




hiksss...sangat-sangat comei pink itu...hati isteri awk sangat2 teruja..
kebaya labuh dan tergantung dlm almari..kebaya pendek masih dlm perhatian di Jusco..




rombongan Cik Kiah ke Kulim..Kedai Kemboja..akhirnya..
meriah sungguh baju ni bang..kira baju raya haji ek...


sebenarnya terpulang kepada kita bagaimana untuk menghabiskan masa yang terluang.
juga bagaimana untuk memberi bonus pada diri kita setelah penat bekerja seharian.
apa salah nya berbelanja atau memanjakan diri sendiri.
itu satu terapi yang cukup berkesan..kerana kadangkala dalam menjalankan tugas seharian minda juga fizikal kita terganggu atau terjejas dengan beberapa perkara yang mungkin menyedihkan, mengecewakan atau membuat hati rasa terkilan.
jadi pujuklah hati..
lain orang lain caranya...



cukup dah ya bang 11 hari..
itu baru ke Sarawak kan..
waktu awk ke Karabi, Thailand nanti..
turn sapa pulak ek nak teman sy shoping dan berpoya gediks-gediks....
hikksss..





abang..
berhati-hati di lapangan..
doa dan restu mengiringi tiap langkah dan perjalanan..

untuk teman..
terima kasih utk masa, tenaga, ruang dan peluang yang terguna sepenuhnya..
mahu terus kekal di hati, minda dan rasa..



8 Okt 2009

Khamis : 081009..Impian Indah Terabadi..

Salam sejahtera untuk semua,

..putih dan pink di hening Khamis : 081009..


Tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan.


Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu.
Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaatiMu....


Sebulan yg lepas, sy berdebar-debar menanti saat ini.
terbayang di mata situasi dan suasana indah dan harmoni pada petang ini, petang Khamis.
Sy menanti kehadiran 'dia'.

Namun apa daya..
Kita hanya mampu merancang, Tuhan Maha Mengetahui.
Sy terpaksa akur pada kekangan (menurut 'dia') yang tidak boleh dielak lagi.
Mungkin 'dia' punya alasan yang begitu kukuh dan penting dari pertemuan kami yang dicadangkan oleh 'dia' sendiri sebulan yang lalu d TII.

Masih terngiang suaranya yang ceria dan teruja bercerita satu persatu mengatur episod pertemuan kami pada petang ini.
Mendengar suara 'dia' yang excited, tempias nya turut terkena sy.
Hati rasa berbunga, dia bakal berdiri di depan sy seperti dulu, sy mampu menatap 'dia' ..berjalan beriringan disisinya..

Namun ketentuan Tuhan tidak dapat ditolak.
Hakikatnya petang indah ini sy rasai seorang diri di TII.
'Dia' membatalkan pertemuan kerana punya urusan yang penting dengan orang-orang yg juga sangat penting disana.
Tidak membolehkan 'dia' hadir mewarnai petang sy.

Kecewa dan terkilan sebenarnya.
Namun bila difikirkan kembali, sy kembali kepada Qada-qadar Ilahi.
Setiap yang dijanjikan Allah itu adalah yang terbaik.
Mungkin ini bukan masa terbaik dan tepat untuk satu pertemuan, mungkin di lain ketika.
Namun jika ditakdirkan tiada lagi pertemuan pun, sy turut redha..



Impian indah yang abadi di hati..




Kerana sy mula akur,
kita mampu menyusun ayat-ayat indah..
kita mampu memberi seribu harapan..
dan kita juga tega utk membuat hati insan lain turut berduka..
sy redha dalam rasa terkilan..