bosan sebenarnya. abg masih belum pulang dari Pulau Payar. terasa sangat pemergiannya kali ini. mgkin kerana hujan yang turun tanpa henti di sini buatkan hati menjadi sayu. bersantai sehingga lewat tengahari, sy mencapai hp dan terus mendail no seseorang. temujanji dibuat, sy bangun bersiap. jum kita manjakan diri...
Hati-hati yang berdetik..
29 Mac 2009
mari manjakan diri..
bosan sebenarnya. abg masih belum pulang dari Pulau Payar. terasa sangat pemergiannya kali ini. mgkin kerana hujan yang turun tanpa henti di sini buatkan hati menjadi sayu. bersantai sehingga lewat tengahari, sy mencapai hp dan terus mendail no seseorang. temujanji dibuat, sy bangun bersiap. jum kita manjakan diri...
19 Mac 2009
KITA dan AKU...cuti tetap ke sekolah...(19 Mac)
sepakat membawa berkat..
Ilmu dicari dan ditekuni, bukan hanya utk dicurahkan kepada yang memerlukan(pelajar), namun jua sebagai bekal utk diri sendiri dalam menentu kewajaran berfikir dan bertindak. Harga diri tidak terletak pada diploma, sijil atau ijazah tetapi pada jatidiri berteraskan ilmu, iman, amal dan ihsan. Perubahan dalam diri setiap individu bukan semata-mata kerana kita hendak berubah tetapi lebih kepada MENGAPA perlu berubah dan APA yang hendak diubah. amat penting sebenarnya kita lebih mengutamakan konsep KITA(teamwork) berbanding dengan pemikiran AKU(egoistic dan individualistic).
"Ada tiga jenis pemimpin, iaitu pemimpin yang benar-benar pemimpin, pemimpin yang setengah pemimpin dan pemimpin yang bukan pemimpin. Pemimpin yang benar-benar pemimpin ialah yang mempunyai pendapat sendiri dan mahu bermusyawarah. Pemimpin setengah pemimpin ialah yang mempunyai pendapat sendiri dan tidak suka bermusyawarah. Yang ketiga ialah pemimpin yang tidak mempunyai pendapat sendiri dan tidak mahu bermusyawarah!"
~ Al-Hassan ibn Ali ibn Abi Talib
"..tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari.."
menganggap apa jua penghalang sebagai satu 'challenge' yang perlu ditangani secara objektif dan penuh profesionalisme serta penuh hikmah danbijaksana..
terima kasih kepada insan-insan yang dekat dihati diatas segala sokongan dan kasih yang tidak bertepi...
17 Mac 2009
Ketapang itu...(17 mac)
Sudah lama sy mengagumi pohon ketapang. Entah mengapa perkataan Ketapang begitu dekat di hati. Mungkin sy dibesarkan, melalui zaman kanak-kanak dan remaja di Teluk Ketapang lantas nama itu begitu terlekat di hati.
Rimbunan ketapang sememangnya memberi impak yang cukup besar. Bentuknya yang seperti payung dengan daun yang lebar membuatkan ingatan sy sering kembali ke Terengganu. Sepanjang jalan permainan dulu, deretan pohon ketapang memang memberikan teduhan yang bukan sedikit. Memandang daunnya yang hijau, kuning dan akhirnya merah sebelum gugur ke tanah membangkit rindu yang bukan sedikit bertamu disitu sebenarnya.
Hati sy tercuit tatkala bercuti bersama abg ke Pangkor tahun lepas. Beriya-iya sy minta abg hentikan kereta di bahu jalan semata-mata kerana terpandangkan signboard Teluk Ketapang. Benar2 sama seperti yang ada di Terengganu. ke mana saja kaki melangkah, seakan nostalgia Ketapang mengekori..
Hati tersenyum kerana kenangan Teluk Ketapang di Terengganu sememangnya masih utuh di minda dan tersemat di hati. kalau lah masa leh berputar kembali kan..pastikan sy susuri jalan2 kenangan dulu..mengutip kembali jejak-jejak tertinggal sambil menoleh ke pinggiran dan tepian pantai andai ada bayangan yang setia berdiri disitu tatkala sy teralpa sewaktu memandang..
Ku susuri redup ketapang
Melodi nan indah kian bergulir
Berpuput lembut angin semilir
Berhenti lelah peluh mengalir
Muhasabah hati diri yang kerdil
Ku susuri redup ketapang
Setapak jejak berakar
Meninggal tanda kasih yang mekar
Memayungi hati menahan getar
Terlindung terik panas membakar
Ku susuri redup ketapang
Teduhan rindu semarak kasih
Rimbunan sayang makin bersilih
Mematri janji dari hati yang putih
Menghambat cemburu rasa tersisih
Ku susuri redup ketapang
Terukir namamu disitu
Biar musim beredar waktu
Walau lidah seakan kelu
Lirikan mata bicara bisu
Ku susuri redup ketapang
Ketika kemarau menyisir diri
Embun pagi terasa sepi
Menahan getar melindungi hati
Terlindung resah bahagia berganti
Ketapang...
rimbun kasihmu yg mendamaikan rasa menjadi teduhan tatkala resah melingkari..
redup lembayung mu menyejukkan panas di jiwa..sejuk dan damai bersama rimbun kasih abadi..
15 Mac 2009
Telaga Daeng... PTK...dan memory...(15mac)
seminggu cuti merupakan saat terbaik bagi sy utk kembali menjejak kenangan yang setiap detik semakin segar di ingatan walau telah lama ditinggalkan. memang kita tidak hidup dengan kenangan tetapi kenangan itu yang menjadi semangat dan pendorong diri untuk terus gagah melangkah di saat lelah dan hampir tersungkur.
kesempatan yang terluang(urusan di IPKT) sy gunakan sebaik mgkin untuk menyusuri kembali jalan-jalan kenangan kami sekeluarga lebih 16 tahun yang lalu. dan sudah pastinya kenangan peribadi sy sendiri sewaktu bergelar pelajar dan gadis remaja menyusuri setiap selekoh dan simpang di Telaga Daeng (rumah kedua), Ibrahim Fikri (rumah pertama), Telaga Batin, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Bukit Tok Beng, , Gong Badak, Tok Jembal, Banggol Pauh, Bukit Tunggal, lapangan terbang.. kenangan yang cukup mahal..
Pantai Terukir Kenangan..seribu memory yang selamanya abadi di hati. terlalu banyak memory disini. pantai yang meninggalkan sejuta rasa yang berbaur menjadi satu. terselam di jiwa dan akan tersemat selamanya sehingga ke nafas terakhir. biarlah ia bersatu jauh di dasar hati..yang pastinya akan sy kenangi sehingga ke hari tua..
utk abg..semoga pulau payar kali ini semakin menguat dan menguji kekentalan abg..
..hujan lebat di Alma begitu mendinginkan sebenarnya...fizikal dan emosi..
sedikit tertekan dengan sesuatu , bukan kerana tidak mahu menerima amanah namun terkilan kerana sesuatu yang sepatutnya diambil berat namun diabaikan ..
..adakah nilai berterima kasih dan menghargai semakin hilang..?
14 Mac 2009
TM...terlerai rindu...(14 mac)
lama benar rasanya tidak mencoret apa2 di laman hati ini. mood menulis sedikit melayang lantaran kesibukan dan keletihan dengan tugasan di sekolah. kelapangan seminggu yang diberi sy gunakan sepenuhnya untuk melerai kerinduan yang telah lama bertamu di hati. kekangan masa menyebabkan banyak rancangan tergendala, namun alhamdulillah, akhirnya kepulangan sy ke TM merungkai segalanya.
tujuan utama pulang ke TM kerana Teringatkan Mak...rindu terlerai, sebak di jiwa semakin berkurangan. sebagai pelengkap..tentu sj peluang menemui wajah2 yang disayang takkan sy lepaskan. menggunakan peluang dan ruang dengan sebaik mungkin. menatap wajah2 yang setia tersemat di hati, yang dibawa kemana saja sebagai penguat semangat sememangnya menyuntik satu rasa segar dan hidup dalam jiwa sy. membuatkan hati berbunga bahagia sepanjang percutian. masa yang singkat dimanfaat sebaik mgkin agar kasih dan rindu terbahagi sama rata.
sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini benar2 membawa makna seribu erti..cukup2 memberi kesan yang akan diabadikan di hati untuk dibawa pulang ke Penang sebagai semangat baru. kepulangan sesekali, memarakkan rasa rindu, menggenggam jemari Mak, mengucup pipi Mak..mengundang syahdu yang tak bertepi di kalbu. sesungguhnya fitrah seorang ibu...kepulangan sesekali anak yang dikendongnya sedari bayi berpuluh tahun dulu memang dinanti dengan penuh harap. kehadiran anak disisi di saat melewati usia senja memang didamba walau hati terkadang hampa bila anak terpaksa memenuhi tuntutan tugas yang semakin tergalas di bahu. sesungguhnya kasih ibu sepanjang hayat..
masih terasa jejari kasar yang mengusap dan memicit betis tatkala demam lebih 20 tahun yang lalu. sangat2 rindu saat-saat dulu. bila saja demam, sy pasti akan ke rumah tok yang tak sampai 1km dari rumah mak. sy pasti mencari peluang utk bermalam disana kerana sy tahu tok akan memicit kaki, tangan dan badan sy yang lenguh2. tok akan mengusap dan memicit kepala dan sesekali akan dijaram kepala yang panas memijar itu. sungguh2 selesa sekali dibelai dan dimanja begitu.
memang sy menggunakan peluang sebagai cucu sulung dengan sepenuhnya. dan sehingga kini setiap kali pulang ke kampung sy pasti akan menempek dengan tok...minta diurut bahu yang kerap sangat lenguh. terketar2 jemari tua itu, tidak lagi gagah seperti dulu. sebenarnya belaian jemari kasar itu yang sy rindukan.
setiap kali juga sy akan menghilang ke rumah ayah. mendengar dia bercerita kisah dulu2..membuat jalan keretapi, zaman berdepan dengan penjajah, bekerja di Pelabuhan Pulau Pinang dan itu ini benar2 buatkan sy terleka. sy hanya akan beransur setelah berjam diatas wakaf di tepi belukar kecil di tepi rumah(yang dulunya adalah sawah yang damai) setelah menerima panggilan telefon dari mak atau adik yang minta sy pulang. memang 'ralit' dengar ayah bercerita...tak sedar masa berlalu..
kepulangan kali ini, sy sempat mengambil gambar ayah di wakaf kesayangannya. dan saat sy memandang gambar itu kini, hati terasa sayu. ada sedih dan pedih yang bertamu. ayah dah semakin beransur lemah. dia tidak lagi bertenaga seperti dulu dimana pagi2 lagi dah sampai ke rumah sy dengan bermotor setelah minum teh di kedai kopi.
sesungguhnya kenangan bersama mereka yg dekat dihati ini sentiasa hidup dalam jiwa dan akan sy bawa hingga ke akhir hayat.
tp penyelesaiannya ada pd yg paling mudah, ringkas dan 'bersahaja'.
utk mengatasi segala kekangan masalah..isu...halangan...
sesungguhnya kepulangan ke TM kali ini begitu bermakna...
Tanah yang Merah...
..bercuti bersama timbunan fail ..maklumat...yang akan dibelek di kampung...
..semoga perjalanan pagi ini dipermudahkan..selamat sampai dan selamat kembali...
balik bersama bunga-bunga di hati..
12 Mac 2009
..yang lama..yang baru..
ini yang baru....myTosh..Toshiba Satellite L310-S410..
semoga semangat, kelasakan dan kesetiaan yang lama mengiringi sy di setiap saat dalam menggalas tugas dengan komited, menunaikan kewajipan dan tanggungjawab yang baru saja diamanahkan secara rasmi kepada sy pada hari ini. semoga juga sy dikentalkan hati hari ini, esok dan selamanya.
..yang baru satu anugerah...yang lama abadi di hati..
..esok Sambutan Maulidur Rasul...esok jua sy balik kg..
moga beberapa hari disana kan mampu menguji sejauh mana kentalnya hati ini..
10 Mac 2009
selepas episod ipoh..
akhirnya SONY Cyber-shot N Series Digital sy berganti jua. Canon Digital IXUS 95IS menjadi pilihan. bukan memilih berdasarkan kehendak, namun satu keperluan. selama 3 tahun cyber-shot tersebut sentiasa berada dalam handbag sy, dibawa ke mana saja. sy cukup berpuas hati dan sememangnya ia cukup berjasa kepada sy. namun patah tumbuh hilang berganti. akhirnya si kiut merah pink menjadi pilihan berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu. tentu saja abg lebih arif dengan mengambil kira pendapat tokey kedai tersebut yang sememangnya dah kenal kami kerana abg kerap ke kedainya untuk mencari aksesori D60 nya.
..tak nak beli kasut...?
ditanya begitu...tentu sahaja soalan cepu emas dari abg ini sy jawab dengan penuh berhemah. ehehh..sy tahu soalan2 begitu memang akan keluar dari mulutnya apabila kami mengunjungi tempat2 sebegini. mgkin juga ini salah satu cara abg mengisi masa yang terhad antara kami kerana tuntutan kerjanya yang memerlukan dia lebih banyak menghabiskan masa di luar dengan komitmen yang tinggi.
kali ini bukan saja sy yang mencuba kasut itu dan ini, malahan abg pulak yang lebih2. jenuh menunggu dari satu kasut ke satu kasut. begini rupanya perasaan abg sewatu menanti sy shopping...adeh... (utk jurulatih Bachok...kali ini muncung tak tajam ok..sebab kasut ni serba guna..bukan setakat baling anjing...lari bila dikejar anjing sgt2 sesuai...heheee..).
sebenarnya kasut ini menggantikan kasut koko sy yang dah hampir monopouse. sy tetap mengunjungi kedai yang sama, membeli kasut jenis yang sama, cuma corak yang sedikit berlainan. dan pastinya akan sy ulangi ke kedai yang sama selagi sy berpuas hati dan selesa di kaki sewaktu melangkah.
sememangnya masa yang sedikit dan terhad ini telah terisi sepenuhnya. dari satu kedai ke satu kedai kami susuri, berhenti penat menjamu selera, sememangnya masa yang singkat dimanfaat dengan tiada sesaat pun tertinggal. jauh disudut hati sentiasa berdoa, semoga kerukunan ini tetap terpelihara sehingga ke akhir hayat.
amanah yang diberi adalah satu tanggungjawab yang harus digalas dengan berlapang dada. hari ini abg diperlukan lagi di satu negeri yang sememangnya meninggalkan seribu satu nostalgia kepada sy. rasa rindu menggamit hati untuk berkunjung lagi ke sana. insya allah jika diizinkan dan tiada aral, cuti sekolah yang akan datang pasti sy jejak kaki lagi ke sana. lagipun hajat nak mengambil gambar pokok ketapang di Teluk Ketapang belum kesampaian..
..tahap penerimaan dan keterbukaan individu dalam sesuatu isu itu tidak sama. inilah yang mewarna warnikan perjalanan hidup kita kerana variasi itu sememangnya bagus dalam mencambahkan idea dan mematang/mewajarkan cara berfikir/bertindak...
9 Mac 2009
meredah ipoh dalam hujan...
nasib bawak storm kan..so barang2 yang besar dimuatkan di belakang. lagipun tak lah abg bosan sgt kerana di sepanjang pemanduan abg memang ditemani dengan kawan2 Radio Amaturnya. my persona pernah diminta oleh abg untuk dipasang antena radio...ehehh...sory..
8 Mac 2009
7 Mac 2009
usaha bermula..
Sy : u kat mana..
Su : i kat bla bla…baru abih tuisyen..
Sy : u nak balik dah ke..
Su : otw…i baru masuk keta ni..napa kak ..
Sy : i nak ikut..
Su : ikut gi mana..
Sy : tak kira le...i nak ikutttt …
Su : iskkk…seriau aku pompuan ni…u kat mana ni..i repot kat abg khairul kang..
Sy : i kat umah..i nak follow u balik..boleh?
Su : memalam gini..?? u buang tebiat apa kak…abg mana abg..?
So jam 9.15 malam...meredah kepekatan malam dengan hujan yang agak lebat…sy dan abg menuju ke Kulim, rumah Su. Semuanya utk –dia-. Demi –dia-. Kaki melangkah masuk ke rumah Su, mata terpaku.
Macam kenal…terpacul ayat dari mulut abg…
Iskkk abg ni…malu i tau…hehee…Su dengan gaya nya yang lemah gemalai..
itu teddy n coco yang sy belikan dulu utk Su..
Perancangan yang teliti perlu dibuat, membandingkan itu perlu agar hasil yang kami perolehi memuaskan hati dengan harga yang dibayar. Pendapat teman2 perlu diambil kira. Banyak yang sy dan abg bincangkan dengan Su, dari sekecil2 benda sehingga kepada yang besar2 ‘gedabak’. Jika tiada aral, sy dan abg akan menimbangkan cadangan Su dan kami akan ambil pengalaman dia sebagai sandaran utk membuat keputusan.
Ayat akhir Su sebelum kami meninggalkan kediaman comel nya..
K’irah…u jangan tak bawa i tau masa nak pegi pilih sekian2 benda tu…i boleh tolong u pilih...hijau, kuning, merah sgt2 cantik….i nak ikut tauuu….
Ehekss…i tau u terer bab2 gini le Su..
tersengeh abg melihatkan aksi Su…hehee..
7 Mac ’09…7.30 pagi – 4 petang...
Hari ini abg kena handle kayak lagi di Pusat Sukan Air. Kali ini anak2 buah seorang teman lama. Teman yang sanggup bersusah demi kami sewaktu mula2 posting dahulu. Teman yang yang telah kami anggap saudara sendiri. Dan pasti nya sy tahu abg takkan menolak walaupun hari ini adalah hari cuti ditambah pula baru pulang dari Pulau Payar. Persahabatan yang terjalin tanpa menilai…tanpa syarat…
Sy menanti abg pulang. kami akan pergi ke satu destinasi dimana -dia- berada..melihat, membuat itu dan ini demi -dia-. Semua perlu dilakukan dalam masa terdekat kerana abg sering tiada di rumah. Abg menguruskan, berhubung dengan pihak itu dan ini, dan tugas sy memantau sepanjang ketiadaan abg agar ianya berjalan seperti yang kami kehendaki. Lagi pun kami dah target segalanya perlu selesai sebelum cuti sekolah bulan Jun. Insya allah..
terima kasih utk Idany..pemilik blog Sesuci Kasih Sufi utk kad yang sungguh bermakna ini. sedalam makna persahabatan yang dihulur kepada sy selama ini dari Ketereh, Cheras dan kini Sg Sengian, Bintulu Sarawak...
sy masukkan komen yang diberi idany di entry sy yang lalu...penuh makna yang tersirat..terima kasih da...
just4u.. kunci untuk -dia-..
Sesuatu yang membuat sy tersenyum.
sy : Aik…abg buat ke..?
abg : salah satu aktiviti....
sy : Macam yang anak2 sy di sekolah buat lah..
abg : Yup..utk di ajar kepada budak..
sy : Mmg macam budak2…
abg : Diminta buat dan bawa balik utk isteri..
Ehekss..
Terima kasih abg…
Hanya itu ucapan yang mampu sy ucapkan. Selebihnya rasa bersyukur kerana abg dah selamat pulang dari kursus TOT di Pulau Payar.
5 hari di Pulau Payar membuatkan sy agak resah di rumah sebenarnya. Bukan disebabkan tidak pernah berjauhan, 9 tahun melayari hidup bersama sy dah terbiasa dengan ini semua. Selalu sgt abg ke sana sini kerana tuntutan tugas. Kadangkala balik ke rumah berganti bagasi saja, dan terus berangkat lagi. Namun kali ini agak berlainan kerana perhubungan terputus. Tiada komunikasi di antara kami menyebabkan sukar utk sy bertanya, memberitahu dan membuat keputusan utk satu2 perkara sewaktu ketiadaan beliau. Tambahan pula dalam masa 5 hari ini, timbul satu dua perkara yang memerlukan pendapat abg, selain dari meluahkan rasa hati terhadap sesuatu yang terasa menyesakkan dada yang telah terjadi di sekolah. Sy perlukan pandangan abg..relevan ke sy begini dan begini…wajar ke sy bertindak begitu dan begitu…professional ke sy jika ini keputusan yang sy ambil. satu kelegaan sebenarnya apabila abg ada di rumah.
menjamu selera di Route 69..mendengar itu dan ini yang keluar dari mulut abg sepanjang 5 hari disana , disambung dengan sesuatu yang diterima hari ini, membuatkan sy seolah terbuai oleh angan2 sendiri. sesuatu itu tentang -dia-. kunci itu utk -dia-. alhamdulillah semakin hampir. satu lagi perkembangan yang cukup2 menggembirakan hati pada hari ini. moga2 segalanya berjalan seperti yang dirancangkan. mulai sekarang abg dan sy pastinya akan semakin sibuk. memilih, menyusun, merangka, mencari, membandingkan dan membuat perancangan yang harus benar2 teliti agar segalanya memuaskan hati kami berdua. sy kena banyak mengambil tahu itu dan ini kerana dalam masa terdekat sekali lagi abg akan terbang ke negeri nostalgia sy untuk satu tugasan penting selama 3 hari. dalam tempoh itu juga sy terpaksa menggantikan abg utk berurusan dengan beberapa pihak bagi memastikan segalanya utk -dia- berjalan lancar. mudah-mudahan..
6 Mac 2009
harus di jadikan rutin..
sukan sekolah sy akan diadakan pd akhir April. Namun seperti tahun2 yang lalu, anak2 istimewa ini akan menjalani latihan utk Sukan Tahunan sedari 2 bulan awal. sehingga lah beberapa minggu menjelang sukan tahunan, latihan akan diadakan setiap hari di waktu pagi. mereka agak sukar untuk dilatih sebenarnya. kekurangan dan ketidakmampuan fizikal mereka, daya tumpuan dan mental mereka yang lemah juga merupakan salah satu sebab mengapa latihan/aktiviti ini harus dijadikan rutin.
untuk mengarahkan mereka menyusup melalui gelung rotan pun, sekurang2 2 atau 3 orang guru diperlukan. mereka perlu dipegang kiri dan kanan, kena tundukkan badan mereka, namun ada jugak yang terlepas lari. ada yang sambil menyusup mulut tak henti bicara potpet2 tanpa difahami oleh sesiapa kecuali dirinya sendiri. itu belum dikira cikgu pusing ke lain sikit, tengok2 gelung tersebut dah hilang dibawa lari. belum dikira 5 6 orang yang memang dikepung sedari awl tetiba terlepas pandang lari menghala ke jalan raya. jenuh cikgu2 berkejar dari hujung ke hujung tengah padang. jadi lah kami jurulatih/jurukepung/jurusekat/jurupegang sukaneka yang tak bertauliah (bukan spt jurulatih Bachok yang terlatih)..
jika hari ini mereka boleh menyusup ke dalam gelung dengan jayanya, esok belum tentu mood mereka elok/ingat apa yang telah dilakukan hari ini. jika hari ini mereka boleh lari membawa bola ke garisan penamat, esoknya mereka akan bawa bola itu lari ke hujung padang. jadi, rutin akan berulang dan berulang, cikgu akan berlari dan berlari...dari hujung ke hujung...terjerit2 memanggil. tapi jangan haraplah mereka akan paham. murid2 lain akan tersengeh2 sambil bertepuk tangan...
cikgu ..cikgu... ..itu cikgu sana...(Rui Wen)
ei ei aa....ei ei aa....(Wei Kang)
ggggrrrrrrgggrrrrrggrrrr...(Nadarajan)
cikgu....anis cantik tak cikgu....(Nur Hanis)
dapat tangkap...cikgu termengah2...15 guru perempuan..hanya seorang jejaka..
semakin ramai yang hyper yang perlu dipegang tangan dari 7.40 pagi sehingga 12 tengahari...yang pastinya 2 bulan latihan sebelum sukan tahunan ini kami guru2 PKBP pasti akan slim2...turun berat badan..ehekkss..
masih terbayang sewaktu KOT yang lepas. untuk acara lari berganti2, Nazeha salah sorang pesertanya. orang lari ke depan...Nazeha pun ke depan jugak...tapi ke depan menentang arus...dia pusing ke belakang dan lari sekuat hati....adeh...
namun yang pastinya, sepanjang latihan di padang, Sukan Tahunan dan sepanjang tahun bersama mereka, setiap hari bibir kan mengukir senyum kerana hampir setiap masa sebenarnya hati digeletek dengan karenah mereka yang mencuit hati dan kata2 mereka yang kadangkala tidak terduga dek akal...
..suara itek serati akan kedengaran lagi di KOT(Kejohanan Olahraga Tahunan) hujung April ini. tugas dan amanah yang diberi adalah satu kepercayaan yang digalas..bukan satu bebanan.
selamat bertugas di tempat baru utk rakan sejawat yang bertukar...anggap segalanya adalah satu cabaran dan dugaan, menguji sejauh mana kekuatan dan kekentalan kita. persahabatan yang ikhlas tidak akan lentur dek kerana jarak dan ruang masa...
terima kasih di atas segala bantuan, nasihat dan sokongan selama ini.
selamat kembali dan selamat meneruskan tugas bagi teman yang baru pulang dari berkursus..10 hari meninggalkan orang tersayang pastinya menggamit rindu yang bukan sedikit..
1 Mac 2009
naif...setulus hati..
Mari mari mari..
Tangan sy diheret. Sy tinggalkan meja dan buku yang berselerak mengikut Nazeha yang menarik tangan sy.
Cikgu duduk sini ya…
Sini sini. Ok..sini ye..
Sy ikut arahannya smbil diperhatikan rakan2 lain.
Saya duduk di meja di sampingnya.
Dan dia..
Begini ye..
Ini ini..
Iyee…ini cikgu punya..
Dan mulalah jarinya menari pantas di atas kertas putih bersih itu..
Nazeha..
12 tahun..
Kategori : autisme..
sedikit info ciri2 autisme..
- Bermasalah komunikasi (kelewatan dalam pertuturan)
- Sukakan rutin
- Sering berada dalam dunia tersendiri
- Ekolalia (mengulangi kata-kata cikgu)
- Cederakan diri sendiri
- Kompulsif (tanpa tahu kesan)
- Perasaan sayang yang keterlaluan pada sesuatu objek
- Kerencatan bahasa
- Masalah kefahaman
- Kerencatan bahasa
- Tidak suka disentuh
- Bermasalah interaksi sosial
- Pergerakan berulang-ulang
- Kegagalan integrasi deria
- Tidak suka bergaul
- Boleh melihat tetapi tidak mengerti apa yang dilihat.
- Suka elak pertentangan mata
- Ketawa dengan tiba-tiba
- Boleh mendengar tetapi berkelakuan seperti orang pekak
- Menangis dan marah tanpa sebab
- Suka meniru perkataan orang lain
- Memegang tangan orang dewasa untuk memberi arahan
- Tidak dapat melihat dengan jelas
..1 mac 2009...semoga ketenangan dan kedamaian kocak air dan lengguk ikan yang berenang di Pulau Payar memberi kekuatan dan kekentalan utk abg meneruskan lagi bakti dan usaha murni mencurah ilmu tanpa mengenal erti lelah dan jemu..doa dan semangat sebagai peneman..
TOT-Taman Laut...
jarak yang jauh bukan pemisah utk berkomunikasi, kadangkala ia membantu memarakkan lagi rasa rindu di hati..