..Patong di waktu senja.. |
Hati-hati yang berdetik..
30 Dis 2011
14 Dis 2011
Sepasang..
7 Dis 2011
Kerikil | Hati Rapuh..
Langkah Halusi | Hati Lemah..
Tuhan sering berjalan di antara hati orang-orang lemah.
Menguatkan mereka.
Memberi mereka senyum di atas segala gundah yang mendera.
DIA memberikan janji atas doa, kepada mereka yang khusyuk, kepada mereka yang memohon dengan sungguh, kelak akan DIA kabulkan.
Bagaimana? Dengan melihat ke dalam hati tertulus manusia...
mode : di mana jejak terakhir langkah ini..
1 Dis 2011
Harapan Rindu | Seri Mersing kepada Damak..
Seri Mersing :
Abg Damak, jangan lah Abg Damak balik ke Pahang, tidak kah abg kesian melihat Seri tinggal di Mersing ini
Damak :
Abg sayang meninggalkan Mersing tanah bertuah ini Seri, tetapi apa boleh buat suratan takdir tidak mengizinkan abg lama tinggal disini..
segala kejadian yang telah berlaku, biar lah abg bawa balik utk menjadi kenang kenangan..
Pak Malau :
Keras batu dapat dilekukkan oleh air, tetapi keras hati kau, tidak dapat dilentur dengan lidah, sampai kah hati kau Damak..
Damak :
Pak Malau,
apa ada kepada paya,
dalam tidak tohor pun bukan,
apa ada kepada saya,
berbangsa tidak masyor pun bukan..
Seri, walaupun kita berjauhan dimata, tapi tetap di hati..
Abang Damak......
..Kuala Sepetang dah pergi...hati teringin nak jejak kaki ke Mersing..
Keluhan dan rasa hati tentang kerinduan kepada Kuala Sepetang dan Mersing bertapak di hati sejak dahulu lagi. Tidak tahu mengapa ianya cukup dekat dihati. Pernah sy masukkan kerinduan itu pada entry ini..Kuala Sepetang : Kayuhan Santai..Impian Bersamamu..
Sepertimana yang tertulis di dalam entry Kuala Sepetang..
Tinggi harapan, moga dapat sy jejaki kerinduan Seri Mersing kepada Damak ..suatu hari nanti..
..disitu terkubur kerinduan Seri yang cukup luhur..
30 Sep 2011
: KUMULONIMBUS yang telus..
.
..kau datang bawa rindu...kau tinggal basah pelukmu..pulangmu berbaur sayu.. |
KUMULONIMBUS...
Kau datang membawa cinta yang tulus dan mulus..
Mencurah rindu penuh telus..
Basah aku dalam bahagia.. dalam rintik anugerahMu..
..kau datang bawa rindu...
kau tinggal basah pelukmu..
pulangmu berbaur sayu..
anugerahMu Ya Rabbi...
..kenangan rindu yang kau tabur.. |
.
Lokasi | bumi BM dari lapisan myPersona..5pm..26 sept'11..
27 Sep 2011
BONDA Azza..
27 September 2011...
Selamat Ulangtahun MAK...
terima kasih menjadikan aku 'insan' yang sarat dan kaya dengan kasih sayangmu...
Ya Allah..
jadikan lah aku anak yang tetap menyanjungi dan memartabatkan ibuku sehingga ke sana...
~hari ini juga teman rapatku kehilangan BONDAnya yang tercinta...perancangan DIA tidak terduga...alfatihah..
26 Sep 2011
: Hati Mentari...
..disini rinduku berlabuh.. |
melakar impian
mencari arah
setahun sembunyi
melayah waktu
rupanya sinar merah senja
meninggal bekas di jiwa
selari mega merah yang sama
hadirnya rindu ini, berdetik.... di kau kah..?
..merah mentarinya sama sayang,, |
~azzaCR~
Lokasi | Bukit Merah dari cermin Suria Bus..22 September'11..
11 Sep 2011
: Haiku Lebaran...
Salam Aidilfitri...
dari kami..
....dan untukmu...
10 Sep 2011
..myAS menyebar rinduku..
Namun hari ini...sy nekad.
AS mesti sy miliki...tanpa melupakan budi AC selama bertahun yg setia disisi..
..myTosh yang entah di tangan pencuri mana saat ini.. |
..antara impian dan keperluan~..
Keperluan ~ kerja rasmi..data segala bagai..menggantikan AC..
Kemudahan ~ kerja tak rasmi..FB, blog...lebih laju, jelas dan aktif..ehekss..
..sedang berurusan... |
..myAS...menggamit rindu menyerbu jiwa...kalaulah.. |
24 Ogo 2011
: Nostalgia Kad Raya..
As Salam dan Salam Sejahtera...
Saya dan adik-adik berlari ke pagar rumah. Yes, abang posmen dah sampai. Hati resah. Ada ke tidak kad raya untuk aku hari ini. Ahh...rupanya rumah jiran sebelah motor abang posmen itu berhenti. Sedikit kecewa. Dia lupakan saya kah..
Itu dulu. 10 20 tahun dulu. Zaman semakin berubah. Sedikit demi sedikit cara dan kaedah dulu2 kita tinggal kan. Saya dan juga anda pastinya, ternanti-nanti abang posmen datang. Seronok bertanding dengan adik beradik dan teman-teman sepermainan siapa yang dapat kad yang paling banyak. Jika kad itu ada muzik lagu raya, itu adalah bonus. Boleh lah berbangga pada teman-teman di sekolah esoknya yang hanya menerima kad raya biasa.
Lain pula situasi di sekolah. Kad raya yang diterima tidak perlu melalui abang posmen bermotor. Boleh saja diri sendiri atau kawan-kawan yang dipercayai untuk menjalankan tugas menghantar kad raya. Stem pun jimat.
Masuk saja ke kelas tercari-cari di dalam meja dengan hati yang berdebar-debar. Mesti ada terselit kad yang diletak oleh seseorang atau SA (secret admire). Tandatangan pastinya ~saya yang minat awk~ , ~SA~, ~Perindu Sepi~ ...itu pengalaman indah saya zaman sekolah dahulu. Tidur malam terjaga-jaga pasti menggagau kad raya di bawah bantal...berkali-kali dibaca ayat-ayatnya sehingga hafal dibibir...hikss..
Dimana awak saat ini agaknya my SA..
moga awak baik-baik saja.
Terima kasih kerana selalu buat saya tersenyum termalu-malu di sekolah dahulu.
Zaman universiti, lain pula kisahnya. Zaman remaja bercinta. Kad raya..HARUS...ehehe.. Berusaha dengan gigih pulak tu untuk menyediakan kad raya sendiri. Taknak yang beli. Konon-kononnya, untuk menyatakan betapa sanggup ku lakukan apa saja untukmu sayang...ekekek..
Dan saya pernah menerima kad raya sebesar kad manila, hasil kreatif kekasih saya waktu itu (1996). Tertera gambar kami berdua di depan (scan), sekeliling kad dicucuh dengan api ubat nyamuk lingkar(efek klasik..ekekk) dan didalamnya ditintakan kata-kata indah nan syahdu...aduhaii..
Dan beliau memang sentiasa kreatif menghasilkan kad raya yang unik saban tahun sepanjang kami menjadi kekasih di USM.
Terima kasih sayang...
Kad itu berada di kampung(akan saya uploadkan gambarnya nnti). Saya masih simpan sehingga kini kerana ia adalah puncak zaman bercinta yang penuh dengan keindahan dan keterujaan. Dan ia adalah tanda kasih sayang kekasih saya sepanjang zaman...terima kasih duhai kekasih hati..
Kini semua itu sudah menjadi nostalgia. Hanya beberapa orang saja jika boleh dibilang masih meneruskan lagi tradisi lama berkad raya. Masing-masing lebih senang dengan cara elektronik yang canggih. Melalui laman-laman sosial di FB, Twitter juga sekali tekan sms di hp...tag kepada berpuluh-puluh orang. Nampak mudah dan cepat namun kurang berbekas di hati ini. Hati tetap merindui zaman-zaman kad raya yang bergantungan di ruang tamu dihias indah di hari raya.
Namun sehingga kini usia saya mencecah 35 tahun, kekasih saya masih meneruskan tradisi kami dahulu. Saban tahun saya masih menerima kad raya daripada beliau. Terima kasih sekali lagi sayang, kerana telah membuktikan cintamu dengan bergelar SUAMI padaku sehingga ke hari ini...:)) 11 tahun usia perkahwinan, saya masih menerima kad raya daripada beliau dan kami masih meneruskan tradisi indah ini. Alhamdulillah.
..
...
....
.....
......
.......
......
.....
....
...
..
.
Anak istimewa ini hatinya telus.
Maka, saya dan dia doakan awak baik-baik saja..
Moga anak bulan Syawal yang bakal muncul nanti menghilangkan terus bayang saya dari minda awak..
22 Ogo 2011
: Tautan Dua Hati Blogger..
As Salam dan Salam Sejahtera;
Terima kasih Cik Lala Manis utk entry Bertaut Kasih di Blog Cek Lala.
Bertaut Kasih bagi Lala Manis dan Tautan Dua Hati bagi saya.
Itulah jika diistilah kan pertemuan ini. Gadis manis yang hanya saya kenali melalui Blog Cek Lala dulu, kini memang dekat di hati. Sejak 2 tahun lalu mengenali beliau melalui blog, dihubungkan pula pertemuan demi pertemuan bermula dengan kek keladi, alhamdulillah hubungan kami semakin rapat dan mesra.
Terima kasih Lala Manis untuk persahabatan yang telus ini. Terima kasih kerana tidak pernah melupakan akak. InsyaAllah jika ada lagi waktu terluang, kita habis kan masa lagi berpoya-poya macam dedulu ekss..
Pertemuan Berbuka puasa di Restoran The Chiken Rice Shop, Jusco Perda pada 19 Ramadhan.
pssttt...
nak bercerita tentang A B dan C pada u yang..tapi situasi tak mengizinkan..
nnti ekss...
21 Ogo 2011
: Terlunas Sudah Sayang..
As Salam dan salam sejahtera;
Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya
Alhamdulillah pada petang tadi tepat jam 5.15 petang, abang telah menyempurnakan Rukun Islam ke tiga iaitu kewajipan zakat fitrah bagi tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, abang membayar zakat fitrah di Jaya Jusco Bandar Perda. Senang dan mudah bagi kami di sini, shopping keperluan raya di Jusco, singgah sekejap menunaikan kewajipan yang dituntut.
Abang mengeluarkan zakat fitrah sebanyakRM14.00 pada tahun ini untuk dua orang. Bagi negeri Pulau Pinang harga zakat fitrah ialah RM 7.
Sebenarnya zakat ini lebih elok dan afdal di bayar di tempat di mana kita mencari rezeki. Kami mencari rezeki di Pulau Pinang, jadi selalunya di sinilah tempat abang membayar zakat sebelum kami bertolak pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran.
Alhamdulillah...selesai sudah kewajipan tuntutan agama..
sekarang...jum lah kita shoppinggg....hikss...
~kasut kegemaran itu tetap merah..tapi yang baru berwarna kuning..(sudah berubah saya..?)
..dimana pun kamu..sy tetap mendoakan yang baik-baik saja..
..kerana DIA Maha Mengetahui..
20 Ogo 2011
: 7 Hari Mencintaimu..
Rebah terselam didada jiwa
Cumbui debar penuh bermakna
Rangkullah aku...dalam hangat rintikmu..
~hujan rahmat di bumi BM 20 Ramadhan..
..alhamdulillah..
Saya kembali digoda. dan sememangnya saya tergoda. Apakan daya, saya hanya insan biasa. Hati sangat rapuh dan mudah patah apabila 'dihidang' dengan yang 'enak-enak' malah terlalu indah untuk ditatap oleh jiwa. Akhirnya...sewaktu keluar berbuka puasa dengan teman blogger Cek Lala Manis...kalahlah anak Adam ini dalam menahan nafsunya setelah hampir 2 tahun cuba memejam mata dari memandang semua ini.
sesungguh nya..
hanya Tuhan yang tahu betapa aku kian kalah dalam usaha membendung hati..
18 Ogo 2011
: Lamaran Hati...
Saya terima.
Iya, saya terima Lamaran Hati itu.
Jika Lamaran ini satu peluang dan pembuka jalan, Alhamdulillah, syukur padaMu.
Jika Lamaran ini satu ujian, juga Alhamdulillah. Anugerah untuk diri dalam bentuk peluang dan ujian.
Terima kasih untuk Lamaran. Terima kasih pada teman.
InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya kerana ia juga adalah peluang dan impian saya sedari kecil. Hanya anganan kosong seorang budak kampung. Hanya mimipi seorang murid biasa di sekolah rendah luar bandar di Seberang Takir. Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Sekolah Menengah Agama Tok Jiring dan sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Berbalik kepada Lamaran Hati...
Menerima lamaran maksudnya saya kena 'mencanai' balik minda, memanjakan kembali jari jemari ini untuk terus menari dan menari. Semangat ini yang saya rasa dah lama 'mati' untuk suatu tempoh, perlu dihidupkan kembali. Kembali mencari embun untuk menghangatkan lagi akal dan jiwa yang sedikit tepu.
Mungkin ini peluang. Mungkin ini juga kesempatan terbaik yang DIA berikan setelah sekian lama saya tenggelam seolah hilang inspirasi. Siapalah kita untuk menidakkan nikmatNya, sedangkan DIA lah Pengatur Terbaik sekelian alam. Allahuakbar..kerdilnya diri ini.
Sesungguhnya Ramadhan ini satu penghijrahan.
Sesungguhnya Ramadhan ini satu rahmat.
Jika ini yang ditentukan, saya akan sahut. Saya akan bergerak. Saya akan berpindah dari sifat dan sikap lama yang telah membuatkan diri saya 'mati' dalam hidup, hati 'beku' dalam berbunga dan idea 'tepu' dalam ilham yang kian bertepuk.
Ayuh...bangkit Cikgu Azza...
Mungkin DIA hendak saya berhenti beranganan, kembali ke dunia nyata. Lakukan sesuatu untuk diri, terus berhenti dan berhenti untuk berharap seperti lagu Sheila On7 Berhenti Berharap (smileeee...)
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Awk memang anak murid Munsyi Dewan.
Kalau beliau tahu mesti beliau bangga.
Sangat pasti kan. Sebab Munsyi Dewan yang dimaksud kan adalah guru Bahasa Melayu saya sewaktu Tingkatan 5 dahulu di salah sebuah sekolah di Terengganu. Cikgu Nawi...kerana beliau lah saya semakin berani bermain kata. Masih terbayang setiap kali waktu rehat, saya akan menahan dan mengganggu beliau di kelas semata-mata untuk dibetulkan tatabahasa dan bertanya satu perkataan ajaib untuk dimasukkan ke dalam pengenalan karangan (sebagai markah bonus katanya). Dan akhirnya, ajaran beliau menyebelahi saya apabila saya mendapat A1 dalam penulisan Bahasa Melayu, dan mendapat A dalam Bahasa Melayu SPM.
Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU ..! ..kerana anda saya mahir berkeluk bahasa kini, kerana anda saya berani meluah bertinta indah, kerana anda sastera budaya warisan kita itu saya junjung sentiasa dijiwa...dan kerana anda juga saya bergelar CIKGU AZZA kini..
(..err..kerana juga....wajah anda sangat kiuttt cikgu...~)
dan rindu..?
biar saja ia begini..
14 Ogo 2011
: Menjala Cinta..
As Salam dan Salam Sejahtera..
bagi sesiapa yang pernah mengikuti 'zaman' blog ini dahulu, tentu sudah arif hal ini. Saya hanya masuk utk kek keladi sahaja...hehe..
Ahh..rindunya pada zaman itu. Zaman kek keladi. Bila agaknya 'kegemilangan' kek keladi akan kembali. Bukan tiada permintaan dan pertanyaan, tetapi entah mengapa sejak berpindah masuk ke Teratak AzzaKhairul 3 tahun yang lalu, sy amat berat utk kembali merenyahkan diri depan oven dan keladi layer demi layer.
Bagi yang telah pun membuat tempahan (tahun lepas), bila mood saya kembali katanya, sabar ya...doakan Azza kembali segar dengan keunguan layer keladi bersalji itu. Isk..saya sendiri yang terbayang-bayang...
Masa berubah, begitu juga kita. Teknologi kian berkembang dan kita semakin kreatif berfikir untuk memperbaiki dan membuatkan sesuatu itu menjadi lebih baik.
akhirnya...tadaaa...
Semuanya bergantung kepada minat dan inisiatif anda. Oleh itu, apa lagi....selamat mencuba...!
Nota :
Semakin bahagia melihat ramai teman-teman blogger lama kembali aktif..alhamdulillah..
sy rindu kalian..
13 Ogo 2011
Jum dating...
10 lebih tahun menjadi warga pulau...bukan sedikit kenangan tercipta.
Suka duka bergelar siswi..mencari seringgit dua menyara hidup di kilang-kilang sebelum mendapat pekerjaan tetap...memulai hidup baru bergelar isteri....sehingga lah abang diserap ke JPN...semuanya bermula disini.
Rentetan kehidupan yang sukar digarap dengan kata..tapi dikumpul melalui pengalaman yang tidak ternilai.
Melewati jalan kenangan lalu...hati dipagut pilu.
..ternyata sy sangat emosional dalam bab ini. Sahabat, teman juga kekasih hati..menjadikan saya bermelankolik kembali. 4 tahun menganyam kasih di USM...menjadikan kampus itu sebati dan abadi d hati...
Isk..agaknya sy terlalu rindu daerah sibuk dan tidak pernah mati ini. Terbuai saja kenangan lalu pasti tubir mata ini akan tergenang.
Genggaman erat jemari abang sesaat tadi sewaktu kami menyusuri Bazar Ramadhan Gelugor ...melewati bas stop Gelugor...kedai Anikawan (berebut tiket bas balik kg) membuatkan hati bagai tidak percaya...sudah berbelas tahun sy tinggalkan daerah cinta ini.
...sebenarnya saat ini kami di meja makan G9..dan sebenarnya inilah point utama entry ini ~Nurul Ikan Bakar~ berhampiran Marin Batu Uban. Dating time, pasti skali di bulan puasa ini ialah menanti saat berbuka. Salah satu lokasi deting dedulu...hehe..sejak mula2 menjejakkan kaki ke Pulau Mutiara ini.
6.57pm sekarang...selamat berbuka kawan-kawan...
Nota~ bagi yang ingin menikmati ikan bakar yg sgt2 best disinilh...boleh lah cal no ini utk membuat tempahan berbuka......0125625536....
Mmuahhhss semuaaa...
Terkedu..
Sejujurnya....sy terkedu.
Menyelinap di hati sejalur rasa pedih.
Hati tertanya..mengapa harus begini...
Rupanya ujian Allah ini pelbagai bentuk...redha kan aku ya Allah...
2 Ogo 2011
..r.i.n.d.u....
rindu nya...
sungguh saya rindu..
hati membara..
jiwa rasa bergelora..
namun ketentuan DIA..
siapa kita dan saya utk menidakkan..
rindunya....
...salam Ramadhan untuk semua..
yang dekat dan jauh..
yang rapat dan renggang..
yang akrab dan senggang..
moga kamu baik-baik saja..
hanya doa dari kejauhan..
kerana TUHAN itu Maha Mendengar..
DIA tahu bisikan saya, bisikan kamu juga mereka..
mudah-mudahan...saya, kamu dan mereka tenang-tenang saja..
amin...
27 Mac 2011
..Teringin Nak Cantik..
As Salam..
Dulu-dulu sewaktu bergelar mahasiswa, teringin nak kelihatan cantik. Macam model-model dalam majalah yang kulitnya licin dan gebu itu. Tapi zaman itu mana ada duit nak beli kosmetik...makan pun minta dengan Mak Abah.
Akhirnya seorang teman mencadangkan, kita buat masker murah-murah.
Dengan sebiji telur..!
...sebiji telur(ambil putihnya sahaja) kami kongsi ramai-ramai. Pakat-pakat tempek dan tolong tempek sambil mengusik mesra. selesai menempek..tiba-tiba suasana menjadi hening dan sunyi. Tiada satu suara pun...yang ada cuma lirikan mata dan tangan bergoyang-goyang sebagai bahasa isyarat. Muka pulak berkerut-kerut seperti menahan sesuatu.
Rupanya...kulit muka masing-masing sudah tegang dek putih telur yang dilumur ke muka...tidak boleh bercakap. Patutlah muka berkerut-kerut....menahan diri dari tergelak rupanya. Kalau gelak tak menjadilah masker putih telur tu..
Menahan tegang dengan kerutan muka... hasilnya..wahhhhh...selepas dicuci ..haaa...kulit terasa tegang, halus dan mulus...hikss..
Mula lah masing-masing tersengeh-sengeh...kulit dah macam model majalah la katakan.. ehekkss...
Inilah satu dari seribu kisah zaman menjadi mahasiswa dahulu, penuh memori, suka duka mengejar impian. Jatuh bangun, pedih dan gembira dikongsi bersama teman-teman. Pengalaman yang tidak dapat dibeli.
Dan petang ini...sy praktikkan ...nak cantik macam model majalah...
jum intai-intai..
Asingkan kuning telur...ambil putihnya saja..
Basahkan muka dengan air dan sapu putih telur ini ke seluruh muka..
Kemudian ambil tisu/kapas dan letakkan di atas muka tadi..seperti memakai masker.
Selepas itu, sapu kembali putih telur ke atas tisu/kapas sehingga basah.
Biarkan tisu/kapas itu betul-betul kering dengan sendiri.
Tisu/kapas yang melekap ke muka akan menajdi seperti topeng apabila ditanggalkan nanti.
Hasilnya kita boleh lihat pada tisu itu bintik hitam dan putih yang terlekat pada tisu tersebut.
Tidak mengecewakan...selepas dicuci kulit terasa tegang dan halus. Murah, menjimatkan, cepat dan berhasil..cuba lah...! :)
..agaknya kerana putih telur inilah sy terus laku..dipinang 27 Julai 1999..seminggu sebelum sempat majlis konvo USM..hiksss...
gataiii..
info :
Khasiat putih telur..
~putih telur melegakan apabila kita melecur atau terbakar kulit
~Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.
~sangat praktikal sehingga kini..terutama yang malas ke facial spt sy..
~anda tidak perlu pejamkan mata spt gambar di atas sewaktu memakai nya ya..ini hanya utk model-model yang malu sahaja ..~~weeeeee....
terbang tinggi membelah awan
hati ini semakinlah letih
berserah saja.. tak mampu berlawan
20 Mac 2011
Diari Hatiku..
Telah lama tidak menulis diari. Seingat saya sewaktu sekolah dahulu, bermula tingkatan satu sy sudah mempunyai diari. Isi Diari itu hanya dirahsia dari BONDA, tapi tidak kepada rakan-rakan. Setiap malam menulis Diari, esoknya dibawa ke sekolah dan saling bertukar Diari dengan teman-teman. Semua tahu kisah dan rahsia hati masing-masing..hehee...
itulah istilah Diari sewaktu sekolah dahulu.
Namun bukan sy ingin berkisah tentang Diari. Cuma entry kali ini, bentuknya mungkin lebih kepada Diari. Hanya catatan peribadi tentang cuti sekolah seminggu ini. Tidak hebat sehingga ke benua atau negara lain, hanya satu kebiasaan dan rutin, dan sy terjemahkan kesini untuk dokumentasi peribadi sahaja.
Cuti tidak seperti cuti.
2 minggu cuti terasa pantas berlari. Sedar-sedar hari ini sudah hujung minggu. Esok Isnin, bermakna esok kembali ke sekolah meneruskan amanah dan tanggungjawab.
Seawal cuti, saya dan abg bergerak ke kampung d TM. memang telah ada dalam rancangan. Kami harus bijak mengatur dan membahagikan masa cuti yang terhad ini. Segalanya telah sedia dijadualkan, bagaimana, bila, dimana kami harus berada pada tarikh-tarikh sepanjang cuti ini.
Alhamdulillah.
Segalanya berjalan lancar.
Kepulangan ke kampung walau hanya 5 hari(3 hari sebenarnya tolak 2 hari perjalanan pergi balik) cukup bermakna. Terima kasih abg kerana memahami situasi ini, dan kami meneruskan rutin kami sperti 11 tahun yang lalu. Apabila cuti yang amat singkat begini, kami berbagi rumah.
Malam pertama di rumah sy, malam kedua di rumah mertua, malam ketiga dan seterusnya..kami di rumah masing2...bersama BONDA dan family masing2. Sesekali pulang ke kampung, tentu sekali BONDA dan BONDA MERTUA ingin berlama-lama dengan anakanda nya. Bercerita, berkisah, meluah rasa, bermanja dan mengadu. Ini lah masa nya.
Alhamdulillah..inilah yang kami praktikkan sejak 11 tahun yang lalu..dan semua pihak berpuas hati. Tiada rungutan, tiada kesalan berbekas di hati.
Kedua BONDA mendapat sepenuh perhatian dari buahati mereka. Jika cuti panjang, kami memang akan berarak 2 malam di rumah BONDA, 2 malam di rumah BONDA MERTUA bergilir-gilir. Rutin kami telah menjadi kebiasaan bagi ipar duai dan adik beradik. Mereka tidak lagi hairan, walaupun awal-awal dulu agak kekok mereka lihat. Abg dan sy memang telah sediakan jawapan sejak 11 tahun yang lalu. Alhamdulillah..kini semua insan yang dekat dihati telah faham dan mengerti jika pasangan ini sendirian di rumah BONDA masing2. Kita hidup tidak lama bukan..inilah masa nya utk menghabiskan sebanyak mana masa yang diberi dengan insan-insan tersayang.
Mereka (BONDA dan KELUARGA) tidak mengharapkan duit ringgit kita. Tidak mengharapkan ditabur kemewahan dengan harta benda. Jauh disudut hati, apa yang diharap adalah kasih sayang dan masa berharga.
Anak-anak yang dibela sedari kecil..riuh rendah rumah, berebut makanan, tidur bergelimpangan di ruang tamu...kini rumah BONDA sunyi sepi. Tiada lagi anak kecil yang dulunya dibelai, dijaga, disuap makan. Dinasihat dan diturunkan segala ajaran untuk menjadi manusia sempurna. Diberi didikan agar menjadi sebenar-benar 'insan'.
Tentu sekali hati kecil BONDA sentiasa berdoa dan berbisik...alangkah bahagia jika anak-anak ini tetap anak yang kecil..pasti kan tetap nyata wujud disisi, dilihat dengan matakasar susuk tubuhnya, dipeluk dan dibelai seperti dulu. Erm..entah kenapa saya percaya hati BONDA pasti merindui saat-saat anaknya sewaktu kecil dahulu. Cuma hati seorang BONDA..takkan meluah, takkan meminta, takkan mengadu..biarpun hati kecil sentiasa mengharap dapat menghabiskan usia tua dengan hadir yang nyata anak-anak disisi..menemani tiap saat sepertimana beliau menatang kita sewaktu kecil dahulu.
5 hari mengayam rindu di kampung, terpaksa kembali ke Pulau Mutiara kerana tugas menanti. Sebaik sampai, abg terus berkemas-kemas kerana akan bertolak ke Kota Kinabalu malam itu. Abg membawa sekumpulan rakan JU untuk menawan Puncak Kinabalu.. puncak yang sy tawan pada Ogos 2010. Entrynya ada dimasukkan disini. Dan secara peribadinya, memang saya kagumi kerja keras abg yang tidak mengenal erti penat. Jika puncak berjaya ditawannya, ini adalah kejayaan nya kali ke 5. Saya iringi dengan doa, agar kejayaan dan tiada kemaslahatan sepanjang usahanya. Dan saya...
Disini..mengadap ini..sepanjang abg tiada sehingga ke saat entry ini ditaip. Kepala mula berat, mata berpinar-pinar. Semuanya gara-gara e-operasi dalam e_GTukar yang perlu dihantar pada Isnin 21 Mac sebaik sekolah dibuka. 5 hari bertapa dirumah, tidak menjejak tanah. Dan 5 hari ini juga sy berazam utk kembali diet (heheh). Alhamdulillah sehingga ke entry ini ditulis, telah 5 hari sy tidak menjamah nasi walaupun sebutir. Hanya oat, buah dan Kopi Kacip Fatimah berselang seli. Hasilnya...alhamdulillah..telah turun 1 kg ! Harap apabila abg pulang malam ini sy tidak tergoda dengan makanan-makanan yang dijanjikan lewat panggilan telefon tadi..hehe..
Terlupa..ini catatan peribadi..Diari.
Tentu sekali ada yang melibatkan perasaan dan emosi. Walau hanya seminggu cuti, namun emosi yang ada dalam diri sy sarat, penuh, melimpah ruah dan meledak. Dari gembira, sedih, bangga, geram, marah, kebetulan, ralat, kosong, penuh terisi...sehingga kepada bahagia dan teruja melimpah ruah.
Banyak yang tidak terduga terjadi tiba-tiba, membuatkan sy yang biasa-biasa...wahhhh..menguntum senyum tidak putus. Teruja dan bahagia. Indah nya hidup ..
Namun ada juga emosi mengusik hati..sehingga tidak dapat diselindung lagi rasa ini, menitis airmata berkongsi kesedihan dan kedukaan seorang teman maya tatkala melewati bait-bait kata pada sesuatu yang langsung tidak diduga.
Sedih berbaur penuh emosi tatkala terlintas ujian yang telah diturunkan buat dua teman blogger, Lemang dan Mawar. Buat Lemang..moga semakin kuat ..dan semakin kuat..insyaAllah..kebahagiaan milikmu akhirnya.
Buat Mawar..
Alfatihah dari kejauhan..di atas pemergian suaminya, juga seorang teman blogger yang sy ikuti tiap bait katanya dalam diam sejak akhir 2007.. arwah Nafastari..yang kembali ke Rahmatullah pada awal Mac 2011 sekembalinya dari Pakistan. Moga Mawar(isteri arwah) , Embun(anak sulung) dan Kekwa(anak ke 2) yang baru berusia beberapa bulan tabah dan terus tabah.
Entry Catatan Buat Anakanda Kedua, mampu menitiskan airmata bagi sesiapa yang mengikuti perjalanan hidup arwah...pasti menjadi satu dokumen yang sangat berharga dan bermakna sy kira buat Kekwa tatkala dia mula mengerti apa itu erti hidup kelak.
Jodoh pertemuan dan hidup mati ketentuanNya, namun pemergian tanpa pesan ..Subhanallah..jangan lah saya diuji sebegini..
Semua nya perjalanan hidup.
Semua nya telah diatur sebaiknya. Jika dikurnia kebahagiaan dan kegembiraan yang tak tersangka, pasti alam akan berlagu irama indah..rerama berterbangan dengan girang dan syukur tak putus...alhamdulillah. Itulah bahagian dan rezeki yang Allah memang telah janjikan utk kita.
Namun jika berduka, ditimpa musibah dan wujud kekangan sehingga kita rasa benar-benar lemah, panjatkan lah doa, serahkan lah hati kepada yang ESA, nescaya Dia tahu apa yang terbaik untukmu..Dia tahu rezekimu bukan disitu dan untuk itu..mungkin ada cuma belum tiba masanya.
Siapalah kita utk menidakkan takdir yang telah tertulis di jalan Allah..?
Sesungguhnya...
cuti singkat ini satu perjalanan..
cuti singkat ini satu kehidupan..
Cuti singkat ini satu hamparan alam yang maha luas utk dimengertikan.
Terima kasih Ya Tuhan..kerana masih diberi peluang utk mengenal diri ..
dari pengalaman, dari perkongsian, dari pemerhatian...
Sesungguhnya..perjalanan himpunan pengalaman..
aku bukan terbaik cuma mencuba utk menjadi yang baik.
walau masih sgt banyak khilafnya...
..KATAK PURU : Boleh dimakan..?
Tidak dilupa buah kemunting
Di dalam hati terasa rindu
Bagai dekat hendak kudamping..
BUAH KATAK PURU..
Dengan cuaca yang tak menentu..hujan tak kira musim, seperti biasa setiap kali saya pulang pasti akan masuk ke semak atau 'ghokk' loghat Kelantan di tepi-tepi rumah Tok. Banyak khazanah tersembunyi ..yang dulunya adalah tempat permainan saya kala kecil. Dulu-dulu tengahari rembang boleh lagi meredah masuk ke dalam 'ghokk' mencari buah kemunting.
Dan kini sy ulanginya di kala usia mencecah 35 tahun...
hasil nya...inilah yg saya jumpa.. BUAH KATAK PURU...hikss..
Namanya lucu, sangat klasik, namun isinya sedap. Lemak masam manis. Susah nak digambarkan, kena rasa baru tahu.
Sedikit info mengenai buah KATAK PURU..
Nama : Buah Katak Puru
Nama Lain : Buah Nam Nam Amphawa, Nang-ai, Hima, Namu-namu, Kopi Anjing
Nama Saintifik: Cynometra Cauliflora
Famili:Ceasalpinioideae/Le
Asal Tumbuhan :Tumbuhan tempatan
Lokasi Ditemui : Rumah Tok...TM, Klate..
~Merupakan sejenis pokok kecil yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia.
~Memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur
~Buahnya yang berwarna coklat dengan permukaan yang berkerutu boleh dimakan.
~Rasanya masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.
~Buahnya berwarna kekuningan apabila masak.
~Rasanya agak masam kelat manis..
~Luaran berketak dan bergerutu..agaknya sebab itu dipanggil katak puru..
ini hasilnya..
Perkongsian yang sangat bermakna, banyak khazanah yang saya tidak tahu..sehingga membuka dan mengimbau kisah dulu-dulu..mengenang zaman kanak-kanak yang penuh keriangan. Berbaloi kan jika mukabuku dimanfaat kan begini..bukan hanya utk memapar kehebatan diri dengan penuh berhemah. Indahnya zaman itu...alangkah...
..dari buah KATAK PURU @ NAM NAM kepada..
buah KEMUNTING..
buah SERALAT..
buah RUMIA..
buah SETAR..
buah CERI..
buah ASAM RENDA..
buah SETOL..
buah CHENDERAI..
..dikutip dibuka kembali kisah dulu-dulu sehingga ke..
BATANG BEMBAM dibuat senapang..
buah KEDUDUK..
permainan BOLA JERMAN..
permainan BOLA KATAK..
permainan TUJU KASUT..
REBAN AYAM..
sekolah tadika..(uit...sy tidak pernah ke sekolah tadika..)
PENSEL KALER LUNA...
..banyaknya yang saya tidak tahu...
kalau kita sendiri tidak kenal..agak-agaknya anak-anak kita tahu tak ekks...
...sy tersenyum sendiri..
indah nya perkongsian ini jika ikhlas di hati..
tanpa ralat hati memberi dan menerima...
itu seharus nya bukan..? ...smileeee.....dari hati..
..pinjam pantun di atas..kredit utk anda sahabat...
mencipta semata-mata untuk buah KATAK PURU ku..:))