Hati-hati yang berdetik..

29 Jan 2009

shawl yang sangat2 comei...

salam..
terima kasih kepada cik hany syg..hadiahkan akak shawl yg sangat2 comei ini. rainbow...shawl warna warni beserta dengan kad hari lahir. terima kasih utk ingatan dan ikatan persahabatan ini. sangat2 kiut...sampai di sekolah tadi. tak sempat nak pakai betul2 lagi hany, main selempang je ni. nanti akak snap lain skali dengan yg pink cute yg aritu ok. lagipun request dari edast lum akak tunaikan ..dia minta snap gambar yang cute pink tu utk promosi. sekali la ya nnti dengan rainbow hany ni.

sekali lagi terima kasih sgt2 utk hany...suka sgt dengan shawl comei ni..

27 Jan 2009

sesekali beriadah..

Riadah memang satu terapi. Tambahan pula bila melalui denai2 dan memandang kehijauan yang menyejukkan mata, membuatkan hati terasa cukup damai. Sesekali meluangkan masa beriadah memang berbaloi. Peluh membasahi baju. Panorama yang menghijau di Hutan Lipur Bukit Mertajam memang lokasi yang sesuai bg sesiapa saja yang terasa ingin menghirup udara segar.

mendaki melalui trek hutan..

Sudah lama sy tak melakukan aktiviti sebegini..dan terbukti tak smpai di pertengahan jalan sy dah rasa jantung berdegup laju. Stamina memang semakin berkurangan. Abg memang la laju je…dah beratus kali penah smpai ke puncak ..adeh…

turun melalui jalanraya..

Berbaloi. Selain dari satu cara untuk mengisi masa terluang juga satu peluang utk berehat dan melapangkan minda. Tentu saja badan yang sihat dan cergas akan menjadikan kita berfikir lebih bijak dan matangkan..?...



...rasa macam nak makan capati..abg's capati Kulim..?

doa utk hidayah..

Alhamdulillah..selesai sudah..

Majlis kesyukuran ini diadakan utk Hidayah… Sy pernah masukkan entrynya disini dahulu 'hati seorang ibu...' sewaktu dia masih lagi mengikuti study di KL. Entry tentang ketabahan dan kekuatan dia sbgi gadis kecil di kota. Sekarang dia sedang buat persiapan utk berangkat ke Adelaide pada 7hb Feb nanti. Moga Hidayah makin tabah..setabah dia menghabiskan pengajian di KL sebelum ini. Juga doa sy utk sepupu2 yang lain..

..kak long doakan kejayaan, kesejahteraan dan ketenangan melingkari hidup kalian..

Hidayah ..



..penat seharian arini..ke sana sini menguruskan segalanya untuk -dia-...

pilihan utk -dia-....PB--KP--AS..

..sambungan entry di bawah..

Sekembali dari Padang Besar, kami menuju ke Kuala Perlis. Dalam perjalanan, sy singgah di Pak Ya Nursery…salah seorang pembentuk bonsai yang terkenal di Perlis. Dan semuanya utk -dia-. Sebelum ini abg telah membeli 2 pohon bonsai(sinai) dengan Pak Ya dan semuanya sebagai persediaan untuk -dia-. Entry -dia- ada sy masukkan disini.






Sy dan abg mengambil keputusan untuk bermalam di Kuala Perlis(KP). Sy agak kerap ke KP namun tidak pernah bermalam. Selalunya kalau ke Langkawi seperti bulan lepas, memang sy akan menaiki feri di sini kerana perjalanannya singkat sahaja berbanding menaiki feri di Kuala Kedah utk ke Langkawi. Antara entry percutian ke Langkawi ada disini, disini dan disini..


Tambahan pula, sy belum pernah susuri benteng di Kuala Perlis pada waktu malam. Sesuatu yang menarik bukan. Hasil perbincangan..nampaknya ada beberapa tempat yang boleh dilakukan pada waktu malam nanti. Akhirnya…bermula dengan Brasmana Hotel, Seaview, T Hotel, AZ Hotel..sehinggalah kepada motel2 kecil…tiada satu pun bilik kosong. Terasa hampa. Plan malam nanti terpaksa dilupakan. Sudah lewat petang. Masing2 dah kepenatan. Akhirnya kata sepakat diambil…menghala ke Alor Star. Akhirnya kami menginap disini…Samila Hotel…bilik no 203...mengingatkan sy pada sebuah tempat yang sy kunjungi lewat December lepas, Pantai Samila, Songhkla, Thailand yang popular dengan lagenda Duyung. Entrynya disini.

gambar terpaksa di'sephia'kan..kerana mata dan wajah sy teramat letih sebenarnya..


Lega dan selesa rasanya merebahkan diri di bilik hotel setelah seharian dari pagi menapak dari satu tempat ke satu tempat. Dan malamnya.. berlenggang ke Tesco…ehekkss…kalaulah paksu tahu…

setiap sesuatu pasti ada sebab musabab. sepanjang 2 hari ini terfikirkan sesuatu yang menimpa teman sy...bagaimana dia sekarang. teringat juga pesanan seorang teman lain..sesuatu kejadian ada timbal balik. apa yang kita dapat/terlepas hari ini..pasti ada yang menyusul di hari depan..
utk teman sy yang ditimpa musibah..dunia masih luas untukmu...jauh disudut hati sy berdoa mg dia dan anaknya dilindungi dan dipermudahkan segala urusan..


entry seterusnya...kenduri di rumah paksu untuk Hidayah ...

pilihan..BM --> WK --> PB..

Alhamdulillah…
Seperti 3 pilihan yang terdapat di dalam entry sy sebelum ini, sebahagiannya dah terlaksana. Masih ada satu…yang akan terlaksana mengikut keperluan. Sy menanti kabar dari kampung. Menanti panggilan telefon mak. Jika mak kata sy perlu balik, sy akan balik walaupun terpaksa menaiki bas kerana abg dah mula bekerja esok. Hanya sy yang masih bercuti.

Sy baru smpai dari Alor Star, umah paksu malam tadi jam 1 pagi. Satu perjalanan…ibarat kata abg..pusing2..


BM--WK--PB--KP--AS--BM….

Pagi ahad sy dan abg bertolak ke Wang Klian, Perlis. Destinasinya ialah pasar Wang Klian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Mula2 sy sampai ke sana pada tahun 2003 dl..terlintas dlm fikiran kenapa diwujudkan pasar di tengah2 hutan..terpikir mengapa begitu ramai org ke sana sedangkan nak smpai ke sana pun jalan bengkang bengkok mengalahkan jalan naik ke Cameron..namun kini sy smpai lagi untuk kali kedua..jawapan masih belum ditemui..

bertanyakan abg..jawapan nya...itulah yang dinamakan keunikan..









Disebabkan jarak antara Wang Klian dan Padang Besar tak jauh…apa salahnya terus lajak ke sana kan. Walaupun dah berpuluh kali ke sana, namun hati sntiasa terdetik utk terus mengunjungi. Pastinya satu2 barang yg sy beli ialah keronsang. Ehekss..pelanggan tetap kak ani..lupa nak amik gambar dia. .


Juga untuk membeli teddy bear pink ……siapa pemiliknya…nantikan ya..hehe..



Satu demi satu kita selusuri ..tiap satu meninggalkan kisah tersendiri..
Mgkin membuang masa bagi sesetengah orang, namun tiap dari kita punya cara tersendiri bagaimana utk mengisi masa terluang bersama org disisi, bergantung pada minat, keperluan, tanggungjawab, kesanggupan dan kehendak. Walaupun perjalanan kali ini juga tidak dirancang, perbincangan, tolak ansur dan komunikasi yang bijak sy rasakan menjadi medium yang penting yang akhirnya membawa kepada terlaksana sebahagian dari pilihan yg tidak lagi jadi pilihan…ehehh…


  • BM - Bukit Mertajam
  • WK - Wang Klian, Perlis
  • PB - Padang Besar, Perlis
  • KP - Kuala Perlis, Perlis
  • AS - Alor Star

balik dari Padang Besar patut ke rumah paksu di alor star untuk kenduri pada 26hb, namun disebabkan letih teramat..sy dan abg mengambil keputusan menginap di hotel pada malam itu..nantikan episod pusing2 tak jadi di Kuala Perlis...ehehh..

24 Jan 2009

pilihan...

salam..

cuti CNY telah bermula. bermula dari hari ini dan sy akan kembali ke sekolah pada 2hb feb iaitu hari isnin. lama rasanya cuti sebab baru 3 minggu persekolahan dibuka. erm..10 hari. nak ke mana ya. tiada perancangan khusus. pagi td ada kem motivasi di sekolah utk murid tahun 6 manakala abg ada mesyuarat agung Badan Kebajikan sehingga tengahari. abg balik jam 3 sy dah ada di rumah. bersembang seketika, dua2 terlena. buka mata...soalan pertama dari mulut sy..
...ke mana kita...



abg cm diam, sy tahu pilihan di tangan sy. .
  • balik kampung
  • di rumah...penang saja..
  • keluar dari penang..


mana satu pilihan hati..

jika balik kampung..

  • boleh jumpa mak, abah, adik2...
  • tuk pun tak berapa sehat..
  • boleh beli tudung bawal..
  • pink bear kiriman Su pun boleh beli gak..


jika di rumah...penang saja..
  • 26hb ke kenduri paksu di alor star utk Hidayah..
  • leh settle kan hal2 -dia- pada 28&29hb ni..sebab kebanyakannya adalah urusan bank..
  • leh kemas2 umah...
  • leh rehat2..santai...jalan2 pun area penang je..
  • jimat duit...leh la abih kan utk -dia- tak lama lagi..
  • leh g Wang Klian...ehhh...(td baru abg cadangkan..ehehh)

jika keluar dari penang..
  • nak g tengok2 kelip-kelip kat Kuala Selangor sebenarnya..


camna ya...camna bang..



jika anda diberi pilihan, gunakanlah kebijakan dan kewarasan akal untuk menimbang kelebihan dan kekurangan. tidak rugi mencuba sesuatu yang baru, namun yang lama tetap tak dilupa kerana ia punya nostalgia tersendiri..

23 Jan 2009

nurul insyirah...

nurul insyirah..


maklong sayangkan insyirah..

selamat hari lahir sayang...



23 januari ..genap setahun..

moga membesar menjadi anak yang menyejukkan hati umi..













miss u sayang...

22 Jan 2009

hadiah lagi...

salam buat semua..
akhirnya keluar juga entry ini. kepada yang bertanya dengan pelbagai variasi ayat..tidur ke tuan umah, g shopping lum abih ke..sebuk ngalahkan menteri ke..penat layan anak2 di skolah ke..terima kasih sgt. anda bertanya bermakna ingatan masih ada dan ikatan persahabatan yg terpatri masih terjalin. terima kasih. sy pun tak tahu mengapa sy agak menyepi akhir2 ini. mungkin tiada cerita yang menarik utk dikongsi, semua berlalu sebagaimana rutin harian, mgkin juga kesibukan di sekolah(tahun ni budak2 agak hyper), menjadikan sy begitu letih bila pulang ke rumah. tengok blog sekadar tengok, otak jd tepu utk post entry2 baru. idea tak datang. memang ramai yang bertanya..tapi bagaimana sy nak jwb ye..kadangkala soalan yang senang menjadi susah bila minda dan fizikal kita dalam keadaan yang letih teramat...
dalam minggu ni...mgkin ini sajalah yang dapat sy kongsi bersama. sy ingin mengucapkan terima kasih kepada 3 teman sy, 2 blogger dan seorang sahabat baik yang masih lagi menghulurkan tanda ingatan sempena hari lahir sy pada 13 januari. biarpun ada yang bertanya kan sy menyambut hari lahir sebulan ke sama dgn raya pose...tak kisahlah. org memberi sebagai tanda kita diingati kan. terselit rs terharu dan kesan yang mendalam dalam jiwa sebenarnya. utk sesiapa yang hadiah/parcelnya telah smpai ke tangan sy..terima kasih byk2. moga ukhwah antara kita kan terus mekar berkekalan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari syidah teman yang memasak, sediakan cheese cake pada hari ahad 18 januari....entrynya disini..
pada isnin 19 januari..bunga dihantar sendiri ke sekolah sy ...terima kasih utk sejambak ros kuning..terima kasih sb masih ingat ros kegemaran sy..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini pula dari lala yang manis..smpai semalam 21 januari (rabu) di sekolah. 3 benda ada dalam tu..2 pasu kecil dari tanah liat, satu potpuri dalam gelas yg sangat comel beserta kad. La cakap 1 utk abg dan 2 utk sy...tkasih La..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini...22 januari(khamis) sy menerima satu lagi parcel. kali ini dari orang gunung, cikgu one z. tkaseh sgt2. tak sangka pulak cikgu z kirimkan parcel yang tertulis happy birthday..4 bungkus teh cameron dengan 3 perisa. hehee...tQ..

juga tkaseh utk pertolongan dapatkan apartment kawan baru2 ini..nnti tggu kek keladi ek..hehee



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
terima kasih ...

dengan ini..sy berundur dulu. tak tahulah bila pulak nak update. mgkin esok, lusa, mggu depan, beberapa minggu atau entah bila. bila ada sesuatu dan datang idea utk menulis ...insyaallah ...

kadangkala idea itu ada..cerita itu ada..sesuatu itu ada..namun tersekat di dalam. kadangkala juga...berdiam itu lebih baik kan..



18 Jan 2009

24 tahun bergelar sahabat..

Kegembiraan dan keriangan yang memang sy jangka. Sy sayangkan dia. sangat2 sayang seperti saudara sendiri. sy mengenali dia 24 tahun lalu(1985) di SK Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu (darjah 3). namun sejak tingkatan 4, 18 tahun lalu dia mula berkongsi segala suka duka, keriangan, ketenangan, tangis dan airmata sy selama ini.

Masih segar dalam ingatan bila sy menangis di suatu pagi di kelas 4T2 SM Teknik Terengganu pada tahun 1992 kerana meja sy diconteng dengan pelbagai kata2 kesat, dia datang memeluk sy dari belakang dan menangis bersama. Sy hairan mengapa dia menangis tetapi masa tu tak sempat nak tanya sebab hati sy tengah geram sangat2 memikirkan siapa yang menulis kata2 kesat di meja sy(perkara itu menjadi kes serius sehingga dibawa ke pengetahuan HEM dan malam tu kami pelajar asrama tiada prep kerana mendengar tazkirah tergempar mengenai hati yg hasad dari PK HEM Cikgu Mohamed). dan dia di sebelah sy menggenggam erat tangan sy sehingga selesai tazkirah..
Dan hari ini....sy menerima jemputan makan malam oleh dia..seorang sahabat sempena 13 januari hari lahir sy. Dia janji nak masak istimewa utk sy. Namun oleh kerana tuntutan kerja, terpaksa bertukar plan, dia beli saja. so..nasi ayam, buah tembikai, air oren, rojak buah, kerepek dan popia.


Selesai makan..ehekss…kenyang..abih la diet sy di hujung minggu ini.


Ada kek rupanya. Cheese cake…tertulis..Happy Birthday za Sayang..
Tkasih sangat2. macam tahu2 je yang sy lum dapat kek utk hari lahir kali ini.

gambar2 di bawah mencerminkan segalanya tentang persahabatan sy dan dia. Sukar untuk diungkap dengan kata2 sebenarnya. Dia cukup istimewa di hati sy..dari dulu, kini dan sampai bila2..biarlah hanya gambar bercerita tentang seribu satu perasaan kami..

terima kasih utk mu teman..Syidah...


dan sebelum sy ke rumah beliau..sy singgah dulu di Megamall Pacific..ehemm..
bukan niat di hati...

kasut hitam yang ada macam dah tak kilat kan.....ehekss...

berehat seketika..

entry sy yang pertama di sedetikhati bertajuk lagi salji biru.... ditulis pada 2006 di blog lama..namun dikutip dan dipost kembali ke sedetikhati menjadi entry pertama pada 16 mei 2008 (setelah blog lama berkubur).. dan malam ini..terasa sekali lagi bila hati berdetik laju (kali kedua sebenarnya) sy mula menghayati balik tiap bait kata dalam entry tersebut. sy cuba utk search di en google bagi mencari tazkirah hati. baca dan baca dan baca pada malam ini. sehingga mata lali...sy perlu tido...jam 12.40am..tido dengan lena...lupakan seketika apa2 saja yang belum selesai. muhasabah diri..berehat seketika...



shutdown..

17 Jan 2009

ddy, jue, lia, jie..

terima kasih utk ddy, jue dan lia dan jie..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hadiah dari ddy dan jue smpai arini. pagi2 sampai ke sekolah tengok ada bungkusan atas meja. tkaseh sangat2 ... hadiah mereka dalam satu bungkusan sebab ddy n jue satu skolah..hehee..

utk ddy..tkaseh kerana jadi kwn yang baik pd org..

utk jue..tkaseh atas ingatan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari alia...

terima kasih lia...sangat comei bungkusan itu..nnti leh la akak isi syiling dalam beg kiut itu dan catatkan note2 penting ye...hehee
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari jie...

terima kasih jie..ini hadiah dari Batu Pahat, Johor..oleh kwn cyber sy bertahun lama dulu..dulu jie pun ada blog..kini dah berkubur.. terima kasih kerana minta adik berusaha hantar ke sekolah aku ek jie..hargai sgt2.

utk semua...terima kasih di atas jalinan indah ini..

kejujuran penting dalam persahabatan..

jika hari ini jawapan anda A...jangan lah esok ia menjadi B..

susah utk kita miliki A dan B serentak...maka sebab itulah wujudnya pilihan...A atau B..

bubur asyura di hari sabtu..

bubur asyura..
sekadar berkongsi sifat dan sikap kerjasama yang sy rasa cukup bagus yang terpupuk di hati setiap individu yang terlibat. walaupun ada segelintir yang agak suka memencilkan dan tidak mahu membabitkan diri namun majlis tetap meriah dengan segala usikan, gurauan dan gelak tawa..tanpa kira anda cikgu besar atau cikgi kecik..sama2 bersila di tikar menikmati pulut pagi dan ikan kering bersulamkan neskepi O. nostalgia bukan..terkenang zaman skolah rendah dulu sewaktu di Terengganu. segar dalam ingatan menggamit mimpi silam..

mengapa ya...hati seringkali digambarkan berwarna merah...adakah kerana ia mudah marak seolah api membara...atau seringkali mudah luka sehingga berdarah..darah itu merah bukan..

buat pemegang antenna (yang kini berada di PRK KT, kalau2 lah dia terbaca entry ini)....anda sgt rugi kerana tiada di majlis ini kerana bubur asyura kami amat sedap...org kacau smpai last tauuu....dan anda pasti tak mahu melepaskan peluang melihat Su yang....opppsss...!!..hanya kami-kami sj yang tahu...hikss...

14 Jan 2009

33 tahun~~entry khas dan e-card dari teman..

terima kasih utk semua teman di atas ingatan ini. moga bunga mekar yang harum di antara kita kan terus mekar dan segar walau jarak jauh beribu batu.




biar kita bersahabat biasa2 saja..namun persahabatan kita kekal luarbiasa..





ddy ~ aku mulakan disini..

farah ~ mommyotai..

kakchik ~ keluarga ku sayang..

yanmie ~ permata hatiku..

cikgu rashid ~ kerdipan bintang

alia ~ ruangan fikir-fikir

kak hidayah ~ hanya persinggahan

kak kamsiah ~ detik-detik indah dalam hidupku..

intan ~the secret of my life to share with..

aie ~ r.e.n.u.n.g.f.k.i.r.t.i.n.d.a.k

laling ~ dancing with me stap as fast as i can..

rerama ~

kak myza ~

kak linda ~

cikgu norish ~

~~~~~~~~~~~~~~~~

dari cikgu rashid..

~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari farah..



~~~~~~~~~~~~~~~

dari yanmie..


~~~~~~~~~~~~~~~~

dari ddy..


~~~~~~~~~~~~~~~~

dari kak myza..


~~~~~~~~~~~~~~

dari kakchik...

~~~~~~~~~~~~~~~~

dari kak kam..




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari kak hidayah..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari intan..







~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari rerama..






~~~~~~~~~~~~~~~~~

dari aie..









~~~~~~~~~~~~~~~~