Hati-hati yang berdetik..

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan kek keladi. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan kek keladi. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

22 Ogo 2011

: Tautan Dua Hati Blogger..





As Salam dan Salam Sejahtera;

Terima kasih Cik Lala Manis utk entry Bertaut Kasih di Blog Cek Lala.

Bertaut Kasih bagi Lala Manis dan Tautan Dua Hati bagi saya.
Itulah jika diistilah kan pertemuan ini. Gadis manis yang hanya saya kenali melalui Blog Cek Lala dulu, kini memang dekat di hati. Sejak 2 tahun lalu mengenali beliau melalui blog, dihubungkan pula pertemuan demi pertemuan bermula dengan kek keladi, alhamdulillah hubungan kami semakin rapat dan mesra.

Terima kasih Lala Manis untuk persahabatan yang telus ini. Terima kasih kerana tidak pernah melupakan akak. InsyaAllah jika ada lagi waktu terluang, kita habis kan masa lagi berpoya-poya macam dedulu ekss..

Pertemuan Berbuka puasa di Restoran The Chiken Rice Shop, Jusco Perda pada 19 Ramadhan.



pssttt...

nak bercerita tentang A B dan C pada u yang..tapi situasi tak mengizinkan..
nnti ekss...




..andai samar bulan mengerti bisikan hati..





14 Ogo 2011

: Menjala Cinta..


As Salam dan Salam Sejahtera..



Sebenarnya, saya sangat jarang masuk ke dapur.
bagi sesiapa yang pernah mengikuti 'zaman' blog ini dahulu, tentu sudah arif hal ini. Saya hanya masuk utk kek keladi sahaja...hehe..

juga utk puding-puding dan tempahan. Selain itu...semuanya tunjuk-tunjuk di kantin sekolah dan di kedai2 berhampiran.

Ahh..rindunya pada zaman itu. Zaman kek keladi. Bila agaknya 'kegemilangan' kek keladi akan kembali. Bukan tiada permintaan dan pertanyaan, tetapi entah mengapa sejak berpindah masuk ke Teratak AzzaKhairul 3 tahun yang lalu, sy amat berat utk kembali merenyahkan diri depan oven dan keladi layer demi layer.

Bagi yang telah pun membuat tempahan (tahun lepas), bila mood saya kembali katanya, sabar ya...doakan Azza kembali segar dengan keunguan layer keladi bersalji itu. Isk..saya sendiri yang terbayang-bayang...



Kali ini sebenarnya saya nak kongsikan satu acuan Roti Jala atau Roti Kirai (di sesetengah tempat). Saya belajar buat roti jala ini dari Bonda...sejak zaman anak dara dengan kuah kari ayamnya. Bila berkahwin, MIL perkenalkan roti jala dengan kuah kuzi..errm..manis-manis masam kismis. Kini saya ada dua resepi warisan, juga dengan alat kirai tradiosional yang Bonda dan MIL gunakan sejak zaman dahulu.

Masa berubah, begitu juga kita. Teknologi kian berkembang dan kita semakin kreatif berfikir untuk memperbaiki dan membuatkan sesuatu itu menjadi lebih baik.
akhirnya...tadaaa...



Botol Muncung utk menggantikan alat kirai tradisional. Wah...sangat mudah dan lebih bersih kerana adunan roti jala tidak lagi meleleh-leleh di tepi ceper. Jala nya juga menjadi lebih halus dan cantik. Malah jika anda rajin, boleh menjadikan roti ini 2 warna seperti yang saya tengok di kebanyakan blog resepi. Satu kuning~satu hijau, satu kuning~satu merah. Makin menarik, makin menguja kan.

Semuanya bergantung kepada minat dan inisiatif anda. Oleh itu, apa lagi....selamat mencuba...!





Nota :
Semakin bahagia melihat ramai teman-teman blogger lama kembali aktif..alhamdulillah..
sy rindu kalian..


..hujan malam membawa rindu ini kembali melatari hati..



22 Jan 2009

hadiah lagi...

salam buat semua..
akhirnya keluar juga entry ini. kepada yang bertanya dengan pelbagai variasi ayat..tidur ke tuan umah, g shopping lum abih ke..sebuk ngalahkan menteri ke..penat layan anak2 di skolah ke..terima kasih sgt. anda bertanya bermakna ingatan masih ada dan ikatan persahabatan yg terpatri masih terjalin. terima kasih. sy pun tak tahu mengapa sy agak menyepi akhir2 ini. mungkin tiada cerita yang menarik utk dikongsi, semua berlalu sebagaimana rutin harian, mgkin juga kesibukan di sekolah(tahun ni budak2 agak hyper), menjadikan sy begitu letih bila pulang ke rumah. tengok blog sekadar tengok, otak jd tepu utk post entry2 baru. idea tak datang. memang ramai yang bertanya..tapi bagaimana sy nak jwb ye..kadangkala soalan yang senang menjadi susah bila minda dan fizikal kita dalam keadaan yang letih teramat...
dalam minggu ni...mgkin ini sajalah yang dapat sy kongsi bersama. sy ingin mengucapkan terima kasih kepada 3 teman sy, 2 blogger dan seorang sahabat baik yang masih lagi menghulurkan tanda ingatan sempena hari lahir sy pada 13 januari. biarpun ada yang bertanya kan sy menyambut hari lahir sebulan ke sama dgn raya pose...tak kisahlah. org memberi sebagai tanda kita diingati kan. terselit rs terharu dan kesan yang mendalam dalam jiwa sebenarnya. utk sesiapa yang hadiah/parcelnya telah smpai ke tangan sy..terima kasih byk2. moga ukhwah antara kita kan terus mekar berkekalan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
dari syidah teman yang memasak, sediakan cheese cake pada hari ahad 18 januari....entrynya disini..
pada isnin 19 januari..bunga dihantar sendiri ke sekolah sy ...terima kasih utk sejambak ros kuning..terima kasih sb masih ingat ros kegemaran sy..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ini pula dari lala yang manis..smpai semalam 21 januari (rabu) di sekolah. 3 benda ada dalam tu..2 pasu kecil dari tanah liat, satu potpuri dalam gelas yg sangat comel beserta kad. La cakap 1 utk abg dan 2 utk sy...tkasih La..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini...22 januari(khamis) sy menerima satu lagi parcel. kali ini dari orang gunung, cikgu one z. tkaseh sgt2. tak sangka pulak cikgu z kirimkan parcel yang tertulis happy birthday..4 bungkus teh cameron dengan 3 perisa. hehee...tQ..

juga tkaseh utk pertolongan dapatkan apartment kawan baru2 ini..nnti tggu kek keladi ek..hehee



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
terima kasih ...

dengan ini..sy berundur dulu. tak tahulah bila pulak nak update. mgkin esok, lusa, mggu depan, beberapa minggu atau entah bila. bila ada sesuatu dan datang idea utk menulis ...insyaallah ...

kadangkala idea itu ada..cerita itu ada..sesuatu itu ada..namun tersekat di dalam. kadangkala juga...berdiam itu lebih baik kan..



8 Jan 2009

usikan awal 2009..

dia mula dah..

baru 4 hari bersekolah, dah 2 kali beliau berbudi pada sy. 7hb sekali, arini 8hb sekali. tahun lepas kereta sy mendapat channel astro, amat jelas sekali siarannya dengan bantuan beliau, namun sebagai pembuka tahun 2009 beliau lebih bermurah hati. membekalkan 2 botol mineral diikat di pemegang pintu kereta, agaknya takut sy kehausan semasa memandu 5 minit perjalanan dari sekolah ke rumah. baik sungguh hati beliau. beliau lah yang menjawat jawatan pemasang antenna pd tahun lepas..terima kasih ya..

(sesiapa yg telah lama mengikuti blog ini pasti tahu siapa pemasang antenna yg sy maksudkan..) sila klik disini , disini..dan disini.. untuk kisah pemasang antenna..

bak kata seorang sahabat..

..persahabatan ibarat satu janji yang dibuat dalam hati. tak dapat ditulis, tak dapat dibaca. namun takkan terpisah dek jarak, takkan berubah dek masa. sekali mengenali, harapnya berkekalan..

terima kasih..nak sy abadikan ayat2 indah itu disini..

..sy ke krico beli keladi..balik buat kek..utk kak ainul dan kak rosma..rezeki pertama utk 2009..

15 Dis 2008

kak ina 2-seungu kek keladi siap..

siap...6.12pm..

tunggu ina telefon(kawan cikgu mala-pemilik blog tanya cikgu senior )..

satu pertemuan di atur..

sy akan tunggu dia di Alma..

kak ina 1-potpet di pagi hari..

otw balik ke rumah dari mengambil abg yang baru smpai dar KL subuh tadi, sy menerima satu panggilan telefon. celcom..no dari belah Pantai Timur..tak tahu siapa..



Pantai Timur: assalamualaikum..

sy : wa'alaikumussalam..

Pantai Timur: ini Pn Azza ke..

sy : ya sy..sapa ni ya..

Pantai Timur: sy kawan cikgu mala...ina dari Nibong Tebal..cikgu mala yg bg no hp Azza..

sy : oo kak mala...ya...ina nak oder kek ke ni..

Pantai Timur: a'ah nak oder kek keladi..anniversary arini ..bla bla..

sy : ooo..boleh..ok...bla bla bla..

Pantai Timur: eh kak mala kata Azza ore Kelate ..tok bunyi kecek kelate pon..

sy : ehh..ina kelate ko...bakpo tok royak..hehee...bla bla blaaaa.....(mula spiking...)

Pantai Timur: ho...duk wakah baru...ngajar sini..ule tahun ko sebelah...baby abe jago bla bla...azza duk mano..bla bla...(spiking makin mesra..mengekek ketawa)

sy : duk tanoh meroh..ngajar sini bla bla...pddkan khas..lamo doh...uje mace tok jadi napok gelak..(spiking macam kenal lama..)...lembu korbe wak ngek'koh...bla bla...

Pantai Timur dan sy - potpet sana sini isu itu ini dalam loghat kelantan....spiking gelak2 ketawa mesra seolah kami kenal dan pernah jumpa...sedangkan baru beberapa minit menyedari kewujudan insan bernama Ina dan Azza..

bicara berbalas...satu temujanji diatur. di Alma...malam ini kek akan bertukar tangan. bertambah seorang lagi sahabat dari hanya mendengar lunaknya suara di udara ke alam nyata melalui medium(alam maya-kak mala-pernah order kek keladi dari sy, entrynya disini). indah kan jika ramai orang punya hati yang bersih dan ikhlas dalam berkawan.



sy nak ke krico mencari keladi..
update later pertemuan malam nanti dengan insan bernama ina yang begitu mesra dan ramah pada kali pertama perbualan. satu kemahiran komunikasi yang cukup menarik..

22 Nov 2008

kek keladi di IPTB...

tengahari semalam shoutmix sy dikejutkan dengan satu msg dari seorang blogger dari bayan lepas..

cikgumalahttp://cikgumala.blogspot.comFri 21.Nov.2008 11:14 AM (GMT+8) :

Salam Azza.Skrg saya sdg sbg study kat IPTB BM.Cadangnya nak order kek keladi dari Azza.blh buat tak special utk kak Mala.Kalau boleh ini ctc no:013*******..akak nak mlm ini kalau blh..ok.


terkedu sebentar...jam di tangan menunjukkan pukul 11.45...kak mala nak kek malam tu jugak(semalam)...sy pulak tengah bersiap nak jumpa cek lala..keladi pun dah abih..camna nak buat...adesss...


akhirnya..setelah timbal balik dengan budi bicara.. melalui beberapa msg dan cal...

di IPKB pertemuan diatur...

kawan janji nak temankan sy ke sana...akhirnya jam 6 lebih petang td baru leh bertolak...
alhamdulillah...kek sudah beralih tangan...mata telah bertentang...pelukan erat masih terasa...kemesraan kak mala membuatkan sy pasti kami kan bertemu lagi..


layer kek yg dah siap..


keladi yg tengah mendidih..


layer yang sudah dibaluti keladi..


abaikan bersepah memenuhi meja..


tadaaaa....


berkotak pink...


senja yang indah menuju IPTB...


disini kak mala mengikuti kelas sehingga tamat pada 2011...


inilah kak mala...

pemilik blog tanya cikgu senior...


terima kasih atas pertemuan ini..

bersembang dengan kak mala seperti sudah lama kami kenal..tak sedar azan magrib dan berkumandang...jelas kemesraan dan watak seorang ibu pada beliau..rupanya mama ini aktif bersukan..Larian Jambatan Pulau Pinang, treking ke Bukit Jambul hampir setiap minggu...5 kali pusingan di PISA tak terasa...hebat kak...adehh...sy tak mampu..


moga kan ada pertemuan lagi...


kerana kita hanya dipisahkan dengan jambatan Pulau Pinang sejauh 13.5km sahaja...

21 Nov 2008

terlakar indah bersama Cek Lala yang manis..

pertemuan seribu erti..
dari tempahan kek keladi...membawa kepada pertemuan empat mata..
mcD Autocity, Juru...

rasanya tak perlu sy coretkan bagaimana kronologi pertemuan kami kerana cek Lala telah postkan entrynya disini.. dan disini...siap entry khas utk kek keladi..hikss..
yang pasti ianya melakar kenangan indah buat sy, Lala dan dua anak comei nya...
seperti panggilan sy kepadanya..cek lala yang manis...mmg manis...
suka sgt tengok matanya...galak dan bercahaya...heheee..

pelukan erat sebaik keluar dari kereta masih terasa sehingga kini..
seperti kata La dalam entrynya...seolah kami dah kenal lama..
sejam dirasa cepat berlalu keran La perlu balik ke office utk kembali sambung bekerja..
sy bercuti ye..hikss..

pastinya sy akan mengulangi pertemuan ini..
sy nak ajak La ke rumah kak kam...dah lama sy dan kak kam merancang tetapi asyik tertangguh kerana kesibukan jadual abg sy dan abg kak kam..
tadi terpikir sewaktu balik dr mcD..rasanya boleh kut La...?...kak kam bagaimana..?


kereta sy dan kereta La parking bersebelahan...kebetulan..

see...azza di bonet kereta sy..


bergambar tengah panas...


sy follow La keluar dari Autocity..


sempat je cik adik ni snap gambar..


hadiah dari La utk sedetikhati..tkaseh..



inilah gambar kek yg telah dipotong oleh La...ada dibuat entry khas...hiksss..



dan...jeng jeng...
saja tadi tak tunjuk kat La...
hiksss...
akak memang fil bab jalan..
kredit utk abg dan kak nor yg melukis peta ke mcD Autocity utk sy...hehee..


sy pasti mengulangi pertemuan ini...

3 Nov 2008

sayang kak kam selalu....

salam..
sekali lagi..utk kesekian kalinya sy menerima gift dari seorang kakak yg begitu dekat di hati. kali ini 2 gift berserta dengan sajak..
indahnya persahabatan jika bersulamkan keikhlasan.. terima kasih kak kam..selalu bertanya kabar...memberi kata semangat dan dorongan sebagai seorang kakak..selalu menghantar sms jika sy "tidak kelihatan di blog". terima kaseh sb sangat baik dengan sy..


People go everyday not knowing what they may lose
Not knowing if that day someone will bring them bad news
I’ve known many in my life that have been through heartache
Scared from the nightmare they may never awake
I know you have been through a lot and I am here to hold your hand
Through all the trials life has in store, by your side I shall stand
Although I can’t erase the scars, I hope to help them fade
Don’t forget all the good memories, all the smiles you have made
I know it’s hard to say goodbye, to finally let them go
Missing them and praying that they know
I know it’s hard to lose someone to know they are no longer here
To wake every morning having to face a terrible new fear
I promise to lift you up whenever you are down
I will place a smile on your face whenever there’s a frown
I love you unconditionally you are my very best friend
All the pieces to your broken heart I will do my best to mend
Lives are lost daily, I know it isn’t fair
Just know you will always have someone that truly cares
One day you will join them in heaven, and then you’ll finally see
That through all this time you’ll always have a friend in me


hajat nak jmpa kak kam belum kesampaian. beberapa kali plan dibuat..tapi masih jua belum mendapat keizinanNya. kesibukan abg sy dan abg kak kam membuatkan plan kami selalu tidak jadi. dari sebelum hari raya puasa..bawa kepada deepavali..janganlah smpai ke krismas...


insya allah jika dengan izinNya...kita pasti bertemu..
pasti sy bawakan kek keladi utk kak kam..
harap kak kam sudi terima photo di bawah ini dulu sebelum aroma keladi dapat dirasainya satu hari nnti...
ikhlas dari sy...


1 Nov 2008

posing-posing utk tag daddy ...

sy telah di tag oleh daddy cool..

pertama kali dapat tag sebegini. selalunya tag yg diberi berupa soalan panjang berjela yg rasa tak sampai hati nak panjangkan pula pd orang lain. tapi kali ni benar2 lain..dan sy suka tag sebegini. rasa enjoy dan seronok. disini baru kita leh tahu sapa sporting sapa tidak kan..menarik..membuka minda kita agar lebih berkeyakinan dan tidak malu untuk mempamerkan siapa diri kita yang sebenar. siapalah kita untuk mendabik dada..kita, dia, mereka...adalah sama..


Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture.
5) Tag 10 people to do this


daddy..
azza baca tag tu wktu duk buat kek...so snap gamba time tu..tapi terpaksa la tempek2 dimana2 yg tak berkaitan. nnti tak pasal2 blog ni dikata tak senonoh lak..hehe..sb nak tnjuk kat daddy yg gamba ni benar2 ori tanpa edit..so sy main tempek2 je tanpa buat comei2...petak bulat sgala bagai corak ada..


so inilah hasilnya..tgh wat kek...berlatar belakangkan dinding dapur yang merah purple..tengah sapu marjerin pada loyang sebelum dituang adunan kek keladi...huhuu..
walaupun sy agak tak lengkap dlm gamba ni...see my scarf....i like brown colour vry much....

kena panjang kan pd 10 orang ya..
sy nak pilih orang yg sy yakin akan benar2 buat seperti yg daddy n saya buat..
dan orang2 itu adalah..

~laling~
- laling sy yang paling sporting ..

~cikgu Beib~
seorang teman yg cukup disenangi..cukup sy hormati..sy harap beliau tak mengelak lagi utk tugasan ini..

~cikgu zam dan cikgu mar~
dua teman yg yg sporting..dari Keluarga Bahagia..

~cikgu onezaba~
teman yg bakal sy jmpa 6hb nnti di cameron..amik gamba comei2 ye cikgu..

~cikgu rashid~
seorang lagi sahabat yg sy cukup selesa mnbaca tiap bait katanya..terasa tenang..

~i-chimera~
chime...shoot dr sudut seorang designer ye..

~yanmie~
amik gamba ngn aiman skali tau yan..

~kreuger a.k.a man~
seoranga dik yg cukup gigih...sy tahu beliau sebuk menyiapkan logo teman2..tapi sy jua tahu yg beliau sedaya upaya takkan menghampakan harapan org lain..

~noor sham~
teman kelantan blogger yg selalu mengunjungi blog sy..menetap di sabah...

~laLa~
cik lala yg manis..yg sy teringin nk jmpa nya..sb dekat je ngn umah sy ni..hehe




sebenarnya sy punya seorang lagi teman yg cukup sy senangi..
~cikgooden~
kagum sebenarnya dengan bakat beliau melukis kartun dan menyampaikan mesej secara tak langsung melalui karya2 beliau.
nak sgt beliau buat tag ni..tapi memandangkn kesebukan beliau..sy terpaksa akur..
lagipun beliau baru je kalah dengan bergaya dalam perlawanan bola tampar PSKPP..tak sampai lak rasa hati..

orang lain sila buat yee...hikss..
so..........sile snap dengan gigih ya...


8 Okt 2008

ceria di wajah ceria di hati..

arini kelas sy adakan jamuan raya utk anak2 ini..
berpakaian raya..lengkap bertudung berbaju kurung raya..yang lelaki berbaju melayu dan bersongkok. yang bukan muslim pula memakai baju baru yang berwarna-warni..menceriakan lagi kelas PKBP..(kecuali wei kang yg cukup gemar memakai songkok). tanpa diminta, banyak betul kuih muih dan juadah yang dihulurkan oleh ibubapa anak2 ini..secara positif kita berfikir..itulah tanda terima kasih mereka utk kami yang turut sama berganding bahu bersama2 mereka mendampingi anak2 ini.

gotong royong goreng mee...



biskut n kuih dr guru n murid2..

dirimu istimewa..

pentadbir..

wajah ceria tanpa noda..

gandingan purple..skali ngn kek2..

my purple..kek keladi..

aksi abg long n YB fairos..

matching ngn sy kan..rona merah buat sy ceria..

yen yee n rui wen yang menyerikan kelas..

berattt...suka sgt duk atas riba..wei kanggggg..

di tangan sy tu my merah sarung hp...ilang td masa jamuan..ada sesapa jmpa..?

terkadang merah bertukar samar jika tak kena cara..

7 Okt 2008

pertemuan seribu erti..

buat sufi idany..

pertemuan yang tidak dijangka..walau sedetik tetap bermakna. terima kasih di atas keluhuran dan ketelusan hati..jalinan seindah pelangi memercik seri meninggal bekas yang tersemat erat di sanubari.

salam dihulur tangan bersambut..jari yang dingin tergenggam erat..terukir senyum tersentuh hati..dakapan mesra dari maya ke alam nyata..

melirih sepasang mata bening... sopan bergaya berkaca mata..
seindah kasih sufi..menjentik rasa menyemai sayang buat hati berdetik riang..

menanti idany di bangunan arked setelah jenuh sy sesat pusing2 kat ketereh..

(kotak2 kat seat blakang tu adalah kek2 keladi n mangkuk2 tempahan utk dihantar pd customer..hikss..bisnes raya..)

idany sufi..

kek keladi..

my persona..

(ida nak bg nampak pkataan "azza" kat blakang keta tu..blur lak..)

terima kasih utk kad ini..dah lama amik n simpan..tggu masa yg sesuai nak publish..

tak sangka sedetik hati seindah sufi bermula disini..

salam manis dari kak azza utk ida..