Hati-hati yang berdetik..

25 Feb 2009

istimewa di mata..istimewa di hati..

‘..betul betul betul..’


Dengan suasana yang benar2 kekampungan, hati sangat2 tenang sebenarnya menonton animasi ini. Ayam melintas tanpa tengok kiri kanan, angsa berbunyi tanpa henti, kereta lembu, sawah bendang jua kelip-kelip yang cantik membuatkan hati terbuai seketika terimbau kenangan zaman kecil dulu di kampung. Ditambah kepetahan berbicara dan kecomelan Upin&Ipin(dengan rambut 'tercotek' di tengah2) membuatkan filem animasi yang bagai satu fenomena baru di Malaysia ini benar2 hidup. Memang kita patut berbangga kerana ianya dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan bajet RM4 juta berbanding dengan Madagascar yang menelan belanja lebih kurang RM540 juta!

Bawalah family anda menonton, selain menghilangkan bebanan kerja dan mengeratkan lagi ikatan yang sedia terjalin.. ia juga sebagai terapi kerana anda pasti asyik tersenyum dan kerapkali akan mengekek ketawa…tapi sediakan tisu jua..kerana salah seorang guru tadi mengalirkan airmata tatkala menyaksikan babak akhir Oopet...

Seharian yang mengujakan bersama mereka. Panggung itu kami yang punya sebab ia ditayangkan awal dari masa biasa dan hanya dibuka utk kami. Begitu istimewa kan…panggung yang memuatkan 100 lebih hanya dimonopoli oleh anak2 istimewa ini yang mewujudkan pelbagai bunyi, aksi dan kadangkala sesuatu yang tak masuk dek akal..hehee..

Si Wei Kang golek sakan di lantai. Mulut tak henti duk ‘ee aa…ee aa…’ sejak dari sekolah lagi. Agaknya seronok sgt melihat wajah sendiri di lantai yang licin berkilat. Nasib baik juga kerana ayahnya ikut sama. Aiman pula dengan lagak manjanya pantang nampak cikgu free datang nak memeluk… seorang lagi murid awal2 sewaktu di sekolah lagi asyik duk main cikucakkk.. Masitah namanya. Masa nak gerak keluar kelas tadi lagi dia dah siap berdukung bila diminta berjalan tak mahu. Sengaja menggulungkan diri di sofa, sy dukung keluar, akhirnya bergolek di kaki lima kelas. Atas persetujuan ramai, namanya digugurkan, dihantar balik…adeh..

Sy duduk di tengah2 antara Aliff dan Aiman. Sedang berdebar menyaksikan Upin&Ipin dan geng dikejar 'sesuatu' ..terdengar suara halus di belakang sy...

...cikgu..anis cantik tak cikgu...

adeh...




namun cukup menghiburkan hati...menenangkan dan menyelesakan...

istimewa di mata istimewa di hati..

24 Feb 2009

tunas cilik..

mengacip pinang guna cekati

mengunyah sireh duduk di pangkin

amanah tergalas berbesar hati

cuba laksana sebaik mungkin

Mesyuarat Agung PIBG 2009

Sabtu 21 feb..



..angin similir dari bukit yang berpuput, buat hati makin selesa..

23 Feb 2009

serpihan dari Sg Sengian..



Terima kasih di atas kiriman sajak ini dari pemilik blog sesuci kasih sufi..idany. Sajak dibawah khas utk sy dari Sg Sengian, Sarawak tempat Ida bertugas. Dengan segala kedaifan dan kekurangan disana sy harap ida tetap kuatkan semangat dan tabahkan hati demi anak bangsa. Terima kasih utk segala perkongsian kita selama ini. Terima kasih kerana ida selalu ada dan menemani sy di alam maya. 2 kali pertemuan kita di Kelantan cukup membuktikan yang persahabatan ini benar2 ikhlas dan jujur.
kisah pertemuan kami ada sy entry kan disini, disini dan disini..





Ketika Allah memberi ujian
itu pertanda
betapa mulianya
seorang manusia di mata-Nya


Mungkin ujian itu
teramat berat
dan terasa dahsyat
di luar jangkauan hati manusia
serta meninggalkan sejuta tanya
mengapa


Untuk temanku
jika sajadapat kupinjamkan hatiku
untukmu
ingin ku

berbagi laramu
dan memperingan duka di hati


Aku memang tidak dapat membagi hatiku
yang aku bisa hanyalah
berada di sisimu
untuk mendengarkan
isi hatimu


Temanku
bila kini hatimu pecah
dan serpihannya masih berserakan
biarkan aku mengumpulkan
serpihan-serpihan itu
untuk menyatukan kembali hatimu


Percaya lah Teman
Allah sayang sekali
sama Kamu
dan aku
selalu mendoakan
yang terbaik untukmu
..terbabas..1.27am..

22 Feb 2009

senyumlah dari hati..

Kejadian : Kelas PKBP..yang telah lengang..
Tarikh : 20 feb 2009
Masa : 12.30- 1 tengahari..
Watak : Alif yg kiut dan ckgu yg mengantuk..

Sy : alif..cikgu ngntuk..
Alif : A for apple..
Sy : nak landing ek..
Alif : itu itu..vroomm.. (kapalterbang mainan ditangannya..)


Sy : aliffff…cikgu ngntukkk..
Alif : sini2…. (tersengeh2...ditarik bahu sy..)
Alif : pejam pejam..mata..
Sy : erkk..ulik ckgu ke apa ni..
Alif : malam malam…tidoooooooooo (6 harakat..).. vroommm...

Naif dan sucinya hati anak ini...ada sesuatu menyelinap di hati..

Teringat kata-kata seorang ustaz sewaktu sy menuntut di SMKA Tok Jiring berpuluh tahun yang lalu.

...senyumlah dari hati…

orang pasti kan tahu senyuman itu ikhlas dan pastinya senang dan tenang bila melihat senyuman itu menguntum.
Juga..teringat ayat yang sering sy baca daripada seorang teman..

…lihatlah dengan matahati…

pasti kita kan dapat melihat kebenaran/kebatilan, keindahan/kedamaian, kesakitan/kepedihan di sebalik apa yang telah tersurat..


pasti sy akan ingt 2 ungkapan ini..

..senyumlah dari hati..

..lihatlah dengan mata hati..


..bersangka baik itu menenangkan hati..
selamat berkursus utk teman yang akan berkursus, walaupun terpaksa terbang jauh...
teruskan usaha murni demi anak bangsa...tetapkan niat pergi kerana amanah..
25 feb....sy bawa budak ke Jusco tengok Upin dan Ipin..
buat cikgu oden..jgn serabut2 tak keruan...jaga diri dan selamat maju jaya..jangan tensen wat assig...
kawe doakan kejayaan demo..

20 Feb 2009

4.01am...20feb 2009..


dah lama sy tiada entry baru. tiada cerita menarik sebenarnya utk dikongsi. sy mahukan cerita itu hidup, dialami sendiri, merasai manis pahitnya atau sesuatu yang berlaku didepan mata, bukannya di copy dari mana2 artikel dan diubah suai sebagai hakcipta sendiri. pengalaman itu penting. membantu mematangkan cara berfikir dan bertindak, mewaras dan mewajarkan setiap keputusan yang diambil.

alarm dah berbunyi, 5.45am...perlu mandi dan bersiap2 ke sekolah. mata tak lelap sebenarnya. harap2 sy tidak mamai di sekolah hari ni. harap sy beroleh 'kekuatan' utk menjalankan P&P, tambahan pula hari ini jadual sy penuh, free 1 waktu saja. mudah-mudahan keriangan dan keceriaan anak2 itu membolehkan mata sy celik sehingga loceng terakhir berbunyi.

bila mata susah nak lelap, macam2 datang dalam kotak fikiran. banyak perkara nak sy lakukan sebenarnya. teringatkan satu blog yang sy wujudkan hasil dari azam nak kembali seperti dulu..eheks..dah lama tak menulis seperti dulu2. sy sedang berusaha utk kembali normal. bermula sebulan yang lalu, sy mula mengutip kembali sajak2 coratcoret sy dulu dan dimuatkan di sedetikberkalam. merata ditulis dan disimpan sajak2 itu. album, diary, buku catatan, takwim sekolah, nota2 zaman belajar dulu.. memang nak kena belek satu persatu. namun seingat sy, semuanya bertarikh. memudahkan...juga pasti mengimbas suka duka lalu, membuatkan sy kembali mengingati dan mengimbau memori kenapa sajak2 itu ditulis.

Inikah yang dicari
Takdir yang tertulis
Tersirat dalam diam
Dilupus tak hilang
Ditimbus tetap berkecai
Dikunci penjara mimpi

Bernada sinis..berulam pedih
Hangat di telinga..tersayat di jiwa
Terasa berdesing..nanah memutih
Berpinar di mata.. tertusuk di sukma

Terbuai madah membara
Terlena kala mata terbuka
Terhumban ke ruang kelabu
Terpesona indah sirna pelangi

Teraba aku dalam diam
Terpegang aku belati tajam
Teraba aku dalam kelam
Tercucuk aku duri dalam

Tertoreh berdarah terhiris terbelah
Berkecai bila dikepung berderai bila diungkai

Tersungkur bila ditolak terduduk bila dihenyak
Ada nilai nak dijaga ada sempadan nak di lepasi

Tubir mata kian bergenang
Nafas dihela tersekat didada
Jari kaku beku tergenggam
Tersedar mimpi pentas ilusi
Ruang ini semakin keliru..
azza: 4.01am...20 feb 2009..



masing2 punya kisah utk dikenang..cm cara mengenang yang berbeza agar hidup kita pada detik, waktu dan saat ini sentiasa mampu untuk menghargai dan dihargai..
semakin tinggi rasa hormat dan menghormati...
semakin dalam sayang dan menyayangi...
agar kisah silam tidak sebagai penyebab badai di hati..
sy kuat..sy cb utk kuat..

16 Feb 2009

malang...kewarasan..matahati..

sy memandu mengikuti kereta seorang teman guru. sama2 ingin pulang ke rumah yang berada di taman yang sama. 500 meter lagi jarak untuk sampai ke rumah, sekelip mata...terjerit sy di belakang keretanya. terpaku. azi pemilik Myvi adalah rakan sejawat ..manakala pemilik Altis adalah jiran satu taman.

sy lihat azi terkedu. mukanya pucat dan cemas. yg kedengaran hanya ayat ..

..'sy bayar, sy bayar'..

nak bayar?...dengan begitu punya teruk impak di keretanya, tak terbayar. sy minta dia jgn cakap apa2 pada jiran berbangsa Cina itu dan telefon suaminya. sy cb hubungi abang yang berada di ofis utk ke tempat kemalangan kerana terasa kecut juga melihatkan hanya kami berdua saja Melayu, perempuan pulak tu. Jiran berbangsa Cina tu ntah dari mana datang kaum kerabatnya, sekejap je dah penuh mengelilingi kereta.


kehadiran abg memberi sedikit kelegaan sebenarnya kepada azi. tergambar wajahnya yang resah amat. suaminya masih belum tiba dari Kulim. sekurang2 sy dan abg ada disitu sebagai kekuatan dan menemani dia sementara semakin ramai rakan2 pemilik Altis bertanya itu ini. abg bercakap bagi pihak azi sementara suami azi dalam perjalanan.

kehadiran suami azi sejam kemudian sememangnya membuatkan wajah azi yang pucat kembali memerah. sy tahu dia cemas. berkali2 dia mengulang ayat yang sama..'silap sy k'irah, silap sy..'.

apa nak dikata, dah terjadi pun. malang tidak berbau. inilah dinamakan dugaan, menguji sejauh kebijaksaan dan ketenangan berhadapan dengan kecemasan. sejauhmana ketahanan dan kematangan kita menangani sesuatu situasi. juga menguji sejauh mana kewajaran dan kewarasan kita berfikir dalam mengambil keputusan.

sewaktu klik sana sini petang td, sy terjumpa sesuatu disini..sedikit panduan jika kita terlibat dalam kemalangan, apa yang patut dilakukan dan apa yang patut dielakkan. semoga sedikit sebanyak ia boleh membantu sy dan teman2 di luar sana.




..setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah yang tidak nampak di matakasar, tetapi terserlah nyata di matahati...terasa banyaknya kejadian di luar jangka pada hari ini..

masih ada lagi..

salam..

entry ini khusus utk seorang sahabat yang jauh beratus batu dari sy. mengenali beliau secara maya melalui blog seorang teman lain membawa kepada ikatan yang indah dan bermakna. titian kasih yang dibina oleh beliau sememangnya membuatkan sy rasa terharu. tercuit hati sy. semakin lama mengenalinya, semakin terhibur rasa hati ini. melewati blog beliau menjadikan sy semakin memahami beliau sedikit demi sedikit. walaupun tidak pernah bersua wajah dan berbalas senyum secara nyata, namun yang pasti jalinan persahabatan ini telah sy sambut dan semat erat di sanubari.

terima kasih ila utk hadiah hari lahir ini. tak sangka walau dah lebih sebulan berlalu (13 jan), masih ada yang mengingati. terima kasih sekali lagi. alamat dah tahu...kalau terlajak ke utara singgah lah ya...pasti kan azza smbut dengan sepenuh hati.


disebabkan permintaan ila utk sy gayakan dan postingkan disini, dengan bantuan rakan2 di sekolah sy cb juga untuk pakai tudung ini(tak reti pakai tudung sebegini sebenarnya) walaupun berbaju kurung merah, kira ok la kan ila..tiba2 rasa macam makin tembam..bulat je muka..sebab tudung merah kat dalam tak tanggalkan kut..hehee...terima kasih ye ila..sangat2 cantik...dan azza sangat2 suka..mmuahss..







terima kasih utk teman yang sentiasa disisi walau apa jua situasi..walaupun ungkapan maaf telah dilafazkan..mgkin berdiam diri itu perlu ..sekadar menyejukkan hati sendiri..

15 Feb 2009

poco-poco..my green karisma masuk kampung..

Merentas desa...sabtu 14 feb...

Bila ditarik ke stage untuk sama2 lead bagi memanaskan badan sebelum merentas desa, sy tidak melepaskan peluang. cikgu z didepan dan kami bertiga guru perempuan di belakangnya. dah lama rasanya tidak ber'poco-poco' mengikut rentak dan muzik secara 'betul'. sewaktu di Terengganu dulu selalu sgt poco2 dijadikan aktiviti selingan di setiap aktiviti. rasa release dan melapangkan minda sebenarnya. jika dilakukan dengan betul, tak sampai 10 minit kita dah boleh berpeluh. terimbau pulak kenangan di Bukit Bauk, Dungun dulu2...bila mana group Pandu Puteri IPKT mengepalai poco2 di malam akhir kursus..iskk..rindu..


sy ditugaskan menjaga check point dalam kampung. tahun lepas pun di tempat yang sama. rasanya dengan menjaga check point, suasana 'merentas desa' lebih terasa. sebab kami sama2 masuk ke kampung dengan murid. yang pastinya, penjaga check point adalah muka2 yang sama, dan kedai kopi yang sama juga yang kami singgahi seperti tahun lepas..ehekss...

Go Tun Fatimah go....!!..pastinya hijau Tun Fatimah sehijau my karisma. walaupun sy berbaju kuning namun hijau tetap di hati. harap2 tahun ni Tun Fatimah dapat kekalkan kejuaraannya sama seperti tahun lepas.

Aksi-aksi cikgu check point…ehekkss…
Yang berbasikal tu Ketua Penyamun..tak tahu basikal budak mana dikebas…time balik tayar belakang pancit…adeh…



Dan inilah dia…my green karisma…sesekali bermotor. Dah lama sangat sy tidak menghiraukan my green karisma. Kalau dulu2 masa zaman study motor lah teman ke mana saja, dulu pakai C70 je…1996-1999..eheh…











dan ini..
dunno...ada seorang ckgu berpangkat adik bertanyakan stokin sy yang berwarna kuning. dia kehairanan. dan sememangnya bukan dia seorang pernah bertanya..eheks...semestinya sy tetap akan memakai stokin mengikut warna baju..kerana sy punya koleksi stokin berwarna pelangi yang cukup. dan semestinya sy seorang yg sukakan variasi warna...hikss...satu kelainan dalam terapi yang cukup membuatkan sy ceria..


sesungguhnya program seperti merentas desa mampu menyuntik kemesraan dan membuahkan keceriaan di hati setiap individu yang terlibat. semangat yang ditunjukkan baik oleh murid atau guru memberikan satu kepuasan..juga mampu menerbitkan satu perasaan lain ..perasaan lain..?..nurul iman..? (ehekksss....belajar motor ya..tahun depan kita sama2 jaga check point masuk ronda dalam kampung... :) )

merentas desa 8-11.30am..12-2.30pm mesyuarat..3-4pm ke bandar perda...4-6.30pm ke kedai kain Lim Kulim...ehekss..sudahnya kepala sy berdenyut sehingga ke hari ini akibat dr pagi hingga senja berjemur..

13 Feb 2009

my purple...

Bersiap2 utk pulang pada Khamis, kedengaran riuh di luar kelas. Tiba2 nama pemasang antena disebut.. Sy jenguk ke luar…iskkk..my purple. Tergantung comei di gril depan kelas…sebelah, manakala sebelah lagi masih terdapat di rak. Sy tersengeh. Patut nama pemasang antena disebut2 oleh beberapa org guru yang turut sama tersenyum memandang my purple.





Eh..dia kan berkursus. Dia berada di Negeri Sembilan kerana urusan takrawnya…hati berdetik. Kami pakat berteka teki, orang itu dan orang itu. Pemasang antena junior..? Siapa dia… siapa yang telah mewarisi segala sifat pemasang antena yang pantang melihat ketenangan persona sy dan kecomelan kasut sy ... ada sy masukkan entry pemasang antenna disini, disini, disini dan disini.

Selalunya kalau kasut hilang sebelah atau digantung di gril atau pokok di sekolah sy…tak ada kerja orang lain selain dari pemasang antena. Kasut sy selalu menjadi mangsa dan pastinya sy takkan cari orang lain. Jika sebelah saja kasut sy terkontang kanting, pasti kerja dia sebagaimana persona sy yang telah dipasang antenna astro berkali2 sepanjang tahun. Tak ada orang lain yang berani buat begitu kecuali dia dan dia tidak berani buat begitu pada orang lain kecuali sy dan 2 3 orang guru lagi.

Baru je kasut silver menjadi mangsa gonggongan anjing, sekarang my purple yang baru pertama kali dipakai digantung begitu anggun di gril pintu kelas. Dushhh utk orang itu.. Namun walau siapa pun dia..pastinya hati dan bibir sy dan beberapa orang guru telah menguntum senyum pada hari itu, setelah berminggu sebenarnya kelas kami seolah dilanda wabak berdiam diri.

Kadangkala berdiam diri itu perlu utk meredakan situasi, menyejukkan hati dan mengelakkan prasangka, namun berdiam diri juga kadangkala boleh memakan diri kerana memendam segala ketidakpuasan dan membenarkan kebatilan.

Bagus juga sesekali diusik sebegini(sebenarnya bukan sesekali, seringkali/acapkali). Gurauan mampu membuatkan hati yang muram dan mood yang swing kembali ceria dan bersemangat. Gurauan mengundang tawa tanpa sedar. Begitulah indahnya jika persahabatan disulami keikhlasan tanpa ada rasa iri hati.

Esok(sabtu) merentas desa, dan esok juga pemasang antenna kembali ke sekolah setelah 2 mggu berkursus. Pasti dia tersengeh bila dikabarkan ada pemasang antenna JUNIOR di sekolah kami…ehekss..



belek2 album lama, terjumpa gambar ni..

tarikh di gambar 12 feb 1999...final year di usm..berdekatan canselori..menuju ke studio HBP dan seni...kriss biru kini milik adik ipar sy ..


terkenang semasa dulu..hatiku menjadi rindu..

mungkin ke sy bermotor esok masuk kampung utk jaga check point merentas desa....? hiks..dah lama tak naik motor...my green karisma...? ehehh...

9 Feb 2009

sesuatu, kasut, mug, hobi dan utk -dia-...

salam utk semua..
sebenarnya hati sy masih bengkak pada sesuatu itu. rasa terkejut dan geram. sukar betul nak diluahkan sebenarnya. 2 malam lepas sewaktu hendak keluar makan, sy terpandang sebelah kasut selang 4 buah rumah jiran berada betul2 di tengah jalan. dengan nada bergurau sy bgtau abg..itu macam kasut sy lah...



  • abg berhentikan kereta...sy tergamam..
  • memang betul....kasut silver sy...iskkk..
  • kenapa duk sini...selang 4 buah rumah di tengah2 jalan..
  • kenapa kasut ni penyek...
  • kenapa kasut ni tumitnya terpeleot..
  • kenapa macam dah koyak...warnanya dah berlainan...
  • dan kenapa mesti kasut sy yg ini..




nak dimarah tak kena, nak didiamkan rs macam melampau2 sekarang ni. makin bermaharajalela dari pagi smpai ke pagi esok. dulu jarang2 nampak, sekarang ni macam jaga pulak duk berkeliaran. memang silap sy sebenarnya letakkan kasut di luar. tapi teringat kata ustazah sy dulu...kasut kan letaknya di kaki, dipakai dibawa berjalan2 ke merata2 tempat. napa simpan di dalam rumah. rumah mesti bersih dan suci kerana disitu kita berehat, makan dan beribadat. letakkan kasut di tempat yang sesuai dan bukan di dalam rumah. erm...fikir logik kata ustazah maka tak salah lah kan sy letak kat luar. bukan di lantai tapi sangkut kat grill. dalam rak kasut dah takde ruang, lagipun kalau gantung gitu kan senang nampak, pagi esok nak g sekolah leh terus matching dgn baju...ada entry nya disini koleksi kasut sy di gril depan umah...

memang salah sy juga kerana tidak beringat. Malam pagar rumah tidak bertutup. tapi dalam byk2 rumah kenapa rumah sy jadi mangsa..dan dalam banyak2 kasut kenapa kasut silver itu. kasut tu adalah hadiah bday sy dari abg beserta dengan hbag. entrynya ada disini. baru 2 kali sy pakai. utk sesuatu itu....baru 2 kali tau tak...!!

sekarang sy hanya leh memandang kasut itu, esok dah kena buang lah, tak sanggup lagi rasanya nak pakai. disebabkan perbuatan sesuatu itu...sapa nak ganti kasut sy. walaupun perasaan hairan masih menghantui kerana kasut tu kan tergantung tinggi, camna boleh amik..namun sy redha. fikir positif...dalam banyak2 rumah dan banyak2 kasut, rumah sy dan kasut silver sy jadi pilihan...tak ke maknanya kita org yang dipilih..ehekkss..(nak sejukkan hati nih..)

so sy sudah tidak brkasut silver lagi. kasut itu akan ditamatkan khidmatnya walaupun baru 2 kali bertugas. mgkin abg bersimpati bila sy bertanya sapa nak ganti kasut tu. Tiba2 bila ke Sunway Carnival(SC) siang tadi tadi abg bertanya..

..taknak cari ganti kasut silver ke...
eheh...nak tolong ganti ke..
takde lah...kalau nak ganti...cari le..
ehekss...




tada....




sesuatu rosakkan kasut sy...sendiri silap...sendiri ganti...sendiri bayar..
bukan silver tapi purple...Giossardi...napa purple..?...entah..tanya sama hati...





jalan2 lagi pusing SC...

sy masuk dalam Cabin Living. sangat2 kiut segala bagai barang yang ada disitu. ditambah dengan pelbagai bentuk jambangan bunga dan bear sempena Valentine's Day(VD)...ehehh...rs dah lama tak sebut VD...rs pelik pulak. tiba2 terpandangkan deretan mug2 di bawah yang sangat comei ini. tengok betul2 ye...



may 13th - adventurer
(abg...macam betul je...abg kan mmg terlibat secara langsung dalam segala outdoor actvty..kerjanya adalah minatnya..)

jan 13th - clever and creative...eh..?..ehekss..sapa itu 13 january...

feb 7th - independence...ermm..napa tiba2 7feb..ada kaitan ke..agaknya..segala sesuatu ada sebab musabab kan..





mulanya nak beli..dah lama tak mula balik aktiviti beli benda2 yang menyemakkan rumah(istilah abg). tapi last nya sy letak balik..insya allah nantilah, sy nak beli jugak...utk -dia- nanti..akan sampai masanya..







pusing2 lagi masuk Popular Book..dah lama sebenanya sy meninggalkan segala hobi dan aktiviti dulu2. tumpuan beralih. mgkin dengan kekangan masa atau sy sendiri yang berubah. sekarang sy harus kembali ke pangkal jalan. sy harus kembali melakukan sesuatu yang pernah/masih jadi minat sy cm mgkin beberapa ketika sy sedikit alpa. Anjung Seri memang menjadi langganan setiap bulan sejak berkahwin. buku sulaman reben...minat dulu yang akan dipupuk kembali, kerana sy nak jadi seperti dulu..melakukan sesuatu yang memang menjadi minat..(kena selongkar balik kotak2 utk cari jarum sulaman...)




keluar dari SC...abang ajak singgah nursery. semestinya utk -dia-..eheks..







penat sgt...tapi cuti sehari yang berbaloi. nak singgah Pantai Bersih kat Bagan Ajam tapi jam 5 petang terlalu panas. tak sanggup muka berkilat pegi sekolah esok. so...pejam mata lena...sedar2 kereta masuk parking rumah...dah smpai Alma...



ding dong....
abang memang susah nak senyum kalau bergambar...adeh...



den tau lps ni utk dua org pengkritik den bila ada entry gini... cikgu shifu n cikgu one sile kaw2 nya kutuk...den tak kisah..nama pon pompuan...dushhh..
habiskan masa bersama tersayang memang satu terapi...esok skolah baju kaler apa ek..pink..?

8 Feb 2009

saya majuk kang...

Cafe kegemaran abg yang juga sering jadi pilihan sy. Route 69 di bandar Perda. menu abg ialah chicken chop. tak pernah jemu, tiap kali mengunjungi cafe ini pasti saja inilah menu pilihan abg. namun sememangnya Route 69 sentiasa menjadi pilihan kami. makanannya memang enak dan yang paling utama 'western' nya memang menjadi. dengan suasana cafe yang cukup damai, dekorasi coklat krim(dulu kuning yang silau), kemudahan wireless, lampu romantik biru kuning(ehekss...i like..) juga kerusinya yang santai menjadikan cafe ini sentiasa penuh siang dan malam.
dan komen abg...
'...jauh 'menjadi' Route 69 dari Damiral's. dah la nak tengok makanan pun tak nampak...kelabu asap je...'


adeh...suka nooo komen gitu...majuk kang...


abg yang susah nak senyum..sy tanpa mekap...sb ingat nak makan dekat2 ngn umah je..

menu:
abg: chicken chop dan air tembikai..
sy: chicken burger dan radix panas..

(teringat dan teringin beger mcD..namun apa dayakan..)

otw balik tiba2 terpandang expo. ehemm..jum bang...masih awl malam. sy takde niat nak beli apa2, cm nak jalan2. kebetulan malam ni ada konvoi motorsikal baru smpai, ntah dari mana. siap ada majlis, bacaan doa semua. abg asyik leka menapak dari satu motor ke satu motor, sy mula mengatur langkah seorang diri. selepas sejam....nada di ruang rindu mula bergema...

abg: ada kat mana..
kat dalam ni...
abg: beli apa...abg tggu kat motor2 ni...cepat sket..tak larat dh ni..
tak beli apa...ok..jap lagi org g situ..

sy hampiri abg yang masih mengelilingi deretan motor...

abg: beli apa..
sy tak beli apa bang...


cuma tudung pink sy kan tertinggal di kampung...tu beli yg ni..murah je..sb baju pink nak pakai takde tudung..

kerongsang ni taknak beli mulanya...tapi bila tanya harga kan bang... kakak kat Padang Besar tu tipu sy la ...dia jual Rm14 kan satu...ni sebijik macam dia jual baru RM10 tau....sebab tu sy amik 3..murah sgt kan...

abg: kasut hbag takde jual ke sini...
dushhhh....majuk kang...

esok masih cuti...jadi ke Pulau Aman ek bang...

dah 3.20am...napa sy masih lum tido..

4feb dari Warisku Minangrawa...

terima kasih utk hazlin atau kak lin..pemilik blog Warisku Minangrawa di atas hadiah ini. terima kasih utk entry khas ini. ulangtahun perkahwinan sy pada 4feb...tapi masih ada yang sudi beri hadiah. biarpun sekadar ucapan, ianya sudah boleh dianggap sebagai satu doa. terima kasih di atas doa kak lin..moga kak lin juga bahagia berkekalan sehingga ke akhir hayat.
walaupun perkenalan kita terlalu baru, namun keikhlasan hati kak lin cukup terserlah. moga bunga mekar antara kita menguatkan lagi ukwah ini.
terima kasih sekali lagi...

hitam, pink, gambar dan warna...tugasan dari Perth..

ini tag yang sy dapat dari seorang teman yang jauh di Perth...ct khuzaimah...

dah lama sebenarnya sy tak pernah menjawab tag atau tugasan yang diberi teman2 blogger. entah mengapa ..mgkin kekangan masa juga line internet yang juga swing seperti sy, mgkin juga kerana kebanyakan tag nya adalah soalan berjela yang diulang2. harap teman2 maafkan sy ye...

hari ini weng2 sy semakin reda...bila terbaca msg yang ditinggalkan ct..rasa nak buat pulak tugasan ni. tapi gambar je ye ct..sebab soalan tag tu dah azza jawab tahun lepas...soalan yang sama. leh ek...

Tag dr ct..

Do you think that you are hot..??

Nothing ....nothing spesel..

Upload a pic of you..




Why do u you like this picture?
dunno...ini adalah gambar semalam. sy dan abg keluar ke Abg's Capati di Kulim. sukakan selamba wajah abg yang selalu liat utk bergambar, dan sukakan senyuman sy yang menurut teman sentiasa leh bawa seribu erti..eheksss..gembira, ceria, duka dan sendu di hati.. sebenarnya penarik dlm gambar ini adalah baju kaler hitam dan tudung pink...yang mampu menyerlahkan penampilan anda...dari dulu smpai kini warna tetap memainkan peranan yang cukup penting bg sy..
(bercakap soal warna buat sy teringatkan segala komen dan pandangan cikgu jinggo sedari awl sy mula bermain dengan warna di blog ini satu ketika dahulu...bagaimana ya..dia pun dah semakin sibuk..moga dia tenang2 selalu..sntiasa doakan dari jauh wl tidak

sekerap dulu saling bertanya kabar..)



cadangan ke Sedim tidak dipersetujui abg kerana air kurang katanya. sekarang musim kering teramat di penang, langsung tak hujan. tak best kalau mandi jeram dengan air yang sedikit. tapi ayat abg selepas itu...kita mandi lautlah...nak? uiks...laut..?..tak suka mandi laut tapi g ke pantai suka...erm..boleh difikirkan...Pulau Aman esok..ok tak bang..?

7 Feb 2009

Adelaide...jaga diri Dayah..

sy menerima panggilan telefon dari KLIA. pemilik blog Nana's World, Nasruna Anhar atau lebih dikenali sebagai Hidayah dalam family kami...akan berangkat ke Adelaide malam ini. flight jam 9.15 malam. hanya doa dari jauh yang mampu sy hulurkan. moga perjalanan Dayah selamat sampai di bumi Adelaide. sy ada masukkan entry nya disini dan disini.








kak long dan abg khairul doakan kesejahteraan, ketenangan dan ketabahan kan jadi milik Dayah selama di rantau org. jaga diri baik2 yang...
kasih utk suzi (Adelaide)..pemilik blog Resepi dan Cerita Perantau di atas bantuan yang dihulurkan utk Hidayah..
Dayah dah selamat smpai ke Adelaide jam 5 pagi tadi (7.15 waktu Adelaide..)

7feb...10.37am..



bulan muncul di dingin pagi...di siang hari...?

seakan mustahil kan..terasa sangat mustahil nya. agaknya ini semua mimpi ...mgkin terlebih rehat setelah seminggu ini sy berhadapan dengan pelbagai cerita di sekolah..sehingga ada yang dah boleh dikategorikan sebagai fitnah. rasa penat sangat2. minda terasa letih..sehingga kadangkala tak mampu untuk berkata apa2 lagi. biar lah semua nya berlalu dengan sendiri..kadangkala berdiam itu lebih baik dari berbicara ..sy perlukan rehat..anda juga bukan..rasa nak mandi jeram la....jum Sedim............




utk teman yg memandu 56 menet...mekaseh sms pg td...sbnrnya org dah weng2 sejak berminggu yang lalu..
muhasabah diri..

5 Feb 2009

muka berkarat di Bukit Tok Beng, Terengganu..

tiba-tiba kerinduan menggamit jiwa. tak tahu kenapa hati asyik terkenang kisah-kisah dulu, tambah2 alam persekolahan di Terengganu. belek-belek album terpandang gambar2 lama zaman sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng..dipusing ke belakang gambar...tertera kata2 yg sy tulis lebih 20 tahun yang lalu.. tersenyum ..rasa nak tergelak pun ada bila tengok muka sendiri, berkarat..eheh..iskkk..rindunya..
sile baca ayat BM budak tahun 5 ni ya...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di pantai Batu Buruk. Pergi Pesta Buku di Stadium Negeri. Pada hari Jumaat 17.7.87 5 KUNING. 11 tahun. Terengganu.
yang benar
-azza-87
~17.7.87...5 Kuning...11 tahun..hehee. tgk my signiture..eheh..ada tahun 87 situ...bukti sy dah wujud tahun tu..hehe

~cikgu md noor...cikgu yang bertanggungjawab menjadikan sy peminat subjek BM..penah jumpa sekali masa tingkatan 5...masa tu beliau sedang smbung pengajian. moga2 beliau sentiasa sehat sejahtera sekarang. terima kasih diatas segala ilmu. sesuatu yg membuatkan sy tersenyum sehingga kini apabila mengingatkan beliau...'ntah'...memori abadi di hati..~

~sy pakai kain merah kerana sy Pengawas...eheh..~

~antara rakan2 di dalam gambar di atas yg masih sy ingat nama...Rubi, Asmawati, Norbaya, Intan Zurah..moga anda semua dirahmati selalu walau di mana pun anda kini..~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku menerima hadiah kerana dapat tempat kedua pada pgl akhir. Hadiah diberikan oleh PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH.
Sweet memories
-azza-
(5 KUNING)
~waktu ni dapat tempat ke dua dlm exam akhir tahun...darjah 5 Kuning..1987...memang kurus dan tinggi. sebab tu terpilih utk main bola jaring sejak darjah 4 lagi. dalam kelas sy yang paling tinggi, ada rakan2 lelaki yang memanggil 'lonjong'... dussshhhh...ehekss...di mana mereka ya...yang selalu mengusik sy dl..~

~rasanya yang beri sy hadiah tu Cikgu Ngah, PK1...dah arwah. tapi sy tulis di belakang gambar PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH. agaknya jemputan VIP ialah pegawai PPD. bertudung putih ialah cikgu Sabariah yang 'cengei' tapi baik hati. hujung bersongkok ialah Ustaz Ismail...anak saudara nya nama faizal..suka mengorat sy...eheh...kat mana awk skrg ek Faizal..~

~moga arwah Cikgu Ngah ditempatkan bersama para solihin dan Cikgu Sabariah walau dimana berada...moga kesejahteraan dan ketenangan melingkari hidupmu selalu..~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MURID-MURID 6 KUNING 1988 SKBTB
WE DON'T FORGET YOU:
6K SKBTB
6K
SKBTB
IN
MEMORIES

~azza~88

~ni lah tahun akhir sy di SKBTB...6 Kuning. cikgu sy nama nya Cikgu Mariam, orang Sabah yang berkahwin dengan org Terengganu. sangat2 baik. sy berkawan rapat dengan anaknya yang sulung, nama lupa lak...eheh...anak kedua nya junior sy di U. moga cikgu Mariam sehat2 selalu dan beroleh ketenangan...tentu usianya sekarang sama ngn mak sy..sebab dulu cikgu Mariam selalu ke rumah sy di Taman Perumahan Telaga Daeng utk upah baju dgn mak sy. sy agak umur mereka sebaya sebab nampak badan sama je masa tu kan (fikiran kanak2)..eheh..~



~utk rakan2 lain..memang sy masih ingat nama seorang demi seorang. semua nya dalam memori...rindunya...~

~azuari...skrg awk masih romantik macam waktu awk mengorat sy dulu2 ke..? hehee..entah ke mana cincin yang awk beri dulu...cincin yang dapat dari jajan yang awk beli di kedai depan sekolah...ehh...ada lagi ke kedai tu ek...~

~sebab itu bila mak dan abah ajak ke Terengganu saban tahun, sy tak pernah melepaskan peluang. inilah saat sy melepaskan rindu dan berjumpa seorang dua rakan lama yang masing2 punya kehidupan sendiri dengan cerita yang pelbagai warna. benar2 terkenang saat2 dl...sangat2 indah zaman kanak2...~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~telusnya zaman kanak-kanak kan..tiada hasad dengki dan iri hati. segalanya dibuat dan dituturkan mengikut kata hati apa yang terlihat di mata dan terfikir saat itu. tengoklah 3 tandatangan sy yang berbeza...agaknya dalam setahun sy bertukar 10 tandatangan...heheee...apa yang pasti tahun kat belakang tandatangan tu mesti ada...hikss...~

4 Feb 2009

4feb..Damiral's Grill..Restaurant N Coffee..

salam..

amat penat sebenarnya. namun hati tetap bersemangat seperti tahun2 sudah..akhirnya jam 6 petang kereta dah bergerak menuju destinasi..

kronologi dan urutannya masih sama. 9 tahun bersama tentunya pelbagai suka duka dah dirasai. syukur pada Ilahi kerana semuanya masih mekar dan kekal seperti 4feb 2000...segalanya mematangkan cara berfikir dan bertindak..

disebabkan suasana di Damiral yg suram..maka suram jua lah gambar ini..(malu nak on flash sebenarnya...)


minta adik pelayan ambilkan..(sy dan abg agak kepenatan sebenarnya..namun gagahkan jua utk keluar meraikan..)

terima kasih abg utk kebahagiaan dan persefahaman yang berpanjangan..


ingin menemani setiap langkahmu sehingga ke penghujung hayat..

utk seorang teman..indah tutur bicara mampu mendamaikan...namun ia juga mampu merobekkan hati..

4feb muncul lagi..

4feb muncul lagi...

selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 9 utk sy dan abg..

moga cinta, kasih dan sayang ini berkekalan sehingga ke nafas terakhir..

muka blur tengah2 malam..tepat jam 12am 4 feb.... potong kek...

~update later....nak bersiap g sekolah...eheh...~

3 Feb 2009

rentetan pink teddy...dan sy yang lemau..

Salam..
Agak lama rasanya sy berdiam. Ntah kenapa mood utk blogging masih ‘weng weng’ (perkataan yang dikenalkan oleh seorang teman..harap demo sehat2 saat ni..). Masih mencari mood yang hilang. Lagipun sy tak ada cerita menarik utk di share sebab perjalanan sehari2 terasa amat meletihkan sekarang ini. Kalau setakat nak copy paste dari mana2 website utk dijadikan entry, rasa macam tak real pulak. Namun apa saja alasan pun.. kadangkala berdiam diri lebih baik kan…ehehh…(terima kasih utk semua teman blogger yang masih mengunjungi blog ini walaupun sy dah agak kurang aktif kebelakangan ini...tkasih..)


Entry kali ini adalah rentetan dari entry disini beberapa hari yang lalu. Hampir 2 minggu pink teddy bear bersama sy. Alhamdulillah hari ini teddy dah jmpa tuannya yang sebenarnya. Ceria di wajah pemiliknya jelas terlakar. Nyata bukan saja dia, tetapi jua guru2 lain juga teruja melihat teddy yang santai di seat belakang kereta sy…hehhee



Tadaaaaaa…
Inilah pemilik teddy yang baru dan beliau juga lah pemilik coco…masih anda ingat dengan coco..? ...ceritanya ada disini



Dan petang td dalam penat yang teramat...sy ke Bandar Perda untuk membeli sesuatu..juga bagi sesuatu pada malam ini tepat jam 12 malam..4 feb…kan berulang dan berulang lagi setiap tahun…insya allah..sehingga ke akhir hayat..






penat yang masih terasa..fizikal dan mental..